As Salam
Last weekend MMD satu family + my Mem besar telah berangkat ke Penang. MMD singgah dulu tidur sepelaung di rumah my youngest sister, Adik Nurul di Cheras Hartamas. Lagipun menjemput my Mem besar sekali. Nak sampai ke rumahnya punyalah pusing sampai Sri Kembangan etc etc sebab laluan terakhir utk ke Cheras Hartamas tutup selepas 10mlm untuk kerja2 pembinaan kat area situ. Dah tak jauh dah. Kami yang memang tak familiar ni, ikut je la jalan2 dari Taman Len Sen tu hingga sampai ke mana2. Last2 keluar kat simpang ke Batu 11 Cheras yang tak jauh pulak dari rumah my another sister. Tempuh pulak jem arah ke KL dan akhirnya sampai di Cheras Hartamas lebih kurang 1am. MMD bertolak dari Port Klang dlm pukul 10mlm.
Target untuk sampai ke Jambatan Penang dlm pukul 9am pada keesokkan harinya dan MMD bertolak dari Cheras Hartamas pukul 4am. Berhenti rehat dan solat Subuh di R&R Tapah dan breakfast di Pak Tam. MMD, my beloved hubby dan my Mem besar pekena roti bakar. Hakim makan mee hoon sup pagi2 buta. Dia mana boleh kosong perutnya. Lea dan Hazry kat dalam kereta. Dah start merasa GST...hehehehe.
Singgah lagi kat R&R Bukit Gantang Utara. My beloved hubby dah terasa mengantuk. Pergi basuh2 muka & kepala.
Target tercapai bila pukul 9am dah menghala/menaiki Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang merupakan jambatan ke dua untuk ke Pulau Pinang. Tak banyak kenderaan pun pada masa tu. Pandu perlahan2 sambil menikmati panorama di jambatan.
Kalau ikut2 plan mengejut yang MMD buat, ingatkan nak ronda2 dulu cari tempat2 lawatan di Penang sebelum check in hotel. Dah asyik terlepas2 jalan2nya, tiba2 dah sampai ke hotel. MMD booked online 1 bilik family dan lepas tu MMD called hotel untuk tambah 1 bilik lagi bila my Mem besar jadi untuk ikut sekali. Bila dah tiba kat hotel, MMD ada minta untuk dapatkan bilik yang berhadapan satu sama lain, senang untuk keluar masuk tengok anak2. MMD diberi pilihan untuk memilih dan akhirnya MMD ambil bilik2 di tingkat 2 je. Salah satunya bilik yang khas di buat untuk OKU. Bukan Hazry yang tidur di situ, tapi MMD dengan my beloved hubby ambil bilik tu.
MMD stay di Hotel Continental. No. 5, Jalan Penang, 10200 Penang. Bilik2nya luas dan bersih. Hanya internet je yang kena bayar kalau nak guna. MMD tak tanya pulak berapa rate nya. Harga bilik siap dengan breakfast untuk 6 orang.
Ini famlily room for 4 pax.
Ini superior room with OKU facility especially kat bilik airnya.
MMD dengan my beloved hubby turun semula berjalan kaki ke Lebuh Chulia yang tak berapa jauh dari hotel untuk check rate untuk a day tour. Kebanyakannya rate antara RM50-RM60 sejam dan minimanya 5 jam dengan van. Rasa tak berbaloi pulak. My beloved hubby pun decide yang kita akan pusing2 je mana2 jalan, kalau jumpa tempat2 menarik, kita singgah. Itupun kalau jumpa la.
Get ready untuk ronda2 sementara tunggu my beloved hubby bawak kereta turun dari parking lot kat
bangunan atas. Dari lobby untuk naik ke parking lot, kena naik tangga sikit. Leceh nak dukung dan pikul wheelchair Hazry. Tangganya sempit je. Lebih baik tunggu je kat lobby.
Boleh tahan sesat juga mencari tempat2 menarik kat Penang ni. Maklumlah, kebanyakkannya di antara kedai2 dan boleh terlepas pandang begitu saja. Kalau betul2 nak explore Penang ni, lebih baik dengan berjalan kaki atau berbasikal. Kalau dengan kereta, harus kena hon oleh pemandu lain jika kita drive slow, lagipun, jalan2 kecil dan sesak.
Antara tempat yang berada dalam list MMD ialah Rumah Agam Syed Al Atas, Muzium Islam Pulau Pinang, Cheong Fatt Tze Mansion (yang ni sebenarnya belakang hotel je, tapi tak juga pergi bcoz ada waktu2 tertentu je untuk lawatan, 11am, 1noon, 3pm gitu kalau tak silap MMD), Suffolk House (ni kat Ayer Itam, jauh pulak nak ke sana), Cheah Kongsi, Khoo Kongsi. Sebenarnya, satupun MMD tak jumpa. Tambah lagi dengan my beloved hubby yang dah kepenatan. MMD tak berani nak drive tengah2 bandar yang sibuk macam ni.
Dalam dok drive sederhana perlahan tu, ternampak signboard Nasi Kandar Line Clear (NKLC). Cepat2 MMD suruh my beloved hubby park kereta di tempat parking berbayar di hadapan kedai ni. Lintas jalan dan wahhhhhhh, MMD ingatkan restoran, rupa2nya di lorong je. Agak ramai juga pelanggan masa tu. Maklumlah dah dekat 3pm. Ini kali pertama MMD jumpa NKLC ni sepanjang 4 kali MMD ke Penang. Ambil meja yang agak ke belakang sikit. Tak ada orang kat situ. Terus pergi ambil makanan. MMD makan seketul ayam dan 2 sayur, my Mem besar ambil ikan dan sayur, Hakim ambil udang besar seekor dan my beloved hubby ambil telur ikan, sotong dan sayur. Kepala ikan besar gedabak.
Apa yang MMD perhatikan, nasinya agak kembang tapi tak pecah. Lembut pun ye jugak. Memang sedap di tekak MMD sekeluarga. Makan sampai licin. Masa nak balik, MMD beli FM kat gerai depan tu. 4 keping untuk RM10. Mintak 5 keping tak dibaginya.
Keluar dari NKLC, berjalan2 ke Pasar Chowrasta nak beli jeruk. Borong jeruk di outlet Jeruk Madu Pak Ali. Masa nak bayar baru tahu yang tokey outlet tu Cina. Ehmmmm. Sebelahnya Jeruk Pak Nasir. Menyesal pulak.
Sementara my beloved hubby pergi ambil kereta, MMD cuci2 mata di deretan kedai pakaian tak jauh dari situ. Sempat beli beberapa helai T-shirt. Lea ambil kesempatan guna public phone. Tak pernah dia pegang pun sebelum ni. Rare item gitu padanya.
Masa nak balik ke hotel tu pun boleh sesat. Adalah juga dalam 1 jam jugak bercampur dengan jem sana sini. Sampai hotel, semuanya tidur kecuali Lea yang tak sabar nak ke swimming pool. Dalam pukul 6pm, Lea dan MMD je yang turun ke pool di tingkat 6. Tak ramai orang masa tu. Ada satu family mat saleh dan juga beberapa orang anak muda India. Lepas hajat Lea untuk pakai dan mandi dengan baju mandi hasil belian dari Bandung hari tu.
Pandangan dari tingkat 6 hotel. Padatttttt.
Jumpa lagi di entry akan datang. Acara makan besar sangat2.
As Salam.