Monday, March 17, 2014

CCM - Kuching sana sini 27/02/14


As Salam

Day 2 - sambungan

Selesai sahaja pertunjukan buaya di Jong's Crocodile Farm, kami menuju ke pusat pembuatan pasu2 Sarawak.  Semua pasu dengan potongan harga 50%.   MMD memang rambang mata dan MMD serahkan tugas memilih kepada my beloved hubby dan memilih 2pc untuk MMD, 1 untuk my Mem besar, setiap satu untuk adik2 dan adik ipar perempuan MMD.



Selepas membayar, pasu2 tersebut dibungkus dengan kertas dan dihantar ke bahagian belakang untuk dibungkus ke dalam kotak.  Pelawat juga berpeluang untuk mencuba sendiri cara membuat pasu tapi kebetulan masa MMD selesai urusan dalam kedai, tiada staff yang sedang menyediakan pasu baru.


Tempat tujuan seterusnya ialah ke Sinpiao iaitu tempat jualan hasil lada hitam.  Dapat melihat pokok2 lada hitam di hadapan kedainya.  Di sini MMD ada juga membeli sos2 lada hitam dan juga serbuk lada hitam dan putih.

 
 
 
 


Perut pun dah mula berbunyi.  Driver MMD rekomen ke kedai nasi ayam yang sangat famous di Kuching.  Nama tempatnya ialah SCR Express (Singaporean Chicken Rice) di Jalan Rubber, Kuching.  Memang sedap nasi ayamnya dan Hakim memilih untuk makan spageti,  Akhirnya makan juga nasi ayam.  Ehmmmm. dia mana cukup portion yang sikit.

Untuk pengetahuan semua, inilah kali pertama pelanggan mesti menulis sendiri menu/makanan apa yang hendak di pesan.  Tulisan orang kelaparan macam MMD sudah tentu tulisannya macam tulisan doktor.  Bagi mengelak salah faham, MMD letakkan juga nombor menu walaupun waiter di situ bagitahu hanya letak nama makanan sahaja.  Tekan saja bell di atas meja dan waiter datang untuk collect pesanan kita dan memberi sekeping print out untuk rujukan semula kepada pelanggan.  Hidangan siap dengan cepat dan memang sedap.  Lea dan my beloved hubby siap minta nasi tambah lagi.


 
 





Perut dah kenyang, tempat lawatan seterusnya ke Aquarium yang terletak berdekatan dengan muzium2 Islam, Etnologi, seni, rama2.

Ini di Aquarium.







Ini di muzium Etnologi.







Ini di muzium seni.  MMD tertarik dengan seni binaan hasil bahan buangan tin dan juga zink atap.



Ini di muzium rama-rama. Tak banyak koleksi di ruangan ni.



Hanya MMD,  Hakim dan Lea saja yang mengembara ke muzium di atas.  Dah tak sempat ke muzium Islam, my beloved hubby dah ajak berangkat ke destinasi seterusnya. Lea minta gambar2 diambil dengan berbagai gaya.







Acara pusing2 dan melihat suasana bandar Kuching dari pandangan dari jalan raya/atas van.

Singgah ke arca kucing dan bergambar.  Hanya MMD, Hakim dan Lea je yang turun dari van.  Hazry dan my beloved hubby dah kepenatan.  Bergambar2 di sini sekejap.











Sementara menunggu giliran untuk river cruise pada pukul 6ptg yang dah ditempah oleh driver kami, driver pun menghantar kami ke Indian Street untuk shopping. Macam Petaling  Street je. MMD membeli beberapa helai T-shirt Sarawak kat area sini. Di kedai Dragon City, t-shirt2 untuk budak2 agak murah, antara RM3.90 - RM5.90 sehelai.  Bolehlah untuk buat basahan harian anak2.






Hahhhhhaaaa. Kat sini ramai yang menjual gambir Sarawak.  Tau tak apa kegunaannya?  Ada yang menjual 3pcs RM10.00 dan ada juga yang menjual 6pcs RM10.00.



Jumpa lagi di entry seterusnya.

As Salam.


Belanja di sini:
Pasu RM229.50
Lada hitam di Sinpiao RM53.00
Lunch di SCR Express RM53.10
T-shirt etc di Indian Street RM98.30


Wednesday, March 12, 2014

CCM - Kuching 27/02/14 - Jong's crocodile farm

As Salam

Day 2 - sambungan

Keluar sahaja dari Semenggoh Nature Reserve, kami menghala ke Jong's Crocodile Farm, Batu 17. Kami sampai awal juga.  Pertunjukan hanya akan bermula pada pukul 11pagi.

Tiket masuk ke sini ialah RM16.00 untuk dewasa dan RM8.00 untuk kanak2.  Hazry percuma.

Sebelum ke tempat pertunjukan, kami melihat koleksi buaya2 serta gambar2 buaya termasuklah lagenda bujang senang di ruangan atas.  Menuju ke bawah, terdapat binatang2 lain yang diletakkan di dalam sarang masing2 termasuklah jenis kura2, ikan, burung.









Terdapat kiosk makanan dan minuman di situ dan pemandangan tasik buatan dengan bunga2 teratai memenuhi tasik tersebut sangatlah cantik.





Tempat pertunjukan disediakan tempat duduk yang sangat santai.  MMD serta Lea duduk di barisan hadapan.



Dua pekerja membawa makanan di dalam tong2.  Nampaknya macam paru2 dan digantung dan diikat pada 2 tali yang disediakan pada rel2nya.  Makanan tersebut dihulurkan di tengah takungan air di mana terdapat hampir 100 ekor buaya di dalamnya.  Buaya2 yang kelaparan akan menghulurkan kepalanya dan menyambar makanan yang diikat seakan2 buaya sedang berdiri.


Enjoy gambar2 yang MMD ambil di Jong' Crocodile Farm ni.





Jumlah belanja di sini:
Tiket  RM56.00.
Souvenir RM28.70

Jumpa lagi di entry seterusnya.

As Salam.

Monday, March 10, 2014

CCM - Kuching 27/02/14 - Semenggoh Nature Reserve

As Salam

Day 2:

Selepas sarapan pagi di hotel, driver datang jemput MMD sekeluarga pukul 8pagi untuk ke Semenggoh Nature Reserve untuk melihat orang utan secara dekat.  Terletak di batu 12 Kuching.  Pada masa kami sampai, belum lagi pukul 9pagi dan masih belum ramai pelawat yang sampai.

Tiket berharga RM5.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak2.




Selepas membeli tiket, sepatutnya pelawat kena berjalan kaki di tempat feeding.  Driver kami meminta kebenaran dari renjer kat situ untuk menghantar kami dengan menggunakan van atas alasan ada kerusi roda.  Selepas menurunkan kami, driver naik semula ke tempat letak kenderaan.




Bila kami sampai ke tempat feeding, sudah ada 2 ekor yang muncul bergayut di pokok kat situ.  Kemudian datang lagi seekor dan akhirnya muncul lagi 2 ekor di tempat rehat/duduk pelancung.  Orang utan diberi makan buah2an seperti pisang, betik, nenas dan juga kelapa. Ada yang mengambil buah kelapa dan terus mengetuk hingga retak dan menuang air kelapa ke dalam mulutnya.


Kami bernasib baik kerana berpeluang untuk melihat dengan jarak yang amat dekat.  Bukan seperti di mana2 zoo yang mana orang utannya terkurung di dalam sangkar.



Petugas di situ meminta kami semua supaya senyap agar tidak mengganggu orang2 utan semasa makan.  Gambar2 hendakklah diambil tanpa menggunakan flash.

Hazry mana tahu nak senyap.  Siap dia ketawa dan menyembur2 air liurnya setiap kali melihat orang2 utan tu berhayun ke sana sini.  Terpaksalah dibawa Hazry jauh sedikit dari tempat mereka makan tu.



Enjoy gambar2 semasa kami berada di pusat orang utan ni.














 

 











Pelawat juga diajak untuk masuk ke dalam hutan di mana tempat kedua untuk memberi makan orang2 utan tu tapi kami tak masuk kerana memikirkan Hazry berkerusi roda.  Cukuplah kami lihat di tempat pertama tadi tu.

Belanja:
Van+driver,  hari ke2 RM250.00
Tiket di sini RM16.00 untuk kami berlima.

Kita bersambung ke tempat lawatan seterusnya in the next entry.

As Salam.

Sunday, March 9, 2014

Segunung doa untuk MH370

As Salam

MMD turut bersimpati ke atas kehilangan pesawat MH370, anak2 kapal serta penumpangnya.

Semoga ada berita walaupun sedih, duka atau gembira.

Segunung doa dari MMD sekeluarga kepada semua pihak yang terbabit.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...