Sunday, June 19, 2011

Nak buang angin..

As Salam

Apa maksud nak buang angin? 

a)  buang angin kentut
b)  buang angin kat badan
c)  buang angin satu badan
d)  buang perangai yang angin satu badan

Yang MMD nak story mory kat sini ialah my beloved hubby asyik mengadu lately yg badannya banyak angin.  So MMD cakap lah cam ni..."i suka duduk kat u bcoz sekarang ni cuaca panas sangat2, dekat2 dengan u tentu sejuk kan? rasa macam pakai air-cond kan?"

Pappppp...kena lepuk kat peha sebijik. Terkesan 5 jari kat peha MMD.  Aikkkk, macam ni slow pun dah merah peha? Itulah pasal bila my hubby suruh urut badannya nak buang angin, katanya macam tak urut langsung, sedangnya terpeliok jari2 MMD tekan kat badannya.  Tapi bila my hubby pulak urut sikit je kat badan MMD, tapi MMD dah menjerit satu rumah boleh dengar, kuat yg hamat!!!

To make the story short, hari tu ronda2 Giant Bukit Tinggi lagi sementara menjemput Hakim dari sekolah petangnya. Tengok macam2 ada promosi kat ruang legar bahagian tengah tapi booth Gintell ni memang dah lama bertapak kat situ.

So, my beloved hubby pun try/cuba/acu test la kerusi urutan ni. Salesman bernama Kok ni beria2 benar bercerita dengan my hubby. 


Kerusi yg di cuba tu harganya almost RM6K dan percuma satu mesin exercise untuk berdiri atau percuma 1 lagi kerusi yg disebelah kanan gambar tu, lupa pulak nak snap the photo. Jika sesiapa yg ada kad kredit AM bank, ada diskaun RM1K.  Ada juga yg promosi beli 1 dapat percuma 1, harganya tak sampai RM5K.

Mengenangkan kat rumah dah ada mesin untuk urutan kaki, my hubby pilih yg murah je, lagipun sesuai sangat dengan kegunaannya, portable, boleh disusun suai kat mana2 yg sesuai masa nak gunakannya, samada kat sofa or even kat kerusi dalam kereta.  Berbanding dengan yg bentuk kerusi tu, bila dah letak kat satu2 tempat, rasa2nya bertahun lah kat situ, lagipun saiznya agak besar.


G-Mobile portable massage cushion ni berharga RM1080.00 dan percuma 1 unit eSlim yg warna oren tu. eSlim bukan saja untuk perut, boleh dilekatkan pada belakang peha, punggung, bawah lengan dan belakang badan.  Yang ni memang sesuai sangat dgn MMD.  That's why MMD sokong bila my beloved hubby nak beli yg G-Mobile tu..he he he, ada udang dalam mee!!!

Macam yg MMD kata tadi, yg ni memang bagus bcoz sambil2 tengok TV, bolehlah letak kat sofa dan dia jalankan kerjanya.

Yang urutan kaki tu, MMD dapat percuma je lebih kurang 7-8 tahun yg lalu masa "gores dan menang".  Memang nasib Hakim (masa tu dia berumur 6-7 tahun gitu) baik, dia betul2 gores dan menang dan tak kena bayar satu sen pun.  Bukan tu aje, dapat 1 set vacuum cleaner yg guna air. 1 complete set periuk belanga dan juga 1 set air-cond.  Ketiga2 barang tu, MMD masih guna sehingga sekarang.

Kira2nya itu hadiah beli sendiri sempena "Father's Day" la tu...

As Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...