Monday, March 10, 2014

CCM - Kuching 27/02/14 - Semenggoh Nature Reserve

As Salam

Day 2:

Selepas sarapan pagi di hotel, driver datang jemput MMD sekeluarga pukul 8pagi untuk ke Semenggoh Nature Reserve untuk melihat orang utan secara dekat.  Terletak di batu 12 Kuching.  Pada masa kami sampai, belum lagi pukul 9pagi dan masih belum ramai pelawat yang sampai.

Tiket berharga RM5.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak2.




Selepas membeli tiket, sepatutnya pelawat kena berjalan kaki di tempat feeding.  Driver kami meminta kebenaran dari renjer kat situ untuk menghantar kami dengan menggunakan van atas alasan ada kerusi roda.  Selepas menurunkan kami, driver naik semula ke tempat letak kenderaan.




Bila kami sampai ke tempat feeding, sudah ada 2 ekor yang muncul bergayut di pokok kat situ.  Kemudian datang lagi seekor dan akhirnya muncul lagi 2 ekor di tempat rehat/duduk pelancung.  Orang utan diberi makan buah2an seperti pisang, betik, nenas dan juga kelapa. Ada yang mengambil buah kelapa dan terus mengetuk hingga retak dan menuang air kelapa ke dalam mulutnya.


Kami bernasib baik kerana berpeluang untuk melihat dengan jarak yang amat dekat.  Bukan seperti di mana2 zoo yang mana orang utannya terkurung di dalam sangkar.



Petugas di situ meminta kami semua supaya senyap agar tidak mengganggu orang2 utan semasa makan.  Gambar2 hendakklah diambil tanpa menggunakan flash.

Hazry mana tahu nak senyap.  Siap dia ketawa dan menyembur2 air liurnya setiap kali melihat orang2 utan tu berhayun ke sana sini.  Terpaksalah dibawa Hazry jauh sedikit dari tempat mereka makan tu.



Enjoy gambar2 semasa kami berada di pusat orang utan ni.














 

 











Pelawat juga diajak untuk masuk ke dalam hutan di mana tempat kedua untuk memberi makan orang2 utan tu tapi kami tak masuk kerana memikirkan Hazry berkerusi roda.  Cukuplah kami lihat di tempat pertama tadi tu.

Belanja:
Van+driver,  hari ke2 RM250.00
Tiket di sini RM16.00 untuk kami berlima.

Kita bersambung ke tempat lawatan seterusnya in the next entry.

As Salam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...