Sunday, March 20, 2011

War Museum, Penang - Jan 2011

As Salam

Menurut kata penyambut tetamu di sini, tak ramai keluarga yg datang melawat tempat ni kecuali rombongan dari budak2 sekolah. Selain waktu siang, ada juga lawatan untuk waktu malam.  Ehmmm, MMD tak berapa berani nak join yg malam tu..siangnya pun dah termenggah2 mendaki bukit2 & lorong2 gelap. Apatah lagi waktu malam. Takut raba2 cari suami, rupa2nya teraba benda lain...Naya pulak..

Berada di atas bukit yg juga tempat strategik untuk mengawal/memerhati kawasan di bawah sewaktu diduduki tentera dahulu. Kini dijadikan muzium perang untuk kita yg dah terlepas zaman tersebut.

Memasuki lorong batu di bawah tanah yg gelap dan sempit yg dahulunya dijadikan laluan rahsia dan tempat penyembunyian jika diserang amat mengetar jiwa MMD semasa melaluinya.  Hakim siap berlari2 walaupun tak nampak apa2 di depan.  Siap menjerit2lah dia.  Ingatkan berani...rupanya, penakut juga anak MMD ni. Hazry terpaksa MMD tinggalkan dengan pembantu rumah di satu kawasan lapang.  Tak boleh nak sorong wheelchairnya kerana berbukit2.

MMD sempat menyusuri setiap bilik/kawasan pos dari menuruni bukit dan juga menaiki bukit2 kecil. Dari tempat tinggal pegawai tinggi hingga ke tempat memasak.  Tapi tempat yg paling menyeramkan sudah tentu tempat penyiksaan.  Seram. 

Tengoklah gambar yg MMD ambil ni. Melawat sambil belajar sejarah secara santai.





































2 comments:

mykhalis said...

mesti terasa semangat peperangan kat sini kan?hehe

ahdiyah said...

mykhalis:satu ayat yg sgt sesuai selepas lawatan iaitu INSAF & BANGGA bcoz kita tak perlu berada dlm keadaan mereka sekarang ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...