Tuesday, April 14, 2015

My dear little twin - Adam & Adra

As Salam

Tempoh hari, MMD sekeluarga telah berkampung di rumah my youngest sister, Adik Nurul di Cheras Hartamas.  Gathering adik beradik gitu.  Kebetulan adik MMD yang berada di Melaka pun turun sekali ke KL.  Lagipun my Mem besar ada di rumah my youngest sister menengok2kan si twin tu.

Dah alang2 berkampung, MMD perapkan 2 ekor ikan siakap siap2 dari rumah untuk stim kat sana.  Another sister pun buat kek untuk harijadi anak2nya.  Sekali harung birthday celebration.


Apa jadi dengan si twin tu?  Haaaa. tengok, dah besar dah sekarang.  Cubby habis especially Adam.  Adra masih lagi mengejar pelan2 saiz si abangnya. Adam dah pandai senyum2/ketawa.  Adra serius sikit orangnya.  Kalau orang yang tengok both of them masa baru lahir, sure tak akan kenal punya.  100% berubah.


 

Rezeki murah betul pada hari tu.  Selain dari acara masak2 di dapur, datang pulak ayam KFC bagi menambahkan lagi ceria budak2 yang celebrate birthday.

Ini dia kek pelangi dari hasil tangan my sister yang juga pandai jahit menjahit.  MMD dah siap tempah awal2 untuk jahitkan baju raya MMD selepas balik dari Bandung hari tu. Kalau tidak, tempahan ditutup walaupun dengan adik beradik sendiri.  Tak cukup tangan dia nak menyiapkan tempahan baju raya.







Kanak2 riang ni diberi cawan dengan nama masing2. Kalau tidak, habis berbungkus cawan polystrene tu. Kejap2 cari air dan letak cawan kosong atas meja.  Dah tak tahu yang mana satu lepas tu bila cari air lagi.  Budak2 ni suka sangat main kat playground di depan rumah my youngest sister tu.  Tu yang kejap2 berlari masuk cari air.

As Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...