As Salam
Dah sebulan MMD tak update apa2 cerita dlm blog kecil ni. Agak2nya belum terlambat MMD sekeluarga ucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Salam Maulidur Rasul dan Selamat Hari Thaipusam. MMD dah start cuti dari hari Jumaat lepas. Maksudnya 5 hari terus menerus bercuti.
MMD hanya ke Melaka menziarahi adik MMD yg baru bersalin pada 03/02/2012 baru2 ni. Akhirnya Cik E dapat juga baby perempuan. Nor Aisy Dalili nama diberi. Berat masa lahir??? Hah..jangan terkejut.... 4kilo tau? Perancangan untuk melahirkan secara normal tak kesampaian, akhirnya kena bedah lagi. Kali kedua dah Cik E bersalin secara bedah.
Cik E pun dah masuk ke geng MMD, ada 2 anak lelaki dan akhirnya dapat anak perempuan.
Nyenyak betul tidurnya. Rambutnya lebat dan hitam pekat. Pipinya tembam yg amat. Yeeeeee....geram betul. Sedikit demam kuning dan MMD berdoa agar Aisy cepat sembuh.
Yang tak bestnya, anak MMD, Lea sehabis mungkin tak nak tengok mana2 baby baru lahir. Jealous agaknya. Katanya, itu baby orang, bukan baby ibu. Katanya lagi yg dialah baby tua ibu...adoiiiii.
As Salam.
3 comments:
alaahai tenangnya dia tidur :) jemput ke blog sy http://hebatkan.blogspot.com tq.
Kak Adie, pembetulan ejaan nama Nur Aisy Dalili...ehehe
Eie: ok. done.
Post a Comment