Monday, October 1, 2012

Projek sebelum Raya

As Salam

Kisah raya baru2 ni belum lagi MMD masukkan ke dalam blog ni.  Dah terlebih basi pun.  Tapi tak pe...sekadar kenangan untuk di simpan kat blog kecil MMD ni.

Sampai ke kampung MMD sehari sebelum raya.  Sempat berbuka puasa ramai2 especially dengan my MEM besar.  Siang harinya, my beloved hubby dan my BIL siap menukar lampu dan kipas lama kat rumah MEM besar.

Biasanya Hakim akan duduk di seat belakang dalam kereta masa dalam perjalanan balik ke KT.  Tapi kali ini, Hakim terpaksa berhimpit dengan Lea dan Hazry di seat tengah.  Ini bahana 3 kotak besar menumpang sekali balik dengan MMD.

Inilah projek sebelum raya.  MMD tak risau memikirkan bagaimana nak pasang semua barang2 elektrik tu.  Maklumlah BIL MMD memang pakar dalam biz pendawaiannya.


Kat luar rumah, Lea sibuk bermain pistol buihnya dengan Isyraf, sepupunya.


As Salam.

Monday, September 24, 2012

CCM - Jambu epal

As Salam

Tahu tak buah apa ni?  Sememangnya MMD rasa agak tertipu semasa membeli buah ni.  Kata penjual kat pasar malam di CH, katanya buah jambu epal.  Siap di baginya rasa sekeping dua. Memang rasa epal.  MMD pun belilah 3 paket, 2 yg berwarna hijau, katanya rasa epal dan 2 paket berwarna merah jambu, rasanya strawberry.  Sampai kat hotel, terus simpan dalam peti ais.

Kat bilik hotel, MMD pun berceritalah dengan my beloved hubby.  Macam mana buah jambu boleh ada perasa epal.  Adakah buah jambu tu masa di pokok dah disuntik dengan perasa epal?  Soalan bodoh gitu....

Bila dah sampai kat rumah, barulah MMD tengok paket betul2.  Rupa2nya dah siap tertulis kat situ..JERUK JAMBU BERPERISA EPAL...hmmmm patutlah ada rasa epal, jambu jeruk rupanya.  Tapi, taklah rasa rugi sangat..memang sedap pun.  Tapi tak boleh simpan lama2 especially kalau jambu dah terlalu masak sangat, nanti rasa masam nak basi pulak rasanya.

As Salam.

Friday, September 21, 2012

CCM - Lata Iskandar

As Salam

Dalam perjalanan naik ke CH sebelum ni, my beloved hubby dah bagitau yg dia mesti singgah ke Lata Iskandar.  Nak merasa kesejukan air terjun kat situ.  Tak mandi pun tak pe la asalkan dapat membasuh tangan dan muka dah mencukupi.

Seperti yg dihajatkan, kami singgah di Lata Iskandar.  Hakim dan Hazry tinggal di kereta saja. 




Kat gerai2 kat sini, my MEM besar beli lamp shade untuk hiasan kat rumah di kampung.  Hmmmm, jauh benar lamp shade tu mengembara...sampai ke KT.

As salam.

Thursday, September 20, 2012

CCM - Cameron Bharat Tea Plantation

As Salam.

Selepas makan tengahari di Tanah Rata. MMD pun bergerak turun lagi.  Kali ni singgah di Cameron Bharat Tea Plantation.  Singgah membeli sedikit teh dan juga bergambar buat kenangan.

Macam biasala..my beloved hubby yg memborong teh lagi.  Sebenarnya, memang benar my beloved hubby sememangnya gila minum teh.  Sebagai isteri, setiap pagi wajib menyediakan seteko teh...bukan secawan tau....baca baik2...seteko.


As Salam.

Wednesday, September 19, 2012

CCM - Rumah Idaman The smokehouse

As salam

Dalam entry ni, MMD turunkan banyak gambar2 yg MMD snap di The Smokehouse.  MMD sangat2 suka dengan rumah dan juga keindahan tamannya. Jadi banyak gambar yg MMD ambil buat kenangan.











Tenang dan sejuk je berada kat sini.

As salam.

Tuesday, September 18, 2012

CCM - S'Corner Kea Farm

As salam

Sebaik saja keluar dari Cactus Point, tak jauh dari situ, MMD singgah pulak ke S'Corner.  Tengok arca kat situ sungguh yummy yummy dengan buah starberrynya.

Sengek bengek kaki Lea nak balancekan badannya kat atas batu tu. hu hu hu.

Tak jauh bezanya tempat ni dengan tempat2 lain.  Hampir kesemuanya menjual hasil buah strawberry.  Tapi kat sini ada jual pelbagai jenis mushroom, ubi2 dan MMD hanya membeli asparagus yg sangat2 fresh. Masak asparagus dengan belacan pun sodapppp.


Tengok curam tak?  MMD siap pegang kereta kuat2 kot2 kereta terbalik bila menuruni jalan dari S'Corner ni.  Dalam takut2 tu, sempat pulak snap gambar..ha ha ha ha. Alhamdulillah...selamat semuanya.
As Salam.

Monday, September 17, 2012

CCM - Cactus Point

As Salam

Waktu untuk check out.
Lea dengan posing manjanya.
Destinasi seterusnya ialah Cactus Point. Pelbagai jenis dan saiz kaktus kat sini.  Rambang mata MMD dibuatnya.  MMD adalah juga membeli sedikit kaktus.  Dah alang2 sampai kat sini, kalau tak membelinya, rasa pulak menyesal nanti.




Inilah hasilnya bila kaktus2 tu sampai kat rumah MMD.  Telah diusahakan dengan gigihnya oleh my beloved hubby. Tara......


Tak sangka ada yg keluarkan bunganya yg sangat cantik pada pandangan mata MMD.

As salam.

Friday, September 14, 2012

CCM - Strawberry ooooo strawberry

As Salam.

MMD singgah sebentar ke ladang strawberry yg tak jauh dari hotel Equatorial sebelum ke pasar malam.  Disebabkan dah agak lewat, MMD tak sempat nak masuk untuk petik2 sendiri buah2 tu.  Jadi kami hanya berjalan melalui laluan yg ada je kat situ.  Lagipun, MMD tak nak tinggalkan Hazry sorang2 kat luar.  Wheelchairnya tak boleh masuk.

Lepaslah hajat nak tengok buah strawberry secara dekat.  Memang biasa tengok buah strawberry yg kat pasaraya tu tapi tak sama dengan yg masih melekat kat pokoknya.  Jakun sikit hu hu hu.




My beloved hubby memang banyak membeli strawberry jeruk dan makanan yg berasaskan strawberry ni.

As Salam.

Thursday, September 13, 2012

CCM - Selamat Datang ke Equatorial Hotel

As Salam.

Perjalanan dari Tanah Rata ke Equatorial Hotel mengambil masa lebih kurang 2 jam.  Dari pemerhatian MMD, sepatutnya dalam 30min pun  tak sampai untuk ke puncak sana.

Traffic jam yg amat teruk.  Pukul 3 pm, MMD call hotel nak inform yg kami masih berada di Brinchang dan akan lewat untuk check-in.  Hampir pukul 6pm baru sampai.  Rupa2nya ada pasar malam tak jauh dari hotel tu.  Staff hotel pun bagitau yg ianya suasana biasa yg berlaku pada hari Ahad kerana pasar malam.  Ooooo patutlah..kami ingatkan ada accident ke apa, tapi tak ada pun kat mana2 tepi jalan semasa nak sampai ke hotel. Urusan check in amat cepat.  Terus ke apartment 2 bilik yg MMD tempah lebih sebulan yg lalu.

Voucher penginapan percuma hadiah dari The POGH.

Itu apartment yg MMD tinggal.
Ini bilik utamanya dan kat bawah tu bilik keduanya.  Agak besar kedua2 bilik tu.

Ini ruang tamunya.  Lea bertanya...ibu, mana suis aircond?  Hahhhhhh!! tak rasa ke sejuk sampai ketulang ni? Dalam apartment ni pun kena pakai baju sejuk.  Perniagaan yg akan rugi dan lingkup ialah kedai menjual dan service aircond.  Memang MMD perhatikan, memang tak ada satupun antara deretan kedai2 kat CM ni yg menjual aircond.  Memang biol lah kalau ada yg berhajat nak jual aircond kat sini.

MMD menjemur pakaian Hazry kat luar beranda tu dari hari sampai hinggalah hari nak balik, pakaiannya tetap tak kering2.  Memang sejuk kat dalam bilik, apalagi kat luar tu.

Lepas tu, kami keluar untuk ke jalan2 ke pasar malam.  Berjalan kaki je dari hotel.


My MEM besar di kedai menjual pokok2 kaktus.



Ni buktinya yg CM memang sejuk lebih2 lagi bila dah hampir ke waktu malam.


As Salam, Jumpa lagi.

Wednesday, September 12, 2012

CCM - Tanah Rata

As salam

Setibanya MMD di Tanah Rata, hujan turun dengan lebatnya.  Berbasah jugaklah kami semasa nak turun singgah makan di gerai kat situ. MMD perhatikan harga makanan agak murah berbanding dengan tempat2 peranginan ya lain.  Tak tahulah pada pendapat orang lain bcoz MMD makan yg biasa2 je. Lepas kami semua siap makan, giliran MMD suapkan Hazry pulak makan buburnya yg MMD bawa dari rumah.  Ditambah dengan sup ayam dari gerai yg MMD singgah tu. 

Sementara tu, my hubby dan anak2nya dah start merayap ke deretan kedai2 kat situ walaupun dalam hujan yg lebat.  My MEM besar pun ikut sekali. Tinggallah MMD dengan Hazry.

Hujan masih lagi lebat.  Nak naik semula ke kereta memang akan basah kuyup.  Lagi kami pun lepak2 dulu kat situ. 


Dalam salah satu gerai cenderamata.  Kebanyakkannya merah, merah jambu, putih, kebanyakkannya berdasarkan buah stawberry. MMD sempat membeli beberapa helai T-shirt untuk Hazry dan Lea dan juga cenderamata untuk budak2 kat office MMD nanti.

As Salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...