Wednesday, March 18, 2015

CCM -KLIA-Bandung - Day 1 (25/02/15)

As Salam

Sekali lagi MMD bercuti waktu budak2 bersekolah.  Anak2 MMD pun ikut bercuti sekali.  Tahun lepas pun waktu yang sama MMD sekeluarga berada di Kuching.  Kali ni perjalanan kami ke Bandung, Indonesia.

Flight MMD pada pukul 3.50pm pada 25/02/15.  MMD sengaja keluar rumah agak awal. Pukul 1.30pm dah pun berada di KLIA2.  Dah siap2 web checked in seminggu sebelum tu. Tak nak kecoh buat kerja check in last minute.  Lagipun, MMD tak ada nak drop luggage.  Semuanya hand carry.  Hanya 4 beg saja. Ingat tu....4 beg saja.

Ada 3 check point sebelum sampai ke bilik menunggu.  Agak jauh juga berjalan antara satu check point tu.  Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar lebih2 lagi dalam menguruskan Hazry.  Semua diberi priority.  Ada juga shuttle service disediakan.  Tapi MMD dah menolak wheelchair Hazry dan Lea serta Hakim pun ingin explore kawasan airport tu, jadi kami menapak je la. Untuk yang tak tahu, sesiapa yang membawa air dalam botol, semuanya kena dibuang dan boleh re-fill semula di tempat water dispenser sebelum sampai ke bilik menunggu.




Sempat juga berposing2 kat dalam airport.  MMD pun sempat menyuap bubur Hazry sebelum masuk the final waiting hall.

Nak dijadikan cerita, nama my beloved hubby dipanggil semasa di waiting room.  Katanya kami berhutang RM120.00 dgn AirAsia.  MMD pun tunjuk slip bayaran yang dibuat setahun yang lalu.  Selepas staff AirAsia contact HQnya dan decide yang MMD tak perlu nak bayar apa2.  Oh ya, RM120 tu untuk airport di Bandung.  MMD bagitahu kenapa nak minta bayar pada masa tu sedangkan ianya sepatutnya di bayar semasa nak keluar dari Bandung. Selesai kes kat situ.

Pukul 3.00pm, kami pun dah berada di dalam kapalterbang AirAsia.  Penerbangan lewat.  Pukul 4.00pm barulah berlepas. Cuaca cantik, terang benderang. Baru 1jam dalam flight, Lea dan Hakim mintak untuk beli makanan.  Ingatkan ada stock makanan lebih akan dijual oleh flight crew, tapi semuakan disediakan untuk orang yang pre-order je.  So, belilah mi ABC Rp8K setiap satu.


Pukul 5.00pm waktu Indonesia (pukul 6.00pm waktu  Malaysia) kami sampai di Bandara Husein Sastranegara Bandung Airport.  Syukur, selamat sampai di Bandung walaupun banyak kali amaran untuk pakai seatbelt semasa dlm perjalanan. Sempoi je airport Bandung ni.  Bangga dgn KLIA yang tersergam indah.




Kejadian kedua berlaku...Staff AirAsia Bandung mencari penumpang Mr Hakim Halimy Abd Rahim.  Anak MMD la tu sebelum masuk keurusan imigresen.  Sekali lagi MMD explain benda yang sama.  Mereka tahan kami atas alasan yang sama.  Mereka suruh MMD ke office AirAsia lepas urusan imigresen selesai. My beloved hubby serta Hazry dibawa oleh staff AirAsia untuk urusan imigresen.  Express gitu.  MMD, Lea serta Hakim kena beratur.

Lepas tu MMD pergi jumpa balik staff di office AirAsia. Sekali lagi MMD minta mereka buat salinan payment slip MMD tu.  Sudah tentu MMD tak nak bayar.  Bukan kerana kedekut tetapi mengapa hari penerbangan baru mereka notice yang MMD terhutang dengan mereka.  Sedangkan MMD book flight pada Feb 2014.  2014 tau... Flight MMD pada hari tu adalah yang ketiga ditukar.  Mereka boleh tukar flight tapi mengapa tak boleh notice jika ada shortpayment.

Driver aka supir, Pak Dedi dah siap menunggu kami sekeluarga.  Terus masuk MPV dan bergerak ke guesthouse.  Nanti MMD buat entry lain tentang guesthouse tu.  Tak jauh dari airport pun.  Lepas masukkan barang2, siap2 untuk keluar semula untuk makan malam.  Pak Dedi bawa kami untuk cuba makan nasi bakar.  Nasi diisi dalam daun pisang, di bakar dan dinakan dengan tempe goreng, ayam atau daging serta sambal.  Tak ada kuah tau....Kami yang biasa makan berkuah ni rasa tercekik pulak.  Kebetulan restoran tu dah nak hampir tutup, kesian kat Hazry, tak ada bubur.  MMD ingat kalau ada sup, bolehlah MMD rendam nasi putih tu dengan sup utk dijadikan bubur.
 

Kami singgah ke minimart.  Borong mi cawan, Pop Mie dan juga bubur segera untuk Hazry.  Standby jika tempat yang kami singgah untuk makan pada hari2 seterusnya tak ada bubur atau sup lagi. MMD serta Hakim beli data kat sana, beli SimPATI, Rp15K untuk MMD dan Rp40K untuk Hakim.  Actually, MMD guna kedua2nya. Yang Hakim tu untuk standby jika wifi kat guesthouse tak berfungsi. Memang betul pun.  Wifi sangat2 slow.  Berbaloi beli kad SimPATI tu.  Laju gila2. Actually, inilah kali pertama MMD beli dan guna prepaid card.

 


Sampai semula ke guesthouse, bagi Hazry makan dan bersiap sedia untuk tidur...zzzzzzz.

Nota kaki:  waktu yang tertera di gambar2 adalah waktu Malaysia walaupun kami berada di Indonesia.

Jumpa lagi di entry seterusnya.  InsyaAllah.

As Salam.


Friday, February 20, 2015

Klia2 camera LBJ

As Salam

Hari ni masih bercuti kan?  Jumaat.

Plan mengejut dari my beloved hubby malam tadi ialah untuk melawat kakaknya di LBJ.  Since MMD pun tak ada plan ke mana2, jadi MMD pun ON je.

Dalam perjalanan ke LBJ (Labu Johnson), plan bertukar ke Klia2 dulu.   Maklumlah sejak Klia2 dibuka, kami semua belum lagi menjejakkan kaki kami ke sana lagi.  Last sekali ke airport pada Feb 2014 di LCCT untuk ke Kuching.

Banyak tujuan juga untuk ke Klia2. Pertama ialah untuk check parking rate di sana.  Ini yang MMD jumpa.

1-3 jam  RM4.00/jam
4-6 jam  RM3.00/jam
7-9 jam  RM3.00/jam
10 jam seterusnya RM2.00/jam
Harian (max) RM46/sehari
Motosikal RM1.00/sekali masuk
Kehilangan kad RM50.00

Kalau nak park di Tune Hotel pun murah juga, RM36/sehari tapi di kawasan terbuka dan kena menapak pulak ke terminal, sedangkan di Klia2, ada tempat terbuka dan juga di dalam bangunan.  Paling penting, ada CCTV dan agak terjaga keselamatannya.

Kedua ialah untuk check kadar tukaran wang asing.  Malangnya rate di airport agak mahal berbanding masa MMD tukar di Giant Klang. Rate antara RM323 - 326 untuk Rp1juta.  Sedangkan MMD tukar baru2 ni hanya RM292.00 je.  So, MMD akan tukar lagi di Giant la.

Sambil2 melawat kawasan, MMD akhirnya terbabas dengan membeli camera Nikon Coolpix P600, standard accessories siap dengan tripod, memory card 32gb, bag , screen protector dan bateri tambahan 4800mAh dengan harga RM2.2K.  Tak tahulah mahal ke tak.  Sebenarnya dah lama teringin nak beli camera yang canggih sikit tapi asyik tertangguh2 je.  Kali ni, menjadi pulak dek sokongan dari my beloved hubby dan Hakim.



Posing sana sini kat dalam airport.  Klia2 ni ibarat airport dalam shopping mall.  Sediakan duit je la...


Masih dalam mood Tahun Baru Cina.  Sana sini merah menyala.

Selesai urusan di Klia2, kami pun bergerak ke LBJ.  Singgah makan nasi ayam di persimpangan ke LBJ.  Sedap.  Lupa nak ambil gambar.  Lapar punya pasal.

3 jam berada di rumah kakak my beloved hubby, makan2, sembang2, terlelap mata dan tiba masa untuk berangkat balik ke Port Klang.  Trip pendek dan padat.

 As Salam.

Thursday, February 19, 2015

Buat stim je!

As Salam

Horrey...cuti hari ni.  Merehat2 diri kat rumah je.  Melayan Lea menyiapkan kerja rumahnya yang menimbun.  Mentang2 lah cuti banyak hari, cikgu pun bagi kerja rumah melimpah ruah.

MMD pun hanya siapkan kuew tiaw goreng kerang je untuk sarapan pagi.  Tu pun sampai ke petang tak habis lagi.

Untuk makan malam, MMD siapkan lebih awal.  Pukul 5 petang MMD dah masuk dapur untuk bersilat gayong.  Menu hari ni ialah siakap stim, sambal belacan dan timun serta kailan sos tiram je.

Nampak sedap kan...Alhamdulillah....sedap la juga.

Sebelum dan selepas.

As salam.

Wednesday, February 18, 2015

Jutawan di petang Tahun Baru Cina

As Salam

Hari ni balik awal dari office.  Maklumlah, esok dah cuti Tahun Baru Cina.  Cuti panjang juga kali ni, dari hari Khamis hingga Ahad.  MMD sekeluarga tak merancang bercuti ke mana2pun pada minggu ni.

MMD dah minta my beloved hubby siapkan anak2 untuk ambil MMD dari office dan bawa mereka berjalan2 kat area Bukit Tinggi je. Makan, tengok2, jalan2, makan.  hehehe. Berapa kali makan tu?

Tempat pertama singgah ialah di lokasi deretan jualan makanan di Bukit Tinggi.  Anak2 nak makan rojak serta cendol.  Macam biasa, MMD akan order makanan dan makan dalam kereta je.  Tokey rojak dah tahu dan biasa dengan MMD sekeluarga.  Sejak dari tempat yang lama iaitu di tepi pagar Giant hinggalah ke lokasi baru ni.  MMD tetap makan dalam kereta walaupun ada disediakan kerusi dan meja di tepi vannya.

Sedap rojaknya.  Terbaik....


Tempat tujuan seterusnya ialah ke Tesco pulak.  My beloved hubby nak beli peralatan elektrik, nak baiki soket di bilik Hakim yang dah rosak.  Nak shopping pun tak terasa terdesak sangat.  Jalan santai2 je dengan anak2.  Lagipun MMD baru lagi shopping barang2 dapur di NSK Kg Jawa.

Kemudian kami singgah ke Giant pulak.  Ini permintaan MMD.  MMD nak tukar duit di money changer.  Tukar sikit2 dulu sebelum minggu depan tiba.  Wahhhh...jadi jutawan segera sekejap.


Perjalanan santai hari ni diakhiri dengan makan malam di Kedai Kak Long di hadapan stesen bas Port Klang.  Macam biasa, pilihan sekeluarga, Western Food.

Alhamdulillah.  Esok bercuti di rumah sahaja.

As Salam.



Friday, February 13, 2015

Al-Fatihah - Hilangnya sebutir bintang - TGNA

As Salam

Terkejut mendapat perkhabaran malam tadi dengan kehilangan mutiara dunia Islam iaitu Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) yang pergi meninggalkan kita semua pada 12/02/15 @ 9.40mlm.

Semoga roh beliau ditempatkan ditempat yang paling tinggi di samping orang2 yang beriman.

Al-Fatihah dan salam takziah untuk keluarga beliau.

AS Salam.

Friday, February 6, 2015

Kahwin bertingket-tingket

As Salam

Hari ni MMD rasa badan tak berapa sihat.  Actually, sejak dari semalam pun, tapi malas nak gi ambil MC.  Kalau ada MC pun, kiranya memang sakit kuat sangat hingga tak dapat bangun barulah ke klinik. Selama MMD bekerja di syarikat sekarang ni, boleh kira dengan jari je berapa kali MMD ada submit MC ke HQ selama 10 tahun ni.  Boleh dapat anugerah MC tersikit.  Hahahaha.

Kerja pun kurang hari ni.  Tak seperti biasa, kalau hari Isnin, Jumaat, sehari sebelum atau selepas cuti, memang kerja banyak gila.  Macam tahu2 je yang empunya badan tak berapa nak sihat.  Jadi MMD pun curi tulang la sikit ni.  Saje2 nak update beberapa wedding yang MMD attend baru2 ni.  Ada juga yang akhir tahun lepas.


Bermula dengan majlis akad nikah dan kenduri kahwin anak saudara sebelah my beloved hubby.  Tahniah untuk Shahril dan Nurul Hana.  Majlis akad nikah dan sanding di sebelah malamnya dibuat di tempat yang sama di Shah Alam dan majlis sambut menantu di Klang.









Lea seolah memakai bunga di kepalanya.  Yang sebenarnya adalah bunga manggar untuk budak2 yang di penuhi dengan gula2.

Next wedding adalah anak lelaki kepada big boss MMD tempat MMD kerja. Majlis di buat di 2 tempat, iaitu di dewan di taman perumahannya di Ara Hill, Ara Damansara dan juga di hotel.  MMD di jemput untuk kedua2 majlis tersebut. Tahniah untuk Eugene dan Su Ying.


Hidangannya pun sedap.  Siap ada kambing panggang lagi.  MMD tak makan kambing, hanya my beloved hubby je yang bedal.  hehehe.

Untuk majlis di The Royale Chulan Hotel, Damansara,  hanya ada 2 couple Malay je yang di hadir iaitu MMD dengan my beloved hubby serta ex staff serta hubbynya.  Ex staff tu memang dah banyak tahun juga la bekerja di HQ.  Makanan pun sedap2.  Tapi yang paling best bila my beloved hubby tolong habiskan ikan stim.  Tengok tu, siap makan dengan tangan lagi.

 



Wedding seterusnya jiran kat rumah MMD yang diadakan di Crystal Crown Hotel, Port Klang.  Banyak pilihan makanan dan MMD tak sempat nak ambil gambar, semua dah masuk perut. Cantik pelaminnya.


Lea nak pakai baju santai2 je.  Ikut je la...

Paling terbaru, MMD hadiri majlis kahwin anak Dato Kumar, salah sebuah syarikat yang provide logistic service kepada syarikat MMD, diadakan di Midlands Convention Centre di Shah Alam.  MMD serta hubby duduk di meja bersama2 dengan kenalan Kastam.  My beloved hubby kata, sedap juga makanannya, tapi pada MMD biasa2 je.  Masakan bertemakan India, tapi yang penting halal.  Lagipun, perutnya lapar sangat2, majlis start agak lewat.


Sekian dulu cerita nikah dan kahwin.  Cerita kahwin adik bungsu MMD pun belum up lagi.

As Salam.

Wednesday, February 4, 2015

Voucher dan kasut merah

As Salam.

Baru2 ni  MMD telah menghadiri jamuan makan malam yang diadakan di perkarangan office MMD di Glenmarie, Shah Alam.  Macam tahun2 sebelum ni, MMD kurang bernasib baik.  Cabutan bertuah selalu tak singgah ke nombor MMD.  Actually, hanya selang satu nombor je untuk mengena grand prize.  Yang naik 8874.



Walaubagaimanapun, dengan collection yang diperolehi dari suppliers/vendors, cash voucher dapat disediakan kepada semua peringkat kakitangan yang hadir pada malam tu, dari kerani sampailah ke peringkat pengurusan.  Oh ya, MMD menang satu acara permainan...dapatlah alas kaki sekeping.

Kebetulan pada cuti Hari Thaipusam semalam ni  MMD tak kemana2 pun.  Petang tu MMD sekeluarga pun menapak ke AEON Bukit Tinggi.  Dapatlah sepasang si merah ni.  Hanya tambah RM9.00 je.  Yang lain bayar dengan voucher.  Hehehehe.  Jimat sangat2.



Bukan MMD je yang dapat kasut.  Malah Lea dan Hakim pun dapat sepasang sorang.  Lebur kat situuuuu.  Rezeki anak2.

As Salam.




Monday, February 2, 2015

Si cilik bertugas

As Salam

Selamat kembali ke sekolah.  Mungkin tidak terlalu lewat untuk MMD ucapkan kepada  semua anak2 yang bersekolah pada 2015 ni.  Semoga memperolehi pencapaian yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Hazry sudah tamat tempoh untuk berada di sekolah rendah bagi pelajar OKU.  Ahamdulillah walaupun Hazry tidak layak untuk ke sekolah menengah.  MMD pun belum berkeputusan rasmi samada untuk menghantar Hazry ke PDK semula.  Maklumlah, ibu atau bapa mesti berada bersama dengan Hazry jika di PDK.  Tidak seperti di sekolah di mana anak2 OKU di tinggalkan di kelas masing2.  Agak susah sedikit bagi MMD untuk setiap hari berada di PDK.  Lagipun sedikit sebanyak ilmu semasa menghantar Hazry di PDK beberapa tahun yang lalu masih dipraktikkan di rumah.

Okay. Tahun ni hanya Lea yang bersekolah.  Pakaian serta kelengkapannya dah MMD siapkan lebih awal lagi iaitu sebaik sahaja sekolah tahun lepas tamat pada bulan Nov 2014.  Terus MMD redah Giant dan Tesco di Bandar Bukit Tinggi.  Senang, tak jauh dari rumah pun.


Baju sekolah agama masih lagi sama seperti tahun lepas.  Hanya dibeli saiz besar sikit.  Maklumlah, badan Lea pun dah naik.  Dengan keputusan yang agak baik tahun lepas, Lea dapat meneruskan pelajarannya ke kelas terbaik, 2 Imam Syafie.  Pagi2 dah siap sedia dan MMD serta my beloved hubby pun ikut sekali untuk menghantarnya ke sekolah di Kampung Idaman.  5-10min je dari rumah.  Tujuan asal adalah untuk membayar yuran sekolah tapi pihak sekolah tangguhkan ke waktu balik dari sekolah.




Sempat juga MMD melihat acara pertama di sekolahnya.  Sebaik saja masuk kelas pertamanya, Ustazah bagi arahan untuk membaca/menghafal surah2 ringkas Al Quran.  Alhamdulillah. Lepas tu MMD pun balik dulu.  Oh ya.  MMD bercuti..kih kih kih.

Dalam pukul 11pagi pada 12/01/15, MMD ke sekolah semula untuk bayaran yuran dan sebagainya.  Tahun ni, sekolah dibuka lewat kerana masalah banjir di kebanyakan negeri di Pantai Timur, Perak serta Johor yang berlaku sejak Dec 2014 lagi.  Sedih juga melihat keadaan rumah dan mangsa banjir tu.  Memang teruk kemusnahannya.  Tabahlah wahai insan2.

Untuk sekolah kebangsaan, Lea di sesi petang.  Lepas baik dari sekolah agama, kena bersiap2 pulak untuk ke Sekolah Kebangsaan Batu Unjur, di Bandar Bukit Tinggi, Klang. Tahun ni seragam bertukar ke warna biru kerana Lea dilantik sebagai pengawas sekolah.  Jadi baju2 sekolah putih yang tahun lepas di simpan je dulu dalam almari.  Semua baju baru tahun ni.



MMD dan my beloved hubby juga ikut sekali ke sekolah Lea.  Bayaran yuran2 dibuat di bilik guru je.  Tidak seperti tahun lepas di mana cikgu berada di meja masing2 mengikut kelas di dewan.  Nasib baik tak ramai lagi yang beratur, jadi cepatlah juga urusan bayaran yurannya.

Tahniah juga buat Lea kerana berjaya ke kelas terbaik tahun 2 iaitu kelas 2 BERLIAN dan satu2 pengawas perempuan di tahun 2.

Tugas pertama Lea sebagai pengawas ialah menghantar adik2 kelas 1 ke kelas masing2.  Selamat menjalankan tugas dengan sempurna dan berdedikasi yea Lea sayang....





Tak lama lepas tu, MMD serta my beloved hubby pulang je.  Tak perlu nak tunggu2 pun.  Lea pun tak suka kami tunggu dia.  Masa Lea tahun 1 pun, kami tak pernah tunggu di sekolah.  Siap urusan bayaran yuran, terus balik ke rumah.

Seronok mendengar ceritanya tentang hari pertama di sekolah serta bertugas sebagai pengawas di tahun 2015 ni masa Lea balik dari sekolah petangnya.

Kerana kekurangan pengawas di sesi petang, pihak sekolah telah menambah pelantikan pengawas baru.

Semoga jumpa lagi di entry akan datang.

As Salam.

Saturday, January 3, 2015

Cara memohon paspot antarabangsa

As Salam.

Selamat tahun baru 2015 MMD ucapkan kepada rakan2 yang singgah di blog kecil MMD ni.  Sempena cuti tahun baru, MMD terus ambil cuti hingga 05/01/15.  Hari Selasa je nanti MMD masuk opis.

Alang2 bercuti, memang tak kemana2 pun.  Selain menghabiskan cuti tahunan MMD yang masih kena carry forward hingga tahun ni, MMD ambil kesempatan juga untuk pergi ke Jabatan Imigresen di Port Klang untuk memohon paspot untuk MMD sekeluarga.

Sampai ke Jab Imigresen dalam pukul 9.30am, selepas ambil nombor serta mengisi borang untuk semua ahli keluarga, MMD dapat nombor 1131-1135.  Hazry dan Hakim menunggu di bawah kerana tiada lif untuk ke tingkat 1. Sementara MMD, my beloved hubby dan Lea saja yang naik.  Pegawai yang memberi nombor pada MMD ada pesan untuk bagitahu ada permohonan dari OKU jika sampai di tingkat 1.

Borang yang kena isi tersangat simple,  Kertas A4 yang di potong 4.  Informasi yang perlu hanyalah nama, I/C atau nombor sijil kelahiran, alamat, nbr untuk dihubungi serta ketinggian. Kat dinding disediakan tali pengukur.

Bagi anak2 yang berumur 18 tahun ke bawah, ibu atau bapa atau penjaga mestilah melampirkan salinan I/C pada setiap salinan I/C dan surat beranak anak2.  Ibu atau bapa atau penjaga yang akan menandatangani borang semasa proses permohonan nanti.  Jadi pastikan siap2 buat salinan sebelum sampai ke Imigresen untuk menjimatkan masa.

Kosnya berapa?  RM100 untuk 2 tahun, RM300 untuk 5 tahun. RM80 untuk kanak2 bawah 12 tahun.  Bagi OKU, yeah....PERCUMA.  Untuk Hazry, alang2 dah percuma, terus pegawai tu buat untuk 5 tahun.

MMD ucapkan berbanyak terima kasih pada pegawai di kaunter 6 iaitu Cik Siti Nuraishah kerana sudi memproses kesemua permohonan MMD sekeluarga.  Pada asalnya, nbr giliran MMD jatuh pada sebelah petang kerana hari Jumaat, jumlah yang akan proses hanya 120 nbr sahaja.  Apabila MMD bagitahu yg MMD ada OKU dan pegawai yang memberi nbr tadi tak ada pulak bagitahu kena dtg waktu petang, terus beliau meminta kebenaran dari pegawai atasannya untuk memproses.

Pada awalnya, beliau berjanji akan memproses borang Hazry dan juga MMD sahaja.  Selepas MMD di ambil gambar, giliran Hazry pulak.  Sementara tu beliau ada menyuruh MMD ambil gambar Hazry di kedai yang ada mesin gambar segera sekiranya MMD tak boleh membawa Hazry naik.  Dah 5 kali cuba untuk ambil instant photo, masih lagi tak sesuai gambarnya kerana timer mesin tu sukar untuk detect Hazry samada dah sedia atau belum.

MMD pun menyuruh abang Hakim mendukung Hazry naik ke tingkat 1.  Kesian Hakim.  Hazry pun berat juga.  Bila MMD bagitahu yang kami gagal untuk ambil gambar Hazry, pegawai tu cuba untuk mengambil gambar Hazry dari kamera di depannya.  Oh ya...kalau baju berkolar putih, kena pakai kot yang disediakan di situ.    Jenuh juga untuk memastikan Hazry diam.  Banyak kali juga cubaaan mengambil gambarnya.  Akhirnya berjaya juga walaupun Hazry terbuka mulut dan nampak gigi2nya dan mukanya tak berada di tengah2 frame gambar.



Siap Hazry dan MMD.  Pegawai tu bagitahu yang dia akan proses untuk 2 anak2 MMD je lagi.  Okay, MMD terima cadangannya.  Selepas Lea siap, Hakim pulak.  Terima kasih lagi MMD ucapkan pada beliau kerana sudi untuk terus proses untuk my beloved hubby.  Alhamdulillah.  Selesai urusan permohonan.  Tunggu giliran untuk dipanggil untuk buat bayaran di kaunter 8.  Selesai sahaja pembayaran, MMD diberikan resit bayaran untuk diletakkan ke dalam tray selepas 1 jam dari waktu pembayaran di buat. Masa tu dah hampir 11pagi.


Kebetulan juga, sistem imigresen OFF LINE.  Announcement di buat samada untuk menunggu atau datang semula selepas waktu rehat.  MMD pun tunggu lah sementara kat situ.  Kalau dah pukul 12.15tghari masih tak Okay, then MMD decide untuk balik dulu. Hampir 12 tghari, sistem dah Okay.

Untuk mengambil paspot, semua pemohon kena berada di kaunter untuk tandatangan dan cap cari.  Untuk anak2, ibu atau bapa atau penjaga mesti ada bersama2.

Alhamdulillah...semua dah selesai dan dapat paspot masing2.  MMD sebenarnya memperbaharui paspot, my beloved hubby buat gantian kerana yang lama dah hilang bertahun lamanya, melainkan untuk anak2 semuanya permohonan kali pertama.

Semoga perkongsian di atas memberi manafaat kepada sesiapa yang pertama kali membuat permohonan mendapatkan paspot.

As Salam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...