Sunday, June 26, 2011

Rezeki berganda

As Salam

Semalam hari Sabtu memang MMD tak bertugas. Bangun pagi, terus plan masak untuk makan tengah hari terus. Biasanya anak2 bangun lewat sikit.

Lepas lunch with family, MMD ambil peluang menjahit mana2 baju, seluar yg koyak.  Seluar Hakim ada yg koyak rabak pun dia suruh MMD jahitkan juga.  MMD kata, ni dah boleh buat pengelap lantai ni.....

Masih ingat pasal entry MMD ber'shopping' di Courts ?

Tiga hari lepas tu, my hubby ternampak offer yg sama di AEON Jusco Bukit Tinggi untuk washing machine dan harganya RM100.00 lebih murah dari di Courts.

So, apalagi..my hubby pun snap the photos sebagai bukti untuk claim "lowest price guaranteed" dari Courts.

Banyak juga procedures yg budak2 Courts tu yg tak profesional, lepas MMD memekak kat mereka, akhirnya mereka mengalah dan berjanji akan refund RM200.00 sebagai janji mereka untuk memulangkan harga berganda dari perbezaan harga di luar.

Petang semalam, MMD terima call supaya datang ambil cek.  Nah, rezeki jangan di tolak, walaupun bukannya besar sangat (pada orang berada lah) tapi janji tetap janji.  Jangan perlekehkan polisi yg mereka sendiri buat.  Orang ramai patut ambil peluang tu.  Jangan ambil mudah sekiranya anda terbeli dengan harga yg tinggi di Courts.

Syukur Alhamdulillah No. 1.

Dah alang2 berada di Bukit Tinggi, MMD call Pizza Hut Bayu Perdana, komplen apasal hingga saat tu masih tak hantar lagi free voucher or even free pizza bcoz mereka lambat hantar pesanan yg MMD order untuk majlis harijadi di opis on last Thursday.

Azman, Pengurus kat situ berjanji tukarkan free pan pizza kepada regular pizza. Tak banyak songeh pun staf di Pizza Hut compare dgn di Courts.  MMD pilih Hawaiian Tuna. Lagipun dah tak jauh dari situ, MMD terus singgah ke Pizza Hut.  Lagi rezeki untuk MMD.

Syukur Alhamdulillah No. 2

As Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...