As Salam.
Perjalanan diteruskan ke Pusat Sains Negara yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Inipun pertama kali MMD menjejakkan kaki di sini. Terima kasih pada undangan dari sekolah Lea. hu hu hu.
Kami disambut oleh ikan2 air tawar. Terbeliak mata Lea tengok ikan2, ada yang kecil dan ada yang sebesar alam.
Lawatan ke Pusat Sains Negara ini lebih kepada tempat untuk budak2 beriadah. Sebenarnya banyak ruangan2 pameran untuk dikunjungi di sini. Untuk maklumat lebih lanjut, bolehlah datang ke sini.
Antara gambar2 yang MMD snap. Biarlah gambar menceritakan segala aktiviti Lea semasa di pusat ini.
Di mana sebenarnya MMD? Cer teka, cer teka!
Puas bermain2 kat situ, kami semua beredar ke Science Wonderland. Gambar En. Google.
Jenuh jugalah menapak menuruni bukit untuk ke pool ni.
Bukan main gembira lagi Lea dapat terjun ke pool. Lebih2 lagi dapat bermain2 dengan kawan2nya. Kalau tak dipaksa, harus Lea tak keluar2 dari pool walaupun panasnya bukan main lagi pada masa tu.
Kami semua beredar dari situ lebih kurang pukul 4:30pm dan menaiki semula bas untuk kembali ke Port Klang. Selamat sampai ke Tabika dan my beloved hubby dah siap2 tunggu kami berdua. Ayah rindu Lea ke? Tanya Lea pada my beloved hubby. Haruslahhhhh.
As Salam.
Wednesday, April 17, 2013
Pusat Sains Negara - Mac 2013
Labels:
Malaysia - Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2013
Taman Burung Kuala Lumpur - Mac 2013
As Salam
Bas menuju ke Kuala Lumpur. Destinasi seterusnya ialah Taman Burung Kuala Lumpur. MMD pun pertama kali datang ke sini. Luas kawasannya dan lenguh jugaklah kaki MMD ni.
Lea lari ketakutan dan menjerit2 bila banyak burung2 terbang rendah untuk mendapatkan makanan yang baru ditaburkan tak jauh dari MMD.
Selepas makan tengahari di cafe di situ. Kami kemudian ke tempat burung unta. Sawi2 banyak disediakan untuk pengunjung memberi makan burung2 unta itu. Baunya.....kurang nyaman ha ha ha. Lea memang takut pada burung2 unta tu. Nampak dia ambil beberapa batang sawi kat situ tapi semuanya diserahkan pada kawan2nya.
Antara telur2 yang dipamerkan.
Sedang menunggu untuk pertunjukan burung.
Seronok tengok budak2 semua gembira. Ada beberapa pengunjung yang mengambil bahagian dalam pertunjukan tu. Tamat pertunjukan burung, kami semua beredar untuk ke laluan keluar. Masih lagi banyak burung2 yang cantik2 semasa dalam perjalanan tu. Antara burung2 yang sempat MMD snap.
Ini burung yang Lea sangat2 suka. Yang besar tu ibu, yang kecil2 tu abang Hakim, abang Hazry dan yang paling kecil tu ialah Lea. Cute kan????
Ini muka budak yang takut pada burung tapi suka sangat2 dapat datang Taman Burung Kuala Lumpur.
Selesai sudah lawatan ke Taman Burung pada pukul 2:30pm. Naik semula ke bas untuk ke destinasi seterusnya.

Wednesday, April 10, 2013
Kilang Roti Gardenia
As Salam.
Lawatan sekolah Lea telah menyebabkan MMD terpaksa mengambil cuti satu hari pada 19/03/13. Kata HR MMD, alasan yang paling jujur yang pernah seorang staf tulis kat dalam borang cuti. kih kih kih. Alasan bercuti? Mengikuti lawatan sekolah anak Tabika ke kilang roti Gardenia, Taman Burung serta Pusat Sains Negara. Pukul 8pg dah terpacak kat sekolah Lea. Lea untuk pertama kalinya akan menaiki bas dalam sejarah hidupnya.
Lawatan ke Kilang Roti Gardenia di kilang yang terbaru dan ke-5nya yang berada di Sek 26, Shah Alam. Beratur untuk masuk untuk tengok wayang huhuhu. Ibubapa pun tengok wayang sekali.
Selepas selesai tengok wayang, budak2 ni dibawa masuk ke kilang ke tingkat atas. Gambar tidak dibenarkan diambil semasa di dalam kilang. Mendengar penerangan dari staf Gardenia yang comel tu. Kilang yang berbeza menyediakan roti yang berbeza. MMD tanya, apa yang akan dibuat dengan roti2 reject.
Katanya...ada yang dihantar ke rumah orang2 tua dan ada juga yang rosak teruk dijual kepada kilang memproses untuk makanan binatang. Selesai melawat, budak2 dan ibubapa dijemput untuk minum pagi. Dapat 2 keping wafer setiap orang berserta dengan air milo. Yam yam yam....
Bergambar bersama2 dengan ibu2 serta cikgu Fadillah. Sebelum balik, kami semua dihadiahkan dengan goodie bag yang berisi dengan produk2 Gardenia.
Sesi bergambar sebelum berangkat ke destinasi seterusnya. Terima kasih Gardenia kerana menerima kunjungan kami ni.

Malaysia - Selangor
Tuesday, April 9, 2013
MMD merinduimu abang...
As Salam.
Selama abang Hakim dihantar ke Kolej WIT pada 11/03/13, senyap sunyi rumah MMD. Lea pun tengok TV cerita kartun dengan tenangnya tanpa berebut remote control dengan abangnya. Hakim menjalani sesi orientasi selama 5 hari hingga hari Jumaat.
Hakim mengambil kursus 2 tahun di dalam bidang otomotif kenderaan atas permintaannya. Rata2 pelajar yang baru masuk adalah lepasan SPM, tapi memandangkan minatnya menjurus ke arah itu, lebih baik bermula dari awal dan dalam masa yang sama Hakim akan tetap mengambil SPM sebagai calon persendirian nanti tahun depan.
Kebetulan WIT memang sangat dekat dengan rumah MMD dan Hakim akan berulang dari rumah. WIT juga ada menyediakan asrama.
Selama abang Hakim tiada di rumah, memang terasa sunyi rumah MMD. Terasa kehilangan kelibatnya setiap kali makan tengahari atau malam. Itu baru seminggau abang Hakim tak ada. Apa rasanya jika abang Hakim berjauhan dari rumah bertahun2 lamanya. Harus MMD menangis dalam hati tiap2 hari......huhuhu.
Semoga apa yang dicita2kan oleh abang Hakim tercapai dengan jayanya. InsyaAllah.
As salam.

Monday, April 8, 2013
Lea berbunga ungu
As Salam
Seperti yang diminta di dalam mesyuarat agong Tabika Kemas Baitul Firdaus 2013, sekolah tabika Lea la tu, setiap murid dikehendaki membawa sepohon pokok bunga untuk ditanam di kawasan sekolah.
MMD pun dengan sukacitanya pergi ke nursery yang selalu MMD singgah cuci mata menengok pokok2 bunga kat situ di Bandar Bukit Tinggi. Ownernya memang friendly. Suaminya orang Korea and MMD selalu geram tengok pokok2 orkid Koreanya. Harganya memang mahal walaupun anak2 pokok yang tak sampai 2 inci. Memangpun mahal orkid Korea tu. Bukan senang nak dapat anak benihnya. Penjagaannya pun perlu cermat.
Bukan itu yang MMD beli untuk dihantar ke sekolah Lea. Ni je yang MMD beli. Walaupun kata Pengerusi sekolah, bawaklah apa2 pun pokok yang ada kat rumah.
MMD tak tahu apa nama pokok tu. Rasanya2 owner nursery tu ada bagitahu MMD sebelum ni tapi tak ingat pulak namanya. Murah je. RM5.00 sepokok. Senang untuk ditanam. Hanya dengan keratan batangnya je.
Kebetulan masa Lea nak membawa bunga tu ke sekolah, Lea pun berbaju ungu. Sama warna dengan bunganya. Hari Jumaat kena pakai baju raya, kata Cikgu.
MMD perhatikan bunga ni memang sentiasa berbunga kerana setiap kali MMD nak ke tempat kerja, MMD akan melalui sekolah Lea. Setiap hari itulah pokoknya berbunga. Semoga pokok ni terus berbunga dan bertambah anak2nya.

Friday, April 5, 2013
MMD bermata 4
As Salam
Balik dari bercuti hari tu, MMD akhirnya pergi semula ke kedai untuk mengambil mata tambahan MMD yang MMD tempah 2 minggu sebelum tu. Owner kedai tu bukannya orang lain. Rakan seasrama masa form 4-5 dulu2 masa di KT. Jemputlah ke sana untuk mendapatkan harga istimewa.

25G, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, Shah Alam, 40000, Shah Alam, Selangor, 40150, Malaysia
+60 13-206 0819.
Kebetulan masa MMD pergi tu, ada kawan2 lain yg juga datang ke sana. Memang lama betul tak jumpa mereka. Kali terakhir ialah pada form 5. Bayangkanlah....berpuluh tahun jugak la. Kedai kawan MMD ni selalu menjadi gathering point pada kawan2.
Sebenarnya MMD dah pernah pakai mata tambahan ni masa MMD bujang2 dulu. Adalah juga 1- 2 tahun. Tapi bila MMD bersalinkan abang Hakim, MMD tertinggal mata tambahan tu di klinik bersalin. Semenjak dari itulah MMD tak pakai sehinggalah sekarang ni MMD rasakan perlu untuk mendapatkannya semula memandangkan MMD dah tak larat nak kecilkan anak mata nak tengok benda2 jauh.
Nak test samada mata MMD dah serasi dengan mata tambahan tu... test dengan bermain bowling. Apa jadi? Main sampai ke laut...Lain yang di aim, lain yg kena...ha ha ha, kalah lagi MMD. Actually, semuanya yang bermain dengan MMD pun dua kali lima juga. Bukannya pro pun. Semuanya tangan "deko", kata orang KT.
Sempat lagi MMD sekeluarga menghadiri kenduri kahwin di Ampang dengan goodie bagnya yang besar dibawa pulang. Sweet sangat pasangan pengantin ni.
As salam.
Subscribe to:
Posts (Atom)