Dah puas berposing2 kat BT, kami pun meronda ke Langkawi Airport. Kebetulan ada aircraft dah hampir nak landing. Ramai juga penduduk Langkawi beriadah kat luar airport yea....Tunggu kapalterbang turun atau naik. Sama hebat dengan apa yg berlaku di Kelantan.
Sempatlah juga MMD snap photo kapalterbang yg berada betul2 di atas kepala MMD.
Dekat kan? Atas pagar je semasa kapalterbang nak masuk ke ruangan airport. Bukan selalu kita dapat peluang ambil gambar kapalterbang di udara dalam jarak yg dekat.
Tak jauh dari situ, ada go-kart racing circuit. Lupa pulak nak snap gambar. Lepas tu kami ke Underwater World. Cam biasa...memang tak masuk dan memang dah tutup pun masa MMD semua sampai. MMD dah pernah masuk dulu. Dah 2 kali. Sekali masa mula2 kahwin dan sekali lagi 3 tahun lepas.
Sambil menyusuri Pantai Cenang yg agak "hidup" pada setiap masa, driver tetap kami, BIL bawa kami semua meronda hingga ke Awana Porto Malai Langkawi.
Belum mampu lagi nak stay kat situ bermalam2..he he he he
Masa keluar dari APM ni, keadaan agak suspen juga. Diesel dah tinggal sedikit je lagi. Rasa perjalanan balik untuk cari petrol station cukup jauh. Itupun BIL guna jalan shortcut. Dalam hati berdoa agar terjumpalah mana2 petrol station. Pakai GPS pun tidak membantu. Dah jumpa satu station tapi tak jual diesel pulak...haru!!! Akhirnya dah tak jauh dari pekan Kuah, barulah jumpa diesel. Ahhhhhhhhhh...semua melepaskan nafas lega. Dah isi diesel, barulah masing2 rasa lapar. Tadi semua rasa cemas gitu....
Bersambung lagi..
As Salam.