Thursday, February 28, 2013

Appreciation Nite 2012

As Salam

Pada 04/01/2013, company MMD telah organise annual dinner 2012 di bangunan baru HQ di Glenmarie.  Macam biasa my beloved hubby akan ikut sekali seperti tahun2 sebelumnya. Untuk staff biasa, mesti bawak diri je, tak boleh bawak pasangan.  Kali ini, MMD bawak Lea sekali.  Tahun sebelumnya Hakim pernah ikut.  Kali ini Hakim kena jaga Hazry kat rumah.  Maklumlah MMD tak ada house helper lagi.  Kebetulan my MEM besar ada kat rumah masa tu.

Banyak jugak acara di atur, antaranya bergambar dengan pose yang paling cun, music chair, lipat kertas, ajuk perbuatan mengikut arahan, lucky draw dan sebagainya.

Awal2 lagi Lea dah pose cunnya.


MMD tumpang sekali.  Baju recycle masa kenduri tahun lepas.


Dinner yang dibuat di perkarangan office HQ ni adalah untuk merasmikan bangunan barunya sekali.  Selain tu, untuk meraikan staff2 yang telah berkhidmat selama 10 tahun.  Dapat loket emas gitu... Tahun ni, ada 3 orang.  1 staff Melayu dari Admin dan 2 Chinese staffs dari Finance Dept.   Tunggu kau loket emas...akan MMD angkut satu 2 tahun lagi...

The very big boss dan anak2nya, sorang perempuan dan 2 lelaki semuanya sporting2 belaka.  Masih lagi muda tapi boleh get along dengan staff very well. Mereka ni semua pernah datang ke rumah MMD setiap kali ada kenduri-kendara makan2.

Ha....ini salah satu acara ikut arahan, kena menari Gangnam Style.  Anak boss sporting habis join staff yang kena dera menari tu....Ahak.


Untuk acara games, MMD dapat electric cooker...lagi?  Kat rumah MMD tu dah ada 5 cooker.  4 kat dalam store.  Apa2 pun Alhamdulillah.  Semua staff dapat cash voucher, boleh gi shopping di Parkson atau AEON Jusco.  Hadiah untuk lucky draw yang paling best ialah 2 HP dan 1 Ipad Samsung.  Malangnya.... MMD tak cukup bertuah malam tu...Macam biasalah, grand prize tak pernah singgah kat nbr MMD.  hu hu hu...kesian.....

Makanan pun cukup banyak, ada western food, nasi beriani, satay, kambing golek seekor, cendol dan byk lagi.  Tak termakan dek MMD.  Tapi Lea makan pasta sampai 3 kali.

As Salam.

Wednesday, February 27, 2013

Akhirnya baju sekolah Lea siap...

As Salam

Sepanjang tahun 2012, tiap kali Lea sibuk bertanya bila Lea nak sekolah.  MMD selalu jawab...Ibu La tak siap lagi jahitnya butang baju sekolah Lea.  Ibu La tu adalah adik MMD, si tukang jahit yang tinggal di Cheras tu.  Hampir setahun MMD sogokkan Lea dengan jawapan yang sama.  Kesian Lea...

MMD sebenarnya bersiap sedia dengan baju2 sekolah untuk Hakim, Hazry dan Lea agak awal juga.  Semuanya kerana MMD tak suka bershopping dalam keadaan tergesa2 dan berasak2 dengan orang ramai. Bulan Nov dah MMD siap sedia untuk pakaian sekolah.


Permohonan untuk Lea masuk pra-sekolah di sekolah yang sama dengan Hazry di tolak walaupun dah submit semua borang2 yang berkaitan pada hari pertama permohonan di buka.  Itu hampir setahun yang lalu. MMD pilih sekolah yang sama dengan abangnya agar senang untuk menghantar dan mengambilnya dari sekolah.

Pada bulan Dec 2012, pihak sekolah ada menelefon MMD dan bagi tahu yang Lea gagal dalam permohonan tersebut.  Alasannya...gaji MMD lebih dan peluang diberikan kepada anak2 yang ibubapanya bergaji dalam lingkungan RM800 sebulan yang rata2nya berasal dari Sabah.  Sakit hati MMD dengan alasan macam ni.  Dahlah inform lambat. 

MMD singgah ke beberapa private school disekitar Bandar Bukit Tinggi, semuanya dah tutup permohonan.  MMD dah rasa tak sedap hati pulak.  Manalah nak hantar Lea bersekolah ni.

Akhir sekali, MMD singgah ke sekolah tadika Kemas yang tak jauh dari rumah MMD, yang sehala dengan tempat kerja MMD.  Kebetulan cikgu ada kat sekolah walaupun masa tu masih tempoh budak2 sekolah bercuti.  Selepas berbincang apa yang patut, Alhamdulillah Cikgu Dilla bersetuju untuk menerima permohonan untuk Lea bersekolah di situ. 

Inilah Lea pada hari pertama persekolahannya.

 
Balik dari sekolah pada hari pertamanya, Lea sangat happy.  Katanya, ibu...seronok betul kat sekolah tadi bu...Lea dapat bintang sambil menunjukkan kertas lukisannya pada MMD.  Lepas tu, siap bagi aturan untuk ikat rambutnya.  Bila pakai baju biru, nak ikat rambut 2, hari yang pakai baju sukan, ikat 1 dan hari yang pakai baju raya (hari Jumaat), nak ikat 3...hah??? Tiga Lea??? biar betul...

Dalam tempoh 2 bulan Lea bersekolah, banyak yang Lea pelajari kerana setiap hari, ada sahaja cerita yang dia beritahu pada MMD termasuklah dia boleh menghafal doa makan berserta terjemahannya, rukun negara, bacaan mukaddam,  lagu Negaraku, kisah2 nabi, Shahadah serta terjemahannya. Apa menu setiap hari disekolah hinggakan waktu petang untuk MMD masak untuk makan malam, Lea siap bertanya..ibu apa menu kita untuk makan hari ini?

As Salam.

Tuesday, February 26, 2013

Tahun baru 2013

As Salam.

Ada sapa2 yang bekerja masa 01/01/2013?  Sudah tentu MMD cuti.  Ramai yang cuti kan? My MEM besar masih lagi ada di rumah MMD masa tu. Adik bungsu MMD ajak pergi makan steamboat di Rest Steamboat Antarabangsa di Harbour Place, Klang.  Dekat je pun dengan rumah MMD.  Even tersangat dekat dengan rumah pusaka keluarga my beloved hubby.  Jalan kaki pun boleh sampai.

Adik Nurul datang dengan tunangnya, Faiz.  Sebenarnya MMD baru je sebut2 kat my MEM besar, agak2nya the next meeting dgn tunang adik ni masa akad nikahnya nanti.  Ye la...dari majlis pertunangan tempoh hari, kami tak berpeluang berjumpa dengannya.  Kalau dengan adik Nurul tu, selalu juga dia datang rumah MMD pada hujung minggu. 

Maklumlah weekend bagi Faiz jatuh pada hari Isnin, sedangkan adik Nurul macam MMD juga, weekendnya Ahad.  Macam mana nak get together kan?

Pilihan makanan kat situ tak boleh tanding dengan  Flaming Steamboat di Bandar Sunway.  Kat FS lagi banyak pilihannya.  Bezanya kat sini boleh bakar/grill selain dari rendam dalam sup yang biasa tu.

Anyway, terimakasih adik Nurul & Faiz kerana belanja MMD sekeluarga pada tahun baru 2013.  Makan percuma pada 01/01/2013.  Itu yang bestnya.  Tak gitu?

As salam.

Monday, February 25, 2013

Risik dan tunang

As Salam.

Sehari sebelum ke MP Seremban, MMD & my beloved hubby join rombongan merisik dan pertunangan anak sepupu my beloved hubby. Keluarga lelaki dari Muar, Johor transit di rumah keluarga abangnya di Jalan Yadi, Klang.

Rombongan ni bertolak ke Padang Jawa selepas solat Zohor.  Kalau tak silap MMD, ada 10 buah kereta la jugak. Apasal tiba2 MMD kat depan pulak dan pegang sirih junjung tu?  Heran jugak!!!

  
 
Antara hantaran balas dari pihak perempuan.


Ceria betul Syuhada.  Moga pertunangan Syuhada & Adib ini kekal hingga ke jinjang pelamin.  InsyaAllah, dalam masa 2 tahun bakal ada kenduri lagi. Oh tidakkkk, bulan Mac 2013 ada kenduri di Muar untuk majlis pernikahan adik perempuan Adib.


Dec 2012 adalah bulan yang banyak makan2, minum2, perjumpaan keluarga.  Berat badan pun naik tanpa disedari.  Bukan senang nak kuruskan badan ni.  Percubaan demi percubaan untuk kuruskan badan masih tinggal harapan.  My beloved hubby kata, biarlah tembam sikit pun tak apa asalkan tak ada penyakit.

As Salam.

Friday, February 22, 2013

KB - PJ - Seremban

As Salam

Jemputan kenduri anak sepupu MMD.  Walaupun anak sepupu MMD ni dilahirkan di KB, banyak waktunya berada di PJ.  Seminggu sebelum ke kenduri tu, MMD kena pergi menjemput my MEM besar yang datang dari KT di Klang Sentral.  Bukannya MEM besar tak boleh ikut sekali rombongan dari KT untuk kenduri tu, tapi MEM besar nak datang awal dan boleh duduk lama2 sikit kat my house.

Akad nikah dan jamuan makan di buat di Restoran Puteri di TTDI.  Restoran milik keluarga Puan Rubiah Suparman. Masa kami sampai, hujan baru turun.  Basahlah juga untuk ke restoran.  Ruang parking kereta agak terhad dan tempatnya di atas bukit.

Upacara akad nikah di ruang legar tingkat satu selesai sebelum waktu solat Maghrib dan diteruskan dengan jamuan makan di ruang legar di tingkat bawah. Pengantin perempuan tu adalah anak sepupu MMD.



Keluarga MMD yang sepatutnya berada di meja di depan pelamin telah bertukar tempat akibat ada orang yang tak tahu peraturan dan adab.  Hu hu hu.  Tak pe, lagi seronok makan kat area luar, lagi santai dan dekat dengan deretan makanan.  Boleh refill banyak kali.


30/12/2012 adalah jemputan kenduri sambut menantu pulak di sebelah pengantin lelaki yang di buat di dewan MP Seremban.

Adik MMD yang dari Melaka turun ke Klang dulu dan overnight kat rumah MMD untuk sama2 ke Seremban.


MMD dengan my youngest sister and MEM besar.  Sedap tak makanan tu?  Memang sedap especially acar buah.  Memang my favourite.

Posing dengan my cousin sister yang balik dari UK untuk wedding ni.  Kak Osi pakar cake decoration tau. Cantik2 betul. Yang gambar bawah tu bersama2 dengan part of family member yang datang dari KT. Dah tak ada tempat untuk MMD berdiri, nanti terkeluar dari frame pulak, terpaksalah MMD duduk kat depan.  hu hu.

As Salam.

Thursday, February 21, 2013

Astro, makan dan accident

As salam

Jemputan ke Astro booth di AEON Jusco Bukit Tinggi.  Memang MMD sekeluarga tak ada plan ke mana2 pun pada weekend tu.  Jadi, kami sekeluarga pun ke AEON Jusco.  Bukan setakat untuk ke booth Astro saja, tujuan lain ialah untuk makan tengahari juga.

Suka sangat Lea bergambar dengan background kartun2 kesukaannya.





Lepas tu, kami pun ke Pizza Hut...lagi???? Piza memang kegemaran anak2 semua.  Tunggu waiter datang sikit punyala lama.  Tengok Lea pun dah siap tutup matanya mengantuk. Manisnya...tapi macam mana tidur pun boleh senyum ye?

Bila waiter datang...kami orderlah itu ini.  Tunggu lagi...Lama lepas tu, waiter datang lagi.  Maaf kak..udang dah habis!  Ok lah dik, kami cancel lah.  Bangun dan cabut.  Lebih baik makan kat Pizza Hut di Giant Bukit Tinggi.  Kat sana tak ramai orang.


Kami pun keluarlah dari Jusco.  Tunggu isyarat merah untuk U-turn.  Ada kereta biru kat depan.  Lampu hijau.  Kereta biru dah start laju untuk U-turn.  My beloved hubby ikut belakang.  Tiba-tiba kereta biru berhenti mengejut dan reverse walaupun dia tak habis lagi selekohnya.  My hubby pun berhenti mengejut jugak lah.  Bangggggggg!!!!.Lampu kanan kereta kami dah tercium lampu kiri kereta biru.    Dua-dua kerete berhenti di tepi jalan.  Siap pemandu perempuan tu start nak bergaduh.  Katanya, jika dia tak berhenti, kereta dari arah depan yang laju sure langgarnya.  Memangpun pada pandangan mata MMD, masa dia nak buat turn tu, dia arah ke luar sikit.  Sure kalau ada  kereta dari arah depan akan langgar keretanya.  Tapi dia tetap laju masa buat turn tu.


Nasib baik lampu kereta tak pecah. Kereta biru tu hanya calar sikit je.  Mood nak pergi makan pun hilang.  Mengingatkan takut anak2 kempunan nak makan piza, kami tetap ke Pizza Hut Giant Bukit Tinggi.  Makan dengan tenang kat sana.  Pilihan piza yang diminta pun ada.

Siap makan, call kawan my beloved hubby untuk check kos baiki. Terus ke bengkelnya di Padang Jawa, Klang.  OK, set, esoknya boleh hantar kereta untuk repair. Kosnya tak banyak.  Settle terus.

Ehmmm.  Malang tidak berbau.

As Salam.

Wednesday, February 20, 2013

Happy Birthday - Hakim Halimy @ Akim Altimate 15th

As Salam

Pada 21 Nov 2012, maka genaplah usia abang Hakim Halimy 15 tahun.  Maafkan ibu ye kerana lewat update dalam blog MMD ni..

Dengan ucapan dan sebiji kek secret recipe sudah memadai untuk Hakim.  Itu permintaannya.

 
Bagi seorang budak lelaki, MMD amat bangga dengannya.  Apabila budak2 lain sibuk bermain bola petang2 di padang, abang Hakim akan pastikan dia dah mandikan Hazry sebelum MMD balik dari kerja.  Bila MMD sampai kerumah, barulah dia minta izin untuk keluar bermain bola atau berbasikal di kawasan taman rumah MMD.

Bukan sekadar mandi, jika diaper's Hazry dah penuh atau Hazry buang air besar, abang Hakim dah pandai uruskannya.  Kedua2 mereka bersekolah pagi.  Waktu tengahari,  MMD memang balik ke rumah untuk uruskan Hazry yang balik dari sekolah, bagi Hazry makan, mandi dulu sebelum MMD ke tempat kerja semula. 

Happy belated birthday abang Akim Altimate.

As Salam.

Tuesday, February 19, 2013

Kahwin jangan tak kahwin

As Salam

Cuti bulan Nov-Dec 2012 banyak juga kenduri kahwin yang MMD sekeluarga hadiri.  Ramai yang pilih cuti sekolah untuk melangsungkan perkahwinan.  Senang bagi sanak saudara yang jauh dan dekat balik dan hadiri kenduri kendara kan?

Salah satu jemputan ialah anak sepupu my beloved hubby.  Dekat je dengan rumah MMD.  Di Andalas Klang saja.

Kedua2 mempelai adalah kakitangan bank, sorang di AM Bank dan husbandnya di Public Bank. Persalinan merah.  Sama cantik sama padan.


Siap ada persembahan kompang dan tarian zapin lagi. Gembira benar Lea bila dapat gula2 bunga manggar.

 

Next jemputan adalah anak kepada sepupu MMD pulak.

As Salam.

Monday, February 18, 2013

Hazry racing basikal

As salam.

Gempak tak title entry kali ni.  Rasa macam tak percaya je kan?  Hazry kan anak istimewa MMD.  Berdiri sendiri pun tak lepas lagi.  Inikan pulak nak naik basikal.

Masa kami semua sibuk mengemas halaman rumah, my beloved hubby sedang memotong rumput, Hakim tolong isi rumput2 ke dalam plastik, MMD bawa Hazry duduk di kerusi belakang rumah. 

Sibuk dan menjerit2 dia tengok ayahnya menghayun mesin rumput ke kiri dan ke kanan.  Dia memang excited bila tengok benda2 yang bergerak2.


Nampak bergaya tak Hazry naik basikal Lea tu?  InsyaAllah, jika diperkenanNya, adalah suatu masa nanti doa MMD ni terkabul.

As Salam.



Friday, February 15, 2013

Kenny's Roger and Pizza Hut back to back

As Salam

Tengahari bersantap di Subang Parade bersama pakcik Kenny Rogers. Keluar je dari lif, terus sorong kerusi roda Hazry masuk KR. Saja2 jalan tak tahu tujuan.  Cuma nak bawak anak2 makan kat luar.



Pusing2 Subang Parade, tak ada banyak barang pun dibeli.

Sebelum balik, MMD macam biasalah bagi alasan yang waktu dah lewat dan periuk2 pun dah digantung dan dapur tak bukak lagi...Alasan orang malas tu...

So, singgah pulak kami sekeluarga ke Pizza Hut atas permintaan Abang Hakim.  Ramai pelanggan masa tu. Agak lama juga tunggu.

Ha...ni dia 7 Cheezy salah satu pilihan hidangan Hakim.



Selesai makan, barulah kami beredar balik ke rumah dengan perut kekenyangan.  MMD sempat lelap dalam kereta sementara nak sampai ke rumah...hahaha, macam tak biasa..

As salam.


Thursday, February 14, 2013

Jambu madu sedang belajar...

As Salam

Tahun lepas banyak juga MMD sekeluarga dapat makan hasil tanamam dari pokok mangga, manggis yang sebijik tu dan juga akhirnya pokok jambu madu yang MMD dah tanam dalam 3-4 tahun dulu dah menunjukkan tanda2 berbunga.

Tiap kali bangun pagi dan setiap kali membuka jendela bilik Hazry, mata MMD melilau melihat2 putik2 bunga di pokok ni.  Akhirnya putik bunga pun kembang dengan cantik sekali. Cantiknya seakan2 melihat baby baru lahir.  Begitulah perasaan MMD bila setiap kali melihat tanaman yang kita tanam dah hampir mendapatkan hasilnya.

Lagi seronok bila buahnya dah menunjukkan akan kemerah-merahan.  Syukur...


Yang kat atas ni, buah yang pertama masak.  Agak kecil dan ada ulat buat kat dalamnya.

Yang ni pulak, batch ke dua masak.  Agak besar dan manis sangat2.  Alhamdulillah. sempat juga my MEM besar merasa bila datang dari KT tempoh hari.  Masa MEM besar balik ke KT sebelum ni, pokoknya baru nak berbunga.

As salam.

Wednesday, February 13, 2013

Sebiji manggis kupandang manissssss...

As Salam

Masa Raya tahun lepas, MMD ada membeli sepohon anak pokok manggis tut di KT.  Dari 3 biji yang dah tumbuh, tinggallah sebiji je. MMD tanam di penjuru pagar.


Dengan penuh kesabaran dan dijaga dengan penuh kasih sayang, akhirnya buah pun bertukar warna. Agak lama jugalah nak masak buah sebijik ni.

Waktu yang ditunggu2 dah tiba, buah kesayangan MMD ni akhirnya jatuh tergolek.  MMD jumpa masa MMD balik baru dari kerja.  Nasib baik tak menjadi mangsa burung2.  Dah rezeki MMD agaknya.

Inilah hasilnya, walaupun buahnya kecil, kata orang pokok yang baru belajar nak berbuah.  Tak expect buahnya lebat dari daunnya, ye tak?  Lagipun, tinggi pokoknya tak sampai pun 2 kaki. 

Rasanya??? Manis yang amat!  Syukur ke Hadrat Illahi atas rezeki ni walaupun sebijik.

As Salam.


Tuesday, February 12, 2013

Lea's 1st date with dentist

As Salam


Ibu.....gigi Lea dah goyang bu...!!

Itu 2 minggu sebelum berjumpa dentist.  Kata Lea, giginya tersandung oleh sepupunya masa main2 kat Cheras.  MMD pun tak risau apa2 pun sebab giginya gigi susu lagi.

Selepas tu, MMD perasan ada sesuatu di sebalik gigi yg goyang tu.  Yea....ada gigi baru nak tumbuh. Tapi gigi susunya masih lagi elok dan melekat lagi pada gusinya walaupun dah goyang2.

Dengan cadangan dari my beloved hubby, kami pun ke klinik gigi Eliza tak jauh dari rumah MMD.  Kami bagi tahu Lea yg kita kena buang ulat yg ada kat gigi yang goyang tu.  Nampak Lea gelisah je masa dalam perjalanan ke klinik tapi masih boleh lagi senyum2 kambingnya.



Masa dalam bilik, MMD dan my beloved hubby pun masuk sekali.  Ingatkan kena suntik ubat bius.  Rupa2nya, sekarang ni, untuk budak2, doktor hanya sapu2 je ubat untuk bagi kebas dan tak rasa sakit pada gusinya. Dah terlalu lama MMD tak pergi jumpa dentist.  In fact, abang Hakim dan Hazry pun tak pernah cabut gigi di klinik.  Semuanya ada gigi susu yang tercabut sendiri dan tak pernah ada yg rosak masa gigi kekal nak tumbuh.  Lea dah memecahkan rekod kali ni.

Dua batang gigi depan bawah di cabut sekaligus.  Untuk gigi yang pertama, memang senang sangat.  Rasa2nya doktor hanya tarik sikit je gigi tu, terus tercabut.  Yang keduanya agak kuat doktor tarik, walaupun dah goyang, tapi masih kuat melekat kat gusi.  Lea pun ekkkkkk sikit bunyinya.

Ha..... dah selamat semuanya.  Alhamdulillah... Pengalaman pertama Lea dengan dentist.



Sekarang Lea dah rongak...hu hu hu.  Tunggu gigi kekal tumbuh sepenuhnya.

Ibu....Lea boleh keluarkan lidahlah dari depan ni...kah kah kah kah...

By the time entry ni keluar, gigi Lea dah tumbuh semula tapi agak sengek sebatang mungkin kerana giginya dah tumbuh sebelum gigi susunya dicabut.


As Salam.

Sunday, February 10, 2013

Cuti CNY dan semangat baru...katanya!!!

As salam.

Dah berhabuk blog kecil MMD ni.  Hampir2 lupa login password.  Parah tu kan? Sempena cuti CNY ni, MMD rasa2nya tak kemana pun.  Ahak.....tinggal 2 hari lagi bercuti, Rabu dah nak masuk kerja balik.  Mungkin MMD kerja dari rumah je kot minggu depan.  Malas nak ke opis.  Suka mak datuk dia je kan...MMD ni?

Tak tak tahulah my beloved hubby ni..tiba2 je boleh berubah fikiran dan sangkut kat mana2 pulak tanpa sebarang plan.

Anak2 pun ada yg sekolah bercuti seminggu terus.  Tapi Lea hanya cuti 4 hari je.  Hari Jumaat lepas, Lea cepat2 bagitahu yg Cikgu Dilla bagitahu cuti 4 hari sambil menunjukkan jarinya. 

Sebenarnya, banyak juga cerita-cerita basi sepanjang Nov 2012 hinggalah sekarang.  Banyak ambil gambar agar tidak terlupa sejarah tu tapi nak menghadap blog ni agak tipis masanya. Sibuk memanjang je.....

Jadi azam baru ialah mengupdate cerita-cerita basi di blog MMD ni.  Sudi baca?  Silakan...

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...