Sehari sebelum ke MP Seremban, MMD & my beloved hubby join rombongan merisik dan pertunangan anak sepupu my beloved hubby. Keluarga lelaki dari Muar, Johor transit di rumah keluarga abangnya di Jalan Yadi, Klang.
Rombongan ni bertolak ke Padang Jawa selepas solat Zohor. Kalau tak silap MMD, ada 10 buah kereta la jugak. Apasal tiba2 MMD kat depan pulak dan pegang sirih junjung tu? Heran jugak!!!
Ceria betul Syuhada. Moga pertunangan Syuhada & Adib ini kekal hingga ke jinjang pelamin. InsyaAllah, dalam masa 2 tahun bakal ada kenduri lagi. Oh tidakkkk, bulan Mac 2013 ada kenduri di Muar untuk majlis pernikahan adik perempuan Adib.
Dec 2012 adalah bulan yang banyak makan2, minum2, perjumpaan keluarga. Berat badan pun naik tanpa disedari. Bukan senang nak kuruskan badan ni. Percubaan demi percubaan untuk kuruskan badan masih tinggal harapan. My beloved hubby kata, biarlah tembam sikit pun tak apa asalkan tak ada penyakit.
As Salam.