Wednesday, January 1, 2014

Tahun baru dan anak pun bertambah

As Salam.

Selamat datang tahun 2014.  Selamat tinggal tahun 2013.  Banyak suka dan duka sepanjang tahun 2013.  Ada yang boleh di blog dan ada yang kena simpan di dalam hati.

Jangan hairan dengan tajuk entri di atas.  Bukannya MMD nak tambah bilangan anak.  Belum ada rezeki lagi kot. Umur MMD pun dah bertambah senja gitu.

Apa yang MMD ingin sampaikan ialah dah bertambah seorang lagi anak2 MMD yang memasuki alam persekolahan perdana.  Siapa lagi kalau bukan Lea.

Lea dah masuk tahun 1 di tahun 2014.  Memang agak padat waktu persekolahannya.  Pagi ke sekolah agama yang terletak tak jauh dari rumah MMD.  Tengahari pulak akan berkejaran untuk ke sekolah kebangsaan di Bukit Tinggi.  Sekolah yang sama dengan abang Hazrynya.  Malangnya, Hazry di sesi pagi.

Pada 31/12/13 yang lepas, MMD menghantar Lea untuk pendaftaran, urusan bayaran yuran serta mengambil buku2 teks. Excited Lea tiap kali untuk ke sekolah. 

Semua pelajar masuk ke kelas masing2 untuk sesi ujian penempatan dan ibubapa pula mendengar taklimat dari Guru Besar SKBU.  Selesai ujian, muka gembira si kecik Lea.


Sempena cuti tahun baru, MMD pun mengambil peluang untuk mengambil mesin jahit dari dalam stor untuk urusan menjahit mana2 pakaian yang koyak.  Biasanya pakaian Hakim lah yang paling banyak kena jahit especially seluarnya.  Sambil tu menjahit lencana untuk baju sekolah Lea.  Untuk baju sekolah agamanya, belum ada lencana lagi.  Nampak gayanya tersadailah mesin jahit tu buatsementara kat tepi dinding ruang tamu MMD.
Apa2 pun, tahun ini kena berbelanja dengan lebih berhemah lagi berbanding dengan tahun2 sebelum ni.  Maklumlah semua harga barang pun dah meningkat naik.  Malangnya kenaikan gaji tak setanding dengan kenaikan harga barang2 asas.

Selamat tahun baru dan capailah azam yang masih tertunggak dari tahun lepas jika ada.  Teruskan berazam baru dan selamat menggapainya.

Azam MMD ialah untuk terus menulis blog walaupun masa agak terhad dan akan terus membuat dan menghabiskan entri2 tahun 2013 yang tertanguh sebelum ini walaupun dah masuk tahun 2014.

As Salam.

Wednesday, December 4, 2013

Pusat Refleksologi Penawar

As Salam

MMD sempat mengikuti program selama 7 sesi untuk Hazry semasa cuti raya baru2 ni. MMD dapat maklumat tentang pusat refleksologi Penawar ini dari kawan sekolah MMD yang mana suaminya sedang dalam proses berubat untuk sakit buah pinggangnya.

Mengenangkan keadaan Hazry pun berkaitan dengan saraf, MMD dan my beloved hubby pun ingin mencuba untuk mendapatkan rawatan di pusat tu. Walaupun MMD biasa urut2 badan Hazry, tapi bukan secara profesional berbanding dengan pemilik pusat saraf ni.

Terletak di Kg Wakaf Tengah, KT.  Dalam 20-30 min je perjalanan dengan kereta dari rumah MMD.  Pada kali pertama pergi, sesat juga mencarinya.  Kali kedua dan seterusnya, senang je.

Diusahakan oleh Dr Haji Sheikh Merican bersama2 dengan isteri dan anak2.  Setiap kerusi mewakili isteri dan anak2nya.  Hanya beliau seorang sahaja di KT yang mengusahakan pusat ini bersama isteri dan anak2. Setiap dari mereka mempunyai sijil dan kelayakan yang diiktiraf dalam bidang refleksologi.

Disebabkan musim cuti raya, beliau memberi pengkhususan kepada orang luar dan orang tempatan yang tinggal di luar untuk rawatan dalam masa musim raya berbanding dengan orang tempatan, ianya dijadualkan selepas itu.

Selain dari urutan saraf, ada rawatan / ikhtiar lain juga disediakan seperti:

melembutkan anak2 keras hati
kecerdasan minda anak2
kesukaran mendapatkan zuriat, jodoh
mengikat kasih sayang suami isteri
gangguan makhluk halus
memagar rumah dari dikhianati
rawatan aura positif

Selain dari Hazry, my beloved hubby juga ambil peluang untuk mengurut juga. he he he.  Lebih2 pulak dia..Tengok gambar yang MMD ambil di pusat tersebut.




 








Setiap kali selesai setiap sesi, pesakit diberikan sebotol air yang telah dibacakan ayat2 Quran yang boleh diminum atau dibuat mandian.  Harga rawatan biasa antara RM35-45 sesesi begantung kepada umur pesakit. Untuk penyakit yang serius, harganya lebih mahal.

Kepada sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan rawatan, bolehlah hubungi 012-9608197 / 09-6696193 untuk temujanji.

As Salam.

Tuesday, December 3, 2013

Re-union ex-SMTB

As Salam

Balik beraya yang lepas, kali ini MMD join re-union dengan kawan2 dari SMTB (Sek Men Tengku Bariah), KT sekali lagi.

Kat SMTB, MMD hanya sempat dari form 1-3 je.  Lepas SRP, MMD masuk SMSS.  Itu yang menjadikan MMD ni ada kawan2 dari 2 sekolah yang berlainan.  Kalau dikira dari segi tradisi, memang kedua2 sekolah ini adalah musuh ketat especially dalam acara sukan.

Diadakan di Felda Residence di bandar KT.  Pertama kali MMD masuk ke hotel yang terletak di tepi sungai Trg tu.  Biasanya lalu je tiap kali ke bandar KT.  Tak de urusan nak singgah buat apa kan?

Pengelola siapkan goodie bag lagi kali ini.




Happy sangat bila berjumpa sekali sekala macam ni. 

As salam.


Monday, December 2, 2013

Posing-posing raya

As Salam

Dah macam2 raya pun dah lepas untuk tahun 2013 ni.  Baru sekarang MMD update kan gambar raya untuk kenangan MMD.  Mungkin ada yang kata, tak nak bacalah cerita raya2 ni.  Dah lama pun berlalu. Dah tersangat basi pun.

Tapi itu tak mengapa.  Blog ni MMD yang punya, jadi MMD boleh update apa2 saja dan bila2 saja MMD suka.  Betul tak?

Dimulakan dengan MEM besar dulu sebagai pembuka acara.










MMD memang bercuti panjang selama 2 minggu masa raya baru ni.  Itupun belum habis lagi cuti untuk tahun ni.  Untuk di carry forward untuk tahun depan pun dah, masih ada lagi yang berbaki yang kena dihabiskan untuk tahun ini.  Kalau tidak kira "burn" je la.

Sebahagian dari gambar2 dengan ahli keluarga yang balik beraya.  Ada juga yang tak baik kerana tuntutan kerja.

As Salam.

Friday, November 29, 2013

Up close and personal with Aaron Aziz

As Salam.

Aaron Aziz?  Biar betul!!!

Macam mimpi je MMD dapat jumpa Aaron Aziz.  Siap berposing berdua je pulak tu.  Jangan jeles ye.

Kebetulan masa nak raya dulu, MMD ke Jakel Shah Alam untuk membeli baju2 melayu untuk my beloved hubby dan anak2 lelaki MMD.  Tak sangka dapat berjumpa dgn Aaron Aziz.

Nah...gambar MMD dengan abang Aaron Aziz.  Siap tandatangan lagi.

Tertipu?  ohhhhh tipah tertipu.  Tak de maknanya MMD dapat bergambar dengan artis. Kalau jumpa artis pun belum tentu MMD berani nak ajak artis bergambar.  Samada artis malu dengan MMD atau MMD yang malu. ha ha ha ha.

As Salam.

Thursday, November 28, 2013

Hari sukan budak2 sekolah

As Salam

Dah tahap lama betul MMD simpan gambar2 semasa hari sukan tadika Lea.  Lea bersemangat betul untuk bersukan.  Maklumlah dia antara yang paling tinggi dalam ahli kumpulan merah dan telah terpilih untuk menjadi wakil terakhir bagi setiap acara.







Walaupun menang untuk beberapa acara, kumpulan Lea hanya mendapat tempat ke3. 



Lea juga menang untuk teka biskut dan dapat hamper juga.  My beloved hubby menang untuk acara bapa iaitu berjalan atas batu bata.

Balik dari sukan, Lea tidur sepanjang petang.  Penatlah tu...

As Salam.

Wednesday, November 27, 2013

Under age maid

As Salam

Dah 2 tahun rasanya MMD ketiadaan pembantu rumah.  Semuanya kena buat sendiri.  Nasib baiklah ada bantuan dan sokongan dari my beloved hubby dan anak2.  Semua ada tugas masing2.

Kalau abang Hakim, dia dah tahu bila untuk kemaskan meja selepas makan, buang sampah dan sebagainya.  Waktu petang selepas kelasnya, dia ditugaskan untuk menjaga adik2 kat rumah.  Boleh diharap juga untuk menukar diapers Hazry, mandikan atau basuh berak Hazry.  Kalau budak2 sebayanya, belum tentu lagi sanggup buat semua tu.  Terima kasih abang...

Lea pulak dah tahu untuk menyusun bantal2 atau kusyen selepas digunakan.  Susunan dan cara letaknya macam yang MMD selalu buat.

Malam baru ni, Lea terlebih rajin bila my beloved hubby vacuum karpet.  Dia tak sabar2 untuk membantu ayahnya.  Tengoklah bila dia buat kerja...Boleh ganti maid Indon je. ha ha ha ha.



Belum habis ruang tamu di vacuum, terus bungkam atas kerusi.  Penat sangat....

MMD kurang suka untuk guna karpet lama2.  Agak sensitif bila baring2 dan kulit cepat gatal.  Itulah pasalnya MMD suruh my beloved hubby vacuum bersih2 untuk digulung dan simpan dalam stor.


As Salam.

Tuesday, November 26, 2013

Happy 16th birthday to Abang Hakim Halimy

As Salam

Ha....birthday boy dah besar tapi umur masih lagi kecik. Pejam celik pejam celik pada 21/11/2013 dah 16 tahun abang Hakim rupanya.  Tingginya mengalahkan MMD. Macam biasa, MMD akan belikan kek untuknya.  Tapi ada yang sibuk2 masa nak potong kek....siapa lagi kalau bukan si Lea.

Abang Hakim dah bertukar nama...Hakim Ha Limy...ha ha ha ha



Advance birthday present ialah telefon Samsung GalaxyYoung, pilihan hatinya yang MMD dah beli 1-2 minggu lebih awal.  Itupun sebab hari2 dok sok sek sok sek dengan MMD. Okay la...kali ini ibu beli tapi jangan lupa,  pelajaran mesti diutamakan.  Pesanan penaja gitu...

My beloved hubby yang pergi belikan kek sebelum singgah ambil MMD kat office.


Makan2 kek dulu.  Malam tu baru keluar cari makanan lain pulak.  Nak western food kat Kedai Kak Long lagi...tempat favourite Hakim.  Pilihannya dah tentu mix grilled.  MMD and beloved hubby pun order yang sama kecuali Lea order fish and chip....


Semoga menjadi anak yang baik dunia dan akhirat.

As Salam.

Monday, November 18, 2013

Projek Anggur 17/11/13

As Salam

Hujung minggu yang penuh dengan aktiviti berkebun.

Habis kerja hari Jumaat.  Malam tu my beloved hubby tiba2 ajak buat projek.  Projek cari benih pokok anggur.  Hinggakan MMD pun terikut sama membaca kat internet pasal penanaman pokok anggur.  MMD pun ada minta harga dari nombor2 telefon kat blog2 yang menjual benih pokok anggur.  Hinggakan sampai ke Sarekei..kih kih kih.

Petang Sabtu selepas urusan rumah tangga selesai, MMD, my beloved hubby dan Lea pun bergerak keluar.  Tempat tujuan pertama adalah nak cari kot kot ada kat nursery di Bandar Bukit Tinggi, Klang.  Sebelum ni memang MMD pernah mencari jugak pokok anggur tapi tak ada satupun di area situ.

Lea siap berposing kat nursery.



Mungkin kali ni ada agaknya.  MMD singgah kat satu nursery dan bertanya.  Memang ada 2 pokok yang harganya RM80.00 satu.  Wahhhh mahalnya.  Pokok pun tak berjaga.  Antara hidup dan nak mati pun ada.  Lepas tu ditunjuknya satu lagi pokok yang agak kecil.  Daunnya lebih segar dan lebih baik dari yang harganya mahal tu.

MMD beli jugak dengan harga RM20.00 dan juga sedikit tanah2 yang sesuai.  Pasu2 kat situ agak mahal.  Jadi MMD singgah pulak ke nursery yang selalu MMD beli pasu, tak jauh dari nursery yang pertama tu.  Beli 2 pasu besar RM20.00 setiap satu dan sedikit lagi tanah2.


Selesai kat situ, MMD ajak my beloved hubby ke Simpang Empat Teluk Pulai.  Kot2 ada kat nursery yang pernah MMD singgah dulu.  Sampai je kat situ, belum lagi my beloved hubby sempat bertanya kat pekerjanya, MMD dah menjerit kat luar dan tunjukkan benih2 pokok anggur betul2 kat luar depan pagar nursery.  Ada 5 anak pokok kat situ.  Memang rezeki kami kot.  MMD pilih 2 pokok dan sedikit tanah2 lagi. Harga pokok anggur RM16.00 sepokok. Kat sini tanah2nya lebih murah dari tempat yang MMD beli di kedua2 nursery sebelum tu.

Terus terang, MMD tak tahupun jenis apakah spesis pokok anggur yang MMD beli tu.  Tanya pekerja nursery, katanya anggur merah.  Bukannya beli dengan nursery yang khas menanam/menjual pokok anggur.  Kalau tidak, dah tentu tahu dari spesis atau nama apa.

Singgah balik kat  BBT pekena rojak dan cendol.  Ehmmm yummy!

MMD beli tanah merah, tanah gambut dan tanah bercampur dengan sabut dan juga baja organik (baja tahi ayam).  Untuk tanah pasir sungai, my beloved hubby akan ambil kat longgokan yang ditinggalkan kat projek rumah belakang rumah MMD tu.


Petang Ahad yang hening...chewahhhhh.. MMD mulakan dengan mencampur semua tanah2 yang ada dan juga baja.  Alihkan benih pokok2 anggur ke rumah barunya...Moga selesa di tempat yang besar dan baru dan memberi hasilnya nanti untuk kami sekeluarga.



Buat sementara waktu MMD letakkan pasu2 pokok anggur tu di belakang rumah MMD yang beratap tu.  Pasu yang kecil tu akan ditukar tak lama lagi ke pasu yang sama besar. Lepas ni, my beloved hubby akan buatkan tempat teduhannya yang baru..Katanya......Tak tahulah jadi ke tidak. Kita tengok je la...

Nanti MMD akan update perkembangan pokok2 anggur MMD ni dari masa ke semasa.  Harap hidup dengan subur yea macam kat gambar di bawah ni...



As Salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...