Saturday, December 24, 2016

Ikan berenang ke perut

As Salam.

Gigih MMD update blog kan?  Cerita pendek2 pun cukuplah asalkan peristiwa tu tersemat di hati dan boleh diingati di masa2 akan datang bila menjengah ke blog ni lagi.

Selepas beberapa bulan tiada yang meraikan harijadi, Hakim mengambil tempatnya lagi buat kali ke-19 yang jatuh pada 21hb November.  Selamat Hari Ulangtahun ke-19 Hakim Halimy!!!!!  Harijadi terakhir untuk tahun 2016.  Lepas ni pada bulan Februari pulak.

Dah besar panjang pun anak sulung MMD ni. Dah boleh cari makan sendiri dah sekarang. Dah pun bekerja selepas tamat peperiksaan dalam bidang kemahirannya.  Maka makin kuranglah waktu untuk bersembang lama2 sebab masing2 bekerja.  Jika ada pun, waktu malam sebelum tidur atau hujung minggu.

MMD sekeluarga makan di Manhattan Fish Market di AEON Bukit Tinggi Klang saja.  Tak jauh mana dari rumah MMD.  


 Birthday boy yang selalu mengelak untuk diambil gambar.  Suka buat muka pelik2.  Hahahaha.


Masa MMD masuk MFM, tak ramai pelanggan pun.  Ada 3-4 meja saja yang bertuan. Masing2 pilih set masing2 dan MMD order 1 set tambahan untuk dikongsi bersama2.

Jom cuci mata.  Nama2 set tu MMD dah lupa. Ada set yg bersama dengan ikan, ada yang bersama dengan ayam dan juga udang.  Lupa bersama kenyangnya perut kami semua malam tu.




Seronok bila tengok anak2 suka makan dan sudah tentu MMD akan ikut pilihan tempat mereka untuk makan.  Yang penting tiada pembaziran.


Nampak tak Hazry dengan bekas2 kosong tu?  Macam Hazry je yang makan kan?  Hazry jadi tukang tengok jer.  Adalah MMD suapkan Hazry sikit2.  Lagipun Hazry dah siap makan bubur di rumah sebelum kami semua keluar.



Jangan tak tahu.....staff di situ terpaksa bekerja keras sebanyak dua kali.  Kenapa????? Hazry kencing hingga menitis air ke lantai.  Lepas di lap, tak lama selepas tu, kencing lagi.  Lantai basah lagi.  Tempatnya sejuk dengan aircond dan sebab tu Hazry tak tahan. Nasib baik dah agak lewat dan hanya family MMD dan 2 perempuan yang dalam gambar tu je yang ada masa tu.  Lepas MMD keluar, MFM pun tutup.   Sorry MFM ye!!!!

Set tambahan yang MMD order akhirnya MMD minta untuk dibungkus.  Semua dah kekenyangan.  Mungkin sebab kali ini, semua MMD minta kentang goreng yang diletak di dasar pinggan diganti dengan nasi.   Tu yang tak boleh habis.  Sebelum ni, Hakim dan Lea ada merungut tak cukup makan sebab portionnya kecil.  Tu yang MMD minta ganti kentang dengan nasi.


Lepas makan, terus balik ke rumah.  Tak singgah ke mana2 shopping outlet pun. 

Okay.  Jumpa lagi di lain hari.


Friday, December 23, 2016

Kuning dan Lea

As Salam.

Ni cerita lama.  Sebelum cuti sekolah hari tu.

Lea masuk acara lari berganti2.  Kebetulan diadakan pada hari Sabtu dan MMD tidak bertugas, MMD dan my beloved hubby turun padang juga untuk bagi sokongan padanya.

Alhamdulillah, tahun ni berpeluang menang lagi.  Bertambahlah koleksi medal di biliknya.

Lea bersama rakan2nya.


My beloved hubby yang ambil gambar.  Tak nampak muka Lea pun.  Hehehehe

Pemenang tempat pertama hingga ketiga.  Syabas semua!!!

Secara keseluruhannya, rumah kuning MENANG...Yeayyyyyyy.

Sekian.  Jumpa lagi dehhhh.

Thursday, December 22, 2016

Sambutan Maulidur Rasul 2016

As Salam

Program ni adalah anjuran Surau As-Sajidin di taman perumahan MMD.  Idea tercetus bilamana Ustaz  Khairullah yang datang memberi kuliah bulanan bertanya pada AJK surau tentang sambutan tersebut.

Maka pada 18/12/16 baru2 ni, sambutan buat pertama kalinya diadakan di taman perumahan MMD.

Acara yang sepatutnya bermula pada pukul 8.00pagi tertunda kerana menunggu kehadiran VIP iaitu En. Azmizam Zaman Huri, Penyelaras DUN N46 Port Klang.  Selain dari penduduk setempat, ianya juga mendapat sambutan dari penduduk di luar taman MMD.  Ustaz2 yang selalu berkuliah di surau ini pun turut serta.

MMD pun agak lewat menyertainya kerana menyiapkan Hazry terlebih dahulu.  Biasalah, waktu pagi2 ni urusan Hazry adalah keutamaan MMD.  Pastikan siap mandi dan bersarapan dulu baru MMD boleh uruskan benda2 lain.

Perarakan yang sepatutnya mengelilingi kawasan rumah MMD di fasa 1 terpaksa berubah ke taman fasa 2 kerana ada lopak2 air kerana hujan yang sangat lebat sejak dari 2:00pagi hingga ke 5.00pagi tadi. Sebelum berarak, penduduk dijamukan dengan sarapan nasi lemak terlebih dahulu.

Selawat berkumandang buat pertama kalinya di laluan rumah2 di fasa 2. Satu sejarah juga buat kami di sini.


Hampir 30minit berarak, kami balik semua ke khemah yang disediakan dan  mendengar ucapan dari En. Azmizam disertai dengan penyerahan sumbangan dari pihak DUN N49 bagi acara Maulidur Rasul serta sumbangan untuk kerja2 pembinaan surau yang sedang giat dijalankan.


Syukur Alhamdulillah.  Surau kami menerima sumbangan lagi untuk meneruskan kuliah2 bulanan serta bagi membuat bayaran2 bil air dan letrik.

Kepada sesiapa yang berhajat untuk menderma, MMD yang juga AJK surau amat mengalu-alukan sumbangan dari teman2 sekelian.  Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
 
Pengerusi - En. Wan Khairuddin 012-6864628
Timbalan Pengerusi - En. Azizi Khalib 012-3941830
Setiausaha - En. Razaleigh 012-2612469

Selepas acara penyerahan sumbangan, solat sunat Dhuha diadakan dan seterusnya kuliah ringkas yang menceritakan tentang peribadi Rasulullah.

Makan tengahari bermula dari pukul 12:00tgh.  Menu masakan kampung memang membuka selera.  Yummy !!!

Dah kenyang semua, masing2 pun beransur2 beredar balik ke rumah masing2.  My beloved hubby masih berada di sana hingga urusan mengemas meja/khemah selesai.

Selepas solat Zohor, MMD kat rumah dah siap berdengkur bersama2 dengan Hazry & Lea.  Penat berarak sakan.  Lea bertugas membawa bunga manggar.


Jom, banyakkan selawat dan salam kepada Baginda Rasulullah.

Jumpa lagi nanti.

Wednesday, December 21, 2016

Hampa di House of Shark di MAHA 2016

As Salam

Jenuh juga untuk mencari jalan yang paling dekat untuk ke jabatan perikanan bagi merealisasikan impian Lea bagi melihat House of Shark (HOS).  MMD siap singgah minum/makan cendol dulu bagi menghilangkan dahaga.  Santannya sangat pekat.  Sedap!  Hanya kurang manis pada tekak MMD yang biasa suka manis tahap gaban bila pekena cendol kat mana2 pun.

Dalam perjalanan, singah melilau saja di laluan untuk ke arah HOS.  Menapak jauh jugaklah.  Lebih2 lagi terasa bila menolak Hazry naik dan turun kawasan tinggi.  Harus kurang lemak kan?  Tapi...nan hadooooo.

Posing sana-sini sikit.  Lea pun muka dah penat.  Apalagi kami ni.

 
 
 

Landak tidur selepas kekenyangan.


Setibanya di HOS, Lea kehampaan kerana waktu melawat telah tamat dan pintunya baru ditutup.  Bagi tidak menghampakannya, ambil je lah gambar di bahagian depan shark tu.  Kesiannya Lea.  Dahlah jauh menapak, tak dapat masuk pulak.  Ambil gambar pun MMD paksa dia senyum juga.


 


Ada beberapa tempat lawatan lagi yang belum kami terokai.  Tapi memandangkan dah agak lewat petang, kami buat keputusan untuk balik saja. Lagipun, kami tidak mahu terkandas dalam kesesakan waktu keluar dari MAEPS nanti.

Apa yang terjadi seterusnya.......Perkara yang cukup suspen.......

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Heyyyyyy. ada ceritanya lagi tau.  Entry ni belum habis.

Selepas selesai urusan tandas dan sebagainya sebelum ke tempat parking, MMD dan Lea mendapatkan rawatan urut badan dulu.  Hehehehe.  Penat kata Lea.

Bila saja sampai ke tempat letak kereta. Makkkkkkkkkk!!!! Masya Allahhhhh...Kereta tak ada di situ!!!!

My beloved hubby terus ke arah pos pengawal berhampiran di situ dan memberitahu akan kehilangan kereta.  Kami diarahkan untuk ke bahagian sekuriti dan menapaklah lagi kami menaiki bukit dan terletak agak jauh juga.

Bila bertemu dengan kakitangan yang bertugas, mereka mengesahkan yang kereta kami telah ditarik dengan alasan yang ianya menghalang laluan.  Sedangkan kami telah diarahkan oleh salah seorang sekuriti yang bertugas masa kami sampai untuk park di situ memandangkan kami ada stiker OKU.

My beloved hubby telah dibawa dengan motor untuk ke tempat kereta ditahan dan mereka memohon maaf kerana mereka terpaksa menarik kereta kami.  Sepatutnya bayaran RM100 perlu dijelaskan tetapi kami dikecualikan memandangkan Hazry berkerusi roda bersama2 dengan kami.

Bayangkan jika kereta kami hilang dari kawasan MAEPS,  bagaimana harus kami balik ke Port Klang dalam waktu malam tu dan kena berurusan dengan pihak polis untuk membuat aduan dan sebagainya.

Alhamdulillah....segalanya dipermudahkan olehNya.

Tamatlah sudah cerita lawatan MMD sekeluarga ke MAHA 2016.  Cerita lain bakal menyusul lagi.

Jumpa lagi.  Sekian.

As Salam.

Bergembira dengan Upin dan Ipin di MAHA 2016

As Salam

Sebenarnya, masa makan di gerai di Kampung Mak Cun, Lea dah tak senang duduk dan makan.  Cepat2 dia makan dan minta kami semua cepat2 ke Kampung Durian Runtuh.  Di situlah ada geng Upin dan Ipin, kegilaan budak2 dan juga mak budak2. Hehehe.

Sebelum tu, posing2 dulu di taman bunga yang cantik2 serta arca dinasor yang dibina menggunakan botol2 kosong.
 
 
 
 


Nak tengok Upin dan Ipin?  Percuma?  Ye...percuma jika bergambar dengan Upin dan Ipin di pintu luarnya.

 

Nak masuk kena bayar ye. MMD ambil tiket famili.  Murah sikit dari dibeli asing2.  Lupa pulak berapa MMD bayar hari tu.  Harga biasa RM25 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak2. Setiap tiket disertakan dengan pasu plastik.  Nak buat apa?  Tunggu.....


 Ok.  Dah masuk dalam.  Ada gambar 3D kat situ.  Posing2 lagi.

 

Lea makin tak sabar.  Cepat2 nak masuk ke bahagian dalamnya lagi. Kat situ ada acara rupa2nya.  Disediakan media tanaman untuk diisi ke dalam pasu plastik yang diberi percuma tu.  Budak2 diajar macam mana untuk menyediakan tanaman.  Ada benih jagung, kacang merah, kacang hijau, anak pokok ros dan juga pokok bunga raya.

 


Dah siap tanam bagai, waktu tu dah hampir 4:00pm.  Ada acara lagi di pentas iaitu kemunculan Upin dan Ipin serta geng2nya.  Berjalan cepat2 untuk ke pentas.  Masa MMD sampai, dah ramai orang kat situ.


Petugas datang pada MMD dan minta MMD, Hazry serta Lea untuk mengikutinya.  Dia bawa kami hingga ke depan pentas.  MMD memilih agak ke tepi sedikit supaya kerusi roda Hazry tidak mengganggu pandangan orang belakang.  My beloved hubby kat mana?  Entah lah.... Ada kat area belakang sikit agaknya.

 

Budak2 riuh rendah bila maskot2 keluar dan menyanyi bersama2.  Happening betul!!!. Ada pertandingan menjawab soalan juga.  Semua dapat hadiah.  Ini dia hadiah yang diberikan oleh petugas tadi kepada Hazry sebelum acara bermula.  Hazry menjawab soalan ke?  Tidak lah....  Sudah tentu ianya akan bertukar tangan.  Siapa lagi kalau bukan kepada Lea.  Awal2 lagi dah Lea bagi tahu kat Hazry yang dia inginkannya.

 


Semua serbu maskot2 Upin dan Ipin serta geng2nya yang lain bila mereka turun dari pentas.  MMD pun tak lepaskan peluang untuk mengambil gambar Lea bersama2 dengan mereka.  Sebaik sebelum mereka naik semula ke pentas. Hazry juga menjadi perhatian bila maskot tu datang bergambar bersamanya.

 
 
 
 
 
 

 Acara berakhir dengan persembahan dari satu band.  Lupalah apa nama band tu.



Siapa yang paling enjoy?  Sudah tentu Lea. Nampak tak yang tabung Upin Ipin dah bertukar hakmilik?


Okay.  Merayap dengan cara perlahan2 ke destinasi seterusnya.  Kenapa?  Kaki dah lenguhhhhhh.

Rasa macam nak deko kat rumah macam ni.  Okay...Berangan dulu lah ye...


Jumpa lagi di lain entry.

As Salam.


Tuesday, December 20, 2016

Jumpa artis di Kampung Mak Cun di MAHA 2016

As Salam




Singgah pulak di Kampung Mak Cun.  Masa MMD sekeluarga sampai, acara pertandingan sedang diadakan.  Pengacaranya adalah artis/pengarah.  Siapakah???

Ni dia orangnya.  Kecil molek je orangnya.  Kalau tengok di TV, agak besar tapi bila berhadapan dengannya, taklah besar mana pun.  Dia adalah Erma Fatima.
 

Ada acara pertandingan menggiling cili kering menggunakan batu giling, acara memakaikan bedak sejuk pada pasangan.  Ada lagi acara selepas tu tapi MMD beransur dan singgah ke gerai makanan di situ.

Setiap belian mesti menggunakan kupon yang mesti dibeli terlebih dahulu.  Jika tidak habis digunakan, tak boleh ditukar semula.  Kejamnya....hehehe.

Lea repeat beli roti canai.  Sedap katanya.  Memang kuahnya sedap betul hinggakan MMD pun terikut sama makan roti canai.  Kuahnya penuh likat dengan daging2. My beloved hubby makan nasi dengan kambing bakar.  Hazry?  Macam biasa, MMD suapkan bubur yang MMD siap bawa bekal untuknya.

Harga makanan/minuman?  Alaaaa.... standard lah.  Agak mahal.  roti canai sekeping pun dah RM2.00. Yang lain tu fikir sendiri lah.

Malam tu sepatutnya ada konsert artis2, yang MMD dengar, ada Amy Search dan lain2.  Tapi tak kuasa pulak MMD nak tunggu hingga malam.

Selepas selesai makan2, kami pun bergerak lagi. Hasrat hati nak juga tunggu dan naik van/kereta OKU tapi hampa. Tak nampak2 pun kelibat van/kereta OKU.  Kaki pun dah mula lengoh.  Nasib baik destinasi seterusnya tak jauh mana.

Jumpa lagi ye.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...