Thursday, November 5, 2015

Majlis Doa Selamat & Aqiqah - 27/10/15

As Salam

Sehari sebelum kejadian ni, MMD telah menyerahkan lebih kurang 30kg daging aqiqah dan qurban kepada caterer.  Persiapan caterer untuk majlis yang berlangsung pada 27/10/15.

Alhamdulillah sekali lagi MMD sekeluarga diberikan kesempatan dan rezeki untuk mengadakan kenduri kecil bagi upacara doa selamat, bacaan Yassin serta acara cukur jambul bagi anak saudara MMD yang kembar tu.

Menu kali ini ialah nasi hujan panas, daging black pepper, daging masak lemak cili padi, ayam goreng berempah serta acar mentah.  MMD pun ada masak sedikit bubur kacang.  Yang paling mendapat sambutan dari anak2 kecil ialah ais krim.

Seperti yang diminta kepada caterer, semua makanan yang ditempah mesti sampai pada 11am kerana MMD ada menjemput anak2 dari Rumah Amal Asnaf Al Barakh, Sijangkang.  Syukur kerana niat untuk menjamu anak2 yatim tercapai.  Maklumlah beberapa rumah anak2 yatim yang MMD & beloved hubby kunjungi sebelum ni tidak dapat menerima jemputan kerana anak2 masing2 belum balik dari cuti Hari Raya Haji.  Kebetulan tempat ni dicadangkan oleh teman setaman juga.

Bagi yang ingin menyalurkan bantuan amatlah dialu-alukan.


Majlis dimulakan dengan jamuan kepada anak2 yatim.  Ramai yang dapat hadir, dalam 40 orang kesemuanya.

Gembira benar anak2 ni bila Hakim mula open table dengan ais krimnya.  Budak2 tak putus2 beratur termasuklah anak2 saudara MMD yang lain.  Orang dewasa pun tak ketinggalan juga.

 
 


Sebagai penghargaan, budak2 diberikan goodie bag yang berisi dengan duit belanja, biskut serta kek dan juga drawing book sumbangan dari adik2 MMD.  Sedikit daging qurban dan juga barangan dapur untuk pihak rumah anak2 yatim.  Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang.

MMD bersama dengan penjaga rumah anak2 yatim tersebut, Cik Effa dan juga dengan Mem besar.  Heran betul MMD, dalam banyak2 gambar, gambar MMD paling sikit kali ini.  Kamera kat tangan budak2 punya pasal hahaha.
Ini anak saudara MMD.  Cantikkan?  Umurnya sama baya dengan anak MMD, Hazry.  Andailah Hazry sihat seperti kanak2 lain, dah tentu dah ambil exam PT3 tahun ni.  Walau apapun, MMD bersyukur dianugerahkan Hazry ke dalam keluarga MMD.  Rezeki untuknya tak pernah putus.  Alhamdulillah.  Yang paling terharu, setiap kali outing ke mana2 pun, selalu ada duit dalam kocek baju atau seluarnya yang disedekahkan oleh orang yang MMD tak kenal pun.  Terima kasih banyak2 dan semoga yang bersedekah tu mendapat rezeki yang berlipat kali ganda.

Lepas solat Zuhur, majlis doa selamat pun bermula, tahlil serta acara cukur jambul yang tak berapa nak ada jambul.  Alhamdulillah tapi kesian tetamu duduk hingga di luar pintu.  Yang depan MMD tu, goodie bag untuk majlis tahlil yang berupa kain pelikat dan makanan seperti yang dihajati oleh my beloved hubby.

 
 

Majlis yang serba ringkas saja.  Yang penting sudah terlaksana dengan jaya dan meriah.  Terima kasih kepada semua yang datang dan tak lupa juga kepada adik beradik MMD yang telah menyumbang masa dan tenaga bersama2 dengan MMD. Makanan pun tak ada yang membazir.  Sempatlah juga adik2 MMD bungkus dan bawa balik sikit seorang ke rumah masing2.

Yang paling mengembirakan my beloved hubby ialah kunjungan dari kakaknya dari Labu Johnson.  Pertama kali datang kat rumah MMD ni.


Itulah cerita yang basi.  Tetap menjadi kenangan terindah buat MMD sekeluarga.  Semoga diberikan kesempatan dan rezeki yang banyak di masa depan.

Sekian.  As Salam dan jumpa lagi di entry akan datang yang entah bila akan publish. hahahaha.



Wednesday, October 14, 2015

Cucu pun dah kahwin. Tua kah aku?

As Salam.

Jemputan kahwin lagi.  Kali ni ke Melaka.  Perjalanan MMD bermula dengan menjemput MEM besar di Cheras.  Mana mungkin ke Melaka tanpa MEM besar. MEM besar nak tengok cucunya juga, Amar, Ariq & Aisy.



Dari rumah my sister, kami konvoi 2 kereta ke tempat tujuan iaitu di Rumah Melaka di Bukit Katil. Taklah jauh sangat dari Taman Mas.  MMD angkut wheelchair Hazry naik ke rumah.  Kat dalam ada air-cond.  Kat luar pun ada jamuan makan.

 


Makanan pun sedap.  Budak2 asyik pergi ambil gula2.  Kata Lea, makan ramai2 best.  Rasanya kat rumah tak terusik pun gula2 tu.



Ni dia pengantinnya.  Sebenarnya penganti lelaki tu adalah cucu saudara my beloved hubby.  Comel kan?

Bersebelahan dengan dewan ni adalah musium.  MMD pun masuk juga, look2, see2 & bergambar.

 
Dah kenyang makan, berborak2 dengan sanak saudara dekat dan jauh, MMD pun balik semula ke rumah my sister.  Lepas solat Asar, bergerak balik ke KL.  Biasanya kalau ke Melaka, sudah tentu MMD akan bermalam tapi kali ni memang tak boleh kerana ada lagi kenduri jiran sebelah rumah MMD.

Esoknya rumah MMD sesibuk rumah jiran pengantin kerana rumah MMD dah jadi tempat caterer letak barang masakan mereka.  Lagi pulak mak pengantin pun bersalam kaut di hadapan rumah MMD hinggakan ada yang terkeliru dengan tarikh kad jemputan yang MMD edarkan.

Meriah majlis ni hingga terasa seakan MMD yang berkenduri.

 

Berat badan dah naik.  Apa tidaknya, asyik makan free je.

Sekian.  As Salam.

Tuesday, October 13, 2015

Qurbanku yang meriah - 2015

As Salam

Raya Haji dah lama berlalu.  Hajjah dan Haji pun dah lama balik dari menunaikan ibadah Haji.  Alhamdulillah.

Tahun ni MMD sekeluarga pun ada buat qurban di kariah surau di taman perumahan MMD.  Dekat dengan rumah.  Senang kerja.  Selain dari MMD sekeluarga, 2 adik MMD pun join sama.  Adik bungsu MMD buat aqiqah untuk anak kembarnya. Keseluruhan qurban tahun ni 10 bahagian.   Alhamdulillah dan semoga diberikan rezeki lagi di tahun2 akan datang.

Acara qurban dilakukan pada hari Sabtu 26/09/15.  Antara gambar semasa acara qurban.  Kali pertama MMD melihat secara dekat acara qurban diadakan.  Lembu untuk keluarga MMD diqurbankan paling awal kerana MMD telah berjanji dengan caterer untuk menyerahkan daging2 seawal mungkin untuk urusan seterusnya.

Bila rakan2 surau mula untuk menyembelih, MMD terasa begitu hiba sekali yang tak pernah MMD rasai sebelum ni.  Tak dapat MMD bayangkan atau nak ceritakan. Sayu.  ALLAHUAKBAR!!


 
Dua2 adik ipar MMD dengan ekor lembu.  Berjayakah mereka melapah kulitnya?

Sebahagian dari bungkusan yang setiap satunya ialah  1 kilo.  MMD dah asingkan antara daging, tulang2 serta organ2 dalaman lembu.  Senang untuk dibahagikan.


Yang ini pulak setelah diasingkan untuk diserahkan pada caterer.

Selepas berhempas pulas dan berdarah jari, dengan usaha 3 orang jejaka tampan ni, akhirnya bolehlah MMD buat sup ekor nanti.

Pada masa entry di ke udara, ekor tu masih lagi senyap tersimpan di dalam freezer.  Belum ada kesempatan lagi untuk buat sup ekor.  InsyaALLAH akan dibuat juga nanti.

Sekian.  Jumpa lagi.



Monday, October 12, 2015

Keindahan di kampungku - Masjid Kristal &Taman Tamadun Islam

As Salam.

Sebelum ni Lea ada bagitahu MMD yang dia nak melawat ke Taman Tamadun Islam jika balik ke K. Trg. Untuk tidak menghampakan permintaannya, pada hari raya ke-dua selepas berkunjung ke rumah kawan sekolah MMD, kami pun pecut ke TTI yang tidak jauh dari rumah MMD.

Terletak di Pulau Wan Man. Jangan risau, kereta boleh masuk terus ke situ.  Tak perlu menaiki feri pun.  Ingatkan tak ramai orang pada hari raya. Rupa2 masih ramai orang berkunjung ke situ. Malangnya harapan untuk masuk ke Taman Monumen tidak kesampaian kerana tutup cuti raya.  Jadi kami hanya melawat sekitar Masjid Kristal dan pengkalan bot je.

Antara gambar2 yang MMD ambil untuk kenangan. Hanya kami bertiga saja yang merayap ke sini.  Hakim & Hazry tak ikut MMD pergi beraya.

 

Di dalam Masjid Kristal.  Ruangan solat wanita. Jangan risau, banyak telekung disediakan untuk kegunaan pengunjung.

 

Di luar kawasan masjid.

 

Berposing untuk disimpan sebagai kenangan.

 
 
 
 
 

Lawatan singkat ke Masjid Krisal buat Lea riang gembira.  Terima kasih ibu....katanya.

Sekian.  Jumpa lagi ye...

Sunday, October 11, 2015

Melaka River Cruise

As Salam

Bersiaran lagi MMD walaupun dengan cerita lama.

Selepas melahap di Umbai, bro in law MMD dengan sukarelanya membawa kami ke tempat yang ingin MMD tuju.  Kalau ikut MMD, macam tak sampai je ke tempat tu.  Dah orang Melaka tu, cepat je sampai bila konvoi dengan bro in law MMD.

Belum pun ke kaunter tiket, budak2 dah tersangkut di beberapa gerai yang menjual barangan2 mainan.  Lea pun rembat 1 lampu lip lap lip lap bermusik.  Senyum sampai ke telinga dia, hahaha.




Ni tiket untuk kami semua. Setiap tiket diberikan goodie bag yang berisi jajan serta air untuk bekalan di atas bot nanti.  Posing dulu sebelum naik bot.

 

Antara gambar2 yang sempat diambil.

 
 

Sekian.  Jumpa lagi di lain entry.

Wednesday, September 23, 2015

Melahap di Umbai

 As Salam

Destinasi ke Melaka selepas bergerak dari kenduri kahwin di Muar.  Ke rumah MMD's younger sister.  Sampai pun dah petang.  Dalam perkiraan MMD, kami sekeluarga nak pusing2 bandar Melaka je pada waktu malam.  Ada satu tempat tujuan yang MMD bagitahu kat my beloved hubby. Tapi jalan untuk ke sana masih lagi kabur2.

Dah jadi rezeki kami, adik MMD ajak makan di Umbai di kedai kenalan suaminya. Lepas Maghrib, kami ke tempat tujuan untuk makan2.  Adik ipar MMD dah keluar dulu untuk book tempat dan order makanan.  Bila MMD sampai, makanan pun dah siap ada atas meja.  Cepat betul servisnya.  1st class gitu.

Ikan ada 3 ke 4 jenis masakan. Siap dengan sotong, udang, sayur bagai.  Tu pun MMD dah minta adik ipar stop bila dia nak order lagi.  Mana boleh nak habis semuanya.  Tu pun nasib baik MMD hanya ambil sebungkus je nasi lemak yang comel tu buat alas perut.  Yang lainnya, siap meratah je la.

 
 


Sebelum balik posing2 dulu berlatarbelakangkan pokok2 bakau di tepi restoran tu.  Pasti cantik jika bergambar waktu siang.  Lain kalilah pergi semula pada waktu siang.

Sekian.  Jumpa la dehhh!

Saturday, September 19, 2015

Kahwin lagi di Johor?

As Salam

Geram betul MMD. Apasal tiba2 MMD geram ni?  Apa tidaknya....dah berbulan peristiwa berlaku, MMD masih lagi belum bercerita kat blog ni.  Jangan bimbang, tak ada benda yang tak baik berlaku.  Semuanya baik2 belaka.  Kisah anak saudara belah my beloved hubby mendirikan masjid baru2 ni.

Yang sebelum ni MMD hadiri majlis di sebelah pihak perempuan di Klang, kali ni ke Muar Johor pulak untuk pihak lelaki.  Rancangan asalnya untuk bergerak awal dan bermalam di Muar tapi tukar plan pada saat akhir.  Bergerak pada hari majlis dan sampai sebelum tengahari.  Just nice kata orang.  Waktu makan..hahaha.

My Mem besar pun ikut sekali kerana ada perancangan untuk singgah ke Melaka, rumah adik MMD.  Lagipun nenek nak melepaskan rindu kat cucu2nya yang bertiga tu, Amar, Ariq dan Aisy.

Yeaaaaa, dah sampai Muar.


Antara gambar2 yang sempat diabadikan untuk kenangan.  Tahniah untuk Adib & Syu.

 
Bermacam2 jenis hidangan yang ada.  Yang MMD piilih ialah nasi dan laksa Johor.  Best !

Bergerak dari Muar untuk ke Melaka dengan buah tangan yang berbondong2, makanan dan juga pisang bersikat2.  Lea suka sangat makan pisang.

MMD sempat ambil gambar ni.  Klasik betul.


As Salam. Jumpa lagi di lain entry.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...