As Salam
Berapa banyak barang2 kat rumah anda yg boleh di recycle / diguna semula? Kat rumah MMD, rasa2nya banyak juga la. Kalau di bahagian dapur, MMD agak kerap membeli aiskrim yg dalam plastic container tu. Bila dikumpul2, boleh penuh kabinet dapur dibuatnya.
Nak dibuang sayang...nak simpan banyak2 boleh jadi sarang lipas kat dalam kabinet tu.
Jadi, MMD gunakan semula sebagai bekas untuk menyimpan stok ikan atau ayam atau udang/sotong yg biasanya MMD beli untuk kegunaan seminggu.
Yang penting, warnanya sekata dan sama saiz, senang untuk di susun gitu....
Kalau kebetulan ke rumah adik2 di Cheras dan bawak makanan pun MMD letak dalam bekas tu dan dengan polisi...tak payah pulang balik. Kira sedekah dengan bekas2nya sekali. Bukan apa, untuk mengurangkan tempat penyimpanannya.
Andai dibuang ke dalam tong sampah, sudah tentu jadi barang berharga bagi pengutip sampah kan? Boleh dijual semula dan dapat juga hasilnya. Yang MMD paling bimbang ialah sekiranya di buang merata tempat atau dibakar, plastik ni bukannya senang untuk dilupuskan. Makan tahunlah gamaknya. Lagi2lah dengan pemanasan global sekarang ni.
Pesanan penaja, ahak....pandai2lah guna semula bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar.
As Salam.
No comments:
Post a Comment