Monday, March 7, 2011

Ter"shopping" di Nilai 3

As Salam

Pagi tadi my hubby ajak ke Nilai 3.  Dah pernah pergi sana?  Dah tentu ramai yg pernah pergi kan? MMD pergi berdua je dgn my hubby.  Anak2 ditinggalkan dengan my servant & Hakim kat rumah.  If bawak semuanya sekali, harus dua atau tiga kedai je yg boleh singgah.  Teringat kata2 arwah my grandmother, pergi shopping sampai jumpa "buah pusing kedai".

Mula2nya rancang nak survey2 langsir for Hari Raya je.  Tapi cam biasala, dah sampai tu, macam2 ternampak kat depan mata, bukan langsir je yg MMD kebas, siap 4 pasang kain untuk buat baju kurung, comforter set, baju2 untuk anak2 lagi.  Haaaaah.  Terbabas budget !

My hubby pulak? Tentu ke tempat eksessori kereta la. Katanya nak tengok2 je.  Tapi bila MMD jumpa dia semula (sorry, kita orang berpecah tapi pada deretan kedai/bangunan yg sama), tengok2 dia dah tukar radio kereta touch screen lagi...Lagi terbabas babun budget.Tak kisahlah bcoz dia dah survey2 kat area Klang/Port Klang, harga di Nilai 3 jauh lebih murah. Alang2 dah sampai tu...terus tukar je.

Oh..cerita pasal baju kurung, sapa2 yg berada di kawasan2 yg sewaktu dengannya, KL/Selangor, bolehlah tempah menjahit baju kurung moden, kurung Pahang & even untuk majlis pertunangan/perkahwinan pun boleh.  Nak letak labuci2 pun boleh. Harganya jauh lebih murah dibandingkan dengan butik2 diluar sana.  Tak percaya??? Cari je my sister di FB, Latif Latifah.

Sebahagian gambar untuk kenangan di Nilai 3.

Nasib baik my hubby tak pilih satu dari koleksi dibawah ni...helicopter you! Harganya betwen RM300-RM400. Harga boleh bincang lagi..kata tokey Cina tu. Doa MMD termakbul...my hybby tak jadi beli!





Masuk kedai bunga bukan untuk membeli tapi tengok koleksi gubahan bunga untuk digubah sendiri kat rumah.

Kedai perabut jati. Lenggang! Mungkinkah itu salesgirl baru? Survey pagola dari kayu balau..RM10K, mak aiiii.

Kereta ku terburai !

Walllaaaaa.dah siap ! Tapi poket ku terburai..uuuuaaaaaaahhh !

Sape2 yg belum pergi, sila la pergi.  Cadangan/tips kepada sesape yg ingin pergi:

1.  Pergi awal2 (jika boleh, sebelum kedai bukak, biar you ketuk pintu kedai!  sorry, wat lawak je)
2.  Jangan bawak anak2 kecil (tinggalkan kat umah or umah sedara mara yg boleh dipercayai) kerana anda mungkin tak mampu nak pusing satu Nilai 3 jika anak2 ada bersama.
3.  Pergi hari bekerja.  Gerenti boleh dapat diskaun yg lebih baik.  Kurang pelanggan maaaa, you pulak yg boleh ketuk harga dari tokey.
4.  Cari kedai yg terkeluar sedikit dari kawasan sesak.  Diskaun lagi cantikkkk.
5.  List kan barang2 yg nak dibeli.  If not, jadilah cam MMD & my hubby...terbabas bravo ooooo!. 
6.  Elakkan dari pergi di waktu hampir dengan perayaan. Sesak & kurang diskaun.

Sekian saja untuk kali ini.

3 comments:

Anonymous said...

salam. nak tye puan. radio kereta yang encik hubby beli tuh bape harge? touch screen kn..

Anonymous said...

replica bags in bangkok replica bags from korea replica bags and watches

smuta said...

Go Here pop over to this website find this go to this web-site navigate to these guys why not check here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...