As Salam.
Okay. Kita sambung cerita lagi. Lepas makan kenyang2 dan kebetulan hujan masa MMD tengah pilih restoran mana nak masuk tu. Maka, bila hujan dah berhenti, kami putuskan untuk jelajah di tempat yang dekat2 saja. Bimbang hujan lagi. Lagipun, rancangnya hanya untuk bersiar2 dan berjalan pelan2.
Selepas keluar dari Restoran Zam Zam, MMD menuju ke Malay Heritage Centre yang terletak tidak jauh dari Masjid Sultan. MMD melintasi kawasan masjid untuk ke sana.
Rumah lama dengan warna kuning dan putih. Diseliakan dengan baik sekali. Untuk masuk dan tengok pameran yang terletak di dalam rumah kena bayar SGD4 tapi MMD tak masuk pun. Kalau masuk pun, MMD kena tinggalkan Hazry kerana ada ruangan yang kena naik tangga ke rumah tersebut.
Sambil bergambar dan berehat sebentar, MMD pun mulalah dengan acara merayap perlahan2 di kawasan berdekatan seakan laluan di dalam bulatan hingga berjumpa semula dengan hotel tempat MMD tinggal.
Pantang MMD nak bergambar berdua dengan my beloved hubby, ada jer Lea mencelah.
Okay. Kaki dah penat. MMD balik ke bilik. My beloved hubby singgah berborak2 dengan staff di kaunter yang juga orang Malaysia.
Janjinya, MMD dan my beloved hubby ke Masjid Sultan untuk bersolat Maghrib dan selepas itu akan ke satu shopping mall yang tidak jauh dari hotel seperti yang dicadangkan oleh staff di kaunter tu.
Lea dan Hazry tinggal di bilik. My beloved hubby terpaksa meminta staff untuk datang bukakan pintu bilik. Lea tidur sampai tak sedar2 diri. Sakit tangan MMD mengetuk pintu. Kesian dia. Penat berjalan jauh siang tadi.
Sekali lagi MMD tinggalkan Lea dan Hazry yang dah tidur tu untuk berjalan berdua dengan romantiknya. Hahahaha. Menurut kata staff hotel, shopping mall tu seakan Mydin. Harganya murah2 berbanding tempat lain. Nama tempat tu Mustafa Centre yang terletak di Syed Alwi Road. Ada basement 1& 2, Level 1-3. MMD tak jelajah habis pun, kaki dah naik kebas sebab berjalan agak jauh untuk ke sini.
Gambar2 ni adalah ehsan En Google. MMD tak larat nak bergambar.
Jangan tak tahu, Mustafa Centre beroperasi 24jam. Ada ke orang shopping hingga tak ingat dunia? Kedai emas pun ada kat dalam tu. Sebenarnya, agak jauh jugaklah berjalan untuk pergi dan balik. Nasib baik anak2 tak ikut. Dalam banyak2 barangan di situ, satupun MMD tak beli. Itu lagilah menjadikan bertambah penat.
Harga barangan di situ ada yang murah, ada yang tak berapa murah pun jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Barangan yang MMD cari pun lebih kurang je dengan harga di sini. Jadi tak perlukan nak membeli sangat.
Singgah beberapa minit meluruskan kaki yang kepenatan di luar salah sebuah kelab dalam perjalanan balik ke hotel. Muka tak cukup oksigen !!!
Balik ke hotel, siram kaki dengan air suam lama2 di bilik air, solat Isyak dan terus tidur. Esok ada urusan pagi2.
Jumpa lagi di lain entry.
Okay. Kita sambung cerita lagi. Lepas makan kenyang2 dan kebetulan hujan masa MMD tengah pilih restoran mana nak masuk tu. Maka, bila hujan dah berhenti, kami putuskan untuk jelajah di tempat yang dekat2 saja. Bimbang hujan lagi. Lagipun, rancangnya hanya untuk bersiar2 dan berjalan pelan2.
Selepas keluar dari Restoran Zam Zam, MMD menuju ke Malay Heritage Centre yang terletak tidak jauh dari Masjid Sultan. MMD melintasi kawasan masjid untuk ke sana.
Sambil bergambar dan berehat sebentar, MMD pun mulalah dengan acara merayap perlahan2 di kawasan berdekatan seakan laluan di dalam bulatan hingga berjumpa semula dengan hotel tempat MMD tinggal.
Pantang MMD nak bergambar berdua dengan my beloved hubby, ada jer Lea mencelah.
Janjinya, MMD dan my beloved hubby ke Masjid Sultan untuk bersolat Maghrib dan selepas itu akan ke satu shopping mall yang tidak jauh dari hotel seperti yang dicadangkan oleh staff di kaunter tu.
Lea dan Hazry tinggal di bilik. My beloved hubby terpaksa meminta staff untuk datang bukakan pintu bilik. Lea tidur sampai tak sedar2 diri. Sakit tangan MMD mengetuk pintu. Kesian dia. Penat berjalan jauh siang tadi.
Sekali lagi MMD tinggalkan Lea dan Hazry yang dah tidur tu untuk berjalan berdua dengan romantiknya. Hahahaha. Menurut kata staff hotel, shopping mall tu seakan Mydin. Harganya murah2 berbanding tempat lain. Nama tempat tu Mustafa Centre yang terletak di Syed Alwi Road. Ada basement 1& 2, Level 1-3. MMD tak jelajah habis pun, kaki dah naik kebas sebab berjalan agak jauh untuk ke sini.
Gambar2 ni adalah ehsan En Google. MMD tak larat nak bergambar.
Jangan tak tahu, Mustafa Centre beroperasi 24jam. Ada ke orang shopping hingga tak ingat dunia? Kedai emas pun ada kat dalam tu. Sebenarnya, agak jauh jugaklah berjalan untuk pergi dan balik. Nasib baik anak2 tak ikut. Dalam banyak2 barangan di situ, satupun MMD tak beli. Itu lagilah menjadikan bertambah penat.
Harga barangan di situ ada yang murah, ada yang tak berapa murah pun jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Barangan yang MMD cari pun lebih kurang je dengan harga di sini. Jadi tak perlukan nak membeli sangat.
Singgah beberapa minit meluruskan kaki yang kepenatan di luar salah sebuah kelab dalam perjalanan balik ke hotel. Muka tak cukup oksigen !!!
Balik ke hotel, siram kaki dengan air suam lama2 di bilik air, solat Isyak dan terus tidur. Esok ada urusan pagi2.
Jumpa lagi di lain entry.
No comments:
Post a Comment