Walaupun masjid ni tak jauh dari rumah MMD di Terengganu, memang susah betul untuk singgah ke sana. Lagipun, waktu balik ke Terengganu hanyalah waktu musim raya. Bila dah balik tu, memang banyak program ziarah sanak saudara di Hari Raya.
Untuk pertama kalinya, MMD sekeluarga berpeluang ke masjid ni pada tahun 2009. Cantik senibinanya. Terletak di dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu, lebih kurang 10-15 min dengan kereta dari rumah MMD. He he he he, gambar lama ! Abang Hakim pun masih kecik lagi. Sekarang dah terlebih tinggi dari ibunya.
Masih tak jauh dari rumah MMD ialah Muzium Negeri Terengganu yg terletak di Bukit Losong. Kiranya jika muzium di sebelah timur, rumah MMD ni di sebelah selatan Bukit Losong. Kami adik beradik panggil tempat kami ni Losong Height...perasan sikit. Actually, memang rumah MMD terletak di kaki Bukit Losong.
Setakat lalu di laluan kaki bukit depan rumah MMD hingga ke luar jalan raya besar di Jalan Dato' Amar, terus ke kiri, dah boleh sampai ke muzium.
Dan sudah tentulah, jika ke Losong, makanan yg paling terfemes sekali adalah keropok lekor aka keropok getel aka keropok gotel.
Jemput datang ke Terengganu yea.... "Orangnya cantik, budayanya menarik"
As Salam.
1 comment:
Thank you for sharing an interesting and very useful article. And let me share an article about health here I believe this is useful. Thank you :)
Jenis Pisang untuk Masker Wajah
Obat Sakit Pundak dan Leher
Ciri-ciri Penyakit Asbestosis
Post a Comment