Thursday, June 30, 2011

Koi + Talapia = ?

As Salam

Lama betul tak tengok my beloved hubby tukar air ikan kat kolam kecik kat luar rumah.  Petang last weekend, apa punya mimpi, tiba2 terus bawak kelengkapan untuk tukar air kolam. 

Dah siap bersih bagai...baru nampak ikan2 yg ada kat dalam tu.   Sebelum ni, air bukan main hijau lagi.  Macam daun pokok pegaga yg di blend je.  Oppps, terliur pulak.  Banyak jugak pokok pegaga tumbuh liar di sekitar kolam ni, daun besar2 pulak tu.  MMD selalu juga petik daun2nya, cuci bersih2, blend, tapis dan campur dengan ais sedikit + gula sedikit.  Ehmmmm, nyaman nya if minum tengah2 hari gitu...

Sapa yg tau, banyak khasiatnya kan?  Kalau tak tau, jumpalah En. Google ye.




Bila kolam dah bersih, barulah nampak ikan2 yg hidup kat dalam kolam tu selama ni.  Ada ikan koi dan juga ikan talapia merah.  Ikan talapia merah tu dah masuk generasi yg ke 5-6 dah.  Tak tau la pulak jika ada kacukan koi & talapia bcoz MMD ada nampak 2 ekor talapia yg ada tanda merah2 kat kepalanya.

So, apa nama yg sesuai untuk KOI + TALAPIA?  Any suggestion?

As Salam.

Wednesday, June 29, 2011

Recycle - how good are you?

As Salam

Berapa banyak barang2 kat rumah anda yg boleh di recycle / diguna semula?  Kat rumah MMD, rasa2nya banyak juga la. Kalau di bahagian dapur, MMD agak kerap membeli aiskrim yg dalam plastic container tu.  Bila dikumpul2, boleh penuh kabinet dapur dibuatnya.

Nak dibuang sayang...nak simpan banyak2 boleh jadi sarang lipas kat dalam kabinet tu.

Jadi, MMD gunakan semula sebagai bekas untuk menyimpan stok ikan atau ayam atau udang/sotong yg biasanya MMD beli untuk kegunaan seminggu.

Yang penting, warnanya sekata dan sama saiz, senang untuk di susun gitu....


Kalau kebetulan ke rumah adik2 di Cheras dan bawak makanan pun MMD letak dalam bekas tu dan dengan polisi...tak payah pulang balik.  Kira sedekah dengan bekas2nya sekali.  Bukan apa, untuk mengurangkan tempat penyimpanannya.

Andai dibuang ke dalam tong sampah, sudah tentu jadi barang berharga bagi pengutip sampah kan? Boleh dijual semula dan dapat juga hasilnya.  Yang MMD paling bimbang ialah sekiranya di buang merata tempat atau dibakar, plastik ni bukannya senang untuk dilupuskan. Makan tahunlah gamaknya.  Lagi2lah dengan pemanasan global sekarang ni.

Pesanan penaja, ahak....pandai2lah guna semula bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar.

As Salam.

Tuesday, June 28, 2011

Nasi Lemak 50sen

As Salam

Masih ada lagi ke nasik lemak berharga RM0.50 sekarang ni? Zaman MMD bersekolah rendah dulu memanglah ada, tapi di ketegorikan makanan yg mahal bcoz bawak 20-40sen je ke sekolah tapi tetap kenyang makan masa rehat waktu pagi.

Sekarang ni, dengan telur 1/4 pecahan pun dah RM1.50 dengan 4-5 ekor bilis, sekeping timun dan sedikit sambal. 

Kalau kat rumah MMD, biasanya MMD masak nasi lemak pada hujung minggu je dan kena buat untuk makan ulangan gitu.  Sekali makan tak puas, kata Hakim.


Ibu, nasik lemak ibu buat ni lagi sedap dari yg makan kat kantin sekolah. Pujian dari Hakim.....Kembang hidung MMD kejab.  Ha ha ha, siapa lagi nak puji kalau bukan anak2 sendiri kan?

As Salam.

Monday, June 27, 2011

SAYA

As Salam

MMD tengah usaha bersungguh-sungguh ni untuk menang di blog Bro kita ni.

Klik klik klik sini je.


Doa2kan MMD menang ekkk.  InsyaAllah!! Harap dipermudahkan.

As Salam.

Ben Ashaari datang melawat & FOLLOW

As Salam

Bro kita ni memang ramai peminatnya dan MMD sungguh berbesar hari bila Ben datang melawat dan FOLLOW blog newbie macam MMD ni.  Gembira tak terkata ! Ben follower ke 68.  Ehmmm, nombor 68 juga mempunyai sejarah tersendiri dalam hidup MMD.

Harap2 Ben juga dapat buat review pasal blog picisan MMD ni.  Minta promosi percuma la tuuu.

Anyway, thanks a million to Ben.  Really appreciated it.  Do come again.

As Salam.

Sunday, June 26, 2011

Rezeki berganda

As Salam

Semalam hari Sabtu memang MMD tak bertugas. Bangun pagi, terus plan masak untuk makan tengah hari terus. Biasanya anak2 bangun lewat sikit.

Lepas lunch with family, MMD ambil peluang menjahit mana2 baju, seluar yg koyak.  Seluar Hakim ada yg koyak rabak pun dia suruh MMD jahitkan juga.  MMD kata, ni dah boleh buat pengelap lantai ni.....

Masih ingat pasal entry MMD ber'shopping' di Courts ?

Tiga hari lepas tu, my hubby ternampak offer yg sama di AEON Jusco Bukit Tinggi untuk washing machine dan harganya RM100.00 lebih murah dari di Courts.

So, apalagi..my hubby pun snap the photos sebagai bukti untuk claim "lowest price guaranteed" dari Courts.

Banyak juga procedures yg budak2 Courts tu yg tak profesional, lepas MMD memekak kat mereka, akhirnya mereka mengalah dan berjanji akan refund RM200.00 sebagai janji mereka untuk memulangkan harga berganda dari perbezaan harga di luar.

Petang semalam, MMD terima call supaya datang ambil cek.  Nah, rezeki jangan di tolak, walaupun bukannya besar sangat (pada orang berada lah) tapi janji tetap janji.  Jangan perlekehkan polisi yg mereka sendiri buat.  Orang ramai patut ambil peluang tu.  Jangan ambil mudah sekiranya anda terbeli dengan harga yg tinggi di Courts.

Syukur Alhamdulillah No. 1.

Dah alang2 berada di Bukit Tinggi, MMD call Pizza Hut Bayu Perdana, komplen apasal hingga saat tu masih tak hantar lagi free voucher or even free pizza bcoz mereka lambat hantar pesanan yg MMD order untuk majlis harijadi di opis on last Thursday.

Azman, Pengurus kat situ berjanji tukarkan free pan pizza kepada regular pizza. Tak banyak songeh pun staf di Pizza Hut compare dgn di Courts.  MMD pilih Hawaiian Tuna. Lagipun dah tak jauh dari situ, MMD terus singgah ke Pizza Hut.  Lagi rezeki untuk MMD.

Syukur Alhamdulillah No. 2

As Salam.

Saturday, June 25, 2011

Ada yang menumpang!

As Salam

Dah 2 kali peristiwa ni berlaku kat laman rumah MMD. Yang pertama dulu tak sempat jadi sepenuhnya.  Tak kisahlah kan...

Tapi kali ke 2 ni, ianya betul2 menjadi dengan sepenuhnya.  Siap tinggalkan bakal baka lagi.  Nak tau apa tu....

Nah.....

*
*
*
*
*


Sarang burung, siap dengan telurnya sekali.  Kiut yg amat telurnya.  Entahlah burung jenis apa, tapi rasa2nya burung yg kecik2 je tu bcoz 2-3 hari ni nampak burung2 kecik yg berlegar2 kat kawasan rumah.

Hari ke 2, dah 2 biji telur dalam sarangnya.  MMD dah pesan kat anak2 MMD agar jangan diusik sarang tu, biar telurnya menetas dulu.

Kita tengok je lah apa yg akan terjadi nanti. MMD story and update lagi.

As Salam.

Friday, June 24, 2011

Bubur jagung yg extra sempoi..

As Salam

Lama benar rasanya tak masak bubur jagung.  Last Sunday, kebetulan ke Econsave untuk shopping barang2 dapur, my hubby pun pilih2 jagung.  Ambil 7 biji je.  Nampaknya jagung2 tu agak elok dan besar juga. 



Bubur yg MMD buat ni kiranya jenis campak2 je dan ikut suka hati nak letak banyak mana bahan2nya.  Yang penting, tak cair sangat, tak manis sangat.

Lepas racik2 jagung tu, MMD rendam dan rebus dulu dengan air biar jagung tu empuk.  Letak 2-3 helai daun pandan.  Ambil kat belakang rumah je.

Jagung yg dah siap diracik2.

Masukkan air dan rebus dulu.
Lepas tu baru masukkan 1-2 cubit garam, biar rasa lemak2 manis gitu. MMD letak juga susu pekat sedikit dan letak gula.  Ingat, jangan manis sangat.  Jaga kesihatan pun penting juga!

Kemudian baru MMD masukkan santan dan biarkan mengelegak.  Rasa seadanya.  Kalau ikut style my mom, dia akan letak telur yg di pukul.  So, MMD pun ikutlah style my mom,  Pukul telur, kecilkan api dapur, tuang telur dari jarak yg tinggi sikit macam buat teh tarik, biarkan sebentar barulah kacau.  Telur tu akan jadi berurat2 gitu.

Dah siap, angkat dan hidangkan.  Simple je kan?  Cuba la.



As Salam.

Thursday, June 23, 2011

Den kayo...den kayo

As Salam

Rupanya betul kata2 orang tua2.  Gatal tapak tangan kanan nak dapat rezeki.  Alhamdulillah, tahun ni dapat lagi seperti tahun2 sebelumnya. Even lebih tinggi dari yg sebelumnya.

Sebagai rakyat yg baik, MMD tak pernah abaikan dari tugas dan tanggungjawab MMD kepada negara.


Seperti tahun2 sebelum ni, MMD akan pastikan borang E di hantar sebelum berakhirnya bulan Feb.  Mungkin MMD kuno sikit bcoz MMD lebih selesa submit sendiri instead of by online. Masa submit tu bolehlah kita tanya soalan2 yg terbuku di hati.  Rasa puashati gitu.

Tapi this year, MMD agak lewat juga submit.  Banyak benda nak diuruskan dulu, barulah set masa untuk ke LHDN.   Itupun dah pertengahan bulan Mac.

Bulan Jun dah dapat refund.  Terima kasih LHDN kerana refund kepada rakyat yg sepatutnya rakyat dapat dengan kadar yg amat segera.

As Salam.

Main pancing-pancing lagiiiiii

As Salam

Kat i-City Shah Alam tempoh hari ada 2 tempat yg disediakan untuk acara games berbayar.  My hubby pun layanlah juga kerenah anak2.  Tukar duit untuk token, main beberapa games kat situ.  Tapi semuanya tak bernasib baik.  Ada yg Hakim lambung token dan dah masuk ke bulatan merah.  MMD dah menjerit bcoz hadiahnya adalah stuffed toys yg paling besar kat situ.  Tapi...... tapi, token tu terkeluar sikit dan terbatal...Ehmmm, kesian kat Hakim/Lea tak dapat mainan tapi paling kesian kat MMD yg dah menjerit riang tadi... Ahak Ahak Ahak...


Sebelum balik, MMD dan anak2 tunggu my hubby pergi ambil kereta nun di atas.  So, Hakim minta lagi untuk tukar token..for the last time...ibu..boleh tak? Ye la ye la... Nah 2 token untuk memancing lagi.  Setiap token berharga RM2.00.  Sekali angkat itik untuk setiap 2 token.  Yess....dapat nombor 1.  Lea gembira bukan kepalang..ibu..ibu, Lea berjaya, Lea menang.  Ha ha ha ha, dapat sekor lembu yg kecil sekali.  OK la tu sebagai tanda ingatan datang ke i-City.

As Salam.

Wednesday, June 22, 2011

Lipton and Me!

As Salam

Apa minuman kegemaran anda? MMD suka teh.  Memang stock teh uncang tak boleh putus kat rumah.  Kalau makan kat luar, my feveret ialah teh ais kaw kaw dan tarik tinggi2 hingga berbuih2.  Macam2 jenis teh yg MMD beli, kadang2 teh Boh, teh Econsave pun ada!!!, beli daun teh hijau kering pun ada.  Tapi yg paling banyak sekali ialah teh uncang Lipton.

Kebetulan masa ke i-City hari tu, mini concert ditaja oleh Lipton. Fiesta lagi shake lagi riang! Jadi minuman rasminya sudah tentulah teh.  Apa lagi...dah kering tekak ni, terus pergi balun air teh la dulu.




Yang bestnya, setiap wrist band yg ada boleh ditukar dengan sebotol Lipton Ice Tea.  Rasanya sedap yg amat.  MMD sekeluarga ada 6 orang, tapi setelah dikumpul, semuanya dapat 8 botol.  Koleksi lagi...

As Salam.

Tuesday, June 21, 2011

Noh Hujan di i-City Shah Alam

As Salam

Last Saturday MMD sekeluarga menghabiskan masa malam kat i-City Shah Alam.  Walaupun tak berapa jauh dari Port Klang, bukannya ada masa yg sesuai untuk beriadah kat sana.

Tak sangka pulak malam tu ada mini concert anjuran Lipton.  If MMD tau, sure tak ke sana bcoz dah tentu orang ramai akan berpusu2.  Alang2 dah sampai tu, redah aje la.  Lagipun Hakim beria2 benar nak tengok Hujan secara dekat and live.

Sebelum Hujan keluar, Helmi The Gimik pun ada, siap nyanyi lagi Aleycats lagi, enjoy juga la persembahan dia, croud pun nyanyi sama dan gave a very good support.


Bising sangat la...drum beat sama kuat dengan heart beat.

Salah sorang ahli Wakaka Crew tengah lead untuk tarian Tonga dan yg penting...shake the bottle!

Jadi pemerhati je..

Hakim di antara penonton2.



Bila selesai, Hakim balik semula ke tempat MMD di ruang tengah canopy dengan keadaan basah.  Apasal pulak ni?  Kena air semburan teh ais !  Tu la..tadi nampak juga budak2 sembur dan botol berterbangan.  Apa tidaknya, Hakim yg agak kebelakang, tiba2 dah berdiri betul2 di depan stage.  Nampak tak belon kuning tu?  Itulah dia yg memegang belon !!!!  Katanya dia jumpa dan nak bagi pada Lea..last2 belon pecah.

Penonton bukan main lagi support Noh dan very happening tapi pada MMD...bunyi muzik tu lebih kuat dari suara nyanyian Noh.  Tak dengar dengan jelas, maklumlah Hujan kan band indie, jadi muziknya tak kan sama dengan muzik Jamal Abdillah lah kan!

As Salam.

Monday, June 20, 2011

Bandar Cahaya i-City Shah Alam

As Salam,

Akhirnya sampai juga MMD sekeluarga di sini.  Mungkin entry cam ni dah berlambak bloggers buat dan dah basi kot.  Tapi, since this is my personal blog, MMD akan post apa saje cerita yg melibatkan MMD sekeluarga.  Kalau tak nak baca pun, MMD tak kisah pun, move the curser to the right hand top corner and clik to the "X" sign. Habis cerita. Tapi cerita MMD tetap diteruskan...he he he he

Entrance fee RM10.00 per car.  Masuk ke bangunan untuk parking sikit punya tinggi.  Barulah dapat parking lot.  Mungkin bcoz hari tu ada konsert, jadi ramailah orang datang berduyun2.  Rasa2nya, kalau hari biasa, mungkin tak perlu naik sampai ke tingkat atas gitu.

Enjoy beberapa photos yg MMD ambil tempoh hari.


Ada cik kak ni interframe tiba2.  Tak pe la.

Cakkkk!!



Yang ni MMD sangat2 suka.  Macam ada salji turun je kan?





Habis ronda2 kat kawasan luar je dah lebih kurang pukul 11mlm. Dah tak larat nak masuk ke bilik snow.  Kaki pun dah lenguh2 yg amat.  So, we decided balik je.

As Salam.

Sunday, June 19, 2011

Nak buang angin..

As Salam

Apa maksud nak buang angin? 

a)  buang angin kentut
b)  buang angin kat badan
c)  buang angin satu badan
d)  buang perangai yang angin satu badan

Yang MMD nak story mory kat sini ialah my beloved hubby asyik mengadu lately yg badannya banyak angin.  So MMD cakap lah cam ni..."i suka duduk kat u bcoz sekarang ni cuaca panas sangat2, dekat2 dengan u tentu sejuk kan? rasa macam pakai air-cond kan?"

Pappppp...kena lepuk kat peha sebijik. Terkesan 5 jari kat peha MMD.  Aikkkk, macam ni slow pun dah merah peha? Itulah pasal bila my hubby suruh urut badannya nak buang angin, katanya macam tak urut langsung, sedangnya terpeliok jari2 MMD tekan kat badannya.  Tapi bila my hubby pulak urut sikit je kat badan MMD, tapi MMD dah menjerit satu rumah boleh dengar, kuat yg hamat!!!

To make the story short, hari tu ronda2 Giant Bukit Tinggi lagi sementara menjemput Hakim dari sekolah petangnya. Tengok macam2 ada promosi kat ruang legar bahagian tengah tapi booth Gintell ni memang dah lama bertapak kat situ.

So, my beloved hubby pun try/cuba/acu test la kerusi urutan ni. Salesman bernama Kok ni beria2 benar bercerita dengan my hubby. 


Kerusi yg di cuba tu harganya almost RM6K dan percuma satu mesin exercise untuk berdiri atau percuma 1 lagi kerusi yg disebelah kanan gambar tu, lupa pulak nak snap the photo. Jika sesiapa yg ada kad kredit AM bank, ada diskaun RM1K.  Ada juga yg promosi beli 1 dapat percuma 1, harganya tak sampai RM5K.

Mengenangkan kat rumah dah ada mesin untuk urutan kaki, my hubby pilih yg murah je, lagipun sesuai sangat dengan kegunaannya, portable, boleh disusun suai kat mana2 yg sesuai masa nak gunakannya, samada kat sofa or even kat kerusi dalam kereta.  Berbanding dengan yg bentuk kerusi tu, bila dah letak kat satu2 tempat, rasa2nya bertahun lah kat situ, lagipun saiznya agak besar.


G-Mobile portable massage cushion ni berharga RM1080.00 dan percuma 1 unit eSlim yg warna oren tu. eSlim bukan saja untuk perut, boleh dilekatkan pada belakang peha, punggung, bawah lengan dan belakang badan.  Yang ni memang sesuai sangat dgn MMD.  That's why MMD sokong bila my beloved hubby nak beli yg G-Mobile tu..he he he, ada udang dalam mee!!!

Macam yg MMD kata tadi, yg ni memang bagus bcoz sambil2 tengok TV, bolehlah letak kat sofa dan dia jalankan kerjanya.

Yang urutan kaki tu, MMD dapat percuma je lebih kurang 7-8 tahun yg lalu masa "gores dan menang".  Memang nasib Hakim (masa tu dia berumur 6-7 tahun gitu) baik, dia betul2 gores dan menang dan tak kena bayar satu sen pun.  Bukan tu aje, dapat 1 set vacuum cleaner yg guna air. 1 complete set periuk belanga dan juga 1 set air-cond.  Ketiga2 barang tu, MMD masih guna sehingga sekarang.

Kira2nya itu hadiah beli sendiri sempena "Father's Day" la tu...

As Salam.

Saturday, June 18, 2011

Ucapan terindah sebelum lelap

As Salam

Antara ketiga2 anak MMD ni, setakat ni Lea saja yg terlebih manjanya.  Maklumlah the only daughter in the family.  Manjanya dengan ayahnya terlebih2 suda... Mana ayahnya nak pergi mesti dia nak ikut.  Pantang dengar ayahnya bukak pintu atau start engine kereta, dia dah siap2 tunggu ayahnya kat depan.

Waktu malam pulak, sikit punya susah nak tidur, jika ayahnya berjaga lewat, dia pun ikut sekali.  Tapi yg paling MMD suka sebelum Lea masuk tidur ialah...


1.  Baca Bismillah.
2.  Baca 2 kalimah syahadah - katanya kot2 mati tak sempat mengucap
3.  Kata-kata "mimpi indah ye...Ibu !"

Masa mula2 dengar Lea kata macam tu..MMD terkejut dan tak terfikir macam mana dia boleh ada kata2 macam tu kat dalam fikirannya tapi ianya sesuatu kata2 yg cukup indah buat MMD.

Anak2 anda bagaimana?

As Salam.

Teka Teki

As Salam

Rujuk gambar.  Cuba/try/test/cer teka:

1.  Apakah dia.
2.  Apakah kegunaannya.


Post terpendek yg pernah MMD hasilkan.

As Salam.

Friday, June 17, 2011

Hadiah misteri untuk pelawat ke 2602

As Salam

Jemputlah datang ke blog MMD yg tak seberapa ni.  MMD nak bagi hadiah ni.  Tak payah nak teka dan teki pun, tak payah wat entry panjang lebar pun.

Syaratnya senang dan mudah je.

1.  Jika anda pelawat ke 2602, sila print screen.
2.  Buat 1 komen di bawah post ni dan tinggalkan jejak serta email address untuk urusan penghantaran hadiah.
3.  Buka satu entry kat blog anda dengan tajuk "aku pelawat ke 2602 di blog MMD" dan just...i repeat, just upload gambar tadi. Tak payah nak cerita panjang lebar, but if you ada cerita menarik bila berkunjung kat blog MMD, dipersilakan...

As Salam.

Lea's window shopping

As Salam

Dalam 2-3 hari ni, setiap kali Lea bangun tidur, dia akan pesan to my hubby yg dia nak permainan ikan untuk dipancing2.  Last weekend, dia ada tengok permainan yg sama di rumah Cik Yus nya di Cheras. Itu la pasal, asyik teringat2 kot.

So, petang sebelum pergi jemput abang Hakimnya dari sekolah petang, kami pun singgah lah kat Giant Bdr Bkt Tinggi.  Barang yg di idam2kannya ada.  Tapi, bila dah tunjukkan padanya, "Lea tak nak lah yg ni Ibu"...

Pusing punya pusing...tunjuk beberapa jenis permainan...pun tak berkenan di hatinya.




Akhir sekali.. keluar Giant tanpa sebarang permainan untuknya. Ini baru betul budak2 window shopping.  Selamat budget ibu....ha ha ha.

As Salam.

Thursday, June 16, 2011

Gerhana Bulan 16/06/2011

As Salam

Pagi tadi sempat juga menikmati keindahan kejadian Allah SWT. Melihat betapa cantiknya bulan dari muka bumi ni, terasa kecil saja (dan dah memang kecil pun) MMD ni.  Allah Maha Besar ! Allah Maha Besar!

Antara gambar2 yg sempat MMD ambil pagi tadi, image kecil je bcoz camera pun kecil je...




Untuk image yg lebih jelas, cuba2 la jumpa dengan En. Google.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...