Friday, July 22, 2011

Bola dan durian sebakul?

As Salam

Malam tadi dah tentu tengok bola kan? Chelsea vs Malaysia. MMD pun layan gitu2 je.  Bukan apa...perut kekenyangan dek pekena durian depan TV.

Lama betul MMD tak makan durian.  Petang semalam masa balik dari office, MMD ada cakap kat my beloved hubby yg MMD teringin sangat nak makan durian.  Cukupla kalau dapat seulas pun jadilah.  Bunyi macam mengidam je kan?  Ni penangan budak2 kat office la yg duk sibuk2 cerita pasal durian dua tiga hari ni.

Petang tu, rasa lama betul my hubby pergi jemput Hakim dari sekolahnya.  Biasanya sebelum 7pm, mereka dah sampai.  Kali ni..lewat betul sampai.   MMD ingatkan mesti jammed kat depat sekolah Hakim ni.  Nevermind la... sambung masak je la..

Rupa2 mereka singgah kat gerai jual durian di tepi jalan Pandamaran.  Memang ada beberapa lokasi yg jual durian sepanjang jalan ke Econsave tu. 3 biji dalam plastik dengan harumnya yg amat.   Syukur Alhamdulillah..hajat nak makan dah dapat.

Lepas dinner, sikit je makan masa dinner tu..simpan space perut untuk makan durian..kih kih kih.

Ni dia...makan durian depan TV layan bola.  Hanya MMD dan Hakim  je yg makan.  My hubby tutup hidungnya sepanjang MMD makan tak tahan dengan baunya.


Bola vs durian! Chelsea menang 1-0.


2 biji durian dah jadi mangsa.  Pemangsanya sudah tentu MMD & Hakim.


Durian ke-3 dah tak larat lagi nak di sebat. Buka dan simpan dalam bekas.


Itulah kisah bola dan durian.  MMD pun minum air kosong banyak2 kot2 panas badan.  Petua orang tua2 kan?

As Salam.

Thursday, July 21, 2011

Percuma dari MMD

As Salam

Ni haaaa... MMD nak you all enjoy with friends and relatives at Mc D.

Jangan lupa tengok tarikh luputnya ye.


Print, purchase 1 and get 1 free.

Berita terkini, Mc D dah declare yg voucher kat atas tu FAKE.

Promosi yg terlatest pun dah over pada 20/07/11. So, jika masih nak yg buy 1 free 1 ni, LIKE la fanpage Mc D dan you all akan dapat the official voucher yg sebenar2nya.

Enjoice....

As Salam.

Wednesday, July 13, 2011

MMD on media!

As Salam

Recently MMD ada jumpa En. Google di malam hari. Sambil berjalan2 tu, ada terjumpa satu entry orang mengumpat tentang MMD.  Jangan salah sangka yea....budak kecik ni mengumpat cara berhemah dan cara baik gitu...

Dalam berblogging yg masih baru lagi ni, MMD sungguh2 teruja bila ada blogger lain yg sudi buat special entry untuk MMD.  Follower ke - 555.  Cantik nombor tu kan?

Terima kasih untuk budak kecik ni. Izz Latif nama diberi.  Nama ayahnya sama dengan MMD.  Ehhhh  ehhhh, budak kecik ke?  Tak lah kecik sangat kan? Remaja gitu...

Sebagai tanda berbalas penghargaan, MMD turunkan header IzzLatif untuk tatapan umum.



Jangan lupa jengah2 kat sana yg ada banyak cerita hottttt gitu.

Oh... pasal title tu, propa je lebih, bukannya MMD keluar kat surat khabar ke, magazine ke...tak de la...setakat special appearance kat other blogger je.

As Salam.

Tuesday, July 12, 2011

Kena transfer

As Salam

Biasanya term kena transfer ni berlaku masa kita bekerja.   Samada kena transfer ke dept lain atau ke daerah lain.  Sejarah MMD bekerja...ehmmm, rasanya tak pernah lagi di paksa transfer ke mana2 dept pun, tapi pilihan suka sama suka adalah...

Masa MMD baru kahwin dulu, my hubby bekerja di Port Klang, MMD bekerja di TTDI.  Selama 3 bulan jugalah my hubby berulang alik hantar/jemput MMD ke TTDI bila MMD decide to stay in Port Klang.  Apa kes nak duduk jauh2 masa baru kahwin kan?

So, bila my former boss set up another branch office di Port Klang, sudah tentu orang pertama yg di tanya untuk jaga office nya tentulah MMD.  Bukan kerana seniority saja tapi memikirkan jauh perjalanan yg terpaksa MMD & hubby kena lalui, so, MMD pilih untuk transfer ke Port Klang.  Hinggalah sekarang MMD tinggal di Port Klang walaupun dah bertukar boss 2-3 kali.

Oh...kisah sebenar bukanlah pasal kena transfer kerja kat sini.  Sebenarnya MMD transfer barang2 MMD balik ke kampung.  Dulu masa MMD pindah ke rumah baru, ada juga barang2 elektrik dari apartment MMD hantar ke rumah my mom.

Kali ni, tarrrraaaaaa.

Ni lah pasalnya MMD balik cepat2 masa dinner on last Friday.  BIL called and asked me whtr MMD nak hantar apa2 ke kg since BIL ada lori yg masih ada space kosong ke Trg.

Apalagi, terus MMD cakap, ADA...peti ais untuk my mom.  Lagipun, MMD tak pernah guna pun peti ais tu since MMD pindah masuk ke rumah sekarang. Fresh from the store gitu....

Harap2 masa balik raya di kampung nanti boleh penuhkan ruang kosong dlm peti ais ni. Biasanya, selalu hadapi masalah tempat nak simpan stok ayam2/daging masa musim perayaan especially bila semua adik2 beradik, anak saudara balik berkumpul di kg.  Stok kena banyak, kedai tutup masa raya.

As Salam.

Monday, July 11, 2011

Kiutnya dia tanpa bulu!

As Salam

Ha....jangan fikir yg bukan2. 

Layan dulu video pendek ni.  Unedited.

Sebenarnya, entry ni kesinambungan cerita yg kiut miut ni.

Bukan selalu dapat tengok National Geography kat depan mata kan?

Subhanallah.....

As Salam.

Sunday, July 10, 2011

Ada ku kisah?

As Salam

MMD bercuti dari masuk dapur lagi kali ini.  My hubby sengaja bagi cuti.  Lagipun sempena my helper dah nak balik ke Indo.  So, makan kat luar lagi malam tadi.

Hakim suka sangat nak makan Western menu lagi.  Tempat yg paling cepat sampai sudah tentulah kat Gerai Abang/Kak Long berhampiran Stesen Bas Port Klang. Dekat je.  Tak susah2 nak cari jalan lencongan kot2 tersangkut dek aktiviti mem'bersih" tu.

Kali ini, MMD dan Hakim pilih mixed grill.  Lama betul waktu menunggu kali ni.   My helper order chicken chop pun dah habis makan, kami punya tak siap2 lagi. Kak Long datang mintak maaf atas kelewatan tu.  OK la..no big deal pun...


Banyakkan MMD nak telan?  Actually, tong sampah MPK MMD kecik je.  Kongsi2 makan tapi MMD punya mixed grill MMD tak larat nak habis.  MMD minta Kak Long bungkus nak bawak balik.  Kelakar kan?? My hubby said, ada ke orang makan makanan barat nak bawak balik.  Apa ku kisah....! Orang lain tak buat, MMD lah buat dulu.  Nanti orang lain boleh ikut...jangan malu2.

Tiba2, my BIL called.  Aik...apa kes?  Sambung nanti ekk.

As Salam.

Friday, July 8, 2011

Free parking in Selangor for 2 years

As Salam

Betul ke tajuk tu? Betul la..siap ada bukti lagi.  MMD sekeluarga dapat dari kerajaan Selangor.  Siapa MMD ni?  VIP ?, menteri?, ahli politik? ahli musik? no. no. no. nehi he...

MMD ni bukan sapa2 la..hanya sekadar rakyat biasa yg hidup dengan cara biasa dan tak ada yg luar biasa pun.

Yang menjadikan MMD dapat free parking tu adalah pemberian khas dari kerajaan Selangor bagi OKU atau ahli keluarga OKU.  Anak kedua MMD kan anak istimewa.  So, dengan sticker ni, MMD layak untuk parking kat mana2 tempat di seluruh Selangor secara percuma selama 2 tahun, nanti boleh renew lagi bila tamat tempoh.  Jangan pulak parking di luar kotak parking, kena saman nanti!!


Satu sticker untuk tampal di kereta sendiri dan satu lagi yang boleh digantung kat mana2 kereta yg dinaiki bersama OKU yang berdaftar.

Dokumen yg perlu:  kad OKU, K/P or surat beranak OKU, lesen memandu ibu/bapa..tu je.  siap on the spot.  Itu pengalaman my hubby di pejabat MPK la.

Jadi, sesiapa yg OKU atau anak2 berstatus OKU dalam keluarga, parents sepatutnya ambil peluang ni.  Dah kerajaan negeri bagi, jangan sia2kan.  Jimat duit bayar parking ticket tu dan duit tu boleh digunakan untuk keperluan lain OKU seperti beli diapers etc etc.

As Salam.

Thursday, July 7, 2011

Spy get T

As Salam

Last Sunday, MMD masak untuk breakfast and lunch sekali jalan.  Menu ringkas spagetti.  Tengok...sedap dan menyelerakan?

Bahan2 semuanya dah ada kat dapur, hanya tunggu orang rumah masak je lagi.


Bahan2 biasa yg ada je MMD guna.  Tak de la herba2 bagai.

Untuk sosnya:
sebotol sos Prego, ikut suka nak perasa apa. 
2 labu bawang besar, potong dadu,
2 ulas bawang putih, ketuk2 je
serbuk lada hitam, ikut suka hati
cendawan butang, potong kecil2/racik2
1 tin tomato puri
daging lembu kisar
daging ayam kisar
garam secukup rasa
sedikit minyak masak


Tumis bawang besar, bawang putih, lada hitam. Bila bawang dah layu dan berbau wangi, masukkan kedua2 daging, kacau2 hingga daging bertukar warna ke kelabu. Masukkan cendawan, tambah sedikit air biar daging empuk. Masukkan tomato puri dan sos Prego.  Tambah air ikut kepekatan yg diinginkan. Tambah garam dan rasa dan biarkan sos mendidih dan taraaaaa. siap. 



Untuk rebus spagetti, biasanya MMD akan tambah sedikit garam dan minyak di dalam bekas air yg dididih agar spagetti tak melekat2.  Bila dan lembut, tapis dan siram dengan air masak sejuk agar rasanya kental2 gitu.

Kenapa MMD tulis tajuk cam tu?  Itu kerana masa Hakim kecil2 dulu, dia susah betul nak sebut spagetti.  Jadi dia sebut sepatah sepatah SPY GET T untuk spagetti. Yang penting kat rumah MMD, makan kena berulang2, jadi kena masak banyak.

Jemput makan!

As Salam

Wednesday, July 6, 2011

Supra shoe

As Salam

Kali ini Hakim bodek2 my hubby untuk belikannya kasut.  MMD and hubby bukannya arif sangat pasal kasut budak2 muda sekarang.  Siap cerita2 lagi yg kawan2nya ada pakai kasut jenis tu.  Katanya, kasut ada lidah panjang gitu.

So, masa turun dari parking The Store, Hakim tunjukkan kedai kasut tu.  Katanya kat situ ada jua kasut yg dihajatinya.  Wah....dari dalam kereta pun dah boleh nampak kasut tu kat rak kedai tu...hebat.....!

Macam yg MMD kata before this, kat area situ memang susah nak park kereta.  MMD dan Hakim turun dulu di depan kedai kasut tu sementara my hubby cari parking space.

Tak banyak pilihan kat situ.  Ada yg warna putih, MMD tak galakkan Hakim pilih.  Cepat kotor!


Pilihan Hakim.  Sebab utama, tak payah susah2 nak cuci, ambil kain lembap, lap je.



Gembira bukan main Hakim dapat kasut idamannya, Supra. Terima kasih..ibu.  Hakim belajar rajin2 lagi, katanya dalam perjalanan ke kereta.

Kali ni, MMD beli kasut tanpa survey tempat lain dulu, penat dahhhh.  Harganya...kurang seposen seratus hinggit.

As Salam.

Tuesday, July 5, 2011

Pre-shopping for Hari Raya

As Salam

Selain dari mempersiapkan diri untuk menyambut Ramadhan tak sampai sebulan lagi, contohnya bagi perempuan, menggantikan puasa tahun lepas la. MMD selalunya start beli2 baju untuk anak2 lebih awal.

Banyak kebaikannya, diantaranya:
1.  Tak perlu bersesak dengan  lautan manusia di shopping2 complex.
2.  Real discount offered.  Kadang2 masa musim perayaan, ramai peniaga tipu discount, sengaja letak harga yg tinggi then letak pulak discount tinggi.  Yang sebenarnya, harga selepas discount sama je masa musim bukan perayaan.
3.  Boleh makan minum lepas shopping dengan family.  Masa bulan puasa....ehmmm fikirlah sendiri ekk.
4.  Banyak pilihan fesyen yg ada berbanding hanya tinggal yg baki2 je jika shopping last minutes.  Jangan banding shopping kat butik2 la yea...

Itu antara yg ada dalam fikiran MMD.  So, MMD singgah kat Jusco Bkt Raja last Saturday, kata my friend ada sale kat sana.  Tapi...hampeh..discount untuk member adalah..15% gitu.  MMD bukan member pun bcoz bukannya hari2 perlu gi shopping kat Jusco.

Tak de yg menarik perhatian MMD.  Begitu juga dengan my hubby.  So, we decided singgah kat The Store Klang.  Macam biasalah, susah cari parking kat area situ except kena naik parking kat atas bangunan tu.  Kalau musim perayaan, lagi nahas masuk kat situ.  Sesak yang amat!!!

Antara pembelian MMD hari tu.

Untuk Lea. MMD boleh naik sawan pilih baju untuk Lea. Banyak pilihan dan harga pun reasonable. Rasa nak penuhkan 1 trolley je..nasib baik my hubby tahan2 kan..he he he he


Untuk Hazry.


Untuk Hakim.

Sebelum balik ke rumah,  MMD singgah pulak ke Tesco Bukit Tinggi bcoz ada sales HP/camera.  My helper dah nak balik to Indo for good next weekend after worked with me for 4 years. Dia pun nak beli HP and camera untuk bawa balik ke Dumai.  Katanya, kat sana mahal.  MMD pun beli juga HP CSL murah untuk ditinggalkan kat rumah pada Hakim, just in case of emergency.  NO way Hakim boleh bawa ke sekolah.

Hari yang agak penat juga.  Imagine jika bershopping masa bulan puasa. Sakit pinggang2.  Balik rumah, terus pasang alat urutan Gintell.  Ahhhh lega rasanya.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...