Friday, September 30, 2011

i-City di Kampung Cina

As Salam

Balik bercuti raya yg lepas, rasa terkejut juga bila tengok laluan dari Hotel Seri Malaysia  ke Pasar Payang dah jadi jalan sehala melalui belakang Kg Cina.  Dulu rumah2 di Kg Cina bertiangkan batang bakau dan terbenam di tebing Sg Terengganu.

Sekarang siap dengan monsoon drain yg besar dan dihias cantik dengan pokok letrik berwarna warni lagi.  Orang Terengganu pun dah tak hairan dengan i-City Shah Alam lagi. he he he. Berhadapan dengan Kg Cina ialah Pulau Duyung.  Bukan lagi pulau sekarang bcoz kenderaan dah boleh terus sampai ke tangga rumah kat situ.

Masa MMD kecil2 dulu, selalu juga pergi melawat nenek sebelah arwah my father yg tinggal di Pulau Duyung dengan menaiki penambang dengan bayaran tambang lebih kurang 20sen . Bila nenek pun dah tak ada, hanya melawat sedara mara waktu berhari raya je bila MMD balik beraya di kampung.

MMD pun siap berposing jugalah kat situ.  Bukannya tiap bulan balik Terengganu.  Setahun minima sekali atau max 2 kali je.  Kecualilah jika ada kecemasan, memang tak boleh nak elak lah..kena balik juga la.




As Salam.

2 comments:

khairul said...

cantek tpt tu

My Mom's Diary said...

khairul: jom melawat Terengganu. stay je kat umah my mom di KG Losong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...