Wednesday, September 23, 2015

Melahap di Umbai

 As Salam

Destinasi ke Melaka selepas bergerak dari kenduri kahwin di Muar.  Ke rumah MMD's younger sister.  Sampai pun dah petang.  Dalam perkiraan MMD, kami sekeluarga nak pusing2 bandar Melaka je pada waktu malam.  Ada satu tempat tujuan yang MMD bagitahu kat my beloved hubby. Tapi jalan untuk ke sana masih lagi kabur2.

Dah jadi rezeki kami, adik MMD ajak makan di Umbai di kedai kenalan suaminya. Lepas Maghrib, kami ke tempat tujuan untuk makan2.  Adik ipar MMD dah keluar dulu untuk book tempat dan order makanan.  Bila MMD sampai, makanan pun dah siap ada atas meja.  Cepat betul servisnya.  1st class gitu.

Ikan ada 3 ke 4 jenis masakan. Siap dengan sotong, udang, sayur bagai.  Tu pun MMD dah minta adik ipar stop bila dia nak order lagi.  Mana boleh nak habis semuanya.  Tu pun nasib baik MMD hanya ambil sebungkus je nasi lemak yang comel tu buat alas perut.  Yang lainnya, siap meratah je la.

 
 


Sebelum balik posing2 dulu berlatarbelakangkan pokok2 bakau di tepi restoran tu.  Pasti cantik jika bergambar waktu siang.  Lain kalilah pergi semula pada waktu siang.

Sekian.  Jumpa la dehhh!

Saturday, September 19, 2015

Kahwin lagi di Johor?

As Salam

Geram betul MMD. Apasal tiba2 MMD geram ni?  Apa tidaknya....dah berbulan peristiwa berlaku, MMD masih lagi belum bercerita kat blog ni.  Jangan bimbang, tak ada benda yang tak baik berlaku.  Semuanya baik2 belaka.  Kisah anak saudara belah my beloved hubby mendirikan masjid baru2 ni.

Yang sebelum ni MMD hadiri majlis di sebelah pihak perempuan di Klang, kali ni ke Muar Johor pulak untuk pihak lelaki.  Rancangan asalnya untuk bergerak awal dan bermalam di Muar tapi tukar plan pada saat akhir.  Bergerak pada hari majlis dan sampai sebelum tengahari.  Just nice kata orang.  Waktu makan..hahaha.

My Mem besar pun ikut sekali kerana ada perancangan untuk singgah ke Melaka, rumah adik MMD.  Lagipun nenek nak melepaskan rindu kat cucu2nya yang bertiga tu, Amar, Ariq dan Aisy.

Yeaaaaa, dah sampai Muar.


Antara gambar2 yang sempat diabadikan untuk kenangan.  Tahniah untuk Adib & Syu.

 
Bermacam2 jenis hidangan yang ada.  Yang MMD piilih ialah nasi dan laksa Johor.  Best !

Bergerak dari Muar untuk ke Melaka dengan buah tangan yang berbondong2, makanan dan juga pisang bersikat2.  Lea suka sangat makan pisang.

MMD sempat ambil gambar ni.  Klasik betul.


As Salam. Jumpa lagi di lain entry.


Friday, September 18, 2015

R&R Perasing yang terasing

As Salam

Siapa orang Pantai Timur sila angkat tangan tinggi2?  MMD dah angkat tangan ni.  Tentu ramai yang singgah kat blog kecil MMD ni pun ada yang berasal dari Pantai Timur kan?  Kita satu tongkanglah kiranya.

Pada bulan puasa yang lepas, buat pertama kalinya keluarga MMD singgah ke R&R Perasing.  Tempat ni baru lagi ni.  Tak ramai pun pengunjung masa MMD sampai. Kedai2 makan satupun tak ada yang beroperasi lagi.

Kawasannya sangat luas.  Dapatlah juga MMD round sekejab dalam perjalanan ke bilik air.  Nun jauh ke belakang. Kalau yang dah nak terkucil tu, harus tak sempat hahahaha.

Ruangan makan yang agak besar dan selesa. Laluan pejalan kaki yang menarik.  Ruang solat serta bilik air yang masih bersih dan selesa.  Semoga agar terus bersih dengan kerjasama dari pengunjung serta khidmat makcik2 cleaner yang murah dengan senyuman semasa berselisih dengan MMD masa tu.

Antara gambar yang sempat MMD ambil.  Nasib baik masa MMD ke bilik air, Lea sedang tidur di kereta.  Kalau tidak harus bertapak sekejab melayannya bermain di playground kat situ.

Direktori.
 Rasa macam duduk kat rumah je....


Playground yang bakal menjadi kegilaan kanak2 riang.


Ke ruangan solat wanita.  Warna pink tu...


 Ruang wuduk wanita.


Ruang solat wanita.


Yang ni sudah tentu ke ruangan solat lelaki.  Warna biru.


 Bilik air awam.  Siap ada tempat mandi.

 

Antara laluan yang ada dari depan hingga ke bilik air wanita.  Jauh kan? Nasib baik banyak disediakan kerusi disepanjang laluan tersebut.  Bolehlah rehat sementara.



Parking pun banyak di sekeliling bangunan ni.  Tapi hanya satu saja yang kurang menarik dari pandangan dan pendapat MMD.  MMD ni pengguna tegar parking lot OKU.

Walaupun beberapa lot parking untuk OKU berada paling hampir dengan banguan utama, ruangan yang disediakan amat sempit.  Hanya ada laluan sehala (kalau tak silap MMD) keluar masuk  kereta dan bagi yang ingin masuk atau keluar dari lot2 OKU, amat susah sekali terutamanya jenis kereta MPV macam MMD.    Kalau terlebih undur pasti akan melanggar pembahagi tepi jalan atau bergeser dengan kereta jiran sebelah.  Kalau kereta kancil memang tidak ada masalah langsung.  MMD silap dan lupa nak ambil gambar parking lot tu.

Selepas selesai urusan di situ, keluarlah kami ke jalan utama yang mengambil jarak lebih kurang 1km  (satu kilo meter tau!!!).  Itu sebabnya MMD tulis kat atas tu, Perasing yang terasing.  Memang agak jauh dari laluan utama bagi pengguna ke dua2 laluan ke Pantai Timur dan juga ke Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, syukur MMD ucapkan kerana dengan adanya sebuah kawasan rehat & rawat ni bolehlah semua pengguna lebuhraya menikmati perjalanan yang lebih segar selepas berhenti rehat sementara meneruskan perjalanan ke destinasi masing2.

Sekian, jumpa lagi di entry akan datang.

As Salam.

Tuesday, September 15, 2015

Bizi sokmo

As Salam

Beberapa minggu sebelum raya baru2 ni, banyak urusan rumah tangga  yang berlaku di rumah MMD. Tak nak cerita banyak2, biar gambar berbicara,  Kalau tak jelas, cubalah teka hahahaha.

 
 
 
 

Dalam sibuk2 tu sempat lagi menerima jemputan berbuka puasa dengan bos.
 
 

Ini antara sumbangan yang diterima oleh Hazry dari pihak surau di taman perumahan MMD sempena bulan Ramadhan.  Selain barangan dapur duit raya pun dapat juga.  Alhamdulillah.


Pendek kan entry kali ni?

Jumpa lagi di entry akan datang.

As Salam.

Monday, September 14, 2015

Almond London untuk anak London

As Salam.

MMD berbesar hati sangat2 mendapat kunjungan tetamu ni.  Bukannya selalu ada di Malaysia pada setiap hari raya.  Tahun ni dia dan anak2 kebetulan dapat balik beraya.  Sudah tentu meriah kat rumah keluarganya lebih2 lagi anak2 pun semakin membesar.

Masa kat Trg baru2 ni dah pun beraya bersama2.  Alhamdulillah. Sesekali berjumpa gamak bercerita. Salah seorang sepupu MMD yang tinggal di United Kingdom.  Ada seorang lagi sepupu pun berada di UK tapi tak balik beraya. Keluarga besar kat sana.

Kebetulan baru2 ni sepupu MMD, Syikin datang ke KL untuk menghadiri kenduri di Putrajaya.  MMD pun "paksa" dia datang ke rumah MMD ni.  Maklumlah, dia pun tak pernah sampai lagi ke sini.  Kunjungan bersama anak2 serta abang sepupu dan isterinya serta mak saudara MMD juga selamat sampai ke rumah MMD yang tak seberapa ni.

Sudah tentu MMD balik awal dari kerja untuk memasak.  Juadah pun simple2 je.  Ada masak lemak udang, sayur, ayam goreng dan yang paling laku sekali ialah ikan masin.  Ingatkan orang UK dah tak berapa makan ikan masin..hahaha.

My Mem besar yang baru sampai  ke Cheras sehari sebelum tu dari Trg serta keluarga adik MMD, Cik La pun buat rombongan datang juga.  Lagi gamaklah rumah MMD.

Rancangan Syikin yang nak bergerak balik dalam pukul 8pm akhirnya tertunda hingga hampir 11pm. Itulah kalau sesekali berjumpa memang tak ingat waktu dah........

Ha...tengok si comel ni.   Cantik kan?  Kacukan Melayu dengan orang Ireland. Sangat petah bercakap.  Lea pun masih malu2 nak speaking dgn dia ni.  Tapi masih lagi happy bermain bersama2 kat dalam biliknya. Macam itik dengan ayam pun ada juga.



Okay, jumpa lagi di lain entry.

Sekian.  As salam.



Sunday, September 13, 2015

Siapakah retis yang beraya dengan MMD?

As Salam

Gah tak tajuk di atas?

Tahun ni rumah my Mem besar menerima kunjungan beberapa selebriti.  Pasangan pengurus artis dan suaminya pengacara di RTM, kenalan my youngest sister, adik Nurul.

Seorang lagi...ha....jangan jeles tau.  Posing rapat benar2 tu.  Cuba teka siapa tu???


Sayang ketat2 untuk adik bungsu lelaki MMD ni.  Ada iras sape ekkk?

As Salam.

Saturday, September 12, 2015

Terlewatkah Syawal ku?

As Salam

Berhabuk dengan sawang2 kat blog kecil MMD lagi.  Berbulan  tanpa sebarang berita.  Banyak kejadian berlaku.  Malangnya masa tak mengizinkan buat MMD turunkan catitan di blog ni.

Apa2 pun, MMD sekeluarga mengucapkan Salam Aidilfitri buat teman yang singgah di sini. Hari raya Aidil Adha bakal menjelang tak lama lagi. Ada yang singgah ke?  Harap2 ada la ye....

Tahun ni MMD balik sehari sebelum hari raya.  Tak berapa excited sangat sebab tak dapat cuti panjang2. MMD berangkat pada 16/07/15 @ 3am dari Port Klang. Hanya selepas tol Gombak hingga ke tol Karak je yang tersangkut dalam jem.  Bukannya tak bergerak langsung tapi perlahan je.  Itu  lebih baik kan?  Selepas dari tu, semuanya bergerak lancar.

Macam biasa, MMD tidak menetapkan berapa jam untuk sampai ke destinasi.  Yang penting, kalau mengantuk atau anak2 nak ke bilik air, memang MMD akan stop kat mana2 R&R walaupun banyak kali sekalipun.  Hanya merancang untuk sampai dalam tengah hari je.

MMD hanya take over untuk drive lebih kurang 70km je dari 400++ km tu.  Itupun sebab my beloved hubby rasa mengantuk sangat.  Dah pagi pun masa tu.  Kalau gelap lagi, MMD pun ikut tidur sekalilah kat R&R.  hehehe.

Aktiviti masa balik kampung?  Petang tu juga MMD pasang wallpaper kat feature wall rumah my Mem besar.  Ingatkan my beloved hubby nak tolong sampai habis...ehmmm tengok2 dia masuk bilik tidur senyap2.  MMD yang habiskan semuanya.


Menu hari raya pertama? Nasi minyak yang ditempah oleh my Mem besar.  Maklumlah my Mem besar pun berangkat dari Cheras 2 hari lagi sebelum raya. Semua balik last minute ke kampung.  Hari raya kedua makan nasi himpit dengan rendang hasil tangan my sister, Yus.  Hari raya ketiga MMD masak nasi beriani.  Semua adik beradik MMD balik kecuali keluarga La kerana hubbynya tak dapat cuti.

Koleksi gambar2 kelakar masa raya.

 
 
 


Tahun ni pun MMD tak pergi beraya sangat.  Hanya beberapa rumah teman dan keluarga terdekat je.  Hari raya ke 4 dah berangkat balik semula ke Port Klang sebab hari Rabu Lea dah masuk sekolah.

Antara gambar raya kat rumah orang...hahaha.

Ini rumah Ngah Tun (kakak my Mem besar yang ke 2) yang berjubah coklat.


Ini pulak rumah Ma Long (kakak my Mem besar yang sulung) yang bertudung hitam belakang MMD tu. Jarak perjalanan?  1-2 minit je antara satu sama lain dari rumah my Mem besar.  Dekat kan? My Mem besar adik yang bungsu.


Ini rumah tetap kunjungan MMD bila balik beraya di kampung.  Rumah Khazimah.  Lea suka datang sini dan selalu ingat dia makan banyak pisang masa raya yang lepas.



Hari Selasa rehat sehari lagi. Rabu barulah MMD masuk kerja.

Hujung minggunya  keluarga terdekat belah my beloved hubby buat kunjungan hormat kat rumah MMD di Port Klang.  Sekali lagi, MMD masak nasi beriani atas permintaan my beloved hubby.

 

Pada 01/08/15, kunjungan ke LBJ (Labu Johnson) untuk berhari raya dengan kakak sulung my beloved hubby dan seterusnya ke Senawang ke rumah anak kakak sulung.

 
Ini kakak sulung my beloved hubby (yang berlainan emak).

Malamnya singgah ke Cheras untuk beraya dengan adik MMD, La yang tak balik ke kampung baru2 ni.  Kebetulan melalui Kajang dalam perjalanan balik dari Senawang.  Alang2 dah tak jauh, tu yang singgah kat rumahnya.  Budak2 happy sebab dapat makan ayam KFC malam2 buta.

Sekian.  Jumpa lagi di lain entry.


Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadhan

As Salam

Pejam celik, pejam celik dah tiba pulak untuk mula berpuasa esok.  MMD sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa dan selamat beribadah dengan lebih lagi pada bulan Ramadhan ni.

Macam tahun2 sebelum ni, MMD sekeluarga amat bersederhana dalam bab berbuka puasa.  Masak pun ala kadar saja.  Maklumlah terkejar2 dari balik kerja.  Apa yang senang dan cepat siap itulah yang terhidang di atas meja makan.

Dalam urusan persiapan hari raya, pakaian anak2 dah MMD selesaikan dari bulan lepas lagi.  MMD tak suka berhimpit2 dan bersesak2 dengan lautan manusia di shopping2 complex dalam bulan puasa.  Penat dan angin pun cepat naik.  hehehe.

Hingga jumpa lagi di lain entry.

As Salam.

Thursday, June 4, 2015

5 X 5 = Gold status @ 01/06/15

As Salam.

Berturut-turut entry MMD kali ni berkaitan dengan angka.  Tiga hari lepas genaplah my beloved hubby bertukar status.  Walaupun apa angka sekalipun, tetap teguh di sebelah MMD dan anak2.  Yang penting, doa kami semua agar my beloved hubby mendapat kesihatan yang baik sepanjang masa dan dipanjangkan umur olehNya agar dapat terus beribadah dan berbuat baik sentiasa.

Sehari sebelum tu pun makan malam kat luar.  Katanya pre-birthday celebration.  Hari birthdaynya pun makan kat luar.  Katanya birthday celebration.  Berangan nak post-birthday celebration jugak tu....nakal2!!!

MMD sengaja ambil cuti 1 hari pada 01/06/15.  Kebetulan cuti sekolah baru bermula. Semua ada kat rumah. MMD tak bagitahu pun pada anak2 yang MMD bercuti.  Mereka pun pelik kenapa MMD masih ada kat rumah walaupun dah lepas pukul 9am.  Yang paling gembira tentulah Lea.

Plan asalnya nak ajak family ke pesta bunga di Putrajaya.  Tapi memikirkan badan dah penat kerana hari sebelumnya dah pun keluar berjalan2.  MMD cancel plan tersebut.  Lagipun ada urusan yang masih belum selesai di rumah.  Tengok je la nanti apa yang akan terjadi di rumah bila siap urusannya.

Malamnya, selepas my beloved hubby balik dari Maghrib dari surau kat area rumah, semuanya keluar untuk makan malam.  Ada beberapa pilihan tempatnya semasa berbincang kat dalam kereta.  Akhirnya MMD pilih tempat yang dekat je.  Restoran Hj Sharin Low di Harbour Palace.

Habuan makan malam tu.....

Opsss...yang kat atas ni bukan untuk di makan ye. 

Yang  kat bawah ni haa.....Antaranya daging lada hitam, telur dadar tak boleh tinggal, asparagus goreng, siakap stim ala Thai dan juga sotong hotplate.


 
 
 
 

Hadiah istimewa dari orang yang istimewa.  Yang terbaliknya, orang yang sambut birthday bagi pada orang yang meraikan birthday,  MMD la yang dapat tu.  Hakim jeles sakan.


Terima kasih my beloved hubby.  Semoga hubungan kita kekal selamanya.


Sekian. As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...