Thursday, March 28, 2013

CCM - Menara Alor Star - 26/01/13

As Salam.

MMD disarankan oleh salah seorang staf MMD untuk ke sini.  Dia orang Kedah. Jadi, tempat ni pun dimasukkan kedalam list lawatan MMD juga.  Jemput masukkkkkk.... kata cik adik kecik Lea ni...hiiii, geramnya tengok dia.

Hazry menikmati keindahan alam semasa menaiki lift yang super laju tu. Ada orang yang takut naik tinggi2 ni.  Nak tahu siapa?   Tunggu.  MMD ada buktinya.

Ha....dah sampai kat atas. Berada 88m tingginya di menara tinjau. Posing2 dulu.  Lea kata, lubang hidung sapa yang besar sangat ni?  Rupa2nya abang Hakim kat depan teropongnya...hahahaha, gelak ketawa mereka berdua.  Orang tak ramai masa MMD naik ke menara ni.
 
 

Antara kawasan sekeliling Menara Alor Star dari pandangan dari atas.


Hampir 1/2 jam MMD sekeluarga berada nun di puncak sana, kami pun beransur turun.  Tengok siapa yang gayat tinggi tu.
 

Tiket untuk ke menara taklah mahal pun. Sebelum beredar, posing sekali lagi kat wall Menara Alor Star tu.
 
Selamat tinggal Kedah.  Kami seterusnya ke....mana?  Ya...ke sini pulak.
As Salam.

Wednesday, March 27, 2013

CCM - Pusing2 bandar dan Pekan Rabu - 26/01/13

As Salam.

Keluar saja dari Rumah Kelahiran Tun Mahathir, kami pusing2 tengah2 bandar Alor Star, tengok monumen2 serta bangunan2 kat sana sini.

 
 
 
 
 
Perut pun berbunyi serta menyanyi dengan mendayu2.  Dah sampai masanya untuk mencari tempat untuk makan.  Dengar kata, Pekan Rabu yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir ada tempat makan yang sedap2. Kami pun mencarilah tempat tujuan dan akhirnya berjumpalah..ha tu dia....

Terus cari tempat parking kereta berhadapan dengan Pekan Rabu. Tak perlu nak memilih2 gerai lagi, cari je yang paling dekat dan senang untuk keluar masuk.  MMD kan bersama2 dengan wheelchair Hazry.  Nah ini dia yang kami sekeluarga bedal pada tengahari tu.  Nasi yang banjir tu adalah untuk Hazry.  Kesian dia tak jumpa buburnya selama kami sekeluarga keluar dari rumah hari tu.  Asyik2 makan nasi banjir je.  Kesian Hazry MMD ye...Tapi, tak pulak dia menolak.  Setiap kali MMD suapkannya, sedap je dia buka mulut dan telan2 je. Harganya pun tak lah mahal sangat. 

Lepas makan, my beloved hubby ajak tengok2 gerai2 yang ada di bangunan Pekan Rabu.  Keadaannya tak jauh bezanya dengan Pasar Kedai Payang di KT.  Ramai peniaga Melayu kat situ.  Malangnya MMD tak bersedia untuk naik ke tingkat2 atas.  Maklumlah, nanti siapa pulak nak jaga Hazry kan?  Nak angkutnya naik, tak larat pulak.  Banyak anak tangga pulak tu.  Lift pun tak ada.  Tak pe la.  Pusing2 kat situ2 je.

MMD sempat jugak beli dodol lemak dan dodol durian kat cik adik manis kat situ. Sedap jugak dodol Kedah ni yea....MMD jarang sangat2 membeli dodol walaupun dodol banyak juga dijual di kampung halaman MMD di KT.  Hakim suka dodol.  Dialah yang asyik2 potong sikit2 masa dah sampai kat rumah.

Berehat sekejap kat kawasan luar bangunan sambil memikirkan ke mana arah seterusnya.

 Yes, dah tahu nak ke mana seterusnya.  Jumpa lagi...

As Salam.


Tuesday, March 26, 2013

CCM - Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad - 26/01/13

As Salam.








Tempat ni memang termasuk dalam list untuk dilawati.  Tak perlu nak berpolitik kat sini ye.  MMD memang tak suka berborak pasal politik.

Tak nak cerita panjang2 kat sini.  Kalau nak tahu lebih panjang lebar, En. Google ada kan?  MMD hanya nak perturunkan gambar2 yang MMD ambil kat sini.

Antara barang2 yang menarik perhatian MMD.  Ada antaranya Abang Hakim tak tahu apa bendanya dan kegunaannya especially 2 barang terakhir tu.







Habis ruang rumah dilawati, kami ke ruangan kerjaya Tun Mahathir pulak.









Puashati menikmati segala sejarah dan kejayaan yang telah diciptanya.   Tinggalkan tempat ni dengan senyuman.  Baru jumpa nama jalan untuk masuk ke situ.  Kami dari arah belakang.  Ruangan masuk dari arah depan berada di jalan utama.

As Salam.



Monday, March 25, 2013

CCM - 3D Tunku @ Hotel Royale Alor Star -25-26/01/13

As Salam

Dah hampir senja dalam perjalanan ke Alor Star dari P. Besar.  Perjalanan kami diiringi bersama2 dengan matahari terbenam. Indahnya kejadianNya.

MMD menapak juga ke beberapa hotel untuk check room availability tapi kebanyakannya fully booked. Maklumlah, masa MMD sampai pun dah lebih kurang pukul 9pm.  Tak lah berapa mahal room rate kat Alor Star.  Akhirnya, MMD memilih untuk bermalam di Hotel Royale, harganya tak sampai seratus pun dengan 3 katil untuk family.  Kalau bilik biasa, hanya RM88 je masa promosi.

Bersandar my beloved hubby.  Penat memandu.  Kesian kat dia...MMD ada lesen memandu tapi buat pekasam je dlm purse.  Pernah my beloved hubby kata...begitu lama simpan lesen, kot2 nanti boleh bawak traktor pulak.



Team bowling punya T-shirt.  Ni yang MMD tempah nama dengan tulisan tangan dengan budak U kat komplek P.Besar sebelum ni.

Teka siapa yang tidur berselimut penuh ni???? Clue nya ialah, dia tak tahan sejuk dan masih pakai diaper.  hu hu hu.

Lea dengan t-shirt dan getah rambut barunya.
Dengan sekeping frame, ianya mencerminkan 3 wajah berbeza.

 
MMD dan my beloved hubby di lobi hotel.  Simple dan kemas je. Kat sebelah luar hotel, ada Kenny's Roger Restaurant.  Meleleh air liur anak2 MMD  hu hu hu.

Ini hari nak check out dari hotel.  MMD bermalam satu malam je sebelum ke destinasi seterusnya.
Hazry tak de dalam gambar.  My beloved hubby dah siap2kan dia masuk dalam kereta.  Kat luar tu panas sangat. Abang Hakim yang snapkan gambar kami.

Jumpa lagi. As Salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...