Saturday, July 23, 2011

I HEART POTRAITURE CONTEST

As Salam


Sambil2 blog walking petang ni dan MMD menziarahi Cik Wanieda dan ada satu contest yg menarik untuk dicuba.


MMD submit untuk 2 gambar.  Satu untuk klik yg SINGLE dan satu lagi untuk klik yg FAMILY GROUP.


LIKE kedua2 gambar ni ya !





Syarat2 ni, MMD cut & paste dari FB Creativeheart Photography

Kami dari pihak CreativeHeart Photography akn membuat satu contest dimana hadiahnya sgt menarik. Mari CH jelaskan secara details contest ini :

Hadiah Yang Menanti Anda Adalah :
Pihak CH akn print gmbr yg anda bg pada kami sebagai canvas potraiture sebesar 3x5 kaki utk setiap category(satu pemenang setiap category).
  
Terdapat 2 Category :

A ) Wedding Portraiture
Sesiapa yang sudah berkawin atau akan berkahwin yg baru menjalankan satu sesi pre wed photoshoot, anda akn msk dlm category ni. Gambar mestilah b'unsurkan wedding.

B ) Modelling Or Family Portraiture
Zaman sekarang kerap org buat outing2 model ni, so model2 yg dah ada gmbr tu, boleh la join dan msk ke dalam category ini.
Begitu jugak family, family mane yg ade gmbr whole family die boleh la join contest utk category ni, untung2 leh bsr kan gmbr tu.


Cara untuk menyertai contest ini sgt mudah (semudah a.b.c)

Pusingan Pertama :

Step 1:

Buka khazanah2 gmbr menarik anda. Pilih la gambar2 yang cantik dan make sure saiz gambar yg anda ingin hantar tu hendaklah melebihi
dari size 3MB=3000KB..(sbb ape nk bsr2?nnt kami jelaskan).

Step 2 :

Kenal pasti gmbr anda tu sesuai utk kategory apa, wedding or modeling.

Step 3 :

Pergi kat Wall CreativeHeart Photography dan upload gmbr anda disana. Jgn lupe bg thu nama FB anda dan category yg anda nk msk. :)


(Gmbr anda akan diadili t'lebih dahulu oleh admin creativeheart, dan sekiranya gmbr anda layak utk kepusingan kedua,
kami akn masukkan gmbr anda kedalam album contest ini. Gmbr akan diadili m'gikut kesesuai gmbr dan of coz kecantikan gmbr itu.
Kecantikan gmbr dan kesesuai gmbr bkn t'letak pada camera yg digunakan, tapi hasil gmbr itu yg kami nak. Yela nk print bsr2 kut
xkn nk gmbr kurang elok kan,haaa tu la sbb nk gmbr ats 3MB)


Pusingan Kedua :

Step 1 :

Sila promote pada kwn2 anda utk "LIKE" picture anda. Make sure kwn2 anda tu dah LIKE page CreativeHeart t'lebih dahulu.
kalau tidak memamg tidak boleh tekan button LIKE la.. Gambar yang mempunyai like paling banyak akan memenangi contest ini yakni kita akan dapat 2 pemenang. Iaitu dari katagori " Wedding Portraiture " dan " Modelling & Family Portraiture "


Tarikh TUTUP : 20 Ogos 2011



Jadi MMD hargai jasa baik kawan2 untuk LIKE photos yg MMD submit tu yea...MMD nak menang ni.

Besar mana?  Besar ni haaaa hadiahnya.


Dutch Lady kids

As Salam

Kat rumah MMD, susu Dutch Lady tak pernah putus dari simpanan.  Dari Hakim, Hazry hinggalah ke Lea, semuanya MMD bagi susu DL.  Bermula dari susu DL langkah 1, 2, DL 123, kemudian DL 456, dan juga DL Family.  Semuanya ada ikut peredaran umur anak2.


Pek susu tak pernah MMD buang begitu saja.  Simpan untuk tujuan join contest atau redeem rewards bcoz DL selalu juga anjurkan contest.  MMD juga join Dutch Lady Moms Club.  Banyak info2 berkaitan parenting, product  boleh didapati di Mom Club Magazine.

Inilah yg MMD redeem untuk Lea recently.  Sejak dapat hadiah tu..hari2 botol airnya bergantung samada di leher atau di bahunya.



MMD sengaja memilih Disney Princess agar match dengan bajunya.

As Salam.

Friday, July 22, 2011

Bola dan durian sebakul?

As Salam

Malam tadi dah tentu tengok bola kan? Chelsea vs Malaysia. MMD pun layan gitu2 je.  Bukan apa...perut kekenyangan dek pekena durian depan TV.

Lama betul MMD tak makan durian.  Petang semalam masa balik dari office, MMD ada cakap kat my beloved hubby yg MMD teringin sangat nak makan durian.  Cukupla kalau dapat seulas pun jadilah.  Bunyi macam mengidam je kan?  Ni penangan budak2 kat office la yg duk sibuk2 cerita pasal durian dua tiga hari ni.

Petang tu, rasa lama betul my hubby pergi jemput Hakim dari sekolahnya.  Biasanya sebelum 7pm, mereka dah sampai.  Kali ni..lewat betul sampai.   MMD ingatkan mesti jammed kat depat sekolah Hakim ni.  Nevermind la... sambung masak je la..

Rupa2 mereka singgah kat gerai jual durian di tepi jalan Pandamaran.  Memang ada beberapa lokasi yg jual durian sepanjang jalan ke Econsave tu. 3 biji dalam plastik dengan harumnya yg amat.   Syukur Alhamdulillah..hajat nak makan dah dapat.

Lepas dinner, sikit je makan masa dinner tu..simpan space perut untuk makan durian..kih kih kih.

Ni dia...makan durian depan TV layan bola.  Hanya MMD dan Hakim  je yg makan.  My hubby tutup hidungnya sepanjang MMD makan tak tahan dengan baunya.


Bola vs durian! Chelsea menang 1-0.


2 biji durian dah jadi mangsa.  Pemangsanya sudah tentu MMD & Hakim.


Durian ke-3 dah tak larat lagi nak di sebat. Buka dan simpan dalam bekas.


Itulah kisah bola dan durian.  MMD pun minum air kosong banyak2 kot2 panas badan.  Petua orang tua2 kan?

As Salam.

Thursday, July 21, 2011

Percuma dari MMD

As Salam

Ni haaaa... MMD nak you all enjoy with friends and relatives at Mc D.

Jangan lupa tengok tarikh luputnya ye.


Print, purchase 1 and get 1 free.

Berita terkini, Mc D dah declare yg voucher kat atas tu FAKE.

Promosi yg terlatest pun dah over pada 20/07/11. So, jika masih nak yg buy 1 free 1 ni, LIKE la fanpage Mc D dan you all akan dapat the official voucher yg sebenar2nya.

Enjoice....

As Salam.

Wednesday, July 13, 2011

MMD on media!

As Salam

Recently MMD ada jumpa En. Google di malam hari. Sambil berjalan2 tu, ada terjumpa satu entry orang mengumpat tentang MMD.  Jangan salah sangka yea....budak kecik ni mengumpat cara berhemah dan cara baik gitu...

Dalam berblogging yg masih baru lagi ni, MMD sungguh2 teruja bila ada blogger lain yg sudi buat special entry untuk MMD.  Follower ke - 555.  Cantik nombor tu kan?

Terima kasih untuk budak kecik ni. Izz Latif nama diberi.  Nama ayahnya sama dengan MMD.  Ehhhh  ehhhh, budak kecik ke?  Tak lah kecik sangat kan? Remaja gitu...

Sebagai tanda berbalas penghargaan, MMD turunkan header IzzLatif untuk tatapan umum.



Jangan lupa jengah2 kat sana yg ada banyak cerita hottttt gitu.

Oh... pasal title tu, propa je lebih, bukannya MMD keluar kat surat khabar ke, magazine ke...tak de la...setakat special appearance kat other blogger je.

As Salam.

Tuesday, July 12, 2011

Kena transfer

As Salam

Biasanya term kena transfer ni berlaku masa kita bekerja.   Samada kena transfer ke dept lain atau ke daerah lain.  Sejarah MMD bekerja...ehmmm, rasanya tak pernah lagi di paksa transfer ke mana2 dept pun, tapi pilihan suka sama suka adalah...

Masa MMD baru kahwin dulu, my hubby bekerja di Port Klang, MMD bekerja di TTDI.  Selama 3 bulan jugalah my hubby berulang alik hantar/jemput MMD ke TTDI bila MMD decide to stay in Port Klang.  Apa kes nak duduk jauh2 masa baru kahwin kan?

So, bila my former boss set up another branch office di Port Klang, sudah tentu orang pertama yg di tanya untuk jaga office nya tentulah MMD.  Bukan kerana seniority saja tapi memikirkan jauh perjalanan yg terpaksa MMD & hubby kena lalui, so, MMD pilih untuk transfer ke Port Klang.  Hinggalah sekarang MMD tinggal di Port Klang walaupun dah bertukar boss 2-3 kali.

Oh...kisah sebenar bukanlah pasal kena transfer kerja kat sini.  Sebenarnya MMD transfer barang2 MMD balik ke kampung.  Dulu masa MMD pindah ke rumah baru, ada juga barang2 elektrik dari apartment MMD hantar ke rumah my mom.

Kali ni, tarrrraaaaaa.

Ni lah pasalnya MMD balik cepat2 masa dinner on last Friday.  BIL called and asked me whtr MMD nak hantar apa2 ke kg since BIL ada lori yg masih ada space kosong ke Trg.

Apalagi, terus MMD cakap, ADA...peti ais untuk my mom.  Lagipun, MMD tak pernah guna pun peti ais tu since MMD pindah masuk ke rumah sekarang. Fresh from the store gitu....

Harap2 masa balik raya di kampung nanti boleh penuhkan ruang kosong dlm peti ais ni. Biasanya, selalu hadapi masalah tempat nak simpan stok ayam2/daging masa musim perayaan especially bila semua adik2 beradik, anak saudara balik berkumpul di kg.  Stok kena banyak, kedai tutup masa raya.

As Salam.

Monday, July 11, 2011

Kiutnya dia tanpa bulu!

As Salam

Ha....jangan fikir yg bukan2. 

Layan dulu video pendek ni.  Unedited.

Sebenarnya, entry ni kesinambungan cerita yg kiut miut ni.

Bukan selalu dapat tengok National Geography kat depan mata kan?

Subhanallah.....

As Salam.

Sunday, July 10, 2011

Ada ku kisah?

As Salam

MMD bercuti dari masuk dapur lagi kali ini.  My hubby sengaja bagi cuti.  Lagipun sempena my helper dah nak balik ke Indo.  So, makan kat luar lagi malam tadi.

Hakim suka sangat nak makan Western menu lagi.  Tempat yg paling cepat sampai sudah tentulah kat Gerai Abang/Kak Long berhampiran Stesen Bas Port Klang. Dekat je.  Tak susah2 nak cari jalan lencongan kot2 tersangkut dek aktiviti mem'bersih" tu.

Kali ini, MMD dan Hakim pilih mixed grill.  Lama betul waktu menunggu kali ni.   My helper order chicken chop pun dah habis makan, kami punya tak siap2 lagi. Kak Long datang mintak maaf atas kelewatan tu.  OK la..no big deal pun...


Banyakkan MMD nak telan?  Actually, tong sampah MPK MMD kecik je.  Kongsi2 makan tapi MMD punya mixed grill MMD tak larat nak habis.  MMD minta Kak Long bungkus nak bawak balik.  Kelakar kan?? My hubby said, ada ke orang makan makanan barat nak bawak balik.  Apa ku kisah....! Orang lain tak buat, MMD lah buat dulu.  Nanti orang lain boleh ikut...jangan malu2.

Tiba2, my BIL called.  Aik...apa kes?  Sambung nanti ekk.

As Salam.

Friday, July 8, 2011

Free parking in Selangor for 2 years

As Salam

Betul ke tajuk tu? Betul la..siap ada bukti lagi.  MMD sekeluarga dapat dari kerajaan Selangor.  Siapa MMD ni?  VIP ?, menteri?, ahli politik? ahli musik? no. no. no. nehi he...

MMD ni bukan sapa2 la..hanya sekadar rakyat biasa yg hidup dengan cara biasa dan tak ada yg luar biasa pun.

Yang menjadikan MMD dapat free parking tu adalah pemberian khas dari kerajaan Selangor bagi OKU atau ahli keluarga OKU.  Anak kedua MMD kan anak istimewa.  So, dengan sticker ni, MMD layak untuk parking kat mana2 tempat di seluruh Selangor secara percuma selama 2 tahun, nanti boleh renew lagi bila tamat tempoh.  Jangan pulak parking di luar kotak parking, kena saman nanti!!


Satu sticker untuk tampal di kereta sendiri dan satu lagi yang boleh digantung kat mana2 kereta yg dinaiki bersama OKU yang berdaftar.

Dokumen yg perlu:  kad OKU, K/P or surat beranak OKU, lesen memandu ibu/bapa..tu je.  siap on the spot.  Itu pengalaman my hubby di pejabat MPK la.

Jadi, sesiapa yg OKU atau anak2 berstatus OKU dalam keluarga, parents sepatutnya ambil peluang ni.  Dah kerajaan negeri bagi, jangan sia2kan.  Jimat duit bayar parking ticket tu dan duit tu boleh digunakan untuk keperluan lain OKU seperti beli diapers etc etc.

As Salam.

Thursday, July 7, 2011

Spy get T

As Salam

Last Sunday, MMD masak untuk breakfast and lunch sekali jalan.  Menu ringkas spagetti.  Tengok...sedap dan menyelerakan?

Bahan2 semuanya dah ada kat dapur, hanya tunggu orang rumah masak je lagi.


Bahan2 biasa yg ada je MMD guna.  Tak de la herba2 bagai.

Untuk sosnya:
sebotol sos Prego, ikut suka nak perasa apa. 
2 labu bawang besar, potong dadu,
2 ulas bawang putih, ketuk2 je
serbuk lada hitam, ikut suka hati
cendawan butang, potong kecil2/racik2
1 tin tomato puri
daging lembu kisar
daging ayam kisar
garam secukup rasa
sedikit minyak masak


Tumis bawang besar, bawang putih, lada hitam. Bila bawang dah layu dan berbau wangi, masukkan kedua2 daging, kacau2 hingga daging bertukar warna ke kelabu. Masukkan cendawan, tambah sedikit air biar daging empuk. Masukkan tomato puri dan sos Prego.  Tambah air ikut kepekatan yg diinginkan. Tambah garam dan rasa dan biarkan sos mendidih dan taraaaaa. siap. 



Untuk rebus spagetti, biasanya MMD akan tambah sedikit garam dan minyak di dalam bekas air yg dididih agar spagetti tak melekat2.  Bila dan lembut, tapis dan siram dengan air masak sejuk agar rasanya kental2 gitu.

Kenapa MMD tulis tajuk cam tu?  Itu kerana masa Hakim kecil2 dulu, dia susah betul nak sebut spagetti.  Jadi dia sebut sepatah sepatah SPY GET T untuk spagetti. Yang penting kat rumah MMD, makan kena berulang2, jadi kena masak banyak.

Jemput makan!

As Salam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...