Saturday, April 18, 2015

Rezeki berganda

As Salam

Dah lebih sebulan MMD perhatikan yang MMD ada tetamu tak diundang.  Kejap2 datang, kejab2 lari.  Tiap kali dia datang, dia bawak sesuatu. MMD tak tahulah, berapa banyak kali dia datang walaupun lepas MMD pergi kerja.

Suspen kan????

Bukannya apa.  Dah bersarang pun kat pokok jambu madu kat tepi rumah MMD ni.  Bukan kali pertama.  Dah banyak kali menjadi tempat persinggahan di laman rumah MMD.  Bukan saja di pokok jambu madu, kat pokok2 mangga pun dah banyak kali.

Kali ni dah bertelur agaknya kat atas tu. Dah jarang2 terbang keluar dari sarangnya.  Mengeram agaknya.  MMD tak berani nak panjat2 jengok kat atas.  Lapipun pokok jambu pun sedang berputik.  Banyak pulak tu hinggakan ditepi sarangnya pun banyak putik2nya.




Syukur Alhamdulillah.  Jika tak ada aral melintang, dapatlah sekali lagi MMD sekeluarga menikmati jambu madu dari pokok ni.  Kali ni MMD dah siap2 plan untuk bungkus gugusan buahnya sebaik saja bersaiz ibu jari.  Kalau tidak, mungkin akan diserang dengan lalat buah dan buah2 jadi berulat kat dalamnya.  Macam musim buah yang lepas.  Banyak buah tapi semuanya berulat.  Tak ada rezeki.


 Pokok mangga pun sedang berbunga dan berputik dengan banyaknya juga.  Pokok yang paling hampir dengan dinding rumah MMD. Pokok yang dekat dengan pintu pagar depan belum menampakkan tanda2 nak berbunga.  Pokok yang kat pintu belakang langsung tak ada tanda2 lagi.  Pokoknya dah lebih tinggi dari tingkat bawah rumah MMD.  Walau apa2, tetap menjadi kesayangan MMD, boleh buat tempat berteduh gitu.



Yang ini MMD baru je alih ke tempat yang lebih besar buat sementara waktu.  Dah setahun sebenarnya MMD dapat pokok ni dari surau.  Katanya dari benih kurma yang dibuang biji2nya masa bulan Ramadhan yang lepas.  Ramai juga yang bawak balik tanam kat rumah.  My beloved hubby bawak balik 2 anak pokok.  Tengok je la...betul2 ke tak pokok kurma.  Kalau bukan sekalipun, berbudilah pada tanah.

Semoga pokok2 di laman rumah MMD ni sentiasa mengeluarkan hasilnya. Bolehlah berkongsi dengan jiran tetangga juga.

As Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...