Saturday, April 18, 2015

Rezeki berganda

As Salam

Dah lebih sebulan MMD perhatikan yang MMD ada tetamu tak diundang.  Kejap2 datang, kejab2 lari.  Tiap kali dia datang, dia bawak sesuatu. MMD tak tahulah, berapa banyak kali dia datang walaupun lepas MMD pergi kerja.

Suspen kan????

Bukannya apa.  Dah bersarang pun kat pokok jambu madu kat tepi rumah MMD ni.  Bukan kali pertama.  Dah banyak kali menjadi tempat persinggahan di laman rumah MMD.  Bukan saja di pokok jambu madu, kat pokok2 mangga pun dah banyak kali.

Kali ni dah bertelur agaknya kat atas tu. Dah jarang2 terbang keluar dari sarangnya.  Mengeram agaknya.  MMD tak berani nak panjat2 jengok kat atas.  Lapipun pokok jambu pun sedang berputik.  Banyak pulak tu hinggakan ditepi sarangnya pun banyak putik2nya.




Syukur Alhamdulillah.  Jika tak ada aral melintang, dapatlah sekali lagi MMD sekeluarga menikmati jambu madu dari pokok ni.  Kali ni MMD dah siap2 plan untuk bungkus gugusan buahnya sebaik saja bersaiz ibu jari.  Kalau tidak, mungkin akan diserang dengan lalat buah dan buah2 jadi berulat kat dalamnya.  Macam musim buah yang lepas.  Banyak buah tapi semuanya berulat.  Tak ada rezeki.


 Pokok mangga pun sedang berbunga dan berputik dengan banyaknya juga.  Pokok yang paling hampir dengan dinding rumah MMD. Pokok yang dekat dengan pintu pagar depan belum menampakkan tanda2 nak berbunga.  Pokok yang kat pintu belakang langsung tak ada tanda2 lagi.  Pokoknya dah lebih tinggi dari tingkat bawah rumah MMD.  Walau apa2, tetap menjadi kesayangan MMD, boleh buat tempat berteduh gitu.



Yang ini MMD baru je alih ke tempat yang lebih besar buat sementara waktu.  Dah setahun sebenarnya MMD dapat pokok ni dari surau.  Katanya dari benih kurma yang dibuang biji2nya masa bulan Ramadhan yang lepas.  Ramai juga yang bawak balik tanam kat rumah.  My beloved hubby bawak balik 2 anak pokok.  Tengok je la...betul2 ke tak pokok kurma.  Kalau bukan sekalipun, berbudilah pada tanah.

Semoga pokok2 di laman rumah MMD ni sentiasa mengeluarkan hasilnya. Bolehlah berkongsi dengan jiran tetangga juga.

As Salam.

Tuesday, April 14, 2015

My dear little twin - Adam & Adra

As Salam

Tempoh hari, MMD sekeluarga telah berkampung di rumah my youngest sister, Adik Nurul di Cheras Hartamas.  Gathering adik beradik gitu.  Kebetulan adik MMD yang berada di Melaka pun turun sekali ke KL.  Lagipun my Mem besar ada di rumah my youngest sister menengok2kan si twin tu.

Dah alang2 berkampung, MMD perapkan 2 ekor ikan siakap siap2 dari rumah untuk stim kat sana.  Another sister pun buat kek untuk harijadi anak2nya.  Sekali harung birthday celebration.


Apa jadi dengan si twin tu?  Haaaa. tengok, dah besar dah sekarang.  Cubby habis especially Adam.  Adra masih lagi mengejar pelan2 saiz si abangnya. Adam dah pandai senyum2/ketawa.  Adra serius sikit orangnya.  Kalau orang yang tengok both of them masa baru lahir, sure tak akan kenal punya.  100% berubah.


 

Rezeki murah betul pada hari tu.  Selain dari acara masak2 di dapur, datang pulak ayam KFC bagi menambahkan lagi ceria budak2 yang celebrate birthday.

Ini dia kek pelangi dari hasil tangan my sister yang juga pandai jahit menjahit.  MMD dah siap tempah awal2 untuk jahitkan baju raya MMD selepas balik dari Bandung hari tu. Kalau tidak, tempahan ditutup walaupun dengan adik beradik sendiri.  Tak cukup tangan dia nak menyiapkan tempahan baju raya.







Kanak2 riang ni diberi cawan dengan nama masing2. Kalau tidak, habis berbungkus cawan polystrene tu. Kejap2 cari air dan letak cawan kosong atas meja.  Dah tak tahu yang mana satu lepas tu bila cari air lagi.  Budak2 ni suka sangat main kat playground di depan rumah my youngest sister tu.  Tu yang kejap2 berlari masuk cari air.

As Salam.

Monday, April 13, 2015

Penang Street Art - Day 2 (part 2)

As Salam.

Tahu tak apa yang menarik dan santai di Penang?  Sudah tentu seni lukisan di dinding2 sebagai daya tarikan pelancung.

Selepas keluar dari Penang 3D Trick Art Museum dalam pukul 3pm, my beloved hubby terus masuk ke jeti untuk menaiki feri.  Boleh rehat sekejab semasa dalam feri sementara nak menempuh perjalanan yang jauh balik ke Port Klang.  Sebelum naik ke feri, beratur panjang juga.  Oh ya.  my Mem besar tak pernah naik feri lagi.  So, ambil peluang ni sekali untuk bagi my Mem besar merasai pengalaman menaiki feri. Lea tengah mamai dikejutkan oleh my beloved hubby.  Nanti kalau tak kejut bising pulak tak sedar yang dia naik feri.
 
 
 

Sedihnya jem teruk sepanjang perjalanan.  Singgah di R&R untuk isi perut dan solat.  Ramai betul orang.  Mungkin kerana jem yang panjang berjela dan merehatkan badan dan minda sebentar.  Makan nasi ayam dan beli karipap.  Lea kata, karipap gergasi yang macam ibu pernah buat. Lea makan 2 pinggan nasi ayam.  Lapar betul dia.  Masa breakfast pagi tadi, dia hanya makan honey star 2 mangkuk kecil. MMD pernah buat karipap yang besar gedabak.  Makan sebijik dah kenyang setengah hari.  hahahaha.

Sampai ke Cheras Hartamas dalam pukul 9pm dan sampai ke Port Klang dalam pukul 10.30pm.  Kemas2 untuk tidur.  Anak2 bersekolah esok.  MMD memang ambil cuti untuk menghabiskan  baki cuti tahun lepas.  Kalau tidak, burn saja2.

Balik semula pasal wall painting @ street art, antara yang sempat MMD capture dari dalam kereta.  Memang cantik dan kreatif. MMD tak larat nak explore dengan berjalan kaki.  Maklumlah, nak kena sorong Hazry jauh2 dan di bawah panas matahari.  Elok2 Hazry sihat terus demam agaknya.

 
 
 
 
 
 


OK. Itu saja apa yang MMD jumpa.  Walau tak banyak, sekurang2nya ada jugak la kan????

Jumpa lagi di entry akan datang. Baby twin dah besar.

As Salam.

Saturday, April 11, 2015

Penang 3D Trick Art Museum - 05/04/15 Day 2 (part 1)

As Salam

Dah kenyang tengok burger besar dari Zul's Burger semalam kan?  Alhamdulillah....

Pagi2 dah bersiap2 untuk breakfast di tingkat 1.  Pilihan makan agak standard tapi cukuplah untuk buat alas perut sebelum aktiviti seterusnya. Antaranya nasi lemak, kuew tiau goreng, bubur, cereals, roti, salami dan sebagainya. MMD dah siap2kan 2 mangkuk bubur untuk disejukkan untuk Hazry  Mangkuk kecil je setiap satunya. Lea siap dengan baju renangnya masa breakfast.


 
 
 
 

Sambal nasi lemaknya sedap.  Macam sambal kat kampung2 je.

Lea dengan happynya control pool sorang2.  Tak orang lain masa tu. MMD naik semula ke bilik, tinggalkan my beloved hubby jaga Lea kat pool.  MMD kena siap2 semua sebelum check out.

 


Pukul 10.30am, semua turun ke lobby.  Check out dan tunggu lagi my beloved hubby turunkan kereta dari parking lot kat atas.  Sempat posing2 dulu kat lobby.  Check in dan check out sangat2 senang urusannya. Thanks to Ms Cling.

 
Tempat tujuan utamanya ialah Penang 3D Trick Art Museum.  Ini penangan entry dari blog RedMummy.com la ni.  Parking kereta tak jauh dari tempat ni.  Bertempat di no. 10, Lebuh Penang, GeorgeTown, Penang.  Tak jauh dari Fort Cornwallis. Tiket masuk RM15 untuk dewasa, bagi kanak2 dan warga emas RM10.  Hazry yang status OKU pun kena bayar RM15, rasa tak patut je.....

Nak masuk pun di beri gap sikit antara tetamu supaya tak jem di satu2 tempat tu.  Bagus juga ideanya.  Bolehlah tetamu ambil masa untuk berposing sakan.

MMD tak nak cerita banyak2.  MMD perturunkan kenangan di tempat ni untuk kenangan bersama.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

 
 


Anak2 MMD memang suka sangat2. MMD pun apa kurangnya. Pada mulanya MMD budget mungkin akan ambil masa kurang dari sejam je kat dalam tu tapi akhirnya lebih dari 2 jam.  Tak sedar masa berlalu bila asyik bergambar. Memang berbaloi masuk ke tempat ni.

Kat Penang ada 2 lagi tempat yang hampir sama dengan 3D Trick Art Museum ni iaitu Penang Amazing World Studios dan juga Made in Penang Interactive Museum.  Amazing World terletak berhadapan dengan jeti feri dan Made in Penang hanya bersebelahan je.  Nampak canopy yang berwarna-warni tu, tu la dia.

Ok. Dah sampai masa untuk bergerak balik  ke KL.  Selamat tinggal Pulau Pinang.  Hingga ketemu lagi.

As Salam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...