As Salam.
Hari pertama - 29/01/17.
Alhamdulillah selamat sampai di airport terminal haji di Madinah pada pukul 9pagi waktu Arab Saudi pada 29/01/2017.
Jemaah dari penerbangan MAS dikhaskan untuk turun di sini. Lengang terminal ni dan urusan imigresen pun berjalan dengan lancar.
Pun begitu hati MMD berdub-dab jugak, kot2 kena bayaran visa tambahan yang diwar2kan sebelum ni bagi jemaah yang datang mengerjakan umrah yang kurang dari 3 tahun Hijrah dari umrah sebelum tu.
Memang MMD dah standby SAR4000.00 untuk kami berdua. Kot2 lah mereka dapat kesan kehadiran MMD dan my Mem Besar. Alhamdulillah......lega rasanya selepas check point kedua. Lepas dengan jayanya. Rasa macam buat salah pulak tahap kebimbangan MMD pada masa tu. Doa untuk dipermudahkan tak lepas dari mulut ini. Huhuhu.
Rahsianya...MMD dah pun renew pasport akhir tahun 2016 sebelum ke Singapore hari tu. Itu yang dicadangkan oleh pihak Andalusia dan juga pihak imigresen. Kebetulan paspot MMD yang sebelum ni hanya untuk 2 tahun saja. Lebih baik bayar RM200 kat kerajaan Malaysia untuk renew pasport dari kena bayar SAR2000.00. Dok gitu?
Di luar terminal haji. Udara segar waktu pagi. Hari pertama di bumi Anbia. Sejuk2 manja gitu. MMD antara yang terawal naik bas sambil menunggu jemaah lain sampai.
Posing dengan Yani dan juga roommate di Mekah/Madinahnya nanti.
Perjalanan kami bermula untuk ke Mekah. Tempoh perjalanan? Hampir 6 jam. Agak lama dan jauh perjalanannya. Mungkin agak memenatkan bagi jemaah yang berumur. Sepatutya perjalalanan asal dengan MAS adalah KUL/Mekah tetapi atas sebab2 tertentu, flight kena turun di Madinah dan kami tetap akan ke Mekah dahulu pengikut perancangan awal.
Halangan kali ini tidak menyusahkan kami pun. Redho atas apa yang terjadi. Pasti ada hikmah disebalik ketentuanNya.
Tidak lama selepas tu, kami singgah di Bir Ali untuk makan tengahari dan juga pasang niat Umrah. Lebih kurang 30min jer dari airport untuk sampai ke sini.
Dapat makan nasi Arab ayam. Portionnya yang banyak, tak habis pun. Lepas makan, temankan my Mem Besar untuk berwuduk dan bersolat di Masjid Bir Ali. MMD tunggu hingga my Mem Besar siap di luar masjid je.
Dalam 1.30pm, kami bergerak menuju ke Mekah. Dapat melelapkan mata sebentar dan bas kami singgah di Wadi Kude untuk berhenti rehat sebentar. Ada yang pergi ke bilik air dan beli makanan.
Inilah satu2 restoran yang ada di sepanjang highway ni. Wadi Kude namanya. Dalam pukul 5pm, bas pun bergerak semula dan sampai di sempadanTanah Haram dalam pukul 6.20pm.
Akhirnya kami sampai di Mekah dan bas terus berhenti di depan Hotel Haneen Al Firdous dalam pukul 7pm. Alhamdulillah. Agak jem juga untuk sampai ke kawasan hotel. Hotel ni berada di Jalan Ibrahim Al Khalil. Agak dekat dengan dataran berbanding dengan hotel yang MMD tinggal pada tahun 2015.
Selepas ambil kunci dan beratur untuk menaiki lift. Maka sampailah kami ke bilik kami. MMD berdua saja walaupun katil ada 3 di bilik tersebut. Syukur, rezeki untuk kami berdua.
Kami sudah dipesan oleh mutawwif untuk berkumpul di lobi pada malam itu juga bagi mengerjakan umrah wajib. MMD pun ikut serta hingga ke dataran Masjidil Haram saja. Sedih memang sedih sebab tidak dapat turut serta tapi redho atas ketentuanNya. MMD tak putus2 berdoa agar keuzuran MMD dipendekkan dan dapat melakukan umrah sebelum bergerak balik ke Madinah nanti dan berdoa agar my Mem Besar dapat menyelesaikan umrahnya tanpa MMD di sisi dengan selamat.
MMD balik dan berehat di bilik sementara menunggu my Mem Besar selesai mengerjakan umrah wajibnya.
Hari kedua - 30/01/17.
Rasa2nya, my Mem Besar balik ke bilik dalam pukul 1pagi juga kalau tak silap MMD. MMD sambung balik tidur dan bangun dalam pukul 3pagi. Tiada apa yang dapat buat selain dari menemani my Mem Besar untuk ke masjid. Setiap waktu solat, MMD akan setia menunggunya di luar salah satu pintu masjid. Dah tersurat itulah aktiviti MMD.
Hari ini tiada aktiviti bersama mutawwif. Makanya MMD bersama my Mem Besar macam belangkas saja. Siap setiap solat, MMD akan tunggu my Mem Besar untuk balik ke hotel samada untuk sarapan, makan tengahari atau makan malam.
Hari ni my Mem Besar terpaksa solat di dataran je. Dah keluar dari hotel awal untuk Maghrib tapi dek kerana jalan pintas di tutup, maka terpaksa berjalan sepanjang Jalan Ibrahim Al Khalil dan untuk sampai ke dataran pun banyak kon2 diletakkan sebagai penghadang jalan. Nampaknya, mustahil untuk menghampiri bangunan masjid. Jadi, ada saje tempat kosong, MMD suruh my Mem Besar duduk dulu sementara MMD cari tempat lain untuk menunggunya.
Ini semasa menunggu waktu Isyak. Solat di luar juga.
Lepas solat, terus balik ke hotel je. Kedai2 di tepi hotel pun belum jelajah lagi. Masih belum ada nafsu lagi. Waktu untuk hilang2kan rasa lenguh dulu.
Okay. Jumpa lagi di lain entry.

4 comments:
air max 2018
nike roshe
moncler jackets
adidas yeezy
off white nike
yeezy boost 350
hogan outlet online
michael kors outlet
nike max
michael kors outlet
click here for more replica designer bags their website buy replica bags online check my site replica designer bags
replica bags blog replica gucci handbags i7d85c3w79 replica bags cheap reference v4j19g0m04 replica designer bags wholesale replica bags new york f1w35z2d05 replica chanel bags ebay navigate to this web-site o7p40j1c49 replica kipling bags
s9r39r7q89 n9w14x8d19 i7m68c7u81 v8u07g6f68 y9p73v1n71 k6m90n4k69
Post a Comment