Destinasi ke Melaka selepas bergerak dari kenduri kahwin di Muar. Ke rumah MMD's younger sister. Sampai pun dah petang. Dalam perkiraan MMD, kami sekeluarga nak pusing2 bandar Melaka je pada waktu malam. Ada satu tempat tujuan yang MMD bagitahu kat my beloved hubby. Tapi jalan untuk ke sana masih lagi kabur2.
Dah jadi rezeki kami, adik MMD ajak makan di Umbai di kedai kenalan suaminya. Lepas Maghrib, kami ke tempat tujuan untuk makan2. Adik ipar MMD dah keluar dulu untuk book tempat dan order makanan. Bila MMD sampai, makanan pun dah siap ada atas meja. Cepat betul servisnya. 1st class gitu.
Ikan ada 3 ke 4 jenis masakan. Siap dengan sotong, udang, sayur bagai. Tu pun MMD dah minta adik ipar stop bila dia nak order lagi. Mana boleh nak habis semuanya. Tu pun nasib baik MMD hanya ambil sebungkus je nasi lemak yang comel tu buat alas perut. Yang lainnya, siap meratah je la.
Sebelum balik posing2 dulu berlatarbelakangkan pokok2 bakau di tepi restoran tu. Pasti cantik jika bergambar waktu siang. Lain kalilah pergi semula pada waktu siang.
Sekian. Jumpa la dehhh!
No comments:
Post a Comment