Saturday, September 12, 2015

Terlewatkah Syawal ku?

As Salam

Berhabuk dengan sawang2 kat blog kecil MMD lagi.  Berbulan  tanpa sebarang berita.  Banyak kejadian berlaku.  Malangnya masa tak mengizinkan buat MMD turunkan catitan di blog ni.

Apa2 pun, MMD sekeluarga mengucapkan Salam Aidilfitri buat teman yang singgah di sini. Hari raya Aidil Adha bakal menjelang tak lama lagi. Ada yang singgah ke?  Harap2 ada la ye....

Tahun ni MMD balik sehari sebelum hari raya.  Tak berapa excited sangat sebab tak dapat cuti panjang2. MMD berangkat pada 16/07/15 @ 3am dari Port Klang. Hanya selepas tol Gombak hingga ke tol Karak je yang tersangkut dalam jem.  Bukannya tak bergerak langsung tapi perlahan je.  Itu  lebih baik kan?  Selepas dari tu, semuanya bergerak lancar.

Macam biasa, MMD tidak menetapkan berapa jam untuk sampai ke destinasi.  Yang penting, kalau mengantuk atau anak2 nak ke bilik air, memang MMD akan stop kat mana2 R&R walaupun banyak kali sekalipun.  Hanya merancang untuk sampai dalam tengah hari je.

MMD hanya take over untuk drive lebih kurang 70km je dari 400++ km tu.  Itupun sebab my beloved hubby rasa mengantuk sangat.  Dah pagi pun masa tu.  Kalau gelap lagi, MMD pun ikut tidur sekalilah kat R&R.  hehehe.

Aktiviti masa balik kampung?  Petang tu juga MMD pasang wallpaper kat feature wall rumah my Mem besar.  Ingatkan my beloved hubby nak tolong sampai habis...ehmmm tengok2 dia masuk bilik tidur senyap2.  MMD yang habiskan semuanya.


Menu hari raya pertama? Nasi minyak yang ditempah oleh my Mem besar.  Maklumlah my Mem besar pun berangkat dari Cheras 2 hari lagi sebelum raya. Semua balik last minute ke kampung.  Hari raya kedua makan nasi himpit dengan rendang hasil tangan my sister, Yus.  Hari raya ketiga MMD masak nasi beriani.  Semua adik beradik MMD balik kecuali keluarga La kerana hubbynya tak dapat cuti.

Koleksi gambar2 kelakar masa raya.

 
 
 


Tahun ni pun MMD tak pergi beraya sangat.  Hanya beberapa rumah teman dan keluarga terdekat je.  Hari raya ke 4 dah berangkat balik semula ke Port Klang sebab hari Rabu Lea dah masuk sekolah.

Antara gambar raya kat rumah orang...hahaha.

Ini rumah Ngah Tun (kakak my Mem besar yang ke 2) yang berjubah coklat.


Ini pulak rumah Ma Long (kakak my Mem besar yang sulung) yang bertudung hitam belakang MMD tu. Jarak perjalanan?  1-2 minit je antara satu sama lain dari rumah my Mem besar.  Dekat kan? My Mem besar adik yang bungsu.


Ini rumah tetap kunjungan MMD bila balik beraya di kampung.  Rumah Khazimah.  Lea suka datang sini dan selalu ingat dia makan banyak pisang masa raya yang lepas.



Hari Selasa rehat sehari lagi. Rabu barulah MMD masuk kerja.

Hujung minggunya  keluarga terdekat belah my beloved hubby buat kunjungan hormat kat rumah MMD di Port Klang.  Sekali lagi, MMD masak nasi beriani atas permintaan my beloved hubby.

 

Pada 01/08/15, kunjungan ke LBJ (Labu Johnson) untuk berhari raya dengan kakak sulung my beloved hubby dan seterusnya ke Senawang ke rumah anak kakak sulung.

 
Ini kakak sulung my beloved hubby (yang berlainan emak).

Malamnya singgah ke Cheras untuk beraya dengan adik MMD, La yang tak balik ke kampung baru2 ni.  Kebetulan melalui Kajang dalam perjalanan balik dari Senawang.  Alang2 dah tak jauh, tu yang singgah kat rumahnya.  Budak2 happy sebab dapat makan ayam KFC malam2 buta.

Sekian.  Jumpa lagi di lain entry.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...