Wednesday, March 20, 2013

CCM - Zaman Flintstone di dunia baru - 24-25/01/13

As Salam.

Mungkin ada yang tak percaya jika kita masih lagi boleh temui barang2 kepunyaan Flintstone di masa sekarang. Tapi MMD sekeluarga memang menikmatinya.  Sesuatu yang telah diperindahkan dengan baik sekali. Dengan hanya RM85 - RM95, MMD berada di zaman Flintstone. Boleh di dapati di Teratai Putih Restaurant & Resort di Padang Besar.  Signboard kat jalan luar boleh di lihat sebelum sampai pekan P. Besar.

Ya be da be doooooo...



Perhatikan katil dan headboard tu, semuanya dari simen dan tiles.  Memang berbaloi owner ni invest dengan buatan simen.  Buat sekali, tahan bertahun2 compare dengan beli katil yang biasa di hotel2 tu.  Mungkin 3-5 tahun dah kena tukar akibat rosak.  Hanya finishing catnya kurang cermat.  Biliknya agak besar pada pandangan mata MMD.


MMD sangat2 suka dengan exteriornya.  Sejuk mata memandang.  Tu la pasal, banyak snap gambar2 kat sini untuk kenangan. Ini pada keesokan harinya sebelum check out dan keluar shopping di pekan P.Besar.  Jangan tak tahu, kami sempat ke oversea tau....









As Salam. Next location?  Tunggu...

Tuesday, March 19, 2013

CCM - Teratai Putih, Padang Besar - 24/01/13

As Salam

Kami redah je perjalanan ke Padang Besar semasa keluar dari tempat perkelahan tu.  Asal nampak signboard P.Besar, kami ikut je.  Yang penting, tangki minyak penuh.

Semasa sampai ke pekan P. Besar, MMD suruh my beloved hubby pusing2 dulu, aim kan dulu kat mana nak bershopping esoknya.  Maklumlah, masa sampai tu, dah hampir pukul 7pm. Macamlah pekan tu besar sangat kan.  Maklumlah, kami ni orang merantau... tak nak rugi masa berlegar cari kat mana nak parking kereta dan sebagainya.

Dalam perjalanan sebelum sampai ke pekan, MMD dah ternampak satu signboard resort, ambil nombor telefon dan cari2 juga hotel2 kat area pekan tu tapi mungkin MMD tak perasan kot.  Tak jumpa hotel selain yang MMD tengok signboard tadi. Jadi kami pusing balik dan  cari resort tu semula.  MMD dah call sebelum tu bertanyakan jika ada kekosongan dan harganya.

Staf kat situ memang friendly.  Ada 2 harga, satu RM85.00 dengan bilik yang tanpa peti sejuk.  MMD ambil RM95.00 yang ada peti ais.  Ni kerana MMD ada membeli anggur dan takut2 rosak jika tak disimpan dalam tempat sejuk.  Staf kat situ bagi MMD bilik yang berhadapan dengan pejabatnya walaupun MMD tak minta.  Maklumlah bila dia tengok Hazry dengan wheelchairnya.

Malamnya kami tak perlu ke luar jauh untuk mencari makan malam.  Kat resort tu sendiri ada restorannya sendiri.  Antara makanan yang kami order.  Nyam, nyam, nyammmmm.





Ayam masak tiga rasa, daging lada hitam, tomyam serta kangkung belacan.  Memang menyelerakan hinggakan nasi bertambah2 gitu.  Harganya??? Memang berbaloi dengan sedapnya dan juga saiz hidangannya.

Balik ke bilik dengan kekenyangan dan tidur di katil Finstones..  Nak tau???

As Salam.

Monday, March 18, 2013

CCM - Rimba Herba Perlis - 24/01/2013

As Salam.

MMD sambung balik cerita2 basi yang dah tertangguh ni.  Selepas puas hati menikmati keindahan taman anggur, kami keluar ke Taman Herba Perlis.  Tak jauhpun dari taman anggur tu. Taman ini pernah MMD baca dari blogger2 yang pernah sampai kat sini.  Siap ada spa herba lagi.

Masa sampai tu, dah hampir pukul 5pm.  Hanya ada sebuah kereta lain selain dari MMD sekeluarga yang mungkin dah sampai lama sebelum MMD. Tempat ni akan tutup pada pukul 5pm.  Hanya berbekalkan 10minit, memang membazir je kalau masuk dan tak lama selepas tu kena keluar kan?  Jadi MMD tak masuk pun dan sebagai kenangan MMD berposing sakan kat halaman luarnya je.



Yuran masuk, waktu lawatan serta info2 tentang kemudahan2 yang ada kat sini dah tertera terang2 kat papan tanda ni.

Lea berposing gediknya didepan ruang legar taman ni.

Antara pokok2 herba yang ada ditanam di taman herba ni.  Sebenarnya sangat2 banyak tapi  memandangkan masa tak mengizinkan MMD sekeluarga explore lebih jauh ke dalam taman ni,  jadi hanya ini dari sebahagian pokok2 yang MMD snap.

Selepas tu, kami pun beredar ke penghujung jalan.  Menurut kata Cik Ayu dari taman anggur tu, ada air terjun dan tempat berkelah di hujung jaya.  MMD pun redah lagi ke sana.

My beloved hubby buat lawak kat Hakim & Lea....katanya kalau air terjun tu lagi laju dari air kencing Hazry, OK kita berhenti dan mandi manda.  Kalau tidak....SORRYYYYYY.

Banyak juga kereta2 dipark di tepi2 jalan kat situ.  My beloved hubby dan Hakim melihat2 kawasan kat situ kot2 bolehlah budak2 ni mandi manda sebelum bergerak ke tempat lain.

Malangnya, air perlahan je, kata Hakim.  Tapi ramai juga orang2 yang datang especially remaja2 yang mungkin penduduk setempat.  Kalau orang luar, mungkin mereka berasa sangat kecewa, dahlah datang jauh2 tapi tempat nak berkelah tu tak seberapa happening sangat.

Jadi kami decided tak payahlah membazir masa kat situ hanya untuk membasuh kaki je..ahak... Lebih baik kami beredar untuk mencari tempat tidur untuk malam ni.  Maklumlah, kami ni main redah je holiday kali ni.

As Salam.

Friday, March 8, 2013

CCM - Taman Anggur Perlis - 24/01/13

As Salam

Bila MMD bagitau yang MMD nak pergi ke Taman Anggur bila sampai ke Perlis, my beloved hubby ketawa dan tak percaya yang kat Perlis ada tanaman anggur. Keluar ke laluan utama dari Taman Ular, terus ke kiri untuk ke Taman Anggur.  Disepanjang perjalanan tu, banyak pokok2 mangga harum manis di tanam.  Musim mangga berbuah adalah dalam bulan Mac-April.  Kalau tak, harus MMD singgah borong buah mangga juga walaupun kat rumah ada 2 batang pokok mangga.



Bayaran masuk ke Taman Anggur pun murah je RM4.00 je.  Lea dan Hazry percuma.  Sepatutnya bayaran parking kereta pun kena juga tapi mungkin bukan waktu puncak, MMD masuk kereta free je.  Hanya ada  satu family je masa MMD sampai.  Tak de ramai pelawat pun masa tu.








Kawasan berpagar tu adalah pokok2 anggur yang ditanam untuk dilihat para pengunjung.  Sebelum ni, ada juga package untuk memetik buah anggur tapi masa MMD sampai ni, tak de pulak. Disebabkan MMD sangat2 suka dan tercapai impian untuk tengok sendiri orang Malaysia menanam anggur, MMD perturunkan banyak gambar2 masa MMD di sini.  Ada 3 jenis anggur yang di tanam di sini.  Ada Pok Dam, White Malaga dan satu jenis lagi lupa pulak namanya. Dah biasa tengok??? Tak pe...layan je.




 Seronok betul tengok buah2 anggur berjuntaian.  Rasa nak petik je. Geram betul......



 

Mendengar sedikit sebanyak penerangan dari penjaga anggur, Cik Ayu, kami pun beredar keluar dan berposing lagi.





Singgah semula di pejabatnya untuk membeli anggur fresh tu.  Tak banyak yang tinggal kat dalam peti ais tu.  MMD ambil 2 paket, RM10 setiap paket yang beratnya 500gr.  Selepas saja MMD ambil 2 paket tu, datang sorang lelaki terus ambil kesemua anggur yang ada dalam peti ais tu.  Nasib baik MMD cepat sikit dari dia.  Kalau tak, kempunan nak merasa.  Agak mahal harganya tapi berbaloi dapat merasa anggur Malaysia.  Tak gitu?


Anggur ni berpindah tempat/negeri dari Perlis, ke Kedah dan Penang, barulah MMD buka untuk makan.  Memang berbaloi.  Isinya padat dan sangat2 manis. Kalau menurut kata Cik Ayu penjaga anggur tu, buah yang ada kat situ bukanlah hasil terbaik lagi. Masih dalam proses percubaan.

Jemput makan!!!

As Salam.

Thursday, March 7, 2013

CCM - Taman Ular & Reptilia - 24/01/13

As Salam.

Alang-alang dah nampak signage ke Taman Ular, my beloved hubby ikut je.  Sampai kat sini lebih kurang 4:30pm. Berada di Jalan Sungai Batu Pahat.  Yuran masuk murah je tapi MMD tak ambil pot sangat sebab kami semua tak masuk.  Hakim nak masuk tapi Lea takut.  Tak kan nak tinggal dia kat luar kan? Jadi kami pun decide tak yah lah masuk.  Sure tengok ular je pun.

Kat situ ada juga perkhidmatan naik train dari Taman Ular ke Taman Anggur.  Tak mahal pun bayarannya.  Malangnya, kena tunggu 10 family baru boleh gerak.  Jenuhlah kalau macam tu.  Kat luar tu ada 2 family je termasuk MMD.


Jadi kami hai hai bye bye Taman Ular ni.

As Salam.

Wednesday, March 6, 2013

CCM - Istana Arau - 24/01/13

As Salam. 



Keluar dari BKH, kami redah mencari arah ke Arau.  Istana Arau adalah tempat tujuan yang tercatat di dalam list MMD bagi tempat untuk dikunjungi. Adalah beberapa tempat yang MMD listkan selepas baca blog kawan2.  Tak kiralah mana sampai dulu sebabnya kami memang kes redah meredah je.

Jumpa signboard Arau dan jumpa juga signboard menunjukkan Taman Ular.  Eh eh...tiba2 dah nampak Istana Arau pujaan hati.  My beloved hubby dah tak nak turun.  Lea pun dah tertidur, sama juga dengan Hakim.  Lagipun Istana Arau berada di laluan utama dan kereta lalulalang agak laju juga. MMD paksa Hakim bangun untuk ambil gambar MMD.  Kesian dia....Dengan mata terkebil2 dia snapkan gambar MMD.



Hasil bidikan Hakim.  Semuanya jauh sebatu dek kerana Hakim tak nak bergerak dari tempat dia berdiri. Hanya MMD je yang bergerak.  Tak pe lahhhh...asalkan MMD sampai di tempat yang disebut2kan ni.

As Salam.


Tuesday, March 5, 2013

CCM - Bukit Kayu Hitam 24/01/13

As Salam.

Kalau dari rumah, MMD & my beloved hubby hanya merangka2 perjalanan kami yang kira main redah je.  Hotel pun kami tak book in advance pun. Sekali nak stay di Penang, sekali nak stay ke Alor Star, last2 dalam perjalanan, kami decide untuk naik ke Bukit Kayu Hitam dulu.

Sampai ke check point BKH lebih kurang pukul 10:30am, siap tersilap jalan lagi.  Macam biasalah bagi kami.  Kalau ke mana2 dan tak sesat, itu bukanlah kami. Buat U-turn dari pejabat Kastam dan punyalah panjang kereta Q untuk ke kompleks BKH.

Itu sebabnya ucapan Welcome to Malaysia kami jumpa dulu.  Keluar dari Malaysia belum lagi tapi dah dapat ucapan selamat datang.


Pukul 12:30 tgh baru lepas dari check point. Kereta berduyun lagi kat belakang.  Yang tak bestnya bila ada pemandu yang tak sabar dan potong Q.  Kurang adab di jalan raya la tuuuu.

Kami parking di depan kompleks zon bebas.  Masuk kat situ macam masuk pasaraya Econsave je.  Tak ada yang menarik perhatian MMD kat situ kecuali lokasi menjual coklat je.  Harga barangan kat situ tak banyak bezanya dengan di Port Klang.  Untuk minuman keras mungkin berbaloilah non-Muslim bershopping kat sini.

MMD bertanya kat salesgirl kat situ, ini je ke kawasan zon bebasnya?  Hairan juga MMD, punyalah banyak kereta beratur nak masuk kat sini, tapi pelanggan kat bangunan ini rasa2nya macam boleh kira dengan jari.

Barulah MMD tahu yang ada lagi satu bazar di luar bangunan tu.  Patutlah tak ramai orang kat bangunan tu. Akhirnya MMD sampai juga ke Bazar Bukit Kayu Hitam tepat pada pukul 1 tgh.  Mata pun tak boleh nak buka, matahari kat atas kepala.


Kami di deretan kedai2 kat bazar tu.  My beloved hubby sebat sepasang kasut kat situ.


Abang Hakim try test kemeja tu tapi last2 tak jadi beli pulak.


Kedai2 kat sini bertingkat2 dek kerana berada di  atas bukit dan setiap kali itulah kami terpaksa mengangkat Hazry dengan wheelchairnya. Singgah makan di kedai yang paling atas puncak sekali. Tak mahal manapun harga makanan kat situ. Hazry yang biasanya makan bubur, terpaksalah makan nasi yang direndam dulu dengan sup ayam.  Kesian Hazry tak jumpa buburnya.

MMD hanya belikan t-shirt je untuk anak2.  Tujuan utama datang kat sini adalah untuk kenal tempatnya yang MMD tak pernah sampai sebelum ni.  Turun dari bazar, MMD singgah semula ke bangunan zon bebas untuk membeli sedikit coklat.



Hakim tengah promosi coklat Alfredo.


 Berangkat keluar dari BKH untuk menuju ke Perlis.  Jumpa di sana.....

As Salam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...