Sehari sebelum kejadian ni, MMD telah menyerahkan lebih kurang 30kg daging aqiqah dan qurban kepada caterer. Persiapan caterer untuk majlis yang berlangsung pada 27/10/15.
Alhamdulillah sekali lagi MMD sekeluarga diberikan kesempatan dan rezeki untuk mengadakan kenduri kecil bagi upacara doa selamat, bacaan Yassin serta acara cukur jambul bagi anak saudara MMD yang kembar tu.
Menu kali ini ialah nasi hujan panas, daging black pepper, daging masak lemak cili padi, ayam goreng berempah serta acar mentah. MMD pun ada masak sedikit bubur kacang. Yang paling mendapat sambutan dari anak2 kecil ialah ais krim.
Seperti yang diminta kepada caterer, semua makanan yang ditempah mesti sampai pada 11am kerana MMD ada menjemput anak2 dari Rumah Amal Asnaf Al Barakh, Sijangkang. Syukur kerana niat untuk menjamu anak2 yatim tercapai. Maklumlah beberapa rumah anak2 yatim yang MMD & beloved hubby kunjungi sebelum ni tidak dapat menerima jemputan kerana anak2 masing2 belum balik dari cuti Hari Raya Haji. Kebetulan tempat ni dicadangkan oleh teman setaman juga.
Bagi yang ingin menyalurkan bantuan amatlah dialu-alukan.
Majlis dimulakan dengan jamuan kepada anak2 yatim. Ramai yang dapat hadir, dalam 40 orang kesemuanya.
Gembira benar anak2 ni bila Hakim mula open table dengan ais krimnya. Budak2 tak putus2 beratur termasuklah anak2 saudara MMD yang lain. Orang dewasa pun tak ketinggalan juga.
Sebagai penghargaan, budak2 diberikan goodie bag yang berisi dengan duit belanja, biskut serta kek dan juga drawing book sumbangan dari adik2 MMD. Sedikit daging qurban dan juga barangan dapur untuk pihak rumah anak2 yatim. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang.
MMD bersama dengan penjaga rumah anak2 yatim tersebut, Cik Effa dan juga dengan Mem besar. Heran betul MMD, dalam banyak2 gambar, gambar MMD paling sikit kali ini. Kamera kat tangan budak2 punya pasal hahaha.
Ini anak saudara MMD. Cantikkan? Umurnya sama baya dengan anak MMD, Hazry. Andailah Hazry sihat seperti kanak2 lain, dah tentu dah ambil exam PT3 tahun ni. Walau apapun, MMD bersyukur dianugerahkan Hazry ke dalam keluarga MMD. Rezeki untuknya tak pernah putus. Alhamdulillah. Yang paling terharu, setiap kali outing ke mana2 pun, selalu ada duit dalam kocek baju atau seluarnya yang disedekahkan oleh orang yang MMD tak kenal pun. Terima kasih banyak2 dan semoga yang bersedekah tu mendapat rezeki yang berlipat kali ganda.
Lepas solat Zuhur, majlis doa selamat pun bermula, tahlil serta acara cukur jambul yang tak berapa nak ada jambul. Alhamdulillah tapi kesian tetamu duduk hingga di luar pintu. Yang depan MMD tu, goodie bag untuk majlis tahlil yang berupa kain pelikat dan makanan seperti yang dihajati oleh my beloved hubby.
Majlis yang serba ringkas saja. Yang penting sudah terlaksana dengan jaya dan meriah. Terima kasih kepada semua yang datang dan tak lupa juga kepada adik beradik MMD yang telah menyumbang masa dan tenaga bersama2 dengan MMD. Makanan pun tak ada yang membazir. Sempatlah juga adik2 MMD bungkus dan bawa balik sikit seorang ke rumah masing2.
Yang paling mengembirakan my beloved hubby ialah kunjungan dari kakaknya dari Labu Johnson. Pertama kali datang kat rumah MMD ni.
Itulah cerita yang basi. Tetap menjadi kenangan terindah buat MMD sekeluarga. Semoga diberikan kesempatan dan rezeki yang banyak di masa depan.
Sekian. As Salam dan jumpa lagi di entry akan datang yang entah bila akan publish. hahahaha.
1 comment:
replica bags china replica bags us replica bags uk
Post a Comment