As Salam
Geram betul MMD. Apasal tiba2 MMD geram ni? Apa tidaknya....dah berbulan peristiwa berlaku, MMD masih lagi belum bercerita kat blog ni. Jangan bimbang, tak ada benda yang tak baik berlaku. Semuanya baik2 belaka. Kisah anak saudara belah my beloved hubby mendirikan masjid baru2 ni.
Yang sebelum ni MMD hadiri majlis di sebelah pihak perempuan di Klang, kali ni ke Muar Johor pulak untuk pihak lelaki. Rancangan asalnya untuk bergerak awal dan bermalam di Muar tapi tukar plan pada saat akhir. Bergerak pada hari majlis dan sampai sebelum tengahari. Just nice kata orang. Waktu makan..hahaha.
My Mem besar pun ikut sekali kerana ada perancangan untuk singgah ke Melaka, rumah adik MMD. Lagipun nenek nak melepaskan rindu kat cucu2nya yang bertiga tu, Amar, Ariq dan Aisy.
Yeaaaaa, dah sampai Muar.
Antara gambar2 yang sempat diabadikan untuk kenangan. Tahniah untuk Adib & Syu.
Bermacam2 jenis hidangan yang ada. Yang MMD piilih ialah nasi dan laksa Johor. Best !
Bergerak dari Muar untuk ke Melaka dengan buah tangan yang berbondong2, makanan dan juga pisang bersikat2. Lea suka sangat makan pisang.
MMD sempat ambil gambar ni. Klasik betul.
As Salam. Jumpa lagi di lain entry.
No comments:
Post a Comment