Monday, November 9, 2015

5 kaki dari Tun M

As Salam.

Hari nak cerita pasal jemputan kahwin dari sepupu MMD yang kahwinkan anak perempuan bungsunya.  Akad nikahnya dah berlangsung selepas hari raya tempoh hari. 

Kenduri diadakan di Dewan Felda, Kelana Jaya.  Masa MMD sampai, adik2 MMD dari Cheras dah pun sampai sebelum MMD.  Pengantin belum sampai lagi.  Oh ya..kenduri ni pada waktu malam.  MMD boleh je ambil tempat di ruang dewan tapi memandangkan semua sanak2 saudara yang terdekat dah pun berkumpul di tingkat 1, kami pun angkut sekali Hazry dengan kerusi rodanya naik ke atas. 

Kat sini lebih santai dan boleh start makan2 dulu walaupun pengantin belum sampai.  Yang kat bawah kena ikut protokol.

Hidangannya pun sedap2.  Yang ni dari pinggan my beloved hubby yang tak ambil nasi pun. MMD dah pesan, jangan makan banyak sangat kambing bakar tu.


Ini dia pengantin yang MMD snap dari jauh je.  Malas nak turun ke bawah. Adik dah langkah bendul kakaknya.

Adam ni memang suka jika my beloved hubby nak ambil dukungnya.  Serasi betul.  Adiknya, Adra tak berapa sangat tapi kalau umpan dengan makanan, pasti datang dekat. Kat belakang MMD tu, si Adra tengah sibuk nak menyusu dan tidur kat mummynya.


Bukan senang nak ambil gambar Hazry tanpa goyang2.  Kalau ada 50 gambar, belum tentu ada yang elok.  Camera shy gitu hahahaha.  Ini kita nasib baik la ni. Tengah tekun tengok persembahan tarian kat bawah tu.


Sempat posing sikit dengan mak pengantin yang bertudung biru dan juga kat photo boothnya.

 
Gedik bergambar tahap gaban. Jangan marah!

Esoknya, bergegas pulak ke Taman Melawati untuk majlis di rumah pengantin lelaki pulak.  MMD sampai agak lewat dan tak sempat bersama2 konvoi dengan pengantin.  Nak masuk pun agak susah tapi bila MMD tunjuk kad OKU Hazry, terus dibenarkan masuk.  Parking memang susah hingga ke hujung jalan.  Buggy ada disediakan tapi malas pulak nak naik disebabkan Hazry dengan kerusi rodanya.  Jalan je lahhh.

Terus jumpa Mem besar di meja yang paling hampir dengan pintu pagar rumahnya.  Makanan pun sedap2 kat sini.  Ramai celebriti datang kat sini termasuk Chef Zam.

 
Masa MMD tengah makan, Tun M lalu kat belakang MMD.  Dengan nasi kat tangan, hanya sempat snap dari jauh 5 kaki dari MMD.  Kalau tangan bersih, dah tentu mintak selfie.  Tun M sporting habis.  Susah nak sampai ke penghujung jalan kerana asyik kena tahan untuk berselfie. Belum rezeki lagi untuk berselfie dengan Tun M.  Selepas Tun M beredar, nampak pulak Tuan Haji Hadi Awang beredar juga.


Ini pengantinnya lagi.  Tahniah buat Heiqal dan Dada (Wan Syuhada).  Semoga  kekal hingga ke Jannah.



Entah berapa kali Lea berulang alik ambil ais krim. Apam balik panas2 dan macam2 kuih muih disediakan untuk tetamu. Tak larat nak rasa kesemuanya.  Dahlah malam sebelum tu dah makan kenyang2. 

Sebelum balik dapat coklat2 lagi dalam bekas kaca cantik2. Alhamdulillah, kenyang dapat, eratkan silaturrahim pun dapat.


Sekian berita terkini.  Jumpa lagi di lain entry.


Sunday, November 8, 2015

Dating di Old Malaya Kopitiam

As Salam.

Lama betul tak keluar dating berduaan dengan my beloved hubby.  Biasanya askar ikut sekali.  Tapi kali ini kerana ada urusan di salah satu pejabat, rahsiahlah dulu buat masa ni, hanya MMD dan my beloved hubby je yang pergi.

Selepas urusan selesai, sengaja MMD ajak singgah ke cafe yang berdekatan iaitu Old Malaya Kopitiam di Sek 7 Shah Alam.

Atas cadangan cik manis waitress kat situ, ini yang kami berdua order untuk lunch.  Dalam dok makan tu, hati teringat2 kat anak2 kat rumah.  Itulah bila dah jadi mak2 ni, hati dan perasaan selalu kat ahli keluarga.

 
 
 
Memang sedap rasanya.  Harganya?  Biasalah standard di Shah Alam.

Dalam perjalanan balik, singgah ke KFC.  Beli bekalan untuk anak2.  Macam anak2 burung tunggu ibunya datang bawakan makanan.  Macam tu lah anak2 MMD especially si Lea.  Ayam KFC memang tak pernah ditolaknya.

Okaylah.  Sambung lagi di entry akan datang.  Pergi makan percuma lagi malam dan siangnya.

As Salam.

Saturday, November 7, 2015

Bagai anak mami !

As Salam

Sesekali MMD tengok anak perempuan MMD ni macam anak mami pun ada.  Lebih2 lagi Lea suka sangat bila MMD ikat tepi atau buat toncang untuknya.  Inipun bila hari cuti saja.  Hari2 sekolah Lea bertudung.

 

Ini pulak gambar Lea masa menang tempat pertama untuk larian berganti2 untuk tahun 2.  Gembira bukan kepalang bila bawak balik trofinya tu.  MMD ingat lagi masa hari sukan masa di tadika dulu, siap menangis bila tak menang dalam acara yang dia masuki.


Sekarang ni Lea ada hobi baru.  Hobi mengumpul key-chain.  MMD dah tolong susunkan jarum peniti di rak mainan di dalam biliknya.  Harap ianya berterusan.  Jangan hangat2 tahi ayam sudahlah.  Ohhh, Lea pun ada hobi lain juga iaitu menulis diari dan juga skrip cerita.  Macam tak percayakan?  MMD pernah baca tulisannya yang berkisar tentang alam persekolahan dengan kawan2nya.


Okay, jumpa lagi di lain entry.

As Salam.

Thursday, November 5, 2015

Majlis Doa Selamat & Aqiqah - 27/10/15

As Salam

Sehari sebelum kejadian ni, MMD telah menyerahkan lebih kurang 30kg daging aqiqah dan qurban kepada caterer.  Persiapan caterer untuk majlis yang berlangsung pada 27/10/15.

Alhamdulillah sekali lagi MMD sekeluarga diberikan kesempatan dan rezeki untuk mengadakan kenduri kecil bagi upacara doa selamat, bacaan Yassin serta acara cukur jambul bagi anak saudara MMD yang kembar tu.

Menu kali ini ialah nasi hujan panas, daging black pepper, daging masak lemak cili padi, ayam goreng berempah serta acar mentah.  MMD pun ada masak sedikit bubur kacang.  Yang paling mendapat sambutan dari anak2 kecil ialah ais krim.

Seperti yang diminta kepada caterer, semua makanan yang ditempah mesti sampai pada 11am kerana MMD ada menjemput anak2 dari Rumah Amal Asnaf Al Barakh, Sijangkang.  Syukur kerana niat untuk menjamu anak2 yatim tercapai.  Maklumlah beberapa rumah anak2 yatim yang MMD & beloved hubby kunjungi sebelum ni tidak dapat menerima jemputan kerana anak2 masing2 belum balik dari cuti Hari Raya Haji.  Kebetulan tempat ni dicadangkan oleh teman setaman juga.

Bagi yang ingin menyalurkan bantuan amatlah dialu-alukan.


Majlis dimulakan dengan jamuan kepada anak2 yatim.  Ramai yang dapat hadir, dalam 40 orang kesemuanya.

Gembira benar anak2 ni bila Hakim mula open table dengan ais krimnya.  Budak2 tak putus2 beratur termasuklah anak2 saudara MMD yang lain.  Orang dewasa pun tak ketinggalan juga.

 
 


Sebagai penghargaan, budak2 diberikan goodie bag yang berisi dengan duit belanja, biskut serta kek dan juga drawing book sumbangan dari adik2 MMD.  Sedikit daging qurban dan juga barangan dapur untuk pihak rumah anak2 yatim.  Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang.

MMD bersama dengan penjaga rumah anak2 yatim tersebut, Cik Effa dan juga dengan Mem besar.  Heran betul MMD, dalam banyak2 gambar, gambar MMD paling sikit kali ini.  Kamera kat tangan budak2 punya pasal hahaha.
Ini anak saudara MMD.  Cantikkan?  Umurnya sama baya dengan anak MMD, Hazry.  Andailah Hazry sihat seperti kanak2 lain, dah tentu dah ambil exam PT3 tahun ni.  Walau apapun, MMD bersyukur dianugerahkan Hazry ke dalam keluarga MMD.  Rezeki untuknya tak pernah putus.  Alhamdulillah.  Yang paling terharu, setiap kali outing ke mana2 pun, selalu ada duit dalam kocek baju atau seluarnya yang disedekahkan oleh orang yang MMD tak kenal pun.  Terima kasih banyak2 dan semoga yang bersedekah tu mendapat rezeki yang berlipat kali ganda.

Lepas solat Zuhur, majlis doa selamat pun bermula, tahlil serta acara cukur jambul yang tak berapa nak ada jambul.  Alhamdulillah tapi kesian tetamu duduk hingga di luar pintu.  Yang depan MMD tu, goodie bag untuk majlis tahlil yang berupa kain pelikat dan makanan seperti yang dihajati oleh my beloved hubby.

 
 

Majlis yang serba ringkas saja.  Yang penting sudah terlaksana dengan jaya dan meriah.  Terima kasih kepada semua yang datang dan tak lupa juga kepada adik beradik MMD yang telah menyumbang masa dan tenaga bersama2 dengan MMD. Makanan pun tak ada yang membazir.  Sempatlah juga adik2 MMD bungkus dan bawa balik sikit seorang ke rumah masing2.

Yang paling mengembirakan my beloved hubby ialah kunjungan dari kakaknya dari Labu Johnson.  Pertama kali datang kat rumah MMD ni.


Itulah cerita yang basi.  Tetap menjadi kenangan terindah buat MMD sekeluarga.  Semoga diberikan kesempatan dan rezeki yang banyak di masa depan.

Sekian.  As Salam dan jumpa lagi di entry akan datang yang entah bila akan publish. hahahaha.



Wednesday, October 14, 2015

Cucu pun dah kahwin. Tua kah aku?

As Salam.

Jemputan kahwin lagi.  Kali ni ke Melaka.  Perjalanan MMD bermula dengan menjemput MEM besar di Cheras.  Mana mungkin ke Melaka tanpa MEM besar. MEM besar nak tengok cucunya juga, Amar, Ariq & Aisy.



Dari rumah my sister, kami konvoi 2 kereta ke tempat tujuan iaitu di Rumah Melaka di Bukit Katil. Taklah jauh sangat dari Taman Mas.  MMD angkut wheelchair Hazry naik ke rumah.  Kat dalam ada air-cond.  Kat luar pun ada jamuan makan.

 


Makanan pun sedap.  Budak2 asyik pergi ambil gula2.  Kata Lea, makan ramai2 best.  Rasanya kat rumah tak terusik pun gula2 tu.



Ni dia pengantinnya.  Sebenarnya penganti lelaki tu adalah cucu saudara my beloved hubby.  Comel kan?

Bersebelahan dengan dewan ni adalah musium.  MMD pun masuk juga, look2, see2 & bergambar.

 
Dah kenyang makan, berborak2 dengan sanak saudara dekat dan jauh, MMD pun balik semula ke rumah my sister.  Lepas solat Asar, bergerak balik ke KL.  Biasanya kalau ke Melaka, sudah tentu MMD akan bermalam tapi kali ni memang tak boleh kerana ada lagi kenduri jiran sebelah rumah MMD.

Esoknya rumah MMD sesibuk rumah jiran pengantin kerana rumah MMD dah jadi tempat caterer letak barang masakan mereka.  Lagi pulak mak pengantin pun bersalam kaut di hadapan rumah MMD hinggakan ada yang terkeliru dengan tarikh kad jemputan yang MMD edarkan.

Meriah majlis ni hingga terasa seakan MMD yang berkenduri.

 

Berat badan dah naik.  Apa tidaknya, asyik makan free je.

Sekian.  As Salam.

Tuesday, October 13, 2015

Qurbanku yang meriah - 2015

As Salam

Raya Haji dah lama berlalu.  Hajjah dan Haji pun dah lama balik dari menunaikan ibadah Haji.  Alhamdulillah.

Tahun ni MMD sekeluarga pun ada buat qurban di kariah surau di taman perumahan MMD.  Dekat dengan rumah.  Senang kerja.  Selain dari MMD sekeluarga, 2 adik MMD pun join sama.  Adik bungsu MMD buat aqiqah untuk anak kembarnya. Keseluruhan qurban tahun ni 10 bahagian.   Alhamdulillah dan semoga diberikan rezeki lagi di tahun2 akan datang.

Acara qurban dilakukan pada hari Sabtu 26/09/15.  Antara gambar semasa acara qurban.  Kali pertama MMD melihat secara dekat acara qurban diadakan.  Lembu untuk keluarga MMD diqurbankan paling awal kerana MMD telah berjanji dengan caterer untuk menyerahkan daging2 seawal mungkin untuk urusan seterusnya.

Bila rakan2 surau mula untuk menyembelih, MMD terasa begitu hiba sekali yang tak pernah MMD rasai sebelum ni.  Tak dapat MMD bayangkan atau nak ceritakan. Sayu.  ALLAHUAKBAR!!


 
Dua2 adik ipar MMD dengan ekor lembu.  Berjayakah mereka melapah kulitnya?

Sebahagian dari bungkusan yang setiap satunya ialah  1 kilo.  MMD dah asingkan antara daging, tulang2 serta organ2 dalaman lembu.  Senang untuk dibahagikan.


Yang ini pulak setelah diasingkan untuk diserahkan pada caterer.

Selepas berhempas pulas dan berdarah jari, dengan usaha 3 orang jejaka tampan ni, akhirnya bolehlah MMD buat sup ekor nanti.

Pada masa entry di ke udara, ekor tu masih lagi senyap tersimpan di dalam freezer.  Belum ada kesempatan lagi untuk buat sup ekor.  InsyaALLAH akan dibuat juga nanti.

Sekian.  Jumpa lagi.



Monday, October 12, 2015

Keindahan di kampungku - Masjid Kristal &Taman Tamadun Islam

As Salam.

Sebelum ni Lea ada bagitahu MMD yang dia nak melawat ke Taman Tamadun Islam jika balik ke K. Trg. Untuk tidak menghampakan permintaannya, pada hari raya ke-dua selepas berkunjung ke rumah kawan sekolah MMD, kami pun pecut ke TTI yang tidak jauh dari rumah MMD.

Terletak di Pulau Wan Man. Jangan risau, kereta boleh masuk terus ke situ.  Tak perlu menaiki feri pun.  Ingatkan tak ramai orang pada hari raya. Rupa2 masih ramai orang berkunjung ke situ. Malangnya harapan untuk masuk ke Taman Monumen tidak kesampaian kerana tutup cuti raya.  Jadi kami hanya melawat sekitar Masjid Kristal dan pengkalan bot je.

Antara gambar2 yang MMD ambil untuk kenangan. Hanya kami bertiga saja yang merayap ke sini.  Hakim & Hazry tak ikut MMD pergi beraya.

 

Di dalam Masjid Kristal.  Ruangan solat wanita. Jangan risau, banyak telekung disediakan untuk kegunaan pengunjung.

 

Di luar kawasan masjid.

 

Berposing untuk disimpan sebagai kenangan.

 
 
 
 
 

Lawatan singkat ke Masjid Krisal buat Lea riang gembira.  Terima kasih ibu....katanya.

Sekian.  Jumpa lagi ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...