Thursday, November 15, 2012

29 tahun baru kini bertemu

As Salam

Sebelum raya, ada kawan2 lama bekas pelajar SMTB, KT merancang buat reunion.  Kebetulan masa dan tempatnya sesuai, MMD pun set untuk join sekali. Berlangsung di Batu Buruk Beach Resort.  Ownernya pun satu batch dengan MMD masa di SMSS. 

Kebetulan, pada malam reunion tu, adik MMD pun ke reunion classmatenya juga.  Memang BBBR ni tersangat famous untuk agenda reunion pelajar2 SMSS & SMTB especially masa cuti raya.

Maklumlah dah banyak tahun tak berjumpa.  Seingat MMD, selepas SRP dulu, MMD tak berjumpa dengan ramai kawan sekolah.  Lagipun MMD berpindah sekolah ke SMSS, KT sehinggalah SPM.

Ramai yg ingat MMD tapi MMD je yg kurang ingatan hu hu hu.  Banyak yg MMD kena flash back barulah ingat muka kawan2 MMD tu. 

Antara yg geng perempuannya dan kat bawah tu geng lelakinya.



MMD bersama2 dengan Khazimah Embong, orang kuat penganjur reunion.  Terima kasih banyak2.  Tahun depan buat lagi dehhhh.


As Salam.

Wednesday, November 14, 2012

Rumah ku syurga mu jua

As Salam

Balik kampung masa raya tahun ni memang seronok. Bukan apa.... akhir tahun lepas depan rumah bersepah2 dek kerana mak saudara renovate rumahnya dan barang2 pembinaan ada yg diletakkan kat rumah MEM besar.

Kali ini...semuanya dah clear dan tenang je pandangan mata. Pandangan dari rumah mak saudara MMD.


Yang penting jugak adalah...banyak ruang untuk parking kereta.  Raya tahun ni, MMD pun kena ambil giliran masak untuk makan di hari raya.  Itupun untuk hari raya ke 3.

Atas permintaan ramai, MMD masak mee kari. Itu je pun yg MMD pandai masak..ahak....

MMD berposing lepas penat memasak. hu hu hu.

As Salam.

Tuesday, November 13, 2012

Hazry dapat I/C

As Salam

Kalau diikutkan, MMD dah terlewat membawa Hazry ke JPN untuk mendapatkan I/C untuknya. Pada hari Jumaat yg indah, MMD serta my beloved hubby dengan awalnya terpacak di depan JPN Port Klang.

Actually, sebelum 8pagi dah sampai.  Kena tunggu staff JPN bukakan pintu.  MMD orang yg pertama masuk dengan Hazry.  Dapat nombor 1 hu hu hu.  Urusannya cukup mudah dan keseluruhan proses tak sampai pun 30 min. Tiada bayaran yg MMD kena buat.  Mungkin sebab Hazry ada kad OKU.

Bahagian yg paling best ialah masa nak snap gambar Hazry.  Siap berpusing2 kerusi yg berpusing tu di buat dek Hazzry dengan gelak ketawanya masa tu.

Inilah dia I/C sementara Hazry.

Masa MMD tulis entry ni, I/C Hazry dah pun siap untuk di ambil. 

As Salam.

Monday, November 12, 2012

Berposing2 di pagi Raya 2012

As Salam

Abang Hakim dan sepupunya, Imran sebelum bertolak ke masjid untuk bersembahyang raya.

Selepas balik dari bersembahyang raya, macam biasa dan seperti rutin selalunya, semua berkumpul di tengah2 rumah untuk acara bersalaman dan bermaafan dan yang penting untuk budak2 ialah waktu mengumpul duit raya.



Lea menunggu giliran kutip duit raya dari Ayah Mat.



Dah selesai, acara bergambar untuk kenangan pun bermulalah....

My MEM besar dengan sebahagian dari anak2 dan menantunya.


MMD sekeluarga dan yg kat bawah tu MEM besar dengan cucu2nya.

Monday, October 1, 2012

Projek sebelum Raya

As Salam

Kisah raya baru2 ni belum lagi MMD masukkan ke dalam blog ni.  Dah terlebih basi pun.  Tapi tak pe...sekadar kenangan untuk di simpan kat blog kecil MMD ni.

Sampai ke kampung MMD sehari sebelum raya.  Sempat berbuka puasa ramai2 especially dengan my MEM besar.  Siang harinya, my beloved hubby dan my BIL siap menukar lampu dan kipas lama kat rumah MEM besar.

Biasanya Hakim akan duduk di seat belakang dalam kereta masa dalam perjalanan balik ke KT.  Tapi kali ini, Hakim terpaksa berhimpit dengan Lea dan Hazry di seat tengah.  Ini bahana 3 kotak besar menumpang sekali balik dengan MMD.

Inilah projek sebelum raya.  MMD tak risau memikirkan bagaimana nak pasang semua barang2 elektrik tu.  Maklumlah BIL MMD memang pakar dalam biz pendawaiannya.


Kat luar rumah, Lea sibuk bermain pistol buihnya dengan Isyraf, sepupunya.


As Salam.

Monday, September 24, 2012

CCM - Jambu epal

As Salam

Tahu tak buah apa ni?  Sememangnya MMD rasa agak tertipu semasa membeli buah ni.  Kata penjual kat pasar malam di CH, katanya buah jambu epal.  Siap di baginya rasa sekeping dua. Memang rasa epal.  MMD pun belilah 3 paket, 2 yg berwarna hijau, katanya rasa epal dan 2 paket berwarna merah jambu, rasanya strawberry.  Sampai kat hotel, terus simpan dalam peti ais.

Kat bilik hotel, MMD pun berceritalah dengan my beloved hubby.  Macam mana buah jambu boleh ada perasa epal.  Adakah buah jambu tu masa di pokok dah disuntik dengan perasa epal?  Soalan bodoh gitu....

Bila dah sampai kat rumah, barulah MMD tengok paket betul2.  Rupa2nya dah siap tertulis kat situ..JERUK JAMBU BERPERISA EPAL...hmmmm patutlah ada rasa epal, jambu jeruk rupanya.  Tapi, taklah rasa rugi sangat..memang sedap pun.  Tapi tak boleh simpan lama2 especially kalau jambu dah terlalu masak sangat, nanti rasa masam nak basi pulak rasanya.

As Salam.

Friday, September 21, 2012

CCM - Lata Iskandar

As Salam

Dalam perjalanan naik ke CH sebelum ni, my beloved hubby dah bagitau yg dia mesti singgah ke Lata Iskandar.  Nak merasa kesejukan air terjun kat situ.  Tak mandi pun tak pe la asalkan dapat membasuh tangan dan muka dah mencukupi.

Seperti yg dihajatkan, kami singgah di Lata Iskandar.  Hakim dan Hazry tinggal di kereta saja. 




Kat gerai2 kat sini, my MEM besar beli lamp shade untuk hiasan kat rumah di kampung.  Hmmmm, jauh benar lamp shade tu mengembara...sampai ke KT.

As salam.

Thursday, September 20, 2012

CCM - Cameron Bharat Tea Plantation

As Salam.

Selepas makan tengahari di Tanah Rata. MMD pun bergerak turun lagi.  Kali ni singgah di Cameron Bharat Tea Plantation.  Singgah membeli sedikit teh dan juga bergambar buat kenangan.

Macam biasala..my beloved hubby yg memborong teh lagi.  Sebenarnya, memang benar my beloved hubby sememangnya gila minum teh.  Sebagai isteri, setiap pagi wajib menyediakan seteko teh...bukan secawan tau....baca baik2...seteko.


As Salam.

Wednesday, September 19, 2012

CCM - Rumah Idaman The smokehouse

As salam

Dalam entry ni, MMD turunkan banyak gambar2 yg MMD snap di The Smokehouse.  MMD sangat2 suka dengan rumah dan juga keindahan tamannya. Jadi banyak gambar yg MMD ambil buat kenangan.











Tenang dan sejuk je berada kat sini.

As salam.

Tuesday, September 18, 2012

CCM - S'Corner Kea Farm

As salam

Sebaik saja keluar dari Cactus Point, tak jauh dari situ, MMD singgah pulak ke S'Corner.  Tengok arca kat situ sungguh yummy yummy dengan buah starberrynya.

Sengek bengek kaki Lea nak balancekan badannya kat atas batu tu. hu hu hu.

Tak jauh bezanya tempat ni dengan tempat2 lain.  Hampir kesemuanya menjual hasil buah strawberry.  Tapi kat sini ada jual pelbagai jenis mushroom, ubi2 dan MMD hanya membeli asparagus yg sangat2 fresh. Masak asparagus dengan belacan pun sodapppp.


Tengok curam tak?  MMD siap pegang kereta kuat2 kot2 kereta terbalik bila menuruni jalan dari S'Corner ni.  Dalam takut2 tu, sempat pulak snap gambar..ha ha ha ha. Alhamdulillah...selamat semuanya.
As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...