Saturday, April 11, 2015

Penang 3D Trick Art Museum - 05/04/15 Day 2 (part 1)

As Salam

Dah kenyang tengok burger besar dari Zul's Burger semalam kan?  Alhamdulillah....

Pagi2 dah bersiap2 untuk breakfast di tingkat 1.  Pilihan makan agak standard tapi cukuplah untuk buat alas perut sebelum aktiviti seterusnya. Antaranya nasi lemak, kuew tiau goreng, bubur, cereals, roti, salami dan sebagainya. MMD dah siap2kan 2 mangkuk bubur untuk disejukkan untuk Hazry  Mangkuk kecil je setiap satunya. Lea siap dengan baju renangnya masa breakfast.


 
 
 
 

Sambal nasi lemaknya sedap.  Macam sambal kat kampung2 je.

Lea dengan happynya control pool sorang2.  Tak orang lain masa tu. MMD naik semula ke bilik, tinggalkan my beloved hubby jaga Lea kat pool.  MMD kena siap2 semua sebelum check out.

 


Pukul 10.30am, semua turun ke lobby.  Check out dan tunggu lagi my beloved hubby turunkan kereta dari parking lot kat atas.  Sempat posing2 dulu kat lobby.  Check in dan check out sangat2 senang urusannya. Thanks to Ms Cling.

 
Tempat tujuan utamanya ialah Penang 3D Trick Art Museum.  Ini penangan entry dari blog RedMummy.com la ni.  Parking kereta tak jauh dari tempat ni.  Bertempat di no. 10, Lebuh Penang, GeorgeTown, Penang.  Tak jauh dari Fort Cornwallis. Tiket masuk RM15 untuk dewasa, bagi kanak2 dan warga emas RM10.  Hazry yang status OKU pun kena bayar RM15, rasa tak patut je.....

Nak masuk pun di beri gap sikit antara tetamu supaya tak jem di satu2 tempat tu.  Bagus juga ideanya.  Bolehlah tetamu ambil masa untuk berposing sakan.

MMD tak nak cerita banyak2.  MMD perturunkan kenangan di tempat ni untuk kenangan bersama.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

 
 


Anak2 MMD memang suka sangat2. MMD pun apa kurangnya. Pada mulanya MMD budget mungkin akan ambil masa kurang dari sejam je kat dalam tu tapi akhirnya lebih dari 2 jam.  Tak sedar masa berlalu bila asyik bergambar. Memang berbaloi masuk ke tempat ni.

Kat Penang ada 2 lagi tempat yang hampir sama dengan 3D Trick Art Museum ni iaitu Penang Amazing World Studios dan juga Made in Penang Interactive Museum.  Amazing World terletak berhadapan dengan jeti feri dan Made in Penang hanya bersebelahan je.  Nampak canopy yang berwarna-warni tu, tu la dia.

Ok. Dah sampai masa untuk bergerak balik  ke KL.  Selamat tinggal Pulau Pinang.  Hingga ketemu lagi.

As Salam.


Friday, April 10, 2015

Zul's Burger - The biggest burger in Penang - Day 1 (part 2)

As Salam.

Sambung lagi cerita di Penang.  Lepas Isyak, bersiap2 untuk cari makan malam.  Hakim yang mulanya malas nak keluar dah dipaksa oleh my beloved hubby untuk ikut serta.

Tengok bunga api di luar bangunan hotel.  Ada konsert kat Padang Kota Lama.  Lea posing atas beca di depan hotel sementara tunggu my beloved hubby pandu kereta turun dari parking kat atas.



Tempat tujuan ialah untuk menikmati burger terbesar yang pernah dijual di Penang.  Dah masuk  program TV tak lama dulu. Dari hotel, kena turun ke Bayan Lepas tau...Ke Bukit Jambul.  Cari landmark Vistana Hotel dan Ideal CEO.  Masa jumpa Vistana Hotel, my beloved hubby tanya seorang  abang yang kebetulan nak ke tempat yang sama.  Senang je.  Ikut je kereta abang tu.  Kedai yang paling hujung di bangunan MPPP.

Dah sampai kat MPPP, my beloved hubby borak2 dengan abang yang tunjuk jalan tadi.  Rupa2nya orang Port Klang juga yang dah menetap lama di Penang.  Kecilnya dunia ni.

Dah alang2 nak cuba makan burger, MMD order burger yang paling mahal sekali.  Nah...MMD belanja makan burger terbesar di Penang.  Terliur tak????  Masa MMD sampai, tak berapa ramai yang menunggu.  Jadi cepat je dapat makan burger.  Semua nak bergambar dengan burger besar.

 
 
 
 
 


Nak potong burger tu kena potong macam potong kek gitu.   Patutnya MMD letak lilin sebatang kat tengah2 tu sebelum potong. Tebalnya lebih kurang 3inci. Puas makan.  En.Zul, ownernya ada bagitahu, jika seseorang tu boleh habiskan burger besarnya, boleh dapat hadiah RM100 dan burger tu pun dikira percuma.  Tak diberitahu berapa lama yang diberikan untuk menghabiskan burger tu.  Tak berapa berani nak sahut cabaran...tu yang tak tanya lebih2 tu.
 
 
Alhamdulillah, hajat my beloved hubby makan burger besar tu tercapai.  Siap posing dulu dengan ownernya. Ini senarai harga burger.

 
 

""Where the burgers being cook with full of loves".  Sesuai sangat dengan moto tu.  Semoga En. Zul terus sukses.

As Salam.

Tuesday, April 7, 2015

Penang - Day 1 - 04/04/15 (part 1)

As Salam

Last weekend MMD satu family + my Mem besar telah berangkat ke Penang.  MMD singgah dulu tidur sepelaung di rumah my youngest sister, Adik Nurul di Cheras Hartamas.  Lagipun menjemput my Mem besar sekali. Nak sampai ke rumahnya punyalah pusing sampai Sri Kembangan etc etc sebab laluan  terakhir utk ke Cheras Hartamas tutup selepas 10mlm untuk kerja2 pembinaan kat area situ.  Dah tak jauh dah.  Kami yang memang tak familiar ni, ikut je la jalan2 dari Taman Len Sen tu hingga sampai ke mana2.  Last2 keluar kat simpang ke Batu 11 Cheras yang tak jauh pulak dari rumah my another sister.  Tempuh pulak jem arah ke KL dan akhirnya sampai di Cheras Hartamas lebih kurang 1am.  MMD bertolak dari Port Klang dlm pukul 10mlm.

Target untuk sampai ke Jambatan Penang dlm pukul 9am pada keesokkan harinya dan MMD bertolak dari Cheras Hartamas pukul 4am. Berhenti rehat dan solat Subuh di R&R Tapah dan breakfast di Pak Tam. MMD, my beloved hubby dan my Mem besar pekena roti bakar.  Hakim makan mee hoon sup pagi2 buta.  Dia mana boleh kosong perutnya. Lea dan Hazry kat dalam kereta. Dah start merasa GST...hehehehe.
 
 
 

Singgah lagi kat R&R Bukit Gantang Utara.  My beloved hubby dah terasa mengantuk.  Pergi basuh2 muka & kepala.

 


Target tercapai bila pukul 9am dah menghala/menaiki Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang merupakan jambatan ke dua untuk ke Pulau Pinang.  Tak banyak kenderaan pun pada masa tu. Pandu perlahan2 sambil menikmati panorama di jambatan.

 
 
 
 


Kalau ikut2 plan mengejut yang MMD buat, ingatkan nak ronda2 dulu cari tempat2 lawatan di Penang sebelum check in hotel.  Dah asyik terlepas2 jalan2nya, tiba2 dah sampai ke hotel.  MMD booked online 1 bilik family dan lepas tu MMD called hotel untuk tambah 1 bilik lagi bila my Mem besar jadi untuk ikut sekali. Bila dah tiba kat hotel, MMD ada minta untuk dapatkan bilik yang berhadapan satu sama lain, senang untuk keluar masuk tengok anak2.  MMD diberi pilihan untuk memilih dan akhirnya MMD ambil bilik2 di tingkat 2 je.  Salah satunya bilik yang khas di buat untuk OKU.  Bukan Hazry yang tidur di situ, tapi MMD dengan my beloved hubby ambil bilik tu.

MMD stay di Hotel Continental.  No. 5, Jalan Penang, 10200 Penang.  Bilik2nya luas dan bersih.  Hanya internet je yang kena bayar kalau nak guna. MMD tak tanya pulak berapa rate nya. Harga bilik siap dengan breakfast untuk 6 orang.

Ini famlily room for 4 pax.
 
 

Ini superior room with OKU facility especially kat bilik airnya.
 
 


MMD dengan my beloved hubby turun semula berjalan kaki ke Lebuh Chulia yang tak berapa jauh dari hotel untuk check rate untuk a day tour.  Kebanyakannya rate antara RM50-RM60 sejam dan minimanya 5 jam dengan van.  Rasa tak berbaloi pulak. My beloved hubby pun decide yang kita akan pusing2 je mana2 jalan, kalau jumpa tempat2 menarik, kita singgah.  Itupun kalau jumpa la.

 
Get ready untuk ronda2 sementara tunggu my beloved hubby bawak kereta turun dari parking lot kat
bangunan atas.  Dari lobby untuk naik ke parking lot, kena naik tangga sikit. Leceh nak dukung dan pikul wheelchair Hazry.  Tangganya sempit je. Lebih baik tunggu je kat lobby.

Boleh tahan sesat juga mencari tempat2 menarik kat Penang ni.  Maklumlah, kebanyakkannya di antara kedai2 dan boleh terlepas pandang begitu saja.  Kalau betul2 nak explore Penang ni, lebih baik dengan berjalan kaki atau berbasikal.  Kalau dengan kereta, harus kena hon oleh pemandu lain jika kita drive slow, lagipun, jalan2 kecil dan sesak.

Antara tempat yang berada dalam list MMD ialah Rumah Agam Syed Al Atas, Muzium Islam Pulau Pinang, Cheong Fatt Tze Mansion (yang ni sebenarnya belakang hotel je, tapi tak juga pergi bcoz ada waktu2 tertentu je untuk lawatan, 11am, 1noon, 3pm gitu kalau tak silap MMD), Suffolk House (ni kat Ayer Itam, jauh pulak nak ke sana), Cheah Kongsi, Khoo Kongsi. Sebenarnya, satupun MMD tak jumpa.  Tambah lagi dengan my beloved hubby yang dah kepenatan.  MMD tak berani nak drive tengah2 bandar yang sibuk macam ni.

Dalam dok drive sederhana perlahan tu, ternampak signboard Nasi Kandar Line Clear (NKLC).  Cepat2 MMD suruh my beloved hubby park kereta di tempat parking berbayar di hadapan kedai ni.  Lintas jalan dan wahhhhhhh, MMD ingatkan restoran, rupa2nya di lorong je. Agak ramai juga pelanggan masa tu.  Maklumlah dah dekat 3pm. Ini kali pertama MMD jumpa NKLC ni sepanjang 4 kali MMD ke Penang. Ambil meja yang agak ke belakang sikit.  Tak ada orang kat situ.  Terus pergi ambil makanan. MMD makan  seketul ayam dan 2 sayur, my Mem besar ambil  ikan dan sayur, Hakim ambil udang besar seekor dan my beloved hubby ambil telur ikan, sotong dan sayur.  Kepala ikan besar gedabak.

 
 
 

Apa yang MMD perhatikan, nasinya agak kembang tapi tak pecah.  Lembut pun ye jugak.  Memang sedap di tekak MMD sekeluarga. Makan sampai licin. Masa nak balik, MMD beli FM kat gerai depan tu. 4 keping untuk RM10.  Mintak 5 keping tak dibaginya.

 


Keluar dari NKLC, berjalan2 ke Pasar Chowrasta nak beli jeruk.  Borong jeruk di outlet Jeruk Madu Pak Ali.  Masa nak bayar baru tahu yang tokey outlet tu Cina.  Ehmmmm.  Sebelahnya Jeruk Pak Nasir.  Menyesal pulak.

Sementara my beloved hubby pergi ambil kereta, MMD cuci2 mata di deretan kedai pakaian tak jauh dari situ.  Sempat beli beberapa helai T-shirt. Lea ambil kesempatan guna public phone.  Tak pernah dia pegang pun sebelum ni.  Rare item gitu padanya.


Masa nak balik ke hotel tu pun boleh sesat.  Adalah juga dalam 1 jam jugak bercampur dengan jem sana sini.  Sampai hotel, semuanya tidur kecuali Lea yang tak sabar nak ke swimming pool.  Dalam pukul 6pm, Lea dan MMD je yang turun ke pool di tingkat 6.  Tak ramai orang masa tu. Ada satu family mat saleh dan juga beberapa orang anak muda India.  Lepas hajat Lea untuk pakai dan mandi dengan baju mandi hasil belian dari Bandung hari tu.

 

Pandangan dari tingkat 6 hotel.  Padatttttt.

Jumpa lagi di entry akan datang.  Acara makan besar sangat2.

As Salam.


Wednesday, April 1, 2015

Bertukar kaki

As Salam

Baru balik dari Bandung, my beloved hubby buat perangai pulak.... Bukannya buat perangai jahat tau. Dia dah sibuk2 merungut pasal kereta bunyi agak kuat masa enjin dihidupkan. Maka dengan gigihnya kami berdua ke kedai ekzos yang tak jauh dari rumah.  Dalam 3-5km jugak la....

 


Maka hasil dari pemeriksaan tersebut, tengoklah apa yang telah membuatkan enjin kereta berbunyi agak kuat.  Ehmmmm....dawai2 halus yang berada di luar sebahagian paip ekzos dah reput dan tercabut pun.  Bocor katanya. Patutlah...Lepas nego dengan tokey kedai, terkeluarlah RM135.00 pada pagi tu.  Ok.  Selesai kes.

My beloved hubby tak puas hati lagi....Banyak betul kerenahnya hari tu....


MMD diajak ke Jalan Kapar, Klang.  Rasa2 dah boleh agak kalau ke arah sana.  Mesti nak cari kaki baru.  Memang betul pun tekaan MMD.  Singgah di kedai tayar yang pertama.  Tak banyak pilihan yang berkenan di hati.  Cabut dari situ.

Singgah pulak ke kedai yang kedua ni.  Sebelum ni pun ada tukar tayar kat sini juga.  Harga dan service nya pun ok.  My beloved hubby nak tukar cepat2 sebab tayar pun dah nak botak serta rimnya bengkok masa accident balik raya tahun lepas.  Walaupun kedai dah repair/masak balik rim sebijik tu, my beloved hubby rasa tak sedap hati untuk pakai lama2.

Yang keduanya ialah sebelum GST muncul.  Tayar & rim pun kena GST.  Lebih baik tukar cepat2.  Jimat sikit duit.


 
 


Lepas nego untuk trade in rim dan beli tayar & rim baru & service sana sini, terbang lagi RM2100.00 dengan riang gembiranya.  Gembiranya sebab rim dah dapat yang berkilat.  Silau mata MMD...hahahaha.

Kereta MMD dah pun bertukar kaki.  Ni nak pergi jalan jauh sikit.  Weekend ni nak ke Penang.  Dah pergi ke Penang 3D Art Museum? 

As Salam.


Monday, March 30, 2015

10 Tips paling top untuk lawatan ke Bandung

As Salam


Cantik tak pemandangan di ladang teh dalam perjalanan dari Kawah Putih.  Dah pun jadi wallpaper laptop MMD.

Ingatkan entry terakhir untuk Bandung ni berakhir di  sini.  Tapi sebagai ingatan kepada MMD dan juga kepada bakal2 pelancung ke Bandung atau ke mana2 saja di dunia ni, MMD perturunkan tips2 mudah sebagai garis panduan bersama.

1)  Tiket
Bandingkan harga antara  kebanyakan airlines yang ada.  Biasanya Air Asia yang selalu menawarkan tiket2 murah ni.  Tapi kenalah plan awal2.  Sepanjang pengetahuan MMD, musim cuti sekolah serta weekend adalah harga yang selalunya mahal.  Sebab itulah MMD pilih untuk bercuti pada off peak contohnya pada bulan Feb.  Dah 2 tahun berturut2 MMD enjoy the free seat dari Air Asia. Kena sanggup menunggulah sekurang2nya setahun booking hehehe.

2)  Hotel
Banyak pilihan untuk membandingkan harga.  Selain dari Trivago, MMD dah terbiasa menggunakan web www.hotelscombined.com.  Pilihan hendaklah berdasarkan kepadaharga,  bilangan orang yang akan tinggal dengan kita dan juga jarak dengan tempat2 menarik untuk dikunjungi nanti.

3)  Pengangkutan untuk ke tempat lawatan
MMD lebih suka untuk menempah lebih awal agar kita dapat plan untuk ke tempat2 menarik tanpa tertinggal mana2 tempat pun.  Pun boleh mendapat pandangan dari agen pengangkutan untuk mengemaskinikan senarai tempat lawatan kerana mereka lebih arif di tempat mereka.  Dengan cara ni, kita dapat menjimatkan masa, minyak, tenaga dan juga elakkan dari bertengkar dengan pasangan atau kawan2 kita jika kita memilih memandu sendiri yang mana kita terkial2 mencari tempat tujuan.

Menurut teman2 blogger, kalau ke Korea, mungkin kita boleh jalan2 sendiri dengan menggunakan pengangkutan awam kerana perkhidmatan mereka sangat cekap dan cepat.  Lebih sesuai rasanya jika pergi cara solo atau berkumpulan.  Tetapi untuk kes MMD yang mempunyai anak istimewa dengan kerusi roda, menempah dengan agen pengangkutan adalah pilihan terbaik.

4)  Beg
Kalau ke Bandung tanpa bershopping rasanya sangat2lah rugi.  Jadi untuk memaksimakan hasil tuaian, MMD mencadangkan membawa pakaian yang minima saja.  Pastikan isikan beg ke dalam beg.  Maksud MMD, biar beg tu beranak masa nak balik.  Jimat duit dari membeli beg baru.

Setakat lawatan ke tempat2 di Malaysia atau negara jiran, pada hari keberangkatan tu MMD pastikan semuanya membawa beg yang disandang di belakang saja.  Cepat dan mudah. Lagipun, pakaian yang dibawa adalah sedikit saja.

Waktu nak balik semula ke Malaysia, biasanya MMD akan isikan pakaian kotor di dalam beg besar dan drop luggage masa check in.  Beg2 yang berisi dengan hasil tuaian dibawa secara hand luggage.  Nampak dimata gitu.  Kalau drop in luggage hilang atau lewat sampai pun tak terasa sangat kehilangannya.

5)  Pakaian yang sesuai
Ni sangat2 penting juga.  Kalau pegi Korea musim sejuk, jangan pulak banyak bawak singlet.  Sejuk ke tulang hitam la.. Sesuaikan pakaian dengan tempat yang yang dituju.  Kalau setakat Bandung tu, pakai biasa2 je sudah.  Yang penting selesa.

6)  Tips
Kat Indonesia, budaya memberi tips adalah sesuatu yang biasa.  Kalau orang dah tolong2 angkat barang2 kita, rajin2lah  bagi tips.  Sikit pun tak apa.  Lagipun nilai matawang kita besar.  Kalau setakat Rp2K tu apalah sangat.  Bersedekah dan beramal jariah tanpa kita sedari.

7)  Jauhi dari diganggu oleh peniaga jalanan
Alhamdulillah, MMD tidak mengalami kes yang teruk.  Mungkin disebabkan my beloved hubby tu bersaiz besar, mereka takut untuk dekati MMD.  Jika adapun, MMD akan tolak dengan cara baik dengan ucapan "terima kasih" pada mereka.

8)  Tawar menawar
Jika berkenan dengan sesuatu barangan, tawarlah dengan harga yang bersesuaian.  MMD start dengan 70-50%.  Kalau tak ngam, ucapkan saja terima kasih dan berlalu.  Mungkin ditempat jualan lain ada rezeki kita dan mereka.

9)  Airport tax
Selain buku merah (passport), airport tax mestikan diasingkan awal2 agar tidak terbelanja secara tidak sengaja. Manalah tau, kot2 terpakai duit untuk bayar airport tax, tak pasal2 kena meminjam dengan kawan2 pulak.  Jangan susahkan orang lain kerana mereka juga ada budget mereka sendiri kecualilah kawan2 tu ada duit berkepok2 dan tak shopping apa2 pun.

10)  Cara lepasi pemeriksaan kastam
Kalau dah ke negara orang dan tujuan utamanya adalah bershopping selain dari lawatan ke tempat2 menarik, sudah tentu hasil tuaian banyak gila kan? Cara yang MMD buat adalah letakkan bagasi di dalam troley yang berasingan sebelum sampai ke check point Kastam.  Tak nampak banyak sangat barang yang dibawa balik.  Alhamdulillah, cara ni menjadi kepada MMD sekeluarga setakat ni.

Entry ni kena baca lagi semula pada Feb 2016.  Dah book tiket untuk melancung.  Free seat dari Air Asia lagi.  Bayar airport tax je pergi dan balik.

As Salam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...