As Salam
Wahhhhh..... tengok title tu macam panjang je kisah MMD sekeluarga ke Singapore kali ni.
Sebenarnya, trip ni MMD nak kata betul2 rancang pun tak juga. Tak berapa rancang pun tak juga. Memandangkan MMD ada beberapa hari free nites hotel package untuk digunakan pada tahun ni, jadi MMD pun secara timbang kati memilih ke Singapore saja berbanding dengan ke negara lain.
Lagipun, ini sebagai gula2 kepada anak2 MMD terutamanya Lea yang akan kena tinggal pada akhir bulan Januari nanti. Satu sebab lain adalah menjimatkan bajet juga. Hahahahaha.
Trip kali ni dengan cara pemanduan berhemah oleh my beloved hubby. Kami bergerak dalam pukul 4:00pagi pada 09/12/16. Tiada target pukul berapa nak sampai asalkan sebelum tengahari.
Singgah sebentar di R&R untuk solat Subuh dan bersarapan nasi lemak. MMD lupa di mana. Rasanya di area Negeri Sembilan ataupun Melaka. Lupa laaaa.
Sampai di Johor dalam pukul 9.30pagi dan dalam ronda2 mencari hotel yang bakal MMD tinggal pada 12/12/16, MMD juga mencari tempat parking kereta. Masa dalam perjalanan, MMD juga ada book kereta untuk ke Singapore melalui UBER. Rupa2nya kereta yang berdaftar atau book melalui UBER tidak masuk Singapore. Mujurlah driver tu datang dan cadangkan pada MMD untuk parking saja di Terminal Bas Larkin (TBL). Siap suruh MMD ikutnya ke arah TBL tanpa sebarang bayaran pun.
Tiba di TBL, my beloved hubby parking kereta di Metro Parking di belakang terminal tu yang memang dekat dengan stesen teksi ke Singapore. Parking di situ agak mahal, RM23.00 sehari. Kami terus ke stesen teksi dan minta teksi untuk ke Singapore dengan harga RM80.00 sebuah.
Teksi ni tidak akan hantar kita ke hotel tapi akan turunkan kita di stesen teksi di Singapore. Jalan utama yang berdekatan dengan stesen teksi Singapore ialah di Victoria Street. Jika kita hendak juga di hantar ke hotel, kalau tak silap pendengaran MMD hari tu, kena bayar SGD59.00 gitu.
Bergerak masuk ke pemeriksaan Kastam dalam pukul 11.30pagi. Dengan menaiki teksi, penumpang tidak perlu keluar dari kenderaan untuk urusan cop paspot dan sebagainya. MMD hanya keluar untuk buka beg saja bila ada pegawai minta berbuat demikian. Itupun di sempadan Singapore dah. Semuanya agak lancar kecuali kereta bersusun2 beratur di atas jambatan.
Sampai di stesen teksi Singapore dah masuk waktu solat Jumaat. Pemandu teksi ada memberi arah perjalanan untuk ke hotel. Memang tak jauh mana dari stesen teksi. Berjalan kaki je di laluan Victoria Street dan dah pun jumpa hotel yang bakal MMD sekeluarga tinggal selama 3 malam.
MMD tinggal di Santa Grand Hotel Bugis Singapore beralamat No. 8, Jalan Kubur. Lokasinya stategik dan memang berdekatan dengan masjid dan tempat makan muslim. Bilik superior dan percuma sarapan pagi. Malangnya biliknya agak kecil untuk kami 4 beranak ni. Nasib baik Hakim tak ikut sekali. Kalau tidak, manalah dia nak tidur agaknya.
Dibelakang MMD yang ni adalah Masjid Sultan. Masjid terbesar di Singapore dan dikelilingi oleh kedai2 dan tempat makanan Muslim.
Ke depan sikit, di persimpangan empat Victoria Street, ada satu lagi masjid, rasanya Indian Muslim kalau tak silap MMD. Di persimpangan ni juga terdapat Hotel Boss. Jadinya, Santa Grand Hotel Bugis ni terletak di antara kedua2 masjid ni.
Satu lagi kelebihan tinggal di hotel ni, tetamu disediakan dengan handphone dan wifi percuma untuk kegunaan semasa berada di Singapore. Bukan saja untuk mencari tempat2 menarik untuk dilawati, kita juga boleh upload gambar ke FB atau boleh buat panggilan percuma samada penerima panggilan berada di Singapore dan juga Malaysia. Kalau tak silap MMD, panggilan juga boleh dibuat ke beberapa negara yang tersenarai
Urusan check-in pun senang tapi MMD diminta untuk tinggalkan deposit samada SGD100 atau duit MYR300. MMD tinggalkan duit MYR la. Senang, nanti boleh guna balik duit tu. Kalau duit SGD, bila pulak nak gunanya masa dah check-out kan?
Selepas urusan segarkan badan, solat dan sebagainya. Barulah kami turun semula untuk tinjau kawasan berdekatan dan mencari makan tengahari. Tu pun dah agak lewat juga.
Akhirnya kami singgah makan di Restoran Zam Zam. Lea dan my beloved hubby makan nasi beriani dan MMD makan murtabak yang sangat2 glamor di Singapore. Ada murtabak daging, ikan, rusa. MMD ambil ayam je. Memang besar portionnya dan berharga SGD6.00 kalau tak silap MMD. Duit Ringgit berapa? Dalam MYR18-19.00 juga la.
My beloved hubby pesan, untuk makan, jangan berkira dan convert ke duit Ringgit. Nanti tak lalu makan la kita!!! Masa my beloved hubby tukar MRY1000 hari tu, dapat SGD313.00 jer. Sedihnya mengenangkan duit kita jatuh begitu teruk sekali. Seingat masa MMD ke Singapore masa belajar di ITM dulu, duit kita dalam MYR1.20 untuk setiap SGD1. Tupun dah rasa tinggi. Oppssss... tu tahun 90'an.
Okay. MMD berhenti kat sini dulu. Tunggu ke mana MMD merayap nanti ye.
Sekian. As Salam.

No comments:
Post a Comment