Kalau dari rumah, MMD & my beloved hubby hanya merangka2 perjalanan kami yang kira main redah je. Hotel pun kami tak book in advance pun. Sekali nak stay di Penang, sekali nak stay ke Alor Star, last2 dalam perjalanan, kami decide untuk naik ke Bukit Kayu Hitam dulu.
Sampai ke check point BKH lebih kurang pukul 10:30am, siap tersilap jalan lagi. Macam biasalah bagi kami. Kalau ke mana2 dan tak sesat, itu bukanlah kami. Buat U-turn dari pejabat Kastam dan punyalah panjang kereta Q untuk ke kompleks BKH.
Itu sebabnya ucapan Welcome to Malaysia kami jumpa dulu. Keluar dari Malaysia belum lagi tapi dah dapat ucapan selamat datang.
Pukul 12:30 tgh baru lepas dari check point. Kereta berduyun lagi kat belakang. Yang tak bestnya bila ada pemandu yang tak sabar dan potong Q. Kurang adab di jalan raya la tuuuu.
Kami parking di depan kompleks zon bebas. Masuk kat situ macam masuk pasaraya Econsave je. Tak ada yang menarik perhatian MMD kat situ kecuali lokasi menjual coklat je. Harga barangan kat situ tak banyak bezanya dengan di Port Klang. Untuk minuman keras mungkin berbaloilah non-Muslim bershopping kat sini.
MMD bertanya kat salesgirl kat situ, ini je ke kawasan zon bebasnya? Hairan juga MMD, punyalah banyak kereta beratur nak masuk kat sini, tapi pelanggan kat bangunan ini rasa2nya macam boleh kira dengan jari.
Barulah MMD tahu yang ada lagi satu bazar di luar bangunan tu. Patutlah tak ramai orang kat bangunan tu. Akhirnya MMD sampai juga ke Bazar Bukit Kayu Hitam tepat pada pukul 1 tgh. Mata pun tak boleh nak buka, matahari kat atas kepala.
Kami di deretan kedai2 kat bazar tu. My beloved hubby sebat sepasang kasut kat situ.
Abang Hakim try test kemeja tu tapi last2 tak jadi beli pulak.
Kedai2 kat sini bertingkat2 dek kerana berada di atas bukit dan setiap kali itulah kami terpaksa mengangkat Hazry dengan wheelchairnya. Singgah makan di kedai yang paling atas puncak sekali. Tak mahal manapun harga makanan kat situ. Hazry yang biasanya makan bubur, terpaksalah makan nasi yang direndam dulu dengan sup ayam. Kesian Hazry tak jumpa buburnya.
MMD hanya belikan t-shirt je untuk anak2. Tujuan utama datang kat sini adalah untuk kenal tempatnya yang MMD tak pernah sampai sebelum ni. Turun dari bazar, MMD singgah semula ke bangunan zon bebas untuk membeli sedikit coklat.
Hakim tengah promosi coklat Alfredo.
As Salam.