Wednesday, July 12, 2017

Umrah 2017 - Harap ini bukanlah umrah terakhir bagiku (part 10)

As Salam

Hari ke sepuluh (07/02/2017).

Suasana pagi.  Masih lengang.  Hati ini sudah terasa pilunya.


Hari ini adalah hari terakhir MMD di bumi Madinah dan cuba untuk mengambil peluang sebanyak yang mungkin untuk menunaikan ibadah seperti membaca Al Quran, menqada solat2 dan bersedekah selain ibadah wajib.

Barang2 pun  sudahkan dipack dan hanya tinggal sedikit lagi untuk urusan terakhir.

Waktu yang paling memilukan adalah selepas solat Zohor dimana kita dikehendaki untuk mengucapkan salam selamat tinggal kepada Baginda Rasulullah (salam Wida').  Ianya boleh dilakukan ditempat mana kita bersolat dan tidak semestikan untuk berada di Raudhah.  Allah Maha Mengetahui !  MMD berdoa agar MMD serta my Mem Besar serta ahli keluarga lain juga diberi rezeki dan dijemput untuk datang menunaikan umrah atau haji selepas ini.

Selepas makan tengahari, semua beg2 pun mesti dibawa ke lobi untuk menunggu bas yang akan membawa kami he airport.

Sempat bergambar sebagai kenangan dengan orang2 yang terdekat / rapat sewaktu umrah kali ini.  My Mem Besar pun amat berpuas hati dengan perjalanan umrahnya kali ini.

Bersama Nani.

Bersama Azlina.

My Mem Besar bersama ibu Nani dan ibu Azlina.

Selepas turun dari bas, MMD dan my Mem Besar mengambil peluang untuk bersolat Asar di masjid di luar bangunan airport sebelum masuk untuk check in.


Bergambar kenangan dengan Ustaz Murtadho buat kali terakhir. Kami disediakan pek makanan sebagai bekalan.

Sewaktu beratur untuk urusan imigresen, berlaku kekecohan dengan jemaah Turki yang ingin memotong barisan.  Ramai  jemaah nusantara kita ni yang tidak membenarkan mereka memotong barisan hinggalah pegawai airport datang dan mengarahkan/menghalau jemaah Turki agar beratur.  Memang barisan sangat panjang.

Kami juga sempat bersolat Maghrib/Isyak di ruangan solat di dalam airport walaupun berasak2.   Ramai jemaah kita yang memonopoli ruangan solat di sini.

Bersama dengan Kak Rohani.


Pukul 8mlm, kami pun sudah berada di perut kapalterbang untuk terbang balik ke Malaysia.  Dua hidangan disediakan.  Kenyang Alhamdulillah.



Pada 08/02/2017 @ 4.40pagi kami selamat mendarat di bumi Malaysia.  Selepas urusan mengambil bagasi dan air zamzam, kami pun keluar dan my beloved hubby serta Lea dah pun menunggu.



Gembiranya Lea bila melihat ibu dan neneknya di depan mata.

Syukur Alhamdullah, kami berdua selesai dan selamat menunaikan umrah pada kali ini dan MMD sudah pasang niat untuk ke sana lagi dengan my beloved hubby serta anak2 pulak nanti.

Sekianlah sedikit pengalaman mengerjakan umrah dan semoga rakan2 yang datang melawat di blog kecil MMD ini mendapat sedikit ilmu dan tip2 yang boleh digunakan pulak di masa akan datang.

Jumpa lagi di lain entry.

Terima kasih kerana bertandang.

Tuesday, July 11, 2017

Umrah 2017 - Ziarah luar dan Allah gantikan secara tunai (part 9)

As Salam.

Hari ke sembilan (06/02/2017).

Selepas solat Subuh, kami semua berkumpul semula di lobi untuk berziarah lagi kali ini.

MASJID QUBA
Berwuduk di rumah/hotel dan bersolat di Masjid Quba mendapat pahala seperti mengerjakan satu umrah. Begitulah sayangnya Allah kepada penduduk Madinah yang tidak dapat menunaikan umrah kerana jarak yang agak jauh dengan Kota Mekah.


Sampai agak awal di sini. Pun begitu, ruangan bawah telah penuh dengan jemaah dari Turki terutamanya.  Penjaga wanita di situ mengarahkan kami untuk naik ke tingkat satu dan selesa dengan ruangan yang masih kosong.  Dapat bersolat dengan tenang di sini.  Alhamdulillah.


Selesai solat, MMD dan my Mem Besar turun semula untuk menuju ke bas yang di park tidak jauh dari situ. Keluar saja dari kawasan masjid, MMD di tahan oleh seseorang dan menghulurkan air yogurt kepada MMD.  MMD tanya berapa harganya.  Katanya "HALAL".  Ucapan terima kasih MMD kepada pemuda tersebut dan MMD minta satu lagi untuk my Mem Besar.  Sedap betul air ni.

 

Bila MMD sampai ke bas, beberapa jemaah pun turut mencari pemuda tersebut untuk mendapatkan air yogurt juga. Rezeki jangan ditolak.

LADANG KURMA
Perjalanan yang agak singkat untuk sampai ke sini dari Masjid Quba. MMD tak shopping pun di sini.  Hanya my Mem Besar je ada beli sedikit kurma dan coklat.  Macam biasa dapat merasa kurma2 serta coklat2 di sini.  Kat sini MMD dipaksa merasa buah bidara dan kurma yang masih muda.  Hahahaha.


JABAL UHUD
Seterusnya persinggahan kami hanya sebentar di Jabal Uhud.  Selepas mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ustaz, kami pun beredar tanpa diberi kesempatan untuk meninjau2 kawasan tersebut atau mencuci mata dengan barangan yang dijual di situ.

Di bawah ni adalah bukit pemanah, perkuburan syuhada' serta banjaran Bukit Uhud.



Kesian pulak ada jemaah ni hampir tertinggal bila dia pergi membeli jubah atau buah2an tanpa memberitahu kepada suami atau Ustaz.  Bila bas mula bergerak, barulah suaminya memberitahu Ustaz yang isterinya tiada di bas. Hampir 20minit juga menunggu hinggalah kelihatan jemaah tersebut melilau2 mencari bas.  Alhamdulillah, segalanya selamat.

PASAR KURMA
Destinasi seterusnya adalah di pasar kurma.  Kat sini MMD ada membeli sedikit coklat dan kurma.  MMD tinggalkan my Mem Besar yang sedang memilih2 kurma di salah sebuah kedai yang dimiliki oleh syarikat Andalusia.  MMD dah pesan agar menunggu MMD di situ bila sudah selesai.


Laju je my Mem Besar di hadapan MMD.  huhuhu

Sebaik sahaja MMD datang semula ke kedai tersebut, my Mem Besar tidak kelihatan.  Kelam kabut MMD berpusing2 di kedai2 di situ.  Bas dah mula bergerak ke arah hadapan bagi memberi ruang kepada bas2 yang baru sampai. MMD ke bas semula kot2 my Mem Besar dah balik ke bas.  Malangnya tak ada juga.  MMD dah naik risau yang amat.  MMD pergi sekali lagi dan kali ini arah ke kedai di sebelah belakang.  Tak juga jumpa.  Masa MMD berpatah balik untuk ke bas, barulah MMD nampak my Mem Besar sedang mencari2 bas di tempat parking yang asalnya sedangkan bas dah pun bergerak parking di kawasan hadapan.

Syukur Alhamdulillah dah jumpa.  Selepas selesai urusan di sini, kami semua balik ke hotel.

Tiada lagi aktiviti dengan Ustaz dan kami buat urusan masing2.

Petang tu MMD temankan my Mem Besar untuk membeli sedikit lagi barangan untuk dibawa balik ke Malaysia.

RAUDHAH YANG DIRINDUI
Selepas solat Maghrib, MMD dan my Mem Besar balik ke hotel untuk makan malam awal kerana MMD ingin mengunjungi Raudhah sekali lagi pada malam tu.  My Mem Besar akan menumpang di bilik sebelah kerana masih bimbang untuk tinggal berseorangan di bilik akibat kejadian malam sebelumnya.  Kebetulan Nani dan Azlina juga tinggalkan mak masing2 di bilik sebelah.

Kami bertiga terus ke pintu 25 dan bersolat Isyak di situ.  Selepas solat, kami pun diminta untuk berkumpul mengikut negara masing2.  MMD sempat juga memberi sedikit tips kepada Nani dan Azlina bila berada di Raudhah nanti supaya kita dapat mengunakan sepenuhnya waktu dan kesempatan semasa berada di dalamnya.

Selepas beralih tempat berkumpul 2-3 kali, maka sampailah masa kami menjejakkan kaki kami di Raudhah.  Seperti biasa, keadaan memang berasak2 bukan sahaja sesama jemaah dari kelompok Melayu tetapi juga dengan jemaah Turki. Dalam masa yang sama berdoa agar MMD dikekalkan dalam wuduk sehingga urusan di Raudhah selesai.

MMD sudah niatkan di hati untuk mencari tempat yang paling dekat dengan bangunan/dinding berwarna hijau. Di situ ada seorang petugas wanita menjaga agar tiada perkara syirik yang jemaah lakukan.  Kebetulan ada sedikit ruang untuk bersolat, MMD beri peluang kepada Azlina dahulu sementara MMD menjadi benteng.  Selepas itu, MMD pun bersolat dan Azlina menjadi benteng.  Nani sudah tidak bersama MMD dan MMD berharap agar Nani dapat bersolat juga.

Selepas MMD selesai bersolat, MMD dan Azlina sekali lagi menjadi benteng dan memberi peluang kepada jemaah2 Melayu kita untuk bersolat dan selepas beberapa orang dapat bersolat, MMD meminta mereka mencari kawan2 yang lain untuk terus menjadi benteng.

Alhamdulillah, selepas itu, tidak MMD sangka, setiap beberapa langkah MMD diberikan ruang yang agak selesa untuk bersolat.  MMD ada bertanya jika ada jemaah yang belum bersolat bagi memberi peluang tetapi semuanya menolak.  Jadi MMD pun tidak sia2kan peluang itu.  Begitulah beberapa kali kejadian yang sama berlaku.  Selain berdoa untuk kesejahteraan dunia dan akhirat, dapat juga melakukan beberapa solat sunat mutlak, solat hajat, solat taubat, qada solat Subuh.

MMD bersyukur tidak terkira kerana merasakan inilah rezeki dari Allah yang Allah gantikan kepada MMD kerana keuzuran MMD sebelum ini.  Rasanya inilah rezeki tunai yang MMD dapat.

Sehinggalah MMD berjumpa semula dengan Nani dan Azlina dan berkeputusan, cukuplah dengan peluang yang cukup banyak Allah berikan kepada kami pada malam tersebut.  Azlina pun begitu teruja kerana dapat bersolat banyak kali.  Gembiranya mereka berdua kerana pada kali pertama menziarahi Raudhah pada hari pertama di Madinah sebelum ni, mereka hanya dapat bersolat 2 rakaat sahaja.

Kami bertiga  berjalan balik ke hotel dengan kegembiraan yang sukar diucapkan dengan pengalaman berada di Raudhah kali ini.

Tiada ucapan yang paling sesuai untuk diucapkan selain dari ALHAMDULILLAH Ya Allah.

MMD menjemput my Mem Besar dari bilik sebelah dan balik ke bilik untuk tidur dan berehat.

Sekian.  Jumpa  lagi.

Thursday, May 25, 2017

Umrah 2017 - Muhammad (SAW) is the Messenger of Allah (part 8)

As Salam.

Masih hari ke-lapan (05/02/2017).

Sebaik sahaja keluar dari pintu bilik pameran nama2 Allah, MMD dan my Mem Besar menyusuri laluan ke bilik pameran ini pulak.
 


Kat sini banyak menceritakan sejarah kebangkitan Nabi kita, kisah peperangan, model tempat tinggal Baginda serta keadaan Masjid Nabawi ketika dahulu dan sebagainya.

Antara gambar2 yang MMD ambil ketika itu sebagai kenangan.

Gambaran keadaan Masjid Nabawi ketika dahulu.



Senarai peperangan di zaman Baginda dalam menegakkan syiar Islam.


4 sahabat/khalifah yang tidak kurang banyak jasanya pada dunia Islam.





Makam Baginda serta 2 sahabat.



Tanah perkuburan Baqi'.



Masjid Nabawi, pandangan dari atas.


Sebenarnya banyak lagi gambar2 yang ada. Cukuplah setakat itu.

Berhampiran dengan bangunan pameran ini, ada bazar.  MMD serta my Mem Besar ambil kesempatan juga untuk meninjau2 dahulu sebelum masuk waktu solat.  Untuk solat Maghrib dan Isyak, kami berdua solat di dataran masjid saja. Sebab apa?  My Mem besar dah borong sejadah beberapa helai dan tak sesuai untuk dibawa/ditinggalkan di tempat kasut. Tak muat pun ye.  Nak balik ke hotel, malas pulak.  Maka bersolatlah kami di dataran yang sejuk dan nyaman tu.

Buah tangan dari seorang gadis Turkey semasa menunggu masuk waktu Isyak.




Selepas Isyak, balik ke hotel untuk makan malam dan berehat.

My Mem Besar seolah2 dikacau semasa tidurnya.  MMD yang baru nak tidur terkejut bila my Mem Besar seakan mengigau.  MMD kejutkannya.  Kemudian tidur semula dan My Mem Besar sekali lagi mengigau dengan suara seperti sedang bergaduh.  Sekali lagi MMD kejutkannya dan My Mem Besar minta untuk tidur dengan lampu terpasang. 

Sebenarnya, sebelum My Mem Besar mengigau kali kedua, MMD juga mengalami kejadian yang mana seolah2 ada sesuatu yang datang menindih MMD.  Habis ayat2 yang MMD hafal dah MMD baca dan setelah banyak kali menyebut  ALLAHU AKBAR barulah benda tu hilang dan MMD baru dapat bergerak semula.

My Mem Besar ada bagitahu yang macam ada sesuatu datang kepadanya dan yang terakhir tu seolah2 memegang lehernya.  MMD pun menceritakan juga apa yang MMD alami.  Kami tidur dengan lampu terpasang hinggalah waktu bangun untuk ke masjid bersolat Subuh.

Pengalaman ngeri gitu !!!!


Jumpa lagi di lain siaran.

Friday, May 12, 2017

Umrah 2017 - The Beautiful Names of Allah Exhibition (part 7)


As Salam

Masih lagi di hari ke-lapan (05/02/2017).

MMD rindu untuk ke sini lagi.  Antara pemandangan menarik yang memanggil2 MMD.


MMD dan my Mem Besar ke masjid untuk solat Asar.  Tiada lagi aktiviti dengan mutawwif.  Boleh buat urusan masing2.  MMD dah bagitahu awal2 pada my Mem Besar yang MMD teringin untuk melihat pameran tentang 99 nama Allah sebab pada kunjungan sebelum ni, MMD tidak berpeluang untuk mengunjunginya.

Tempat pameran ini berada di luar pintu 13. Betapa ramainya jemaah dari rumpun Melayu hinggakan Bahasa Melayu juga turut dicetak di banner tersebut.



Sebelum masuk kena beratur ikut bahasa sebab ada orang yang memberi penerangan bagi setiap kumpulan yang dilepaskan ke dalam.  Kebetulan hanya MMD berdua saja pada ketika itu, petugas di situ terus membenarkan kami masuk tanpa perlu beratur dan menunggu peserta yang lain.  Alhamdulillah, lancar saja urusan di sini.

Antara gambar2 untuk kenangan. Setiap gambar yang dipaparkan ada keterangannya tersendiri. Betapa kerdilnya kita sebagai manusia di bumi Allah ini.

 




Di dinding bahagian luar bilik pameran.


Sempena nama arwah "Bab" @ ayah MMD.


Okay.  Tertunai sudah hajat MMD. Jumpa lagi di pameran yang seterusnya.

As Salam.



Thursday, May 11, 2017

Umrah 2017 - Raudhah yang ku tunggu (part 6)

As Salam semua.

Hari ke-lapan (05/02/2017)

Bangun pagi ni dengan semangat berkobar2 untuk mengunjungi makam Baginda Rasulullah.  Dimulai dengan solat pertama di Masjid Nabawi bersama2 dengan ibunda tercinta, my Mem Besar.

Sujud syukur kerana diberi kesempatan sekali lagi menjejakkan kaki di bumi Allah yang penuh barakah ini.

Gambar My Mem Besar di depan banner salah seorang pemilik Andalusia Travel.



Sejuk hari ini di bumi Madinah. Menunaikan solat Subuh pertama di masjid ini dengan penuh rasa kesyukuran dan rasa begitu kerdil sekali.



Selepas solat, balik semula ke hotel.  Kedudukan hotel yang agak dekat dengan pagar masjid melalui pintu 15 berwarna oren.

Kemudian berkumpul semula di lobi untuk mengikuti rombongan ustazah Su ke Raudhah.  Awalnya berbaris dalam lima barisan, bila dah tengah2 jalan, semuanya berterabur.  Kih Kih Kih.

Suasana pagi.  Payung tetap kuncup sehinggalah MMD balik ke Malaysia.  Katanya ada jentera yang rosak. Dalam perjalanan untuk ke Raudhah.


Ustazah Su mengarahkan agar kumpulan kami berkumpul dalam satu kumpulan dan jangan berpecah.  Rasanya dalam 3 kali bertukar tempat hinggalah di depan pintu masuk Raudhah.  Beliau juga ada membuat permintaan pada petugas Arab di situ untuk masuk kumpulan terakhir agar jemaah dapat lebih masa untuk bersolat dan berdoa.

Masa menunggu tidak disia-siakan sambil menunaikan solat2 sunat serta membaca Al Quran.

Bergambar dengan Ustazah Su.  Kumpulan kami adalah kumpulan terakhir di bawah bimbingannya kerana selepas itu beliau akan balik ke Malaysia.







Di bawah kubah hijau itulah terletaknya Makam Rasulullah bersama2 dengan 2 sahabat.  Sabar menanti dengan meneruskan zikir2 bersama2 dengan ustazah.

Akhirnya kumpulan kami di panggil oleh petugas, maka berpusu2lah kami semua mencari tempat yang kosong untuk bersolat dan berdoa. MMD mulai dengan memberi salam dan menyampaikan salam ahli keluarga serta kawan2 kepada Baginda Rasulullah serta sahabatnya.

Ahamdulillah, walaupun begitu ramai lagi jemaah di dalam kawasan Raudhah yang berkarpet hijau, tetap ada ruang untuk MMD serta my Mem Besar untuk bersolat.  Selain memohon diberikan nikmat dunia, nikmat akhirat juga diminta selain dari bersolat sunat, solat hajat, solat taubat dan ustazah juga ada menyarankan jika ada masa, boleh qada solat Subuh.  Alhamdulillah, semuanya MMD dan my Mem Besar dapat peluang tersebut walaupun di kawasan yang berbeza di dalam Raudhah.

Yang paling akhir dan sungguh bermakna bila kami berdua dapat solat di barisan paling depan tanpa diganggu dan dihimpit oleh jemaah lain.  Kebetulan petugas sedang mengarahkan untuk mengosongkan ruangan Raudhah untuk solat Zohor bagi jemaah lelaki.  Ruangan itu akan dibuka bagi jemaah lelaki pada setiap waktu solat fardhu.

Selesai saja solat, MMD mengucapkan terima kasih pada petugas yang berada di tepi MMD kerana membenarkan kami berdua bersolat dengan tenang.

Sebaik sahaja keluar dari kawasan Raudhah, my Mem Besar menyatakan kegembiraannya dan berpuas hati kerana dapat berdoa dan bersolat hingga 5 kali solat.  My Mem Besar ada menceritakan pada MMD waktu ke sini dahulu, agak susah untuk pembimbingnya membawa masuk ke Raudhah sedangkan kali ini agak mudah dan teratur. Sebenarnya, jika kita mengetahui waktu2 yang dibenarkan masuk, Insya Allah, Allah buka peluang tersebut.


Selesai sudah urusan di Raudhah.  Syukur yang amat.

Kami berkumpul sekali lagi bagi mendengar penerangan dan berdoa di kawasan luar masjid bagi penghuni di perkuburan Baqi dan selepas itu bolehlah buat urusan masing2.  Kami berdua ada juga pergi dan melalui kawasan untuk ke perkuburan Baqi tapi tidak sampai ke penghujung jalan.  Di belakang MMD tu ada pagar masuk ke tanah perkuburan Baqi.





Kami berdua berkeputusan untuk terus berada di masjid kerana waktu Zohor akan masuk tidak lama lagi. My Mem Besar beri isyarat salam bagi anak2 dan cucu2 yang berada di Malaysia. Kami ke tandas dahulu sebelum masuk semula ke masjid mengunakan pintu yang berhampiran dengan pagar 15 oren supaya cepat sampai ke hotel selepas solat nanti.


Sempat membaca beberapa helai dari naskah Al Quran sebelum tiba waktu solat Zohor.  Alhamdulillah.  Balik ke hotel dan makan tengahari dengan lauk yang agak sedap juga dengan citarasa tekak MMD.

MMD berhenti dahulu di sini. Jumpa lagi di lain entry.

As Salam.






Wednesday, May 10, 2017

Umrah 2017 - Pilu (part 5)

As Salam.

Hari ke-tujuh (04/02/2017)

Sekejap sangat rasanya masa berlalu. Hari ini adalah hari terakhir buat masa ini MMD berada di bumi Mekah.  Dari awal pagi sudah terasa hiba dan pilu. Rasanya tak cukup lagi ibadah dan amalan2 yang MMD ingin lakukan. MMD mohon agar ini bukanlah kali terakhir MMD menjejakkan kaki di sini.

Impian MMD untuk bersolat di hadapan Kaabah pada hari terakhir termakbul juga.  Selesai sahaja tawaf sunat, MMD terus mencari lokasi yang sesuai.  Hanya perlu mencari kumpulan jemaah wanita berkumpul.  MMD pun mengambil tempat masing2 bersama2 dengan my Mem Besar.

Ada kalanya petugas masjid akan mengarahkan jemaah wanita untuk masuk ke bahagian bawah bangunan di tempat solat wanita.  Kali ini MMD bernasib baik sekali lagi.  Syukur.   Alhamdulillah.

Seperti biasa, solat Subuh di masjid dan kembali ke hotel untuk bersarapan. 

Dapat lihat MMD berada di barisan hadapan selepas barisan jemaah lelaki.  Terasa amat dekat dengan Kaabah.


 Selesai solat Subuh, bergambar dengan my Mem Besar buat kali penghabisan.  Selepas ini, tiada lagi gambar semasa/selepas tawaf wida'.


Berehat sebentar di bilik sebelum keluar semula untuk melakukan tawaf wida' dalam pukul 10 pagi.
Air mata tak dapat ditahan2 lagi semasa melakukan tawaf ini.  Rasa amat sedih, pilu dan gembira pun ada.  Gembira kerana telah diberikan peluang untuk datang ke sini bukan sahaja dengan my Mem Besar yang MMD hajatkan sebelum ini, malah dalam tempoh yang agak singkat selepas umrah pertama MMD pada akhir tahun 2015.

Bersolat sunat selepas selesai tawaf wida' dan berdoa seketika.  Antara doa MMD ialah bagi mohon agar dijemput lagi datang ke sini.  Selesai urusan pada pukul 11 pagi.  Kembali ke hotel untuk makan tengahari dan seterusnya bersolat jamak Zuhur/Asar di bilik hotel saja.

Beg2 telah MMD hantar turun sebelum tawaf wida' lagi.  Hanya tinggal beg sandang kecil untuk keperluan peribadi.  Terus berkumpul di lobi untuk menunggu bas yang akan membawa kami ke Kota Madinah.

Kali ini bas kami tiba agak lewat disebabkan kesesakan di jalan raya.  Terus menaiki bas dan terpaksa menunggu agak lama.  Kesian juga ada isteri jemaah tidak sampai2 dari masjid.  Masing2 agak risau dan berdoa agar tidak berlaku apa2 yang buruk pada isteri jemaah tersebut. Akhirnya isteri jemaah sampai dan meminta maaf kerana kelewatan beliau akibat kesesakan sewaktu menunaikan tawaf wida yang dilakukannya selepas solat Zuhur.   Ustaz ada mencadangkan agar menunaikan tawaf wida' sebelum solat zuhur kerana kesesakan mungkin berlaku selepas selesai solat.

Maka bergeraklah kami ke arah Madinah dan singgah di Wadi Kude untuk menjamu selera dengan Nasi Arab.  Duduk santai sambil menunggu giliran.  Kat dalam restoran tengah penuh dengan jemaah dari bas2 yang lain.



Kali ini MMD dapat merasai hidangan di dalam bilik dan bukannya di tempat terbuka. Satu kumpulan berlima.  Alhamdulillah.  Kenyang.


Now you see....

Now you dont'...


Selamat tinggal wahai Kota Mekah....


Akhirnya kami sampai di hotel di Madinah pada waktu malam.  Hotel Mawaddah Al Waha yang agak selesa berbanding dengan hotel di Mekah.  Kelengkapan dan suasana yang agak moden.  Selepas solat jamak Isyak/Maghrib, terus tidur dan rehatkan badan untuk aktiviti keesokan harinya.

Sekian.  Jumpa lagi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...