Raya Haji dah lama berlalu. Hajjah dan Haji pun dah lama balik dari menunaikan ibadah Haji. Alhamdulillah.
Tahun ni MMD sekeluarga pun ada buat qurban di kariah surau di taman perumahan MMD. Dekat dengan rumah. Senang kerja. Selain dari MMD sekeluarga, 2 adik MMD pun join sama. Adik bungsu MMD buat aqiqah untuk anak kembarnya. Keseluruhan qurban tahun ni 10 bahagian. Alhamdulillah dan semoga diberikan rezeki lagi di tahun2 akan datang.
Acara qurban dilakukan pada hari Sabtu 26/09/15. Antara gambar semasa acara qurban. Kali pertama MMD melihat secara dekat acara qurban diadakan. Lembu untuk keluarga MMD diqurbankan paling awal kerana MMD telah berjanji dengan caterer untuk menyerahkan daging2 seawal mungkin untuk urusan seterusnya.
Bila rakan2 surau mula untuk menyembelih, MMD terasa begitu hiba sekali yang tak pernah MMD rasai sebelum ni. Tak dapat MMD bayangkan atau nak ceritakan. Sayu. ALLAHUAKBAR!!
Sebahagian dari bungkusan yang setiap satunya ialah 1 kilo. MMD dah asingkan antara daging, tulang2 serta organ2 dalaman lembu. Senang untuk dibahagikan.
Yang ini pulak setelah diasingkan untuk diserahkan pada caterer.
Sekian. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment