As Salam.
Gigih MMD update blog kan? Cerita pendek2 pun cukuplah asalkan peristiwa tu tersemat di hati dan boleh diingati di masa2 akan datang bila menjengah ke blog ni lagi.
Selepas beberapa bulan tiada yang meraikan harijadi, Hakim mengambil tempatnya lagi buat kali ke-19 yang jatuh pada 21hb November. Selamat Hari Ulangtahun ke-19 Hakim Halimy!!!!! Harijadi terakhir untuk tahun 2016. Lepas ni pada bulan Februari pulak.
Dah besar panjang pun anak sulung MMD ni. Dah boleh cari makan sendiri dah sekarang. Dah pun bekerja selepas tamat peperiksaan dalam bidang kemahirannya. Maka makin kuranglah waktu untuk bersembang lama2 sebab masing2 bekerja. Jika ada pun, waktu malam sebelum tidur atau hujung minggu.
MMD sekeluarga makan di Manhattan Fish Market di AEON Bukit Tinggi Klang saja. Tak jauh mana dari rumah MMD.
Birthday boy yang selalu mengelak untuk diambil gambar. Suka buat muka pelik2. Hahahaha.
Masa MMD masuk MFM, tak ramai pelanggan pun. Ada 3-4 meja saja yang bertuan. Masing2 pilih set masing2 dan MMD order 1 set tambahan untuk dikongsi bersama2.
Jom cuci mata. Nama2 set tu MMD dah lupa. Ada set yg bersama dengan ikan, ada yang bersama dengan ayam dan juga udang. Lupa bersama kenyangnya perut kami semua malam tu.
Seronok bila tengok anak2 suka makan dan sudah tentu MMD akan ikut pilihan tempat mereka untuk makan. Yang penting tiada pembaziran.
Nampak tak Hazry dengan bekas2 kosong tu? Macam Hazry je yang makan kan? Hazry jadi tukang tengok jer. Adalah MMD suapkan Hazry sikit2. Lagipun Hazry dah siap makan bubur di rumah sebelum kami semua keluar.
Jangan tak tahu.....staff di situ terpaksa bekerja keras sebanyak dua kali. Kenapa????? Hazry kencing hingga menitis air ke lantai. Lepas di lap, tak lama selepas tu, kencing lagi. Lantai basah lagi. Tempatnya sejuk dengan aircond dan sebab tu Hazry tak tahan. Nasib baik dah agak lewat dan hanya family MMD dan 2 perempuan yang dalam gambar tu je yang ada masa tu. Lepas MMD keluar, MFM pun tutup. Sorry MFM ye!!!!
Set tambahan yang MMD order akhirnya MMD minta untuk dibungkus. Semua dah kekenyangan. Mungkin sebab kali ini, semua MMD minta kentang goreng yang diletak di dasar pinggan diganti dengan nasi. Tu yang tak boleh habis. Sebelum ni, Hakim dan Lea ada merungut tak cukup makan sebab portionnya kecil. Tu yang MMD minta ganti kentang dengan nasi.
Lepas makan, terus balik ke rumah. Tak singgah ke mana2 shopping outlet pun.
Okay. Jumpa lagi di lain hari.