Wednesday, September 28, 2011

Berposing di pagi Raya..

As Salam.

Selepas sembahyang Raya dan bermaaf-maafan di pagi Raya, menjadi kemestian untuk berposing sakan sebagai kenangan.  Antara keluarga adik beradik yg sempat bercuti raya di kampung.

Tema biru, keluarga Yus/Azam 

Anak bungsu lelaki & bungsu perempuan my mother.

Tema hijau, Cik Eie & Faizal. 

Tema colourful, keluarga MMD.  My beloved hubby & Hakim nak pakai jubah putih punya pasal.

Anak2 dari keluarga La yg tak dapat balik.  Hantar wakil je.


Lea di antara sepupu2nya.

As Salam.

Tuesday, September 27, 2011

Make over job...

As Salam

Idea adik bungsu MMD untuk menukar warna dinding di ruang makan menjadi kenyataan walaupun dah last minute arrangement.  Sehari sebelum Raya.  MMD dengan my beloved hubby pergi beli cat dan kelengkapan mengecat.  Adik bungsu MMD serta Imran dan Hakim tolong mengecat. 



 Malamnya, abang sulung dan beloved hubby tolong pasang bidai. Gotong royong adik beradik.

 Siap, simple je.

 Hah..kena adjust sikit.  Gambar tak clear, maklumlah rumah kami ni di tepi lereng bukit. BIL kena ambil tugas ni.

Inilah rumah kami di kampung tempat MMD adik beradik membesar di sini.

As Salam.

Saturday, September 24, 2011

Selamat Kembali.....MMD !

As Salam

MMD kemana selama sebulan ni? Ada..tak kemana pun. Hanya sekadar masa terlalu pendek rasanya sehari. Tak cukup 24 jam sehari.  Sebelum bercuti raya baru2 ni dan hinggalah dah nak habis Syawal, barulah boleh tengok blog MMD betul2.  Ramai juga yg tinggalkan message untuk MMD dan ada yg siap bertanya..kemanakah kawan aku ni?...

Pada yg mengingati MMD, terima kasih MMD ucapkan dan selamat  berhari raya dan jangan lupa control makan masa hadiri open house..nanti kalori naik pulak!

MMD bukannya pergi bertapa or pergi holiday kat overseas ke apa...hanya bertapa dengan urusan kerja yg berderet datelinenya.

Jadi selepas ni, ada beberapa entry basi yg akan keluar...tak payah tunggu la ye...kih kih kih...

As Salam.

Thursday, September 22, 2011

HOTEL ROOM FOR SALE - LEGENDS CHERATING & GRAND SEASONS KL

As Salam

Promosi jualan sikit hari ni.  Ada sesiapa yg berminat untuk bercuti di kedua2 tempat ni sebelum 31/12/2011?  Silalah tinggalkan komen atau email dengan segera.

As Salam.

Saturday, August 20, 2011

Telur masin ikan sardin

As Salam

Antara menu pilihan my beloved hubby di bulan puasa ni.  Dah berbulan family MMD tak makan sardin. Tiba2 je my hubby request nak makan sardin waktu berbuka.   Kebetulan masa tu kami di Econsave shopping barang2 dapur.  Ehmmmm...angkat 2 tin sardin, bu!!!!  OK. berehhhh..kata orang Terengganu.



Menu macam ni dah membuatkan my hubby & Hakim tambah nasi...syukur Alhamdulillah habis masakan MMD yg tersempoi.  Resepi orang malas sebenarnya....

As Salam.

Friday, August 19, 2011

Indahnya berbuka puasa bila.....

As Salam.

Bila ada itu dan ini dan sebagainya.....

Seperiuk besar sup tulang.

Bubur lambuk klasik gituuuu.


Sayur campur, very delicious!

Grilled chicken.

Sambal belacan...yummy!!!

Sekaya..nak kaya kena makan kuih ni banyak2.

Jangan tak caya yg my sister and my BIL yg masak semuanya ni.  Ada la juga wakil lelaki yg boleh memasak dalam keluarga MMD.  Arwah my father pun pandai memasak.  MMD je yg pening lalat memikirkan apa nak masak setiap hari.

Kuih muih  tambahan.

Yang paling seronok berbuka kali ini ialah dikelilingi oleh anak2 saudara yg semakin ramai dan semakin besar.  Ini hanya sebahagiannya saja.  Ada ramai lagi.



Kami bersila "wall to wall" lagi.  Very happening!!
Terima kasih kepada Cik Yus dan Cik Azam kerana menjadikan lawatan MMD ke Cheras pada hari cuti Nuzul Quran sunggggguuuuhhhh bermakna.

As Salam.

Monday, August 15, 2011

Jemput gergasi

As Salam

Selamat berpuasa lagi...Pejam celik pejam celik dah masuk 2 minggu kita semua berpuasa. 

Last Satuday, my beloved hubby ada special request untuk MMD masak untuknya.  Then, MMD suruhlah my hubby ke Econsave untuk beli ramuannya..kebetulan dah tak kehabisan stok dlm fridge.

Sementara my hubby ke ES, MMD pun start campurkan bahan2 dulu dan gaul rata.  Bahannya senang je...
mesti ada gandum, air, gula, garam, sedikit baking powder.  Siap di gaul2.  Biarkan dulu sementara tunggu my hubby bawa balik barang2 lain.

Nak tau apa bahan lain yg diperlukan?  Udang dan daun kucai.  Bersihkan udang dan potong2 daun kucai dan campurkan ke bahan yg dah siap digaul tadi.  Gaul rata2 dan dan boleh goreng.

Dah siap....tara....


Cekodok aka jemput-jemput je.  Saiznya, MMD buat besar2 macam gergasi yg nak makan masa buka puasa..he he he he.  Sedap di cicah dengan sos cili.

Jemput makan!

As Salam.

Wednesday, August 10, 2011

Menu sempoi on 5th Ramadhan

As Salam

Baru masuk hari ke 5 berpuasa, MMD dah naik pening memikirkan apa menu untuk dimasak.  Hari2 sebelum berpuasa pun dah memang pening tiap2 petang.

Buka peti ais, ehmmm...inilah akhirnya yg jadi.  Ayam masak lemak cili api, ikan goreng bersambal dan goreng pucuk manis.  Biasanya pucuk manis orang masak lemak kan?  MMD pernah cuba goreng dengan letak bawang putih dan perencah "secukup rasa Maggi", my beloved hubby komen...sedap juga !  Tu lah, kali ni goreng yg sama.



Untuk kuih...haaaaaaa. ini yg best sekali, kuih tunjuk-tunjuk je, pilihan by beloved hubby. MMD sebat semuanya. Tak de pantang pun.


As Salam.

Tuesday, August 9, 2011

Pool @ MPK

As Salam

Last Sunday, a day before Puasa, MMD bawak anak2 ke swimming pool kat Padang Pandamaran, owned by MPK.  Dah bertahun berhajat nak kesana, tapi ada je halangannya.  Bukannya jauh sangat dari rumah MMD pun. Nak ke Legend KL or Palace of the Golden Horses malas....malas nak tempuh traffic jam.

Ini kolam untuk dewasa dan untuk acara2 pertandingan renang.


Ada 2 pool untuk kanak2.



Kemudahan lain yg ada kat sini sudah tentulah bilik persalinan, loker dan juga surau.

Abang Hakim boring swimming kat area orang dewasa dan akhirnya berkumpul dan melayan adik2nya.


Harga untuk masuk kat sini?  Ehmmmm...murah yg amat.  Budak2 RM1.50, dewasa jika nak mandi RM3.00, kalau tak nak mandi RM1.50 je.  Murahkan??  Kolamnya pun bersih dan luas.  Ada tempat untuk rehat2 di bawah pokok2 kat situ.



Yang bestnya, ada ladies special day pulak tu.  Hari Jumaat start pukul 4:15pm hingga 6pm, khas untuk ladies.  Tengok jadual kat bawah ni.


Jom swimming ramai2 kat sini.

As Salam.

Monday, August 8, 2011

Salah sangka....

As Salam

Di suatu pagi yg dingin dengan hujan yg sesekali turun dengan lebatnya dan berhenti tiba2 dan berulang dengan beberapa kali, MMD yg sibuk di dapur menyediakan sarapan untuk keluarga buat kali terakhir sebelum Ramadhan tiba, dengan tidak disangka air panas untuk di buat teh telah meretakkan jug MMD dengan sekali "tang!" je.

MMD lupa yg jug tu tak tahan dengan air yg baru je masak.  Inilah jadinya.


Apa nak buat....nasib badan. Yang penting, sarapan mee hoon goreng siap terhidang di meja untuk santapan keluarga.


Jemput makan...opppsssss, puasa lah pulak sekarang nooooo.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...