Wednesday, May 10, 2017

Umrah 2017 - Pilu (part 5)

As Salam.

Hari ke-tujuh (04/02/2017)

Sekejap sangat rasanya masa berlalu. Hari ini adalah hari terakhir buat masa ini MMD berada di bumi Mekah.  Dari awal pagi sudah terasa hiba dan pilu. Rasanya tak cukup lagi ibadah dan amalan2 yang MMD ingin lakukan. MMD mohon agar ini bukanlah kali terakhir MMD menjejakkan kaki di sini.

Impian MMD untuk bersolat di hadapan Kaabah pada hari terakhir termakbul juga.  Selesai sahaja tawaf sunat, MMD terus mencari lokasi yang sesuai.  Hanya perlu mencari kumpulan jemaah wanita berkumpul.  MMD pun mengambil tempat masing2 bersama2 dengan my Mem Besar.

Ada kalanya petugas masjid akan mengarahkan jemaah wanita untuk masuk ke bahagian bawah bangunan di tempat solat wanita.  Kali ini MMD bernasib baik sekali lagi.  Syukur.   Alhamdulillah.

Seperti biasa, solat Subuh di masjid dan kembali ke hotel untuk bersarapan. 

Dapat lihat MMD berada di barisan hadapan selepas barisan jemaah lelaki.  Terasa amat dekat dengan Kaabah.


 Selesai solat Subuh, bergambar dengan my Mem Besar buat kali penghabisan.  Selepas ini, tiada lagi gambar semasa/selepas tawaf wida'.


Berehat sebentar di bilik sebelum keluar semula untuk melakukan tawaf wida' dalam pukul 10 pagi.
Air mata tak dapat ditahan2 lagi semasa melakukan tawaf ini.  Rasa amat sedih, pilu dan gembira pun ada.  Gembira kerana telah diberikan peluang untuk datang ke sini bukan sahaja dengan my Mem Besar yang MMD hajatkan sebelum ini, malah dalam tempoh yang agak singkat selepas umrah pertama MMD pada akhir tahun 2015.

Bersolat sunat selepas selesai tawaf wida' dan berdoa seketika.  Antara doa MMD ialah bagi mohon agar dijemput lagi datang ke sini.  Selesai urusan pada pukul 11 pagi.  Kembali ke hotel untuk makan tengahari dan seterusnya bersolat jamak Zuhur/Asar di bilik hotel saja.

Beg2 telah MMD hantar turun sebelum tawaf wida' lagi.  Hanya tinggal beg sandang kecil untuk keperluan peribadi.  Terus berkumpul di lobi untuk menunggu bas yang akan membawa kami ke Kota Madinah.

Kali ini bas kami tiba agak lewat disebabkan kesesakan di jalan raya.  Terus menaiki bas dan terpaksa menunggu agak lama.  Kesian juga ada isteri jemaah tidak sampai2 dari masjid.  Masing2 agak risau dan berdoa agar tidak berlaku apa2 yang buruk pada isteri jemaah tersebut. Akhirnya isteri jemaah sampai dan meminta maaf kerana kelewatan beliau akibat kesesakan sewaktu menunaikan tawaf wida yang dilakukannya selepas solat Zuhur.   Ustaz ada mencadangkan agar menunaikan tawaf wida' sebelum solat zuhur kerana kesesakan mungkin berlaku selepas selesai solat.

Maka bergeraklah kami ke arah Madinah dan singgah di Wadi Kude untuk menjamu selera dengan Nasi Arab.  Duduk santai sambil menunggu giliran.  Kat dalam restoran tengah penuh dengan jemaah dari bas2 yang lain.



Kali ini MMD dapat merasai hidangan di dalam bilik dan bukannya di tempat terbuka. Satu kumpulan berlima.  Alhamdulillah.  Kenyang.


Now you see....

Now you dont'...


Selamat tinggal wahai Kota Mekah....


Akhirnya kami sampai di hotel di Madinah pada waktu malam.  Hotel Mawaddah Al Waha yang agak selesa berbanding dengan hotel di Mekah.  Kelengkapan dan suasana yang agak moden.  Selepas solat jamak Isyak/Maghrib, terus tidur dan rehatkan badan untuk aktiviti keesokan harinya.

Sekian.  Jumpa lagi.



Tuesday, May 9, 2017

Umrah 2017 - Ziarah luar lagi (part 4)

As Salam.

Hari ke-lima (02/02/2017)

Hari ini di mulai dengan solat Subuh selepas menunaikan tawaf sunat.  Pagi ini tiada aktiviti dengan mutawwif dan selepas sarapan, akhirnya kami meronda kedai2 berhampiran hotel untuk membeli sedikit buah tangan.
  
 
Selepas solat Zohor dan makan tengahari, kami berkumpul di lobi hotel untuk acara ziarah lagi.

Bersama2 dengan Kak Kartina yang telah membantu dan menemani my Mem Besar semasa menunaikan umrah wajib sebelum ini.

Tak sangka, selepas banyak tahun terpisah selepas tamat belajar di Uitm, akhirnya di bumi Mekah kami berjumpa.  Kak Kartina adalah senior semasa di Uitm Dungun.  Kami berlainan kursus tetapi dalam pasukan Komander yang sama.  Kak Kartina ni satu batch dengan Azwan Ali, Diva AA tuuu.


Tempat pertama yang dituju adalah muzium mengenai sejarah 2 masjid iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Ini sebahagian dari rangka projek pembesaran kawasan Masjidil Haram.


Sebelum ni MMD pun pernah datang melawat di sini.  Kali ni banyak ambil gambar my Mem Besar jer.








Setelah itu, bas pun membawa kami ke Masjid Hudaibiyah untuk pasang niat sekali lagi. Bersolat sunat di situ.  Tapak kesan peninggalan sejarah di sini.



Kami terus ke masjid untuk bersolat Maghrib selepas bas menurunkan jemaah di hadapan hotel.

Kali ini, my Mem Besar tidak berniat umrah.  Jadi MMD dengan 2 lagi jemaah, Hasnizam dan temannya yang agak rapat berbincang untuk menunaikan umrah bersama2.  My Mem Besar berkeputusan untuk berada di masjid sehingga MMD selesai dan tidak mahu tinggal di bilik hotel keseorangan.

Kami pun bergerak menuju ke Kaabah selepas Hasnizam dan temannya balik dari bilik air.  Opssss.... kami bersolat Isyak dahulu kerana sudah hampir masuk waktu  ketika itu. Urusan umrah kami semuanya berjalan lancar dan kami selesai menunaikan umrah lebih kurang pukul 11malam.  Pada waktu inilah timbul rasa amat bersalah kerana meninggalkan my Mem Besar agak lama di tempat kami bersolat Maghrib bersama2 tadi.



Kami bergegas mencari jalan untuk ke tempat my Mem Besar.  Dah lengang dan hanya ada beberapa orang saja yang beriktikaf di situ semasa kami sampai.  MMD terus memeluk my Mem Besar dan rasa lega yang amat sangat.

My Mem Besar ada bagitau yang ada anak2 Turkey membawa air zam zam dan sedikit makanan untuknya.  Syukur.  Dalam perjalanan balik ke hotel, kami singgah membeli sedikit makanan untuk makan malam, kami terus balik ke hotel bersama2 dengan Hasnizam dan temannya.

Hari ke-enam (03/02/2017)

Hari ini dengan aktiviti bebas.  Selain menunaikan solat di masjid, MMD juga ada singgah di beberapa kedai untuk mencari sedikit lagi buah tangan untuk keluarga.

Hari ini MMD banyak bersolat di ruangan bawah.  Agak sejuk di situ.  Alhamdulillah....






Okay.  Jumpa lagi di lain entry.






Friday, May 5, 2017

Umrah 2017 - Akhirnya aku berumrah jua (part 3)

As Salam.

Hari ke-empat (01/02/2017).

Pagi ni rasa macam hati berbunga2 betul. Rasa yakin yang keuzuran MMD telah bersih.  Bersih yang benar2 bersih.  Tidak seperti masa berada di Malaysia, biasanya meleret2 baru habis uzurnya.  Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk MMD menunaikan ibadah hari ni.

Subuh pertama MMD di Tanah Haram. MMD memanjatkan syukur yang tidak terkira ke hadrat Ilahi atas ehsanNya. Sebak di hati ini tidak terkira semasa menunaikan solat Fardhu.  MMD juga ambil kesempatan menunaikan solat2 sunat serta solat2 qada' sebanyak yang mungkin.



Selepas solat, balik ke hotel untuk bersarapan dan bersiap2 untuk ke Masjid Tanaeem untuk pasang niat lagi hari ini.

Masa turun dari bilik, ramai rakan jemaah mengucapkan syukur dan tahniah pada MMD kerana akhirnya dapat menunaikan umrah wajib MMD.  Pada yang lain, mereka sudah kali ke3 menunaikan umrah.

Sampai ke masjid dalam pukul 8pagi dan antara bas yang terawal dan masih lengang lagi.  Petugas masjid mengarahkan untuk naik ke tingkat atas untuk bersolat.  Kat bawah memang penuh dengan warga2 Turkey.   Maka tak perlulah berebut2 tempat dengan mereka.  Alhamdulillah... selesa sangat2 bersolat di tingkat atas.



Selesai solat, terus menuju ke bas.  Syukur kerana jemaah kumpulan MMD ni memang tepat pada waktu.  Setakat ni, tiada yang tersangkut membeli belah selepas solat.

Balik semula ke Tanah Haram.  Bas berhenti di bawah terowong dan naik escalator ke dataran.  Berhenti sebentar bagi peluang kepada sesiapa yang nak ke tandas.

Maka bermulalah perjalanan umrah wajib MMD.  Kami semua mengikuti ustaz dengan tenang dan menunaikan setiap ibadah dengan khusyuk.

Semasa melakukan ibadah tawaf, seolah2 lengang walaupun jemaah lain begitu ramai seperti waktu musim haji. MMD dan my Mem Besar sentiasa berada di belakang ustaz.  Selepas tawaf, solat sunat dan minum air zam zam, kami bergerak untuk bersaie pulak.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Setiap kali selepas lampu hijau, ustaz dan jemaah lelaki yang berlari2 anak sebelum ini akan memperlahankan langkah bagi memberi peluang jemaah wanita untuk kembali turut serta dalam satu kumpulan.

Masa tahun 2015, mutawwif membawa kami untuk bersaie di tingkat atas.  Tapi kali ini, impian MMD untuk bersaie di tingkat yang ada batu2 tercapai.

Selepas selesai 7 pusingan, maka sempurnalah saie kami dan diakhiri dengan doa yang dibacakan oleh ustaz.  Ustaz mengajak kami semua untuk berdiri di atas batu sambil mengaminkan doa yang dibacanya.


Di belakang MMD ialah tempat lampu hijau di mana jemaah lelaki disunatkan untuk berlari2 anak.

Ibadah kami diakhiri dengan bertahallul dan solat sunat.  Alhamdulillah.  Semuanya selesai pada pukul 11pagi.

MMD dan my Mem Besar berkeputusan untuk tidak balik ke hotel.  Terus berada di masjid untuk solat Zuhur.  Syukurnya MMD kerana harapan MMD untuk bersolat di depan Kaabah tercapai.  Masa umrah sebelum ni, jemaah wanita akan diarahkan untuk meninggalkan dataran Kaabah apabila hampir waktu solat Fardhu.

Dapat ruangan di kalangan jemaah Turki dan MMD serta my Mem Besar pun duduk sementara menunggu masuknya waktu Zohor.



Selepas solar Zohor, kami balik ke hotel untuk makan tengahari dan my Mem Besar hanya nak bersolat di bilik hotel saja untuk waktu Asar supaya dapat berehat dengan secukupnya.    MMD ikut saja permintaan my Mem Besar.  Ye la...my Mem Besar pun bukannya bertenaga sangat.

Untuk solat Maghrib dan Isyak, kami ke masjid seperti biasa.

Okay.  Jumpa lagi di lain entry.




Thursday, May 4, 2017

Umrah 2017 - Ziarah luar (part 2)

As Salam

Hari ketiga - 31/01/17.

Selepas solat Subuh, kami isi perut dulu.  Makan di sini pun mewah.  Tak perlu nak komplen banyak2 sebab urusan kita yang datang jauh2 ni bukannya untuk makan.  Makan sekadar untuk memberi tenaga bagi mengerjakan urusan umrah dan ibadah kita.


Hari ni mula bergerak untuk ziarah luar pada pukul 8pg.  Tempat pertama ialah Jabal Thur.

Candid bila mutawwif kami berada di belakang kami. huhuhu.  Namanya Ustaz Murtadho.  Orang Indonesia.


Asyik mendengar penerangan dari ustaz tentang peristiwa yang berkaitan dengan Jabal Thur.


Inilah Jabal Thur/Jabal Nur dari sudut yang berbeza.  Boleh nampak khemah di atas bukit tu. Kali ini MMD tak join dengan jemaah lain yang mendaki bukit ni.  Rasanya tak terlarat bagi my Mem Besar untuk sampai ke atas.  MMD tak nak mengambil risiko bagi my Mem Besar.  Maklumlah, umurnya dah 71 tahun.


Tempat kedua ialah di Jabal Rahmah.  Kali ni MMD mendaki bukit ni dari arah yang lain.  Tidak seperti masa dengan my beloved hubby dulu yang menggunakan tangga.

My Mem Besar teragak2 untuk naik kerana bimbang akan jatuh. Maklumlah kena pijak batu2 untuk naik dan berasak2 dengan jemaah lain. MMD pegangnya kuat2 dan akhirnya berjaya naik ke atas.


Selepas berdoa apa yang patut, MMD bawa my Mem Besar untuk turun menggunakan tangga.  Lega betul katanya sebab ada anak2 tangga yang menyenangkan untuk turun walaupun arah yang agak jauh dari tempat di mana bas parking.



Sempat beli aiskrim kat sini untuk basahkan tekak.  Sedap.


Selesai urusan di sini, bas akan melewati kawasan Mina, terdapat khemah2 untuk jemaah haji, tempat melontar dan yang paling istimewa, ustaz ada menunjukkan kawasan bukit di mana peristiwa Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya Nabi Ismail.  Ustaz juga ada menunjukkan istana raja di mana pembesar2 negara dari dunia Islam yang datang ke Tanah Arab untuk mengerjakan haji akan menginap di situ.



Ustaz juga ada menceritakan tentang wakaf seorang wanita bagi menyediakan saluran air yang digunakan sehingga kini bagi mengalirkan air ke kawasan Mina untuk kegunaan jemaah haji. Betapa pahala sedekahnya mengalir hingga ke hari ni yang tidak pernah putus2.


Bas membawa kami ke Masjid Ja'ranah untuk pasang niat sekali lagi. MMD sempat membeli sehelai jubah yang murah2 untuk MMD sementara menunggu my Mem Besar bersolat di masjid.

 

Sampai ke hotel, MMD berehat saja di hotel sementara my Mem Besar mengikuti jemaah lain bersama2 dengan ustaz untuk menunaikan umrah sunat/umrah kedua.

MMD tetap menjaga pantang larang yang 13 tu hinggalah my Mem Besar siap dan balik ke hotel.  Barulah MMD bertahallul bagi melepaskan diri dari pantang larang semasa ihram walaupun MMD tidak dapat menunaikan tawaf dan saie.  Begitu juga masa umrah yang pertama dulu.  Ini atas nasihat ustaz juga. MMD tak putus2 berdoa agar dapat menunaikan umrah MMD sebelum berangkat ke Madinah.

Tiada aktiviti lain bersama2 dengan ustaz pada hari tersebut.  Masing2 dengan ibadah masing2 dan MMD seperti biasa akan menemani my Mem Besar hingga di dataran bagi setiap waktu solat.

Keuzuran MMD semakin berkurangan dan MMD sangat2 berharap agar dapat bersama2 dengan jemaah lain untuk umrah ketiga mereka pada keesokan harinya.

Okaylah. Jumpa lagi di lain entry.


Monday, April 17, 2017

Umrah 2017 - Perjalanan Madinah - Mekah (part 1)

As Salam.

Hari pertama - 29/01/17.

Alhamdulillah selamat sampai di airport terminal haji di Madinah pada pukul 9pagi waktu Arab Saudi pada 29/01/2017.

Jemaah dari penerbangan MAS dikhaskan untuk turun di sini.  Lengang terminal ni dan urusan imigresen pun berjalan dengan lancar.

Pun begitu hati MMD berdub-dab jugak, kot2 kena bayaran visa tambahan yang diwar2kan sebelum ni bagi jemaah yang datang mengerjakan umrah yang kurang dari 3 tahun Hijrah dari umrah sebelum tu. 

Memang MMD dah standby SAR4000.00 untuk kami berdua.  Kot2 lah mereka dapat kesan kehadiran MMD dan my Mem Besar. Alhamdulillah......lega rasanya selepas check point kedua.  Lepas dengan jayanya.  Rasa macam buat salah pulak tahap kebimbangan MMD pada masa tu.  Doa untuk dipermudahkan tak lepas dari mulut ini. Huhuhu.

Rahsianya...MMD dah pun renew pasport akhir tahun 2016 sebelum ke Singapore hari tu.  Itu yang dicadangkan oleh pihak Andalusia dan juga pihak imigresen. Kebetulan paspot MMD yang sebelum ni hanya untuk 2 tahun saja.  Lebih baik bayar RM200 kat kerajaan Malaysia untuk renew pasport dari kena bayar SAR2000.00.  Dok gitu?

Di luar terminal haji.  Udara segar waktu pagi. Hari pertama di bumi Anbia.  Sejuk2 manja gitu. MMD antara yang terawal naik bas sambil menunggu jemaah lain sampai.


Posing dengan Yani dan juga roommate di Mekah/Madinahnya nanti.



Perjalanan kami bermula untuk ke Mekah.  Tempoh perjalanan?  Hampir 6 jam.  Agak lama dan jauh perjalanannya.  Mungkin agak memenatkan bagi jemaah yang berumur.  Sepatutya perjalalanan asal dengan MAS adalah KUL/Mekah tetapi atas sebab2 tertentu, flight kena turun di Madinah dan kami tetap akan ke Mekah dahulu pengikut perancangan awal.

Halangan kali ini tidak menyusahkan kami pun.  Redho atas apa yang terjadi. Pasti ada hikmah disebalik ketentuanNya.

Tidak lama selepas tu, kami singgah di Bir Ali untuk makan tengahari dan juga pasang niat Umrah. Lebih kurang 30min jer dari airport untuk sampai ke sini.

Dapat makan nasi Arab ayam.  Portionnya yang banyak, tak habis pun.  Lepas makan, temankan my Mem Besar untuk berwuduk dan bersolat di Masjid Bir Ali.  MMD tunggu hingga my Mem Besar siap di luar masjid je.

 

Dalam 1.30pm, kami bergerak menuju ke Mekah.  Dapat melelapkan mata sebentar dan bas kami singgah di Wadi Kude untuk berhenti rehat sebentar.  Ada yang pergi ke bilik air dan beli makanan.



Inilah satu2 restoran yang ada di sepanjang highway ni.  Wadi Kude namanya. Dalam pukul 5pm, bas pun bergerak semula dan sampai di sempadanTanah Haram dalam pukul 6.20pm.



Akhirnya kami sampai di Mekah dan bas terus berhenti di depan Hotel Haneen Al Firdous dalam pukul 7pm.  Alhamdulillah.  Agak jem juga untuk sampai ke kawasan hotel.  Hotel ni berada di Jalan Ibrahim Al Khalil.  Agak dekat dengan dataran berbanding dengan hotel yang MMD tinggal pada tahun 2015.

Selepas ambil kunci dan beratur untuk menaiki lift.  Maka sampailah kami ke bilik kami.  MMD berdua saja walaupun katil ada 3 di bilik tersebut.  Syukur, rezeki untuk kami berdua.


Kami sudah dipesan oleh mutawwif untuk berkumpul di lobi pada malam itu juga bagi mengerjakan umrah wajib.  MMD pun ikut serta hingga ke dataran Masjidil Haram saja.  Sedih memang sedih sebab tidak dapat turut serta tapi redho atas ketentuanNya.  MMD tak putus2 berdoa agar keuzuran MMD dipendekkan dan dapat melakukan umrah sebelum bergerak balik ke Madinah nanti dan berdoa agar my Mem Besar dapat menyelesaikan umrahnya tanpa MMD di sisi dengan selamat.


MMD balik dan berehat di bilik sementara menunggu my Mem Besar selesai mengerjakan umrah wajibnya.

Hari kedua - 30/01/17.

Rasa2nya, my Mem Besar balik ke bilik dalam pukul 1pagi juga kalau tak silap MMD. MMD sambung balik tidur dan bangun dalam pukul 3pagi.  Tiada apa yang dapat buat selain dari menemani my Mem Besar untuk ke masjid.  Setiap waktu solat, MMD akan setia menunggunya di luar salah satu pintu masjid. Dah tersurat itulah aktiviti MMD.

Hari ini tiada aktiviti bersama mutawwif.  Makanya MMD bersama my Mem Besar macam belangkas saja.  Siap setiap solat, MMD akan tunggu my Mem Besar untuk balik ke hotel samada untuk sarapan, makan tengahari atau makan malam.


Hari ni my Mem Besar terpaksa solat di dataran je.  Dah keluar dari hotel awal untuk Maghrib tapi dek kerana jalan pintas di tutup, maka terpaksa berjalan sepanjang Jalan Ibrahim Al Khalil dan untuk sampai ke dataran pun banyak kon2 diletakkan sebagai penghadang jalan.  Nampaknya, mustahil untuk menghampiri bangunan masjid.  Jadi, ada saje tempat kosong, MMD suruh my Mem Besar duduk dulu sementara MMD cari tempat lain untuk menunggunya.

Ini semasa menunggu waktu Isyak. Solat di luar juga.



Lepas solat, terus balik ke hotel je.  Kedai2 di tepi hotel pun belum jelajah lagi.  Masih belum ada  nafsu lagi.  Waktu untuk hilang2kan rasa lenguh dulu.


Okay.  Jumpa lagi di lain entry.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...