Showing posts with label Malaysia - Selangor. Show all posts
Showing posts with label Malaysia - Selangor. Show all posts

Monday, May 18, 2015

Avani Sepang Gold Coast Resort - Day 1 - Double Birthday Celebration - Lea's 8th

As Salam

Misi tertangguh untuk entry birthday my beloved daughter, Lea.  Pada 07/05/15, syukur Alhamdulillah Lea dah pun berumur 8 tahun.  Rasanya baru lagi timang2 dia di pangkuan MMD ni. Seorang anak kecil yang tak banyak kerenah.  Pandai berbicara dengan ayat2 bahasa bakunya.  Tak pelat masa baru2 belajar bercakap. Ayat2 yang mencairkan hati ibunya.

Ingat entry MMD sebelum ni?  MMD siap masak untuk perkelahan adik beradik MMD di Avani Sepang Gold Coast.  Walaupun belum lagi jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya, MMD dah berbincang dengan my beloved hubby untuk raikan sekali dengan sepupu2nya di sana.  Lagi ramai lagi meriah.  Kebetulan adik MMD, La pun menyambut ulangtahunnya pada bulan yang sama iaitu pada 08/05/15, sehari selepas Lea.

Rombongan cik kiah dari keluarga MMD bertolak agak lewat dari Port Klang.  Kalau ikut rancangan asalnya, nak bertolak dlm pukul 11pagi gitu.  Dari Cheras, 2 kereta dari sana.  MMD dan adik MMD, Latifah sampai dalam tempoh yang sama.  Agak jem juga masa di kawasan Enstek dan juga di Sg Pelek. Adik MMD yang sorang lagi, Adik Nurul sampai 1/2 jam kemudian.

Selepas MMD daftar untuk check in di kaunter Club Member, MMD terus cari parking di tepi pantai.  MMD tak terus ke vila.  Rancangannya untuk biarkan budak2 main2 dan mandi manda di pantai dulu.  Parking kat food court dan MMD lalu di tepi pagar Avani untuk masuk ikut pantai ke kawasan rehat Avani.

Kebetulan ada sebuah tempat rehat yang kosong.  Terus my beloved hubby cepat2 pergi cop.  Pegawai keselamatan pun cepat2 pegi approach my beloved hubby.  Bila ditunjukkan kad Member, terus dia diam.  Kat situ selalu juga orang luar datang dan masuk ke kawasan private Avani.  Tu sebabnya mereka letakkan guard untuk memantau laluan tepi pagar antara kawasan awam dan kawasan Avani.

Bila semua dah ada, maka upacara keluarkan bekalan masing2 pun bermula oleh kaum ibu2.  Hahahaha, macam nak berlumba je kan??? Budak2 dah start berlari2 dalam panas terik tu.

Ni dia kek yang MMD tempah di Taman Andalas, Klang. Tema Frozen atas permintaan Lea.


Lea dengan muka merah padamnya semasa memotong kek harijadinya.  Lepas alas perut sikit, masing2 dengan acara masing2, guys dengan cara main bolanya, anak2 mandi2 dan main2 pasir. Ada yang bercanoe dan main papan lunsur.  Kaum ibu buat apa?  Makan2, borak2, gosip2, layan budak kembar, makan lagi...hahahaha.

 

 
 
 
My Mem besar bergaya santai di pantai.  Love you Ma !!

Pukul 5pm baru bergerak untuk check in ke vila.  Kena pakai 3 buah buggy semuanya. Hakim dengan muka kelakarnya.  Budak2 sambung semula terjun pool.  MMD tak ikut.  Tu yang tak ada gambar di pool.


Malam tak keluar ke mana2.  Habiskan makanan yang masih ada.  La dan keluarga bertolak balik malam yang sama kerana husbandnya bekerja awal pagi esoknya.

Hakim & my beloved hubby ada acara mancing memancing di tepi beranda.  Entah pukul berapa mereka tidur.  Dapat juga tangkapan ikan.  Kecil2 je pun.

Ok. Jumpa lagi di lain entry.





Friday, February 20, 2015

Klia2 camera LBJ

As Salam

Hari ni masih bercuti kan?  Jumaat.

Plan mengejut dari my beloved hubby malam tadi ialah untuk melawat kakaknya di LBJ.  Since MMD pun tak ada plan ke mana2, jadi MMD pun ON je.

Dalam perjalanan ke LBJ (Labu Johnson), plan bertukar ke Klia2 dulu.   Maklumlah sejak Klia2 dibuka, kami semua belum lagi menjejakkan kaki kami ke sana lagi.  Last sekali ke airport pada Feb 2014 di LCCT untuk ke Kuching.

Banyak tujuan juga untuk ke Klia2. Pertama ialah untuk check parking rate di sana.  Ini yang MMD jumpa.

1-3 jam  RM4.00/jam
4-6 jam  RM3.00/jam
7-9 jam  RM3.00/jam
10 jam seterusnya RM2.00/jam
Harian (max) RM46/sehari
Motosikal RM1.00/sekali masuk
Kehilangan kad RM50.00

Kalau nak park di Tune Hotel pun murah juga, RM36/sehari tapi di kawasan terbuka dan kena menapak pulak ke terminal, sedangkan di Klia2, ada tempat terbuka dan juga di dalam bangunan.  Paling penting, ada CCTV dan agak terjaga keselamatannya.

Kedua ialah untuk check kadar tukaran wang asing.  Malangnya rate di airport agak mahal berbanding masa MMD tukar di Giant Klang. Rate antara RM323 - 326 untuk Rp1juta.  Sedangkan MMD tukar baru2 ni hanya RM292.00 je.  So, MMD akan tukar lagi di Giant la.

Sambil2 melawat kawasan, MMD akhirnya terbabas dengan membeli camera Nikon Coolpix P600, standard accessories siap dengan tripod, memory card 32gb, bag , screen protector dan bateri tambahan 4800mAh dengan harga RM2.2K.  Tak tahulah mahal ke tak.  Sebenarnya dah lama teringin nak beli camera yang canggih sikit tapi asyik tertangguh2 je.  Kali ni, menjadi pulak dek sokongan dari my beloved hubby dan Hakim.



Posing sana sini kat dalam airport.  Klia2 ni ibarat airport dalam shopping mall.  Sediakan duit je la...


Masih dalam mood Tahun Baru Cina.  Sana sini merah menyala.

Selesai urusan di Klia2, kami pun bergerak ke LBJ.  Singgah makan nasi ayam di persimpangan ke LBJ.  Sedap.  Lupa nak ambil gambar.  Lapar punya pasal.

3 jam berada di rumah kakak my beloved hubby, makan2, sembang2, terlelap mata dan tiba masa untuk berangkat balik ke Port Klang.  Trip pendek dan padat.

 As Salam.

Wednesday, April 10, 2013

Kilang Roti Gardenia

As Salam.

Lawatan sekolah Lea telah menyebabkan MMD terpaksa mengambil cuti satu hari pada 19/03/13. Kata HR MMD, alasan yang paling jujur yang pernah seorang staf tulis kat dalam borang cuti. kih kih kih. Alasan bercuti?  Mengikuti lawatan sekolah anak Tabika ke kilang roti Gardenia, Taman Burung serta Pusat Sains Negara.  Pukul 8pg dah terpacak kat sekolah Lea.  Lea untuk pertama kalinya akan menaiki bas dalam sejarah hidupnya.



Lawatan ke Kilang Roti Gardenia di kilang yang terbaru dan ke-5nya yang berada di Sek 26, Shah Alam. Beratur untuk masuk untuk tengok wayang huhuhu.  Ibubapa pun tengok wayang sekali.


Selepas selesai tengok wayang, budak2 ni dibawa masuk ke kilang ke tingkat atas. Gambar tidak dibenarkan diambil semasa di dalam kilang.  Mendengar penerangan dari staf Gardenia yang comel tu. Kilang yang berbeza menyediakan roti yang berbeza. MMD tanya, apa yang akan dibuat dengan roti2 reject.

Katanya...ada yang dihantar ke rumah orang2 tua dan ada juga yang rosak teruk dijual kepada kilang memproses untuk makanan binatang. Selesai melawat, budak2 dan ibubapa dijemput untuk minum pagi. Dapat 2 keping wafer setiap orang berserta dengan air milo.  Yam yam yam....
Bergambar bersama2 dengan ibu2 serta cikgu Fadillah. Sebelum balik, kami semua dihadiahkan dengan goodie bag yang berisi dengan produk2 Gardenia.



Sesi bergambar sebelum berangkat ke destinasi seterusnya.  Terima kasih Gardenia kerana menerima kunjungan kami ni.




As Salam.




Tuesday, August 9, 2011

Pool @ MPK

As Salam

Last Sunday, a day before Puasa, MMD bawak anak2 ke swimming pool kat Padang Pandamaran, owned by MPK.  Dah bertahun berhajat nak kesana, tapi ada je halangannya.  Bukannya jauh sangat dari rumah MMD pun. Nak ke Legend KL or Palace of the Golden Horses malas....malas nak tempuh traffic jam.

Ini kolam untuk dewasa dan untuk acara2 pertandingan renang.


Ada 2 pool untuk kanak2.



Kemudahan lain yg ada kat sini sudah tentulah bilik persalinan, loker dan juga surau.

Abang Hakim boring swimming kat area orang dewasa dan akhirnya berkumpul dan melayan adik2nya.


Harga untuk masuk kat sini?  Ehmmmm...murah yg amat.  Budak2 RM1.50, dewasa jika nak mandi RM3.00, kalau tak nak mandi RM1.50 je.  Murahkan??  Kolamnya pun bersih dan luas.  Ada tempat untuk rehat2 di bawah pokok2 kat situ.



Yang bestnya, ada ladies special day pulak tu.  Hari Jumaat start pukul 4:15pm hingga 6pm, khas untuk ladies.  Tengok jadual kat bawah ni.


Jom swimming ramai2 kat sini.

As Salam.

Tuesday, June 21, 2011

Noh Hujan di i-City Shah Alam

As Salam

Last Saturday MMD sekeluarga menghabiskan masa malam kat i-City Shah Alam.  Walaupun tak berapa jauh dari Port Klang, bukannya ada masa yg sesuai untuk beriadah kat sana.

Tak sangka pulak malam tu ada mini concert anjuran Lipton.  If MMD tau, sure tak ke sana bcoz dah tentu orang ramai akan berpusu2.  Alang2 dah sampai tu, redah aje la.  Lagipun Hakim beria2 benar nak tengok Hujan secara dekat and live.

Sebelum Hujan keluar, Helmi The Gimik pun ada, siap nyanyi lagi Aleycats lagi, enjoy juga la persembahan dia, croud pun nyanyi sama dan gave a very good support.


Bising sangat la...drum beat sama kuat dengan heart beat.

Salah sorang ahli Wakaka Crew tengah lead untuk tarian Tonga dan yg penting...shake the bottle!

Jadi pemerhati je..

Hakim di antara penonton2.



Bila selesai, Hakim balik semula ke tempat MMD di ruang tengah canopy dengan keadaan basah.  Apasal pulak ni?  Kena air semburan teh ais !  Tu la..tadi nampak juga budak2 sembur dan botol berterbangan.  Apa tidaknya, Hakim yg agak kebelakang, tiba2 dah berdiri betul2 di depan stage.  Nampak tak belon kuning tu?  Itulah dia yg memegang belon !!!!  Katanya dia jumpa dan nak bagi pada Lea..last2 belon pecah.

Penonton bukan main lagi support Noh dan very happening tapi pada MMD...bunyi muzik tu lebih kuat dari suara nyanyian Noh.  Tak dengar dengan jelas, maklumlah Hujan kan band indie, jadi muziknya tak kan sama dengan muzik Jamal Abdillah lah kan!

As Salam.

Monday, June 20, 2011

Bandar Cahaya i-City Shah Alam

As Salam,

Akhirnya sampai juga MMD sekeluarga di sini.  Mungkin entry cam ni dah berlambak bloggers buat dan dah basi kot.  Tapi, since this is my personal blog, MMD akan post apa saje cerita yg melibatkan MMD sekeluarga.  Kalau tak nak baca pun, MMD tak kisah pun, move the curser to the right hand top corner and clik to the "X" sign. Habis cerita. Tapi cerita MMD tetap diteruskan...he he he he

Entrance fee RM10.00 per car.  Masuk ke bangunan untuk parking sikit punya tinggi.  Barulah dapat parking lot.  Mungkin bcoz hari tu ada konsert, jadi ramailah orang datang berduyun2.  Rasa2nya, kalau hari biasa, mungkin tak perlu naik sampai ke tingkat atas gitu.

Enjoy beberapa photos yg MMD ambil tempoh hari.


Ada cik kak ni interframe tiba2.  Tak pe la.

Cakkkk!!



Yang ni MMD sangat2 suka.  Macam ada salji turun je kan?





Habis ronda2 kat kawasan luar je dah lebih kurang pukul 11mlm. Dah tak larat nak masuk ke bilik snow.  Kaki pun dah lenguh2 yg amat.  So, we decided balik je.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...