Tuesday, August 9, 2011

Pool @ MPK

As Salam

Last Sunday, a day before Puasa, MMD bawak anak2 ke swimming pool kat Padang Pandamaran, owned by MPK.  Dah bertahun berhajat nak kesana, tapi ada je halangannya.  Bukannya jauh sangat dari rumah MMD pun. Nak ke Legend KL or Palace of the Golden Horses malas....malas nak tempuh traffic jam.

Ini kolam untuk dewasa dan untuk acara2 pertandingan renang.


Ada 2 pool untuk kanak2.



Kemudahan lain yg ada kat sini sudah tentulah bilik persalinan, loker dan juga surau.

Abang Hakim boring swimming kat area orang dewasa dan akhirnya berkumpul dan melayan adik2nya.


Harga untuk masuk kat sini?  Ehmmmm...murah yg amat.  Budak2 RM1.50, dewasa jika nak mandi RM3.00, kalau tak nak mandi RM1.50 je.  Murahkan??  Kolamnya pun bersih dan luas.  Ada tempat untuk rehat2 di bawah pokok2 kat situ.



Yang bestnya, ada ladies special day pulak tu.  Hari Jumaat start pukul 4:15pm hingga 6pm, khas untuk ladies.  Tengok jadual kat bawah ni.


Jom swimming ramai2 kat sini.

As Salam.

Monday, August 8, 2011

Salah sangka....

As Salam

Di suatu pagi yg dingin dengan hujan yg sesekali turun dengan lebatnya dan berhenti tiba2 dan berulang dengan beberapa kali, MMD yg sibuk di dapur menyediakan sarapan untuk keluarga buat kali terakhir sebelum Ramadhan tiba, dengan tidak disangka air panas untuk di buat teh telah meretakkan jug MMD dengan sekali "tang!" je.

MMD lupa yg jug tu tak tahan dengan air yg baru je masak.  Inilah jadinya.


Apa nak buat....nasib badan. Yang penting, sarapan mee hoon goreng siap terhidang di meja untuk santapan keluarga.


Jemput makan...opppsssss, puasa lah pulak sekarang nooooo.

As Salam.

Saturday, August 6, 2011

Friday, August 5, 2011

Ais krim bougainvillea

As Salam

Ini adalah koleksi terbaru MMD.  Inilah yg MMD cari di nursery tempoh hari.  Dah banyak tempat yg MMD pergi, selalunya kehabisan stok.


MMD selalu juga berkunjung ke nursery yg bersebelah dengan Glenmarie Cove, Teluk Gong.  Nasib MMD baik kali ini,  stok baru je sampai, masih belum tersusun pun  lagi.  Terus MMD ambil sepokok.  Harga?  Memang murah...RM9.00 je.  Kalau kat tempat lain, maunya RM15.00 ke atas.

Orang Malaysia panggil bunga kertas.  Yang kat atas tu dipanggil bunga kertas ais krim kerana tompokan merah jambu di atas base putihnya tak sekata.

Ini yg MMD sebat juga.


Pokok daun putih tu MMD tak tau namanya.  Harganya RM8.00 je, siap ada 2 pokok dalam polybag tu. Tapi yg berdaun hijau tu namanya Ixora.  Macam nama Exora kan? Harganya RM2.00 sepokok.  MMD ambil 3 pokok.  Semuanya untuk di tanam di di luar pagar rumah.  Yang bunga kertas tu, sememangnya MMD tanam dalam pasu di laman dalam.

Antara koleksi bunga kertas MMD...penyeri rumah !!!

Ada campuran pink juga tapi bukan ais krim.

Kuning


Putih bersih

Merah, hampir ke warna oren

Seingat MMD, baru hanya sekali pokok ni berbunga, itu pun keluar 2 kuntum je.  Sikit punya susah nak berbunga.  Tapi bunganya merah/purple yg cukup pekat warnanya.  Betul lah apa yg nursery tu pesan kat MMD masa beli dulu.
Ada beberapa lagi pokok bunga kertas dalam simpanan MMD.  Kebetulan masa MMD snap photos ni, baru je habis berbunga.  Tunggu dia berbunga lagi.  Pokok ni berbunga sepanjang tahun.  Itu yg bestnya.

Lea pun dah pandai dan rajin tolong MMD siram pokok bunga petang2 sejak my helper dah tak ada.

As Salam.

Thursday, August 4, 2011

Princess of Tangled Hair

As Salam

Inilah jadinya bila Lea minta untuk shampookan dan keringkan rambutnya sendiri. Menjerit MMD bila dia keluar dari bilik air.


Kusut masai!!!

As Salam.

Wednesday, August 3, 2011

Lea and KFC...

As Salam

Hari Jumaat lepas, MMD sengaja keluar dari office awal.  Nak spend masa sekejab kat kedai bunga.  Poyo je kan MMD ni?  Nak cari pokok yg dah lama di idam2kan selama ni.

Balik dari nursery, sementara tunggu Hakim balik dari sekolahnya, MMD sekeluarga masuk Giant dulu, cuci mata je. Tak plan nak beli apa2 pun.  Lagipun, dalam Giant ada tempat untuk Lea bermain2 slide kat Food Courtnya.

Dah melepak kat situ, terus fikir makan je la terus sebelum balik ke rumah. Ada banyak pilihan fast food kat situ.  Kami pilih KFC la bcoz Lea dah beberapa hari ni, dok asyik sebut2 je nak ayam KFC.


Arrrrr...bukak luas2 mulut tu...

Snack plate for Lea.  At last,  makan ayam seketul, satu lagi bungkus bawak balik. 
Dah start berpuasa tu..jangan terliur pulak tengok Lea makan tu!!  Kurang pahala puasa pulak.

As Salam.

Tuesday, August 2, 2011

Tersalah kunci kereta !

As Salam

Eh eh eh..my beloved hubby tersalah bawak kunci kereta kot??? Tak boleh2 juga bukak pintunya!




Terima kasih kepada tuan punya kereta ni untuk kami berposing.  Honda ACK 6866.  Kecik dan rendah je saiz nya. Kami ke Giant dengan Exora..apasal nak balik dengan Honda kan???

As Salam.

Monday, August 1, 2011

Antik kah aku?

As Salam

Dalam kemas mengemas stor, MMD pun ada juga transfer barang2 jahitan yg ada ke dalam kotak plastik.  Senang sikit nak susun dan cari barang2 jahitan.  Bukannya MMD rajin sangat menjahit ni.  Adalah kadang2 tu jahit mana2 yg koyak sana sini, lebih2 lagi seluar cik abang Hakim. Sebelum ni, MMD setakat jahit tangan je kalau yg kecik2/pendek2 tu.

Dok belek2 alat jahitan, baru perasan yg lama betul beg yg MMD guna dan letak alat jahitan tu.  Beg tu memang MMD dah bertahun lama tak digunakan.  Dah tukar ke status untuk letak barang jahitan je sebelum ni.


MMD beli masa MMD ke London dulu masa ada projek lawatan sambil belajar pada tahun akhir C.I.T.  Rupa2nya dah 21 tahun umur beg tu.  Kalau tak silap, MMD beli dengan harga 1 pound.  Dulu mana ada duit lebih nak shopping sakan.  Harap duit poket dari syarikat tajaan je.  Masa tu 1 pound = 8 hinggit tau... Tinggi betul conversion !!

Dua tiga hari ni, asyik hujan je.  Yg bestnya, tak payah nak siram2 pokok2 bunga.  Pakai air semula jadi gitu..ha ha ha.  Nampak sangat pemalasnya...

Terpandang pulak ampaian kecik.  Dah patah pun batang besi yg kat bawah dan berkarat pulak tu dek berjemur di tengah panas hari2.  Bukannya tak mampu nak ganti yg baru dan bukannya terdesak sangat nak dipakai pun. Jadi biarlah dia diluar je, kalau2 membasuh lebih sikit, barulah guna ampaian kecik tu.



Tengok tarikh lahirnya? Ehmmm antik juga la...Dah masuk 20 tahun la juga dia berkhidmat dengan MMD, sejak MMD bujang hinggalah beranak tiga sekarang ni.

Besi zaman dulu lagi kuat ketahanannya berbanding dengan besi2 zaman sekarang.  Setuju tak?

As Salam.

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa

As Salam

Bulan Ramadhan datang lagi.  Bagi yang beragama Islam, sudah tentu ianya satu lagi kewajipan yang kita perlu menunaikannya. 

Ingat...jangan membazir semasa bulan puasa ni.  Banyak godaan yg tiba.  Bukan saja dari segi zahiriah, tapi juga lahiriah.  Kat pasar2 Ramadhan tu..berderet2 pelbagai jenis juadah di pratonton untuk pelanggan.  Belilah secara berhemat.  Jaga kalori juga penting. Puasa ni juga sebagai proses meneurtalkan penghadaman kita yg 11 bulan kita makan dan telan pelbagai mak nenek makanan.

Tarikh melihat anak bulan ramadhan atau tarikh mula puasa pada 31/07/2011.

Menurut sumber daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah seperti berikut:

Pontian Kecil di Johor;
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka);
Teluk Kemang (Negeri Sembilan);
Bukit Melawati (Selangor);
Pulau Angsa (Selangor);
Bukit Jugra (Selangor),
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor);
Pantai Pasir Panjang (Perak);
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang);
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah);
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah);
Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu);
Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu);
Pulau Perhentian (Terengganu);
Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu),
Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan);
Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan);
Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak);
Teluk Bandung, Kuching (Sarawak),
Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak);
Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah;
Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang);
Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang);
Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan);
Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur);
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan
Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

As Salam.  Selamat Berpuasa.

Saturday, July 30, 2011

Kenny Roger's anyone?

As Salam

Pada suatu tengah hari yg tenang....Tenangla sangat!!! MMD terlupa untuk keluarkan ayam / ikan dari fridge.  MMD selalu balik ke rumah tengahari. Tengok2kan anak2 MMD di rumah.  Yg bestnya, tempat kerja MMD tak jauh dari rumah, tak sampai 3 minit berkereta.  Dekat yg amat kan?  Jadi untuk balik ke rumah tidak menjadi masalah langsung.

Disebabkan terlupa punya pasal, my hubby propose untuk keluar makan malam kat luar saja.  Lea cadangkan KFC.  Fikir2 punya fikir waktu dalam perjalanan menjemput Hakim dari sekolahnya, my hubby said, why not kita ke Kenny Roger's je.  Dah lama tak ke sana.  MMD on je.

Sesi menternak lelemak bermula..he he he.  We ordered family meal, seekor ayam cukup untuk MMD sekeluarga.

Whole chicken for MMD's family.

The menu

MMD's portion

Lea dengan bangganya cuba menghabiskan 1/4 chicken.

Yes, Lea berjaya dan budak riang yg kekenyangan!

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa!

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...