Friday, March 22, 2013

CCM - Late lunch @ Padang Besar, Thailand - 25/01/13

As Salam







Percaya tak semua kat atas tu kami makan?  Sampai nak pecah perut kami dibuatnya. Sampaikan 2 lagi lauk MMD minta kawan MMD, Sharlene tu stop kan. Dah tak boleh nak masuk lagi. Air avocado dan asam boi ni memang sedap nyaman betul.

Inilah orangnya yang MMD janji nak jumpa tu.  Sharlene, tokey Hino Forwarding di Padang Besar.  MMD naik keretanya melepasi imigresen P. Besar.  Pegawai2 kat sana semuanya dia kenal.  Maklumlah tiap hari berulang alik ke seberang sana.

MMD serahkan tugas memesan makanan padanya lah...Dia boleh berbahasa Thai pun.



Suasana kat sini pun nyaman je.  Open air.  Kalau malam ada live band, kata Sharlene.



Padang Besar pun ada juga di Thailand.  Jangan ingat P. Besar hanya ada di Malaysia.


Sharlene ajak MMD sekeluarga untuk shopping2 di Danok, tapi memandangkan MMD dah berjanji untuk mengambil T-shirt2 yang ditempah sebelum kedai2 di kompleks P. Besar tutup, MMD terpaksa  menolak pelawaan Sharlene.  Mungkin lain kali je MMD akan ikut Sharlene ke atas sana pulak.

Perjalanan singkat MMD di Thailand diakhiri dengan kembalinya ke Malaysia dengan selamat seadanya. Selamat kembali ke Malaysia.

As Salam.  Destinasi seterusnya ialah Alor Star, Kedah.

Thursday, March 21, 2013

CCM- Shopping @ P. Besar 25/01/13

As Salam

Tempat tujuan pertama selepas check out dari Teratai Putih ialah ke Kompleks Bebas Cukai, Padang Besar. Kereta beratur tidaklah panjang berjela berbanding dengan di Bukit Kayu Hitam sebelum ni.

Nampak tak apa yang MMD nampak?




Tak nampak jugak? MMD bagi satu lagi.
Kereta berplet Thai dengan kesan tembakan peluru.  Mungkin tak pelik sangat pada mereka yang selalu berulang-alik ke Thailand tapi pada orang biasa macam MMD, wahhhhhh, ini cukup hebat dan bukannya selalu dapat tengok kereta macam ni di depan mata.  Kat TV tu biasalah tengok cerita2 orang putih kan?

Dalam perjalanan ke sana.  Ke mana tu ??? Kedai bebas cukai je, bukannya ke Thailand.  Buku merah tak bawak pun. Yeahhhhh, dah sampai tempat tujuannya.
Tempat coklat jangan lupa singgah tau...pesan Lea. OK la...

Abang Hakim pun siap promosi coklat M&M.  Iklan percuma je...Coklat kena beli tau...Penat Hazry tunggu mak bapaknya shopping coklat kat sini....


Lea berkenan sangat dengan bag ni. Tapi walaupun dah 50% discount, masih lagi harga RM70++. Mak oiiii, kalau nak bawak ke sekolah pun, tak perlulah begitu mahal.

Duduk berehat sebentar sementara menunggu my beloved hubby window shopping.  Ahak ahak..
Destinasi seterusnya ialah kompleks membeli belah Padang Besar.  Jumpa banyak motor2 sebegini samada di sebelah sana negara ataupun di Padang Besar.
Sebelum masuk ke kompleks, kami pusing2 dulu di gerai2 dan deretan kedai2 di luar kompleks tu dulu.



Bila dah masuk kompleks, mulalah pusing2 dulu survey kedai2 kat situ hinggakan dah lupa nak snap gambar.  Hanya gambar semasa beli pakaian Lea je baru teringat nak bergambar. Rambang mata tengok baju cantik2 kat kedai ni. 

Dah alang2 datang kat sini, MMD adalah juga beli pakaian untuk anak2 MMD.  Peniaga kat sini pun dah pandai2.  Kiranya harga yang ditawarkan taklah begitu murah sangat especially pada hujung minggu kerana mereka tau, yang datang2 tu kebanyakannya  pelawat dari luar.

MMD ada nak jumpa seseorang selepas ni.  Dia dah janji nak jumpa MMD jika MMD sampai di Padang Besar.

As Salam.




Wednesday, March 20, 2013

CCM - Zaman Flintstone di dunia baru - 24-25/01/13

As Salam.

Mungkin ada yang tak percaya jika kita masih lagi boleh temui barang2 kepunyaan Flintstone di masa sekarang. Tapi MMD sekeluarga memang menikmatinya.  Sesuatu yang telah diperindahkan dengan baik sekali. Dengan hanya RM85 - RM95, MMD berada di zaman Flintstone. Boleh di dapati di Teratai Putih Restaurant & Resort di Padang Besar.  Signboard kat jalan luar boleh di lihat sebelum sampai pekan P. Besar.

Ya be da be doooooo...



Perhatikan katil dan headboard tu, semuanya dari simen dan tiles.  Memang berbaloi owner ni invest dengan buatan simen.  Buat sekali, tahan bertahun2 compare dengan beli katil yang biasa di hotel2 tu.  Mungkin 3-5 tahun dah kena tukar akibat rosak.  Hanya finishing catnya kurang cermat.  Biliknya agak besar pada pandangan mata MMD.


MMD sangat2 suka dengan exteriornya.  Sejuk mata memandang.  Tu la pasal, banyak snap gambar2 kat sini untuk kenangan. Ini pada keesokan harinya sebelum check out dan keluar shopping di pekan P.Besar.  Jangan tak tahu, kami sempat ke oversea tau....









As Salam. Next location?  Tunggu...

Tuesday, March 19, 2013

CCM - Teratai Putih, Padang Besar - 24/01/13

As Salam

Kami redah je perjalanan ke Padang Besar semasa keluar dari tempat perkelahan tu.  Asal nampak signboard P.Besar, kami ikut je.  Yang penting, tangki minyak penuh.

Semasa sampai ke pekan P. Besar, MMD suruh my beloved hubby pusing2 dulu, aim kan dulu kat mana nak bershopping esoknya.  Maklumlah, masa sampai tu, dah hampir pukul 7pm. Macamlah pekan tu besar sangat kan.  Maklumlah, kami ni orang merantau... tak nak rugi masa berlegar cari kat mana nak parking kereta dan sebagainya.

Dalam perjalanan sebelum sampai ke pekan, MMD dah ternampak satu signboard resort, ambil nombor telefon dan cari2 juga hotel2 kat area pekan tu tapi mungkin MMD tak perasan kot.  Tak jumpa hotel selain yang MMD tengok signboard tadi. Jadi kami pusing balik dan  cari resort tu semula.  MMD dah call sebelum tu bertanyakan jika ada kekosongan dan harganya.

Staf kat situ memang friendly.  Ada 2 harga, satu RM85.00 dengan bilik yang tanpa peti sejuk.  MMD ambil RM95.00 yang ada peti ais.  Ni kerana MMD ada membeli anggur dan takut2 rosak jika tak disimpan dalam tempat sejuk.  Staf kat situ bagi MMD bilik yang berhadapan dengan pejabatnya walaupun MMD tak minta.  Maklumlah bila dia tengok Hazry dengan wheelchairnya.

Malamnya kami tak perlu ke luar jauh untuk mencari makan malam.  Kat resort tu sendiri ada restorannya sendiri.  Antara makanan yang kami order.  Nyam, nyam, nyammmmm.





Ayam masak tiga rasa, daging lada hitam, tomyam serta kangkung belacan.  Memang menyelerakan hinggakan nasi bertambah2 gitu.  Harganya??? Memang berbaloi dengan sedapnya dan juga saiz hidangannya.

Balik ke bilik dengan kekenyangan dan tidur di katil Finstones..  Nak tau???

As Salam.

Monday, March 18, 2013

CCM - Rimba Herba Perlis - 24/01/2013

As Salam.

MMD sambung balik cerita2 basi yang dah tertangguh ni.  Selepas puas hati menikmati keindahan taman anggur, kami keluar ke Taman Herba Perlis.  Tak jauhpun dari taman anggur tu. Taman ini pernah MMD baca dari blogger2 yang pernah sampai kat sini.  Siap ada spa herba lagi.

Masa sampai tu, dah hampir pukul 5pm.  Hanya ada sebuah kereta lain selain dari MMD sekeluarga yang mungkin dah sampai lama sebelum MMD. Tempat ni akan tutup pada pukul 5pm.  Hanya berbekalkan 10minit, memang membazir je kalau masuk dan tak lama selepas tu kena keluar kan?  Jadi MMD tak masuk pun dan sebagai kenangan MMD berposing sakan kat halaman luarnya je.



Yuran masuk, waktu lawatan serta info2 tentang kemudahan2 yang ada kat sini dah tertera terang2 kat papan tanda ni.

Lea berposing gediknya didepan ruang legar taman ni.

Antara pokok2 herba yang ada ditanam di taman herba ni.  Sebenarnya sangat2 banyak tapi  memandangkan masa tak mengizinkan MMD sekeluarga explore lebih jauh ke dalam taman ni,  jadi hanya ini dari sebahagian pokok2 yang MMD snap.

Selepas tu, kami pun beredar ke penghujung jalan.  Menurut kata Cik Ayu dari taman anggur tu, ada air terjun dan tempat berkelah di hujung jaya.  MMD pun redah lagi ke sana.

My beloved hubby buat lawak kat Hakim & Lea....katanya kalau air terjun tu lagi laju dari air kencing Hazry, OK kita berhenti dan mandi manda.  Kalau tidak....SORRYYYYYY.

Banyak juga kereta2 dipark di tepi2 jalan kat situ.  My beloved hubby dan Hakim melihat2 kawasan kat situ kot2 bolehlah budak2 ni mandi manda sebelum bergerak ke tempat lain.

Malangnya, air perlahan je, kata Hakim.  Tapi ramai juga orang2 yang datang especially remaja2 yang mungkin penduduk setempat.  Kalau orang luar, mungkin mereka berasa sangat kecewa, dahlah datang jauh2 tapi tempat nak berkelah tu tak seberapa happening sangat.

Jadi kami decided tak payahlah membazir masa kat situ hanya untuk membasuh kaki je..ahak... Lebih baik kami beredar untuk mencari tempat tidur untuk malam ni.  Maklumlah, kami ni main redah je holiday kali ni.

As Salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...