Friday, September 30, 2011

i-City di Kampung Cina

As Salam

Balik bercuti raya yg lepas, rasa terkejut juga bila tengok laluan dari Hotel Seri Malaysia  ke Pasar Payang dah jadi jalan sehala melalui belakang Kg Cina.  Dulu rumah2 di Kg Cina bertiangkan batang bakau dan terbenam di tebing Sg Terengganu.

Sekarang siap dengan monsoon drain yg besar dan dihias cantik dengan pokok letrik berwarna warni lagi.  Orang Terengganu pun dah tak hairan dengan i-City Shah Alam lagi. he he he. Berhadapan dengan Kg Cina ialah Pulau Duyung.  Bukan lagi pulau sekarang bcoz kenderaan dah boleh terus sampai ke tangga rumah kat situ.

Masa MMD kecil2 dulu, selalu juga pergi melawat nenek sebelah arwah my father yg tinggal di Pulau Duyung dengan menaiki penambang dengan bayaran tambang lebih kurang 20sen . Bila nenek pun dah tak ada, hanya melawat sedara mara waktu berhari raya je bila MMD balik beraya di kampung.

MMD pun siap berposing jugalah kat situ.  Bukannya tiap bulan balik Terengganu.  Setahun minima sekali atau max 2 kali je.  Kecualilah jika ada kecemasan, memang tak boleh nak elak lah..kena balik juga la.




As Salam.

Thursday, September 29, 2011

Baby tanglung

As Salam

Bila dah ramai2 berkumpul especially budak2 di rumah my mother kat kampung, rasa bergoncang rumah kayu tu.  Riuh rendah bunyi dengan hilai ketawa budak2.

Malam raya siap main tanglung lagi..Beli 2-3 paket tanglung kat shopping mall di bandar KT. Baby tanglung gitu.



Teringat MMD masa kecil2 dulu, pada malam tujuh likur, kami adik beradik bawa lilin yg di pasangkan pada tempurung (tempurung kelapa yg dah dibelah dua), jadi macam spotlight kereta dan pusing2 kawasan rumah.  Nak pergi jauh2, takuuuuuuttt.

As Salam.

Wednesday, September 28, 2011

Berposing di pagi Raya..

As Salam.

Selepas sembahyang Raya dan bermaaf-maafan di pagi Raya, menjadi kemestian untuk berposing sakan sebagai kenangan.  Antara keluarga adik beradik yg sempat bercuti raya di kampung.

Tema biru, keluarga Yus/Azam 

Anak bungsu lelaki & bungsu perempuan my mother.

Tema hijau, Cik Eie & Faizal. 

Tema colourful, keluarga MMD.  My beloved hubby & Hakim nak pakai jubah putih punya pasal.

Anak2 dari keluarga La yg tak dapat balik.  Hantar wakil je.


Lea di antara sepupu2nya.

As Salam.

Tuesday, September 27, 2011

Make over job...

As Salam

Idea adik bungsu MMD untuk menukar warna dinding di ruang makan menjadi kenyataan walaupun dah last minute arrangement.  Sehari sebelum Raya.  MMD dengan my beloved hubby pergi beli cat dan kelengkapan mengecat.  Adik bungsu MMD serta Imran dan Hakim tolong mengecat. 



 Malamnya, abang sulung dan beloved hubby tolong pasang bidai. Gotong royong adik beradik.

 Siap, simple je.

 Hah..kena adjust sikit.  Gambar tak clear, maklumlah rumah kami ni di tepi lereng bukit. BIL kena ambil tugas ni.

Inilah rumah kami di kampung tempat MMD adik beradik membesar di sini.

As Salam.

Saturday, September 24, 2011

Selamat Kembali.....MMD !

As Salam

MMD kemana selama sebulan ni? Ada..tak kemana pun. Hanya sekadar masa terlalu pendek rasanya sehari. Tak cukup 24 jam sehari.  Sebelum bercuti raya baru2 ni dan hinggalah dah nak habis Syawal, barulah boleh tengok blog MMD betul2.  Ramai juga yg tinggalkan message untuk MMD dan ada yg siap bertanya..kemanakah kawan aku ni?...

Pada yg mengingati MMD, terima kasih MMD ucapkan dan selamat  berhari raya dan jangan lupa control makan masa hadiri open house..nanti kalori naik pulak!

MMD bukannya pergi bertapa or pergi holiday kat overseas ke apa...hanya bertapa dengan urusan kerja yg berderet datelinenya.

Jadi selepas ni, ada beberapa entry basi yg akan keluar...tak payah tunggu la ye...kih kih kih...

As Salam.

Thursday, September 22, 2011

HOTEL ROOM FOR SALE - LEGENDS CHERATING & GRAND SEASONS KL

As Salam

Promosi jualan sikit hari ni.  Ada sesiapa yg berminat untuk bercuti di kedua2 tempat ni sebelum 31/12/2011?  Silalah tinggalkan komen atau email dengan segera.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...