Friday, September 18, 2015

R&R Perasing yang terasing

As Salam

Siapa orang Pantai Timur sila angkat tangan tinggi2?  MMD dah angkat tangan ni.  Tentu ramai yang singgah kat blog kecil MMD ni pun ada yang berasal dari Pantai Timur kan?  Kita satu tongkanglah kiranya.

Pada bulan puasa yang lepas, buat pertama kalinya keluarga MMD singgah ke R&R Perasing.  Tempat ni baru lagi ni.  Tak ramai pun pengunjung masa MMD sampai. Kedai2 makan satupun tak ada yang beroperasi lagi.

Kawasannya sangat luas.  Dapatlah juga MMD round sekejab dalam perjalanan ke bilik air.  Nun jauh ke belakang. Kalau yang dah nak terkucil tu, harus tak sempat hahahaha.

Ruangan makan yang agak besar dan selesa. Laluan pejalan kaki yang menarik.  Ruang solat serta bilik air yang masih bersih dan selesa.  Semoga agar terus bersih dengan kerjasama dari pengunjung serta khidmat makcik2 cleaner yang murah dengan senyuman semasa berselisih dengan MMD masa tu.

Antara gambar yang sempat MMD ambil.  Nasib baik masa MMD ke bilik air, Lea sedang tidur di kereta.  Kalau tidak harus bertapak sekejab melayannya bermain di playground kat situ.

Direktori.
 Rasa macam duduk kat rumah je....


Playground yang bakal menjadi kegilaan kanak2 riang.


Ke ruangan solat wanita.  Warna pink tu...


 Ruang wuduk wanita.


Ruang solat wanita.


Yang ni sudah tentu ke ruangan solat lelaki.  Warna biru.


 Bilik air awam.  Siap ada tempat mandi.

 

Antara laluan yang ada dari depan hingga ke bilik air wanita.  Jauh kan? Nasib baik banyak disediakan kerusi disepanjang laluan tersebut.  Bolehlah rehat sementara.



Parking pun banyak di sekeliling bangunan ni.  Tapi hanya satu saja yang kurang menarik dari pandangan dan pendapat MMD.  MMD ni pengguna tegar parking lot OKU.

Walaupun beberapa lot parking untuk OKU berada paling hampir dengan banguan utama, ruangan yang disediakan amat sempit.  Hanya ada laluan sehala (kalau tak silap MMD) keluar masuk  kereta dan bagi yang ingin masuk atau keluar dari lot2 OKU, amat susah sekali terutamanya jenis kereta MPV macam MMD.    Kalau terlebih undur pasti akan melanggar pembahagi tepi jalan atau bergeser dengan kereta jiran sebelah.  Kalau kereta kancil memang tidak ada masalah langsung.  MMD silap dan lupa nak ambil gambar parking lot tu.

Selepas selesai urusan di situ, keluarlah kami ke jalan utama yang mengambil jarak lebih kurang 1km  (satu kilo meter tau!!!).  Itu sebabnya MMD tulis kat atas tu, Perasing yang terasing.  Memang agak jauh dari laluan utama bagi pengguna ke dua2 laluan ke Pantai Timur dan juga ke Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, syukur MMD ucapkan kerana dengan adanya sebuah kawasan rehat & rawat ni bolehlah semua pengguna lebuhraya menikmati perjalanan yang lebih segar selepas berhenti rehat sementara meneruskan perjalanan ke destinasi masing2.

Sekian, jumpa lagi di entry akan datang.

As Salam.

5 comments:

Unknown said...

helpful hints look at this website web YSL Dolabuy he has a good point check my site

mctoxe said...

official website Prada Dolabuy go to this website Ysl replica bags go right here replica louis vuitton bags

Unknown said...

Visit This Link f4k13r9y88 replica ysl bags replica bags seoul replica bags hong kong this link m0s12z1w37 replica bags dubai browse this site u7h49f5y58 fake louis vuitton replica ysl bags australia

netoph said...

their explanation Dolabuy Dior check this site out cheap designer bags replica this page designer replica luggage

dyry said...

replica bags high quality the original source v6r10x3l61 replica bags 168 mall replica bags qatar gucci fake e5m83n9p33 replica bags turkey replica bags ebay important site k7e27d7f01 replica bags wholesale hong kong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...